Bertemu lagi bersama Mat Santun. Seperti biasa, Mat Santun akan kendalikan segmen karya oh karya. Kali ini ialah pantun teka-teki juga, tetapi bertemakan pakaian. Harap anda semua dapat menjawab.
pantun teka-teki.
Tema- nak pakai apa?
Membeli lilin dikedai Cina,
Lilin disapu pada sabut.
Pelbagai kain aneka warna,
Mesti didahulu sebelum si kasut.
Pohon meranti tumbuh perkasa,
Tempat bersuka si burung hantu,
Namaku seperti sejenis bangsa,
Di hari raya kelihatan selalu.
Mari santai di Pulau Batu,
Sambil menghempas tekanan di hati.
Aku dipakai di atas baju,
Menjadi penghias di majlis rasmi.
Ikan sepat ikan haruan,
Kasihan dirasa terkena tuba,
Kerjaku mengikat membelah badan,
Tampak bergaya bersama kemeja.
Bunga manggar dipacak sentiasa,
Memanggil tetamu dalam dan luar,
Seperti ular tidaklah berbisa,
Pisahkan baju dengan seluar.
Pergi perigi membasuh kluka,
Cedera terkena pohon deduri,
Namaku seperti sebuah Negara,
Menjadi hamba sepasang kaki.
Jumpa lagi…
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.