WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 27 Jun 2014

Aksi Piala Dunia 2014 (Tamat Saingan Peringkat Kumpulan)

Brazil: kita akan cuba menang untuk 6 kali termasuk di tempat sendiri

Perancis: pusingan kalah mati adalah peringkat yang mencabar. Para pemain perlu lebih focus.

Argentina: Peluang kita untuk menjadi juara cerah. Gandingan Aguero dan Messie perlu sentiasa lebih baik.

Belgium: Kita perlu tewaskan USA terlebih dahulu sebelum fikirkan lebih jauh.

Mexico: kekalkan momentum dan terus beraksi dengan cemerlang.

Germany: kita masih banyak pemain berkualiti. Persefahaman yang baik antara pemain perlu dicari.

Belanda: Bermain di pusingan kalah mati adalah tugas yang berat, kami mampu melakukannya berdasarkan prestasi semasa.

Uruguay: Kami masih ada Cavani, dia juga pemain yang berkualiti.

Costa Rica: Kami akan bermain dengan sebaik-baiknya biarpun berlarutan sehingga ke masa tambahan.



Pastinya, itulah kata-kata motivasi yang sempat dirakamkan oleh watak sebenar daripada luahan sebahagian Negara yang Berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan kalah mati. Ya, Sememangnya watak sebenar sedang memperkatakan mengenai acara bola sepak yang paling diminati ramai penduduk dunia ini, world cup 2014 di Rio Dijeneiro, Brazil.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pastinya juga penduduk dunia sekarang ini menjadi semakin ghairah untuk menyaksikan kejohanan piala dunia 2014 ini apabila 16 buah Negara telah dikenal pasti sebagai pemegang tiket ke peringkat pusingan kalah mati. Saingan di peringkat kalah mati adalah lebih mencabar dan setiap Negara perlu melakukan persiapan yang sewajarnya dalam merebut kejuaraan yang berprestej ini. Dalam persaingan itu, Germany yang menjadi pasukan pilihan watak sebenar tidak terlepas untuk bergelar kuasa bola sepak utama dunia apabila turut juga Berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan.


Dalam musim piala dunia 2014 di Brazil ini, Germany diundi dalam kumpulan G bersama-sama Portugal, Gana dan USA. Germany memulakan saingan dengan cukup cemerlang sekali apabila mudah menewaskan salah sebuah kuasa bola sepak Eropah, Portugal dengan jaringan 4- 0. Kemenangan Germany itu juga menyaksikan tercatatnya hatrik petama dalam saingan piala dunia tahun ini apabila penyerang Germany Thomas Muller melakukan rekod tersebut. Terdahulu di piala dunia 2010 di Affrika Selatan, Thomas Muller telah mendapat anugerah kasut emas. Tidak hairan tahun ini penyerang Bayern Munich itu mampu mengulangi pencapaiannya musim lalu sekali gus mengetepikan bintang Barcelona Messie dan Neymar.


Aksi skuad Germany ketika menentang Gana juga dipamerkan dengan begitu baik meskipun hanya memperoleh 1 mata sahaja. Germany bangkit untuk memastikan gelaran pendahulu kumpulan G miliknya dengan menang tipis 1 – 0 ketika menentang USA dalam perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan. Perlawanan Germany yang seterusnya ialah berhadapan dengan naib juara kumpulan H iaitu Algeria.


Pastinya juga, aksi piala dunia 2014 di Brazil kali ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila beberapa pasukan yang menjadi pilihan dunia untuk dinobatkan sebagai juara telah tersingkir seawall di peringkat kumpulan lagi. Spain yang dibarisi ramai pemain-pemain bintang Barcelona hanya mampu mengutip 3 mata sahaja selepas mengharungi saingan di peringkat kumpulan. Lebih memalukan lagi, Juara world cup 2010 ini telah tumbang ditangan naib Juara world cup 2010, Belanda dengan jaringan yang cukup besar iaitu 1 – 5. Italy dan England masing-masing kecundang di tangan Uruguay dan Costa Rica yang terlebih dahulu memastikan slot 16 negara milik mereka. England yang dibarisi ramai pemain muda dari Liverpool FC gagal menyekat kelincahan penyerang sensasi Liverpool Luis Suarez apabila pemain itu meledak 2 gol ketika membantu Uruguay menang ke atas England dengan jaringan 2 – 0 tempoh hari. Sementara Portugal gagal menghalang kemaraan USA ke peringkat pusingan kalah mati meskipun mecatatkan kemenangan 2 – 1 ke atas Gana dalam aksi terakhir mereka.


Aksi piala dunia 2014 di Brazil setakat ini juga turut merekodkan sejarah apabila tiada pasukan dari Asia yang Berjaya melangkah ke peringkat pusingan kalah mati dan prestasi wakil-wakil dari Asia ini adalah yang merosot sejak tahun 1990.
Hingga setakat ini juga, sudah banyak persembahan own goal daripada pasukan-pasukan yang bertanding dan lambakan kaad merah terhadap pemain-pemain menghiasi aksi sepanjang babak perlawanan di peringkat kumpulan yang telah pun tamat semalam. Malahan, gol pembukaan piala dunia musim ini juga adalah own goal yang dilakukan oleh pemain Brazil sewaktu tuan rumah tersebut menentang crotia.
Dari segi persaingan merebut anugerah kasut emas pula, Thomas Muller masih lagi berada di dalam kelas yang tersendiri dan beliau mendapat tentangan daripada 2 pemain Barcelona iaitu Messie dan Neymar yang masing-masing juga telah menjaringkan 4 gol selepas melalui 3 perlawanan.


Aksi Piala Dunia 2014 selepas ini sukar diramal kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Lihatlah sendiri juara musim lalu sekali pun boleh terkeluar di awal saingan. Selamat menonton aksi world cup di pusingan yang seterusnya pula.


Apa yang pasti juga, aksi world cup 2014 ini akan berlarutan sehingga ke bulan Ramadhan. Dalam mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana masih dianugerahkan nikmat Ramadhan, penyokong-penyokong tegar world cup 2014 pada masa yang sama sedang rancak mengikuti perkembangan temasya tersebut. Ketika itulah sebuah keimanan perlu digunakan sebaik mungkin. Sekiranya tidak, muslim itu akan mendapat kerugian kerana terlalu lagha dengan persembahan bola sepak dunia dan membelakangi  pelaburan akhirat khususnya di bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba. Oleh demikian, pilihlah jalan yang benar dan kitalah yang menentukan jalan benar itu sendiri. Hiburan itu perlu namun biarlah bersederhana. Menonton piala dunia itu boleh namun jangankan sampai meninggalkan ibadah-ibadah wajib dan sunat di bulan Ramadhan yang semestinya dijanjikan Allah dengan ganjaran yang besar. Mungkin kita hanya membenarkan nafsu kita menonton perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan kita sahaja, seperti mana yang dilakukan oleh watak sebenar dari awal musim lagi. Akhir kata, tanyalah diri anda. Sekian.

Khamis, 26 Jun 2014

Cerita Kem Watak Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama agaknya watak sebenar tidak menerbitkan apa-apa bahan dalam blog ini.


Awal bulan Jun tadi iaitu pada 8 sehingga 22 Jun, watak sebenar telah menyertai sebuah kem pembangunan pelajar selama dua minggu di salah sebuah instituti pengajian tinggi di Kuala Lumpur bersama-sama dengan pelajar-pelajar lepasan SPM dan StPM 2013.
Seramai 82 peserta telah menghadiri kem ini yang datang dari pelbagai latar-belakang pendidikan, negeri dan keluarga. Sewaktu kami bersemuka dan berkenalan dalam proses ingin check-in untuk masuk ke tempat penginapan tempoh hari, kami mengambil kesempatan untuk mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain. Sebelum ini pun kami belum pernah berjumpa. Setelah berkenalan, barulah watak sebenar mengetahui serba sedikit akan latar belakang pendidikan rakan-rakan baru watak sebenar itu. Ada di antara mereka dari MRSM, ada di antara mereka dari sekolah sains serta sekolah agama, ada juga yang dari sekolah berasrama penuh. Mereka datang dari segenap perusuk Negara termasuk dari utara dan selatan sehingga ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.


Keesokan harinya, kami dibawa ke kampus IPT tersebut untuk mendengar taklimat daripada pihak penganjur mengenai perjalanan dan aktiviti yang disusun mereka selama dua minggu kami berada di sini. Seramai 5 orang kakitangan daripada pihak penganjur menyertai kami dan memberikan ucapan selamat datang serta taklimat mengikut bahagian tugasan masing-masing. Sepanjang hari Isnin itu, kami  hanya mendengar ucapan dan melakukan beberapa aktiviti sekiranya diminta untuk melakukannya. Bagi watak sebenar, aktiviti-aktiviti yang dirancang pada hari pertama itu adalah lebih kepada sesi bersua kenal dan untuk mengenali dengan lebih rapat di antara para peserta dengan para peserta serta para peserta dengan pihak penganjur. Walaupun sesetengah orang menganggap sesi seumpama ini bersifat bosan. Namun, sesi inilah yang watak sebenar anggap paling penting kerana kita akan saling memerlukan di antara satu sama lain sepanjang sesuatu program itu dijalankan.
Kami juga dibekalkan dengan beberapa keeping kupon untuk keperluan makan sarapan pagi dan makan tengah hari di cafeteria kampus tersebut. kupon berjumlah rm15 untuk dua kali makan itu akan diagihkan keppada para peserta pada setiap hari. Sementara  sesi makan malam pula disediakan di tempat penginapan. Jarak di antara tempat penginapan kami dengan kampus IPT tersebut adalah lebih kurang 1.5 KM dengan melalui jejantas dan laluan pejalan kaki yang disediakan. Sebab itulah hamper setiap kali kami berulang-alik pergi dan balik dari kedua-dua tempat ini, hujan sering membasahi baju kami dan ia akan kelihatan lebih kuyup apabila telah menamatkan perjalanan sejauh 3 KM.


Satu perkara yang menarik bagi watak sebenar mengenai kem pembangunan pelajar ini adalah terdapatnya aktiviti oud-door di antara peralihan minggu pertama dengan minggu kedua iaitu pada hujung mminggu.
Pada hari jumaat 13 Jun sebaik sahaja kami menunaikan solat Jumaat, kami telah dibawa ke sebuah lagi lokasi baru. Pada hujung minggu itu, kami telah menyertai aktiviti yang bertemakan riadah pula di salah sebuah kem rekreasi yang terletak di daerah Semenyih, Selangor. Setelah kembali dari masjid dan berkemas-kemas membawa barangan keperluan yang telah dimaklumkan, kami terus sahaja menaiki dua buah bas persiaran yang telah disediakan. Perjalanan itu tidaklah begitu jauh dan hanya memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.


Bagi watak sebenar, ia adalah sebuah pengalaman yang baru dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang 3 hari 2 malam kem out-door ini dijalankan. Sebelum ini pun watak sebenar telah banyak menyertai kem-kem rekreasi dan turut mencuba beberapa aktiviti lasak sewaktu bersekolah menengah dahulu. Namun, di kem yang watak sebenar sertai baru-baru ini terdapatya sebuah aktiviti yang menghadiahkan pengalaman baru bagi watak sebenar dan juga pengalaman baru bagi sebahagian besar rakan-rakan seperjuangan. Aktiviti night trekking di kem ini dianggap paling istimewa bagi watak sebenar dalam senarai kem-kem yang pernah watak sebenar lalui. Sebelum ini, watak sebenar ada melakukan jungle trekking sewaktu di tingkatan 1 dan tingkatan 5. Tetapi kembara hutan itu hanyalah dilakukan pada waktu siang. Berbeza dengan kembara hutan yang watak sebenar tempuhi baru-baru ini kerana kembara hutan ini dilakukan pada waktu malam dan ianya berlarutan sehingga ke tengah malam.

Kami dipecahkan kepada 9 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 9 orang ahli. Dalam aktiviti night trekking ini, setiap kumpulan dikehendaki memasuki hutan satu per satu dan perlu berikhtiar mencari jalan keluar dari hutan itu dengan kekuatan fizikal dan mental yang dimiliki oleh ahli-ahli kumpulan. Bagi memudahkan kami untuk mencari jalan keluar, pita-pita pelekat telah ditampalkan pada pokok-pokok sepanjang jalan yang betul dan kami hanya perlu mengikut jalan-jalan yang hanya mempunyai pita-pita pelekat sahaja yang ditampalkan pada pokok-pokok sekitarnya. Sekiranya kami menemui pokok yang berpita pelekat, maknanya itu adalah jalan yang betul, jalan yang tidak membawa para peserta tersesat ke dalam hutan yang lebih tebal di bawah pandangan bulan purnama. Sekiranya tidak, mungkin kami gagal untuk menemui jalan keluar. Jarak antara pokok-pokok yang berpita pelekat itu adalah lebih kurang 3 ke 5 meter.
Kami juga dibekalkan dengan tiga buah lampu suluh. Kumpulan watak sebenar menggunakan bantuan lampu suluh di hadapan di tengah dan di belakang. Kami juga ditugaskan untuk mengira jumlah pita pelekat yang ditampalkan pada pokok-pokok sekitarnya selain perlu membawa bendera kumpulan. Jarak di antara masa pelepasan kumpulan dengan kumpulan yang lain adalah panjang. Hal ini adalah untuk mengelakkan satu kumpulan itu bertemu dengan kumpulan yang berada di hadapannya.
Sepanjang watak sebenar berada di dalam hutan tersebut, pelbagai bentuk muka bumi hutan perlu diharungi. Kami terpaksa mendaki bukit yang hamper menegak, menuruni cerun bukit yang dalam, menyeberangi sungai dan berhadapan dengan dua tiga simpang jalan yang berada di tengah hutan tersebut. Ada kalanya kami perlu menghadapi bukit yang berbatu dan licin dan ada kalanya kami perlu berhadapan dengan rintangan pokok-pokok buluh yang melintang. Ada juga laluan yang mana di persekitarannya hanya terdapat pokok-pokok berduri selain perlu melalui satu kawasan yang berlumpur. Gigitan nyamuk dan pelukan keringat pada tubuh sewaktu itu sudah tidak dipedulikan lagi.

Sebelum night trekking itu diadakan, faci-faci yang bertanggungjawab ada memberitahu langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya dipatuk oleh ular, disondol oleh babi hutan dan sebagainya. Tambah mereka lagi, lampu suluh hanya boleh dipancarkan hanya setakat paras pinggang. Hal ini untuk mengelakkan tarikan cahaya oleh binatang liar. Jika dipancarkan terlalu tinggi pula, sesuatu yang ??? akan kelihatan di rimbunan daun-daun pokok. Tambah mereka lagi, kami perlu berjalan seperti ketam sekiranya menuruni cerun bukit yang curam serta licin dan elakkan daripada terlalu banyak menggoyangkan pokok sewaktu berpaut dan jangan sesekali menjerit. Sekiranya kami benar-benar menyedari yang kami sudah sesat, faci-faci tersebut menasihatkan supaya menunggu sahaja di kawasan itu dan bantuan pihak ranger akan sampai.


Sewaktu itulah segala nilai-nilai murni yang telahpun dipelajari diperlukan serta dipraktikan. Nilai kerjasama penting bagi melancarkan perjalanan ahli-ahli kumpulan sebagai satu pasukan. Nilai setia diperlukan untuk sentiasa mendengar arahan ketua sekiranya wajar diikuti. Nilai kebijaksanaan diperlukan bagi membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam memilih simpang jalan-jalan yang membawa ke jalan untuk keluar hutan sewaktu berhadapan dengan pelbagai pilihan jalan. Nilai keberanian diperlukan bagi memotivasikan diri supaya diri berupaya melakukan apa sahaja  tanpa diganggu oleh perasaan takut dan seram apabila berada di tengah hutan. Nilai beriman pula diperlukan bagi memohon perlindungan daripada Allah supaya tidak diganggu oleh binatang liar mahupun binatang berbisa.

Aktiviti night trekking itu memakan masa hamper 3 jam. Kami memulakan aktiviti itu pada jam 9.30 malam dan berakhirnya lebih kurang jam 12.30 tengah malam. Satu aktiviti yang boleh dikatakan mencabar dan meletihkan di samping memerlukan pengorbanan dari setiap ahli kumpulan.
Banyak lagi aktiviti riadah yang watak sebenar serta rakan-rakan lalui selama berada di kem rekreasi tersebut. Di antaranya ialah exploras, persembahan malam muhibbah dan praktikal cara-cara mendirikan solat dengan sempurna serta perbezaan pendapat di antara pergerakan dalam solat. Selama 3 hari 2 malam berada di situ, memang tidak putus-putus kami berhadapan dengan satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Kami juga berpeluang untuk mandi sungai dan merasai nikmat air sungai yang dingin dan bersih. Bagi watak sebenar, ianya amat memenatkan tetapi disebabkan adanya pengalaman baru dan memperoleh banyak manfaat, maka kepenatan itu bagaikan tiada erti.


Kami kembali ke tempat penginapan di Kuala Lumpur pada tengah hari Ahad. Kemudian, kami meneruskan kembali program-program yang telah sedia dirancang di kampus IPT tersebut sehinggalah menjelangnya hari Sabtu, 21 Jun yang mana tarikh terakhir kem pembangunan pelajar itu dilangsungkan.


Sebelum kami berangkat pulang ke negeri masing-masing, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di salah sebuah pusat beli-belah berhampiran untuk menikmati detik-detik terakhir perjumpaan kami di kem tersebut. Watak sebenar juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama yang lain di sudut-sudut yang menarik di dalam pusat beli-belah itu. Ada di antara kami yang melayari detik=detik terakhir itu dengan bermain boling dan ada juga yang menonton filem di pawagam. Watak sebenar dan yang lainnya pula meraikan detik-detik itu dengan menikmati juadah makanan bersama-sama. Sesampainya di tempat penginapan, watak sebenar tidak melepaskan peluang untuk mandi kolam di hari terakhir bersama-sama yang lain yang ketika itu sudahpun berada di situ. Lebih kurang 45 minit, kami kembali ke bilik masing-masing untuk berkemas-kemas barang. Kami perlu check-out dari tempat penginapan itu keesokan paginya di antara jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.


Rata-rata pengisian dan ilmu yang disampaikan sepanjang kem ini amat baik dan berfaedah kepada watak sebenar. Bermula dari bridging programme sehinggalah ke hari persembahan sketsa Bahasa Inggeris yang bertemakan relationship Jumaat lalu, semuanya amat memuaskan hati. Dalam kem pembangunan pelajar ini, watak sebenar dan sebahagian rakan-rakan yang lain telah menimba satu pengalaman yang baru juga. Sepanjang kami berada di kampus IPT ini, kami digalakkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris daripada perbualan kosong sehinggalah ke acara formal. Segala bentuk aktiviti seperti taklimat, ceramah, pengajaran di kelas mahupun aktiviti perbincangan dan permainan para peserta sememangnya dituturkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi watak sebenar, ianya suatu perkara yang baik dan meningkatkan keyakinan watak sebenar untuk berkomunikasi dalam bahasa kedua itu secara berterusan.


Watak sebenar amat berasa bertuah kerana memperoleh rakan-rakan yang baru setelah menyertai kem ini. Terima kasih kepada pihak penganjur dan jutaan penghargaan juga kepada faci-faci yang bertanggungjawab mengendalikan kami sewaktu berada di kem rekreasi hujung minggu yang lalu.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu watak sebenar sepanjang dua minggu berada di kem tersebut. Semoga kalian Berjaya menterjemahkan cita-cita kalian menjadi reality. Selepas ini, ada di antara kita yang akan melanjutkan pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, A-level atau IB, diharapkan tali persahabatan kita dapat dikekalkan untuk sentiasa erat. Kepada anda, terima kasih kerana sudi membaca cerita ini.

Ahad, 1 Jun 2014

5 perkara interview (penemu duga tak suka)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih lagi Mat Santai membawakan anda dengan segmen 5 tak boleh bla. Masih lagi sama topiknya iaitu berkisarkan tentang hal-hal interview. Kalau dulu dari perspektif watak sebenar mewakili peserta temu duga, kali ini dari perspektif penemu duga pula.

Oleh Sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

Pada terbitan yang lalu dalam segmen yang sama, hati jahat watak sebenar ada meluahkan perasaan bermacam ragam mengenai hal-hal interview. Kali ini, Mat Santai nak paparkan luahan perasaan bermacam ragam penemu duga pula. Ingat yang nak temu duga saja yang rasa tak suka, penemu duga pun ada rasa macam tu jugak tau kat mereka yang nak interview tu. Nak tahu, terus layan.

No. 5: tiada tingkah laku yang baik
Dekat Malaysia ni kaya dengan adab sopan. Nak masuk rumah orang pun kena bagi salam mintak kebenaran masuk. Sama la cam nak masuk bilik interview tu.
Apabila nak perkenalkan diri, penemu duga akan senang dengan mereka yang mendahulukan kata-kata aluan yang sesuai. Bila soal jawab, eye contact kena ada.
Reaksi muka pun kena baik, always smile. Baru penemu duga tengok kita tak rasa rubbishing.
Jangan pula waktu tu nak kibas-kibas baju, Nampak sangat nak bagi tau bilik tu panas.


No. 4: tidak confident dengan diri.
Penemu duga tak suka kat peserta yang tak yakin. Bila penemu duga tanya, jawapan yang diberi berpusing-pusing tanpa noktah, asyik ulang isi yang sama. Dah la tu, bagi jawapan pulak dengan gaya berbisik-bisik, tidak lantang menyuarakan pandangan. Kalau tak confident, penemu duga pun rasa tak confident juga nak terima. Kalau interview kerja lagi cerewet. Tak yakin pada diri macam mana nak buat kerja nanti, nak hasilkan output syarikat.
So, communication skills tu penting, sedikit sebanyak membantu kurangkan rasa nerverse tu.


No. 3: Penampilan diri yang tidak sesuai
Penemu duga ambik berat tau pasal pemakaian peserta temu duga, markah bonus tu.
Tak apa, rimas satu hari je watak sebenar. Boleh tahan la kalau panas. Kalau Berjaya, untung besar.
Pakaian mestilah sesuai dengan tujuan temu duga tu. Kalau ada orang yang pakai seluar pendek masuk masjid, mesti kita rasa janggal tengok dia.
Sama la macam penemu duga tengok budak tu pakai t-shirt n selipar masuk interview, belum bercakap dah ada satu pandangan negative kat peserta dia. Mungkin satu la persepsi kita, tengok orang tu pakai smart je, dah ada rasa yang dia tu professional. Padahal, belum sentuh lagi aspek dalaman dia.


No. 2: tiada persedian awal bagi dapatkan maklumat berkaitan temu duga
Penemu duga jugak tak suka dan rasa hampa kalau pesertanya tu tak ada maklumat langsung pasal perkara berkaitan interview. At least, kalau student tu, kena tahu sikit pasal course yang dia ambik dan module study nya. Kalau mintak kerja, kena tahu la profil dan maklumat operasi syarikat tu sikit. So, Kena la tunjuk betul-betul nak Berjaya dalam interview, baru penemu duga senang hati.
Boleh jugak la kaji soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh kebanyakan penemu duga. Baru la Nampak budak ni bersedia dan berminat.


No. 1: Gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Yang ni pun penemu duga ambik kira tau. Mereka lebih tertarik dan menggemari peserta yang dapat berkomunikasi dalam English dengan baik. Markah bonus jugak la kot.
Kalau interview tu berkaitan dengan English atau more to English, confirm la perfect English.
Apa yang penting, speaking je. Basic dah ada. Mungkin cuma suasana family yang bergaul cakap dialog tempatan kita  sebelum ni membuatkan kita tak biasa nak transform.

Apa-apa pun, demikianlah 5 perkara interview yang penemu duga tak suka. Kalau anda peserta temu duga belum cukup power bab-bab ni, boleh la prepare. Ingat, penemu duga tu bukan seorang pembenci penzalim, bukan juga rejim zionis di bumi Palestin. Penemu duga pun nak tolong kita, sekurang-kurangnya untuk agama, bangsa dan Negara. Cuma, kalau kita berusaha dua kali ganda, mungkin dia akan menghargai 4 kali ganda. Jumpa lagi dengan Mat Santai.

Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai