WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 29 Disember 2012

Ulasan Novel, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda yang setia mengunjungi halaman enciksantai.blogspot. Untuk terbitan kali ini, watak sebenar berhasrat untuk menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang sebuah novel yang baru selesai watak sebenar membacanya.


Secara umumnya,  novel ini sememangnya menarik dengan menerapkan beberapa teknik plot yang sesuai di samping terdapat falsafah-falsafah  perniagaan yang berguna dan lebih menarik lagi kerana bahasa yang digunakan amat puitis dan halus. Pendekatan ini menjadikan watak sebenar tidak bosan untuk terus-menerus menghabiskannya. Selain itu, novel ini sesuai dibaca oleh golongan muda seawall umur belasan tahun lagi.


(Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur), demikianlah ghahnya tajuk bagi novel yang dimaksudkan dengan mengandungi 365 mukasurat”halaman cetakan normal”. (Keris Mas), demikianlah pula nama bagi penulis yang telah mengilhamkan novel ini dan hasil karyanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2003 untuk dijadikan novel kajian untuk pelajar-pelajar tingkatan 6.


Seperti yang watak sebenar katakan tadi, novel ini sememangnya menarik dengan membawakan para pembaca kembali ke zaman awal kemerdekaan. Ringkasnya, karya ini vengisahkan tentang dunia perniagaan dan perusahaan orang Melayu yang masih belum membangun ketika itu. Encik Muhammaad sebagai watak utama, merupakan ahli korporat bangsa Melayu yang telah Berjaya dan maju ketika itu. Beliau berhasrat untuk mentranformasikan kampung halamannya iaitu Kampung Pulai di Wilayah Tualang menjadi sebuah medan perlombongan bijih timah. Kata Encik Muhammad, kegiatan ekonomi sebegitu perlu dilakukan dan diambil kesempatan oleh bangsa Melayu sendiri dalam menyaingi ekonomi bangsa-bangsa lain.


Dalam menjalankan kegiatan melombong kampung sendiri itu, maka tidak hairanlah pelbagai cabaran serta rintangan datang bertubi-tubi menyekat perusahaan itu khususnya oleh penduduk kampung sendiri. Sebelum itu berlaku, Encik Muhammad telah bekerjasama dengan Yang Berhormat Encik Mohd Yusof iaitu wakil rakyat kawasan pilihan raya di situ. Kata Yang Berhormat itu, penduduk Kampung Pulai perlu dibantu dari segi ekonominya kerana perkampungan itu seolah-olah gersang dan tandus tidak menghasilkan sesuatu yang lumayan. Kata Yang Berhormat itu lagi,sebuah rancangan Felda telah diperuntukan oleh penduduk kampong tersebut bagi memulakan penghidupan baru.


Dengan kolaberasi tenaga tokoh-tokoh  tersebut, maka kedua-dua misi mereka boleh dicapai.  Bagi ahli korporat itu, kegiatan perlombongan itu perlu dijalankan untuk mengembangkan sayap perniagaannya agar kekal kukuh di persada ekonomi. Bagi wakil rakyat itu pula, kebajikan rakyat perlu dijalankan bagi mendapat sokongan dan pengaruh dalam mengekalkan kedudukannya di parlimen dalam tempoh 5 tahun lagi.


Justeru, bermulalah rancangan licik cara korporat diperkenalkan dalam menyekat bantahan penduduk kampung dengan memenagi hati mereka terlebih dahulu. Satu per satu tipu muslihat berbaur bantuan telah diberikan kepada penduduk kampung untuk menutup rancangan sebenar perusahaan perlombongan itu.


Apa-apapun, kesudahan (Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur” ini amat menarik. Rahim, anak kepada Encik Muhammad yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Dagang dari London telah datang menentang sendiri ayahnya. Kata Rahim terhadap ayahnya,
“Kebaikannya  hanya untuk kepentingan dirinya. Kebaikan seorang individulis yang tulen.”
“demikianlah bunyinya”


Bagi pendapat watak sebenar, kegiatan ekonomi seperti perlombongan itu memang baik. Namun, adalah lebih baik sekiranya kegiatan ekonomi yang dijalankan itu mendapat keredaan Allah. Kegiatan ekonomi sememangnya penting untuk maju dan membangun, namun adalah lebih penting sekiranya kemajuan itu disertai dengan keredaan Allah. Bukankah rezeki itu dari Tuhan?

5 Persedian Back To School

Kembali menemui Mat Santai lagi di sini semestinya dalam Halaman Santun-Santai. Terbitan seterusnya ini, Mat Santai akan menyenaraikan 5 persiapan yang perlu dilakukan oleh para pelajar untuk kembali ke sekolah. Tentunya melalui Segmen 5 tak boleh bla yang terakhir dalam tahun 2012 ini.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.


Tirai 2012 hampir perlu dilabuhkan dan umat dunia hari ini sudah berkira-kira untuk menantikan tirai 2013 yang akan dibuka tidak lama lagi. Bagi pelajar sekolah, menjelang 2013, maka tirai persekolahan juga akan bermula. Oleh itu, pelbagai persiapan yang perlu dilakukan untuk mereka back to school.


Ada yang kata, 2013 ini membawa malang kerana cuti persekolahan serta-merta ditamatkan. Ada yang kata, 2013 membawa kebaikan kepada mereka yang ingin menunjukkan bakat terpendam beraksi lebih baik dalam pentas musim persekolahan sehingga November tahun depan. Apa-apa pun sebelum itu berlaku, persiapan itu lebih penting. Dan di antara persiapannya termasuklah:


5. Jadual harian.
Yang ni bbukan buat jadual, tapi kena tukar jadual. Pagi-pagi, tak leh la nak bangun lambat lagi. So, kena buat training dalam minggu ni. Itu pun kalau ada yang tak boleh automatic tukar jadual sendiri. Kalau tak, orang study peta Malaysia, dia buat peta Malaysia. Orang ghairah tunggu lepas ni nak belajar apa, dia berangan ghairah nak tengok tv cerita apa. Entahlah, tak puas tengok tv waktu cuti dulu.


4. Mental dan fizikal.
Mesti kena jaga badan dan otak betul-betul sebelum nak mulakan sekolah. Akal tak sihat,  tak kan nak fikir guna hidung. Badan tak sihat, tak kan nak hantar roh belajar kat kelas.
So, jangan buat susah. Pergi merempit sana sini. Kaki patah, baru ingat dunia. Member masuk sekolah, dia masuk hospital.
Yang main facebook  sampai tak tidur2 tu, kena stop buat persedian ready ke sekolah. Nanti otak jem. First day kat kelas jadi ble. Silap-silap cikgu suruh bukak buku, dia bukak muka buku.


3. keperluan sekolah
Macam-macam benda la. Budak tadika pun tahu. Cuma nak ingatkan, pakaian sekolah yang boleh guna lagi tu jangan buang. Boleh guna lagi untuk next year. Beli baru pun boleh, tapi jangan sampai membazir. Alat tulis tu janganlah ghairah nak guna awal-awal. Silap-silap, belum sekolah dah habis. Bagi semua pelajar, semua benda nak baru. Tapi, terpengaruh dengan member tu biarlah berpada-pada.


2. Wang.
Bunyinya ringkas. Tapi, penggunaannya banyak. Ramai yang tak tahu, selain bayar yuran, beli buku atau beli pakaian, ada satu lagi pembayaran secara tak langsung. Biasanya, pihak sekolah punya kerja.
Awal Januari memang kena kikis duit. Ye la, bayar  yuran persatuan la, yuran rumah sukan la, yuran kelas la macam-macam. Lagi banyak yuran lagi pokai. Tu belum masuk buku-buku tambahan. Ye la, kadang-kadang cikgu tu macam-macam gaya, mintak buku spesis ni la nak buku colour ni la. Apa boleh buat, pelanggan lah kena hormat.


1.    Semangat
Yang ni payah nak sediakan. Pelajar kena seru semangat belajar datang. Tak ada semangat, macam mana kaki nak langkah ke sekolah. Satu kaedah yang agak baik juga, habiskan apa yang kita nak waktu cuti sekolah yang lalu setakat yang mampu. Kemudian, dengan harapan bersedia untuk ke sekolah. Maka, kita tak akan ada hajat lain lagi menjelang tirai sekolah sesi baru.


Apa-apapun, masa merangkak menghampiri anda. Selamat kembali ke sekolah masing-masing ikhlas dari Mat Santai.
Sekian


Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Khamis, 20 Disember 2012

Kebaikan Adam (Bahagian 6)

Assalamualaikum serta salam bahagia Mat Santun ucapkan kepada anda yang setia melawati halaman ini. Menemui Mat Santun di sini akan membawakan anda Segmen Karya oh Karya dengan paparan mengenai kisah Adam dalam bahagian yang keenam.


Terlebih dahulu Mat Santun memohon maaf  di atas kelewatan terbitan sambungan kisah Adam. Namun Mat Santun percaya, sebahagian daripada anda masih tertunggu-tunggu paparan yang berkaitan dengan “kebaikan Adam” dalam bahagian seterusnya ini. Kali ini, apa pula tindakan Adam? Nantikan


Waktu rehat pantas berlalu. Aku cepat-cepat meluru ke bilik guru menemui Cikgu Osman untuk menyerahkan semua yuran lawatan yang telah kukutip dari rakan-rakan pengawas tempoh hari. Hanya ada segelintir sahaja yang berdegil enggan membayar.  Aku terpaksa mengalah dengan mereka setelah berkali-kali menemui mereka untuk meminta bayaran. Lebih-lebih lagi Si Akmal yang turut berpura-pura lagak seperti biasa. Hendak atau tidak, aku terpaksa mengeluarkan wang sakuku sendiri. Mungkin ini risiko padaku kerana memegang jawatan bendahari. Patutlah Lina menolak jawatan ini awal-awal lagi.
“Adam, bagus la kamu ada kat sini. Cikgu nak cakap sikit.”
Suara Cikgu Osman menegur.
Aku hanya mendiamkan diri. Tanganku ligat mengeluarkan semua wang yuran lawatan dari kocek seluar. Giliran tangan Cikgu Osman pula yang pantas menyambutnya. Cikgu pengawas itu seakan mengetahui tujuan wang itu diberikan.
“Seperti kamu tahu, Isnin depan ada hari pelantikan pengawas. Kamu diminta hadir kerana kamu memperoleh anugerah khas.”
Jelas Cikgu Osman panjang lebar.
Aku mengangguk tanpa bersuara. Terdetik perasaan gembira dalam diriku. Namun, aku tertanya-tanya anugerah apakah yang bakal diberi. Tetapi, aku bercadang untuk tidak menanyakannya.
“Pastikan kamu menjaga penampilan diri serta beruniform lengkap pada hari itu.”
Cikgu Osman menambah lagi.

Di kelas, aku serta-merta hairan setelah mendapati rakan-rakanku tiada di situ. Aku melihat jam pada tanganku. Sudah 10 minit melepasi waktu permulaan selepas rehat. Entah di mana mereka agaknya. Aku memeriksa jadual pelajaran yang terpangpang pada dinding kelas. Ternyata matapelajaran Matematik pada ketika ini. Perasaanku mulai gementar apabila terbayangkan wajah Cikgu Ramli. Aku bergegas ke bilik-bilik khas yang selalu digunakan oleh Cikgu Ramli, namun semuanya hambar. Aku akhirnya menglah.  Tanpa dirancang, kakiku melangkah ke perpustakaan untuk mengisi waktu senggang. Di perpustakaan, aku mengambil sebuah buku yang pernah kubelek dahulu. Mataku kusyuk membaca. Tetapi, hatiku resah memikirkan di mana rakan-rakan sekelasku pergi. Kedengaran loceng menandakan berakhirnya waktu matematik, berduyun-duyun pelajar keluar dari sebuah bilik yang terdapat di situ. Ternyata mereka semua adalah rakan-rakan kelasku. Aku tidak menduga bahawa kasut-kasut yang tersusun di luar itu merupakan milik rakan-rakanku yang berada di bilik tayangan itu.
“Adam, puas kami cari kau. Kenapa tak masuk dalam?”
Tiba-tiba suatu suara menyergah memanggil namaku setelah mendapati aku berada di situ.
Aku tersentak. Lalu menyusun kata-kata untuk menerangkan apa yang berlaku tadi. Biar pun begitu, muncul pula suara lain turut berdepan denganku. Sementara yang lain sudah pun mulai keluar.
“Ye la Dam. Nak ponteng pun, biarlah jauh-jauh sikit. Ni tak, kat luar bilik je.”
Kali ini Naim pula yang cuba bermain-main denganku.
Belum sempat aku membalas. Suatu lagi suara memotong percakapanku.
“Tidak mengapa Dam. Cikgu Ramli tak ada pun. Cikgu Halim yang ganti tadi. Kami buat homework sendiri je.”
Haziq cuba menenangkan perasaanku. Mungkin rakan baikku itu dapat membaca gementar di dadaku yang telah lama tersimpan.

Petang itu aku ke sekolah lagi. Aku berazam untuk melepasi peringkat saringan bagi acara larian 200 Meter. Sukan peringkat akhir juga hamper sampai kemuncaknya. Semua ahli rumah sukan lebih-lebih lagi ahli Rumah Biru giat berlatih pada masa ini untuk persedian itu. Pada tahun lepas, Rumah Biru hanya menduduki tangga kedua. Jika tahun ini, kami mengimpikan kejuaraan yang pertama sejak kemarau kejuaraan selama 8 tahun. Sesampainya di padang sekolah, aku mendapati sudah ramai peserta telah memenuhi ruang di tengah padang. Hari ini aku perlu menggalas harapan Rumah Biru dalam acara larian. Lebih-lebih lagi aku terpaksa bersaing dengan Badrul, Aizat dan Imran yang ketiga-tiganya  merupakan pelari pantas di sekolah. Harapan rumah sukan serta turut menjadi angan-anganku juga untuk pertama kali melepasi peringkat saringan yang hanya memerlukan 6 orang peserta layak bertanding di peringkat akhir.
Di salah satu penjuru padang pula diadakan acara saringan Lontar Peluru. Di situ, Naim menjadi orang tambatan Rumah Biru dalam melepasi 6 orang pertama agar layak bertanding kelak. Walau pun aku tidak begitu senang berkawan dengan Naim, namun semangat kesukanan membataskan segalanya. Hingga setakat ini, Rumah Kuning mendahului kutipan mata selepas acara Lompat Tinggi dan Lari Berpagar telah dipertandingkan. Aku melangkah perlahan menuju di mana kasutku diletakkan tadi. Memang nasib berpihak kepadaku, Kesungguhanku tadi telah menamatkan larian aku di tempat keempat. Sekali gus melayakkan diri untuk beraksi di peringkat akhir bersama-sama Imran, Badrul, Haziq dan pelajar darjah 6 yang lain. Aku terhencot-hencot mengahmpiri tempat kasutku berada. Ketika berlari tadi, kakiku terpijak serpihan ranting kayu yang berada di laluan larianku. Walau pun kesakitan sudah menjalar pada kakiku tadi, aku tetap bersemangat meneruskan saingan.
“Tahniah dam! Kau layak ke final.”
Ucap Imran ringkas.
“thank. Ini semua sebab korang yang hebat beri saingan kepada aku.”
Jawab aku ringkas sambil menguntumkan senyuman. Namun, di dasar hati, menahan kesakitan yang terparah di kaki. Aku membelek-belek kawasan yang terkena ranting kayu pada kakiku itu. Ternyata terdapat sedikit luka kecil menompok di permukaannya.
“Kenapa dengan kaki kau?”
Tanya Imran hairan. Seketika, rakan sedarjaa aku itu menghampiri tempat di mana aku berehat. Walau pun jarang-jarang sekali aku bergaul dengan Imran, tetapi pada raut wajahnya jelas menggambarkan rakanku itu seorang yang prihatin.
“Adam, kau tunggu kejap. Aku nak ambik ubat dari beg aku kat sana.”
Jelas Imran Setelah mendapati kakiku benar-benar cedera. Jari Imran terarah pada kawasan rumah sukannya. Aku mengangguk tanda setuju.

Aku tidak menyangka pergaulan aku dengan Imran cepat benar mesra. Sebelum ini, kami hanya berjumpa apabila ingin bermain bola. Tetapi, sejak Imran merawat luka aku tempoh hari, pergaulan kami tidak terbatas setakat bermain bola sahaja. Malahan, sejak dua tiga hari ini, Imran sering mengajak aku ke perpustakaan walau pun kami dari kelas yang berlainan.
Di padang, angin masih bertenaga menghembus kenyamanan. Liverpool Junior dan Manchester Junior juga rancak bertenaga menggelecek bola. Seperti biasa, aku menjadi midfielder dan kadang-kadang menjadi backup striker. Seperti Imran, dia juga berposisi seperti aku dalam team Manchester Junior. Memang aku akui, Imran memang berbakat bermain bola lebih-lebih lagi memiliki larian yang pantas. Aku kekadang sukar untuk mengawal permainan di bahagian tengah. Sejak aku mengenali Imran dengan lebih rapat, ternyata dia bukan sepperti aku sangkakan. Walau pun Imran dianggap ahli sukan sekolah, namun prestasi akademiknya tidak boleh dipandang sebelah mata. Aku bersyukur kerana dapat mendekati Imran dan menjadikan dia sebagai sahabat karib.
“Syabas Adam, kau hebat!”
Ucap Imran ringkas. Kemudian dia menyambung.
“Cara kawalan bola kau dah semakin baik. Sukar aku nak tackle.”
Aku tersenyum kecil. Mengimbas detik indah tadi apabila aku Berjaya melepaskan sepakan yang sekali gus menghadiahkan kemenangan kepada team aku.
“Kau pun hebat juga.” Aku memotong kata-kata yang bakal terkeluar dari mulut rakanku itu. Seketika, mengusap kakiku.
Suasana hamper sunyi. Hanya dua tiga pemain sahaja yang masih belum pulang. Semuanya sedang melepaskan kepenatan.
  “Kau masih belum ingin pulang?”
Tiba-tiba suara Imran mengejutkan aku.
Memang itulah pertanyaan yang tidak aku harap keluar dari mulutnya tadi. Namun, aku terpaksa berdepan. Aku hakikatnya ingin cepat pulang. Namun, kakiku menghalang segala-galanya. Ketika menjaringkan gol tadi, malangnya kakiku terseliuh kerana terjatuh setelah melepaskan sepakan. Kini, mana mungkin aku dapat mengayuh basikal untuk pulang. Lebih penting lagi, aku tidak mahu rakanku itu tahu semua itu. Aku tidak mahu kejadian semasa latihan sukan dahulu berlulang ketika ini. Aku sedaya upaya menyembunyikan kesakitan kaki itu dari Imran. Pada masa yang sama, mengharapkan dia pulang. Setelah itu, barulah aku boleh mengesot-ngesot menghampiri basikal untuk pulang ke rumah. Aku tidak mahu menyusahkan rakanku itu buat kali seterusnya.

Pagi Isnin yang indah, semua barisan pengawas sekolah berkumpul di perhimpunan. Aku dan rakan-rakan sejawatan yang lain memakai uniform yang lengkap seperti yang telah dimaklumkan oleh Cikgu Osman tempoh hari. Kami berbaris di sebelah kanan perhimpunan dan hanya menunggu untuk dipanggil ke depan. Matahari mulai terik menemani perhimpunan rasmi yang panjang. Keringat juga mulai membasahi baju-baju biru yang disarung dengan sepasang kot. Aku melihat Haziq yang sudah mula mengipas-ngipas tubuhnya dengan tali lehernya. Semua pelajar kusyuk mendengar ucapan alu-aluan oleh Cikgu Osman semperna Hari Pelantikan Pengawas Sekolah sesi tahun ini. Tetapi tidak bagi aku, pandanganku kusyuk terarah pada pentas tetapi perasaanku resah memikirkan tentang kakiku yang belum pulih sepenuhnya. Bagaimana aku ingin menaiki pentas dengan kakiku yang lemah ini. Entahlah. Aku teringat detik kepulanganku ke rumah semalam. Sungguh memeritkan apabila terpaksa mengayuh basikal perlahan-lahan. Mujurlah setelah perlawanan bola itu, hujan seolah-olah beralih pandangan untuk menunjukkan dirinya.
Tibalah waktunya sesi pelantikan pengawas-pengawas  baru. Ternyata terpangpang keceriaan dari raut wajah mereka. Ada yang tersipu malu kerana diperhatikan ramai. Ada juga yang asyik tersenyum kosong. Gelagat mereka lebih kurang sama sewaktu aku dan rakan-rakanku dilantik dahulu. Memang terasa seperti dihargai dan disanjungi oleh pelajar-pelajar lain. Tetapi, itu tidak boleh menggembirakan aku sekarang. Kakiku terasa nazak untuk berdiri lebih lama. Kegembiraan yang dimiliki hari ini tidak aku kecapinya. Aku tidak boleh bertindak janggal dengan mengurut kaki ketika ini. Dibimbangi dapat menimbulkan aksi jenaka di hadapan pelajar-pelajar lain. Apa yang penting, tenaga pada kakiku ini dapat menggerakkan aku untuk ke pentas berjalan seperti biasa untuk mengambil anugerah yang Cikgu Osman maklumkan tempoh hari.

“Dari mana kau belajar English?”
Aku memulakan perbualan. Seketika, membuang pandangan ke arah pintu pagar. Pelajar-pelajar sekolah sudah mulai beransur pulang. Kelihatan di situ kelibat Syauqi, seorang pengawas yang baru dilantik pagi tadi dikerumungi rakan-rakannya. Pengawas baru darjah 4 itu seperti mahu diangkat dan dilambung oleh rakan-rakannya. Memang menjadi lumrah, kegembiraan dikongsi bersama, itulah kisah persahabatan yang sejati. Aku di sini masih terus berkongsi ilmu dengan rakanku.
“Kakak aku yang ajar English kat aku. Sejak darjah 2 lagi aku disuruh membaca buku cerita Bahasa Inggeris.”
Jawab rakanku panjang lebar.
 kau pula. Bagaimana matematik kau boleh bagus?”
Rakanku itu menyoal padaku pula. Matahari hari ini terik memancarkan cahayanya. Namun, angin yang bertiup dapat menyamankan keadaan di taman ini.
 “Bapaku seorang guru matematik. Aku banyak belajar daripadanya.”
Aku menerangkan sambil tersenyum. Aku menyambung perbualan.
“Tapi kau hebat Imran. Kau bukan sahaja atlet, malahan pandai dalam kelas.”
Aku dengan tidak sengaja memuji rakanku itu. Keadaan di perkarangan sekolah sudah mulai sunyi. Pengawas-pengawas yang bertugas mulai beredar untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Tak la. Semua orang sama sahaja.”
Rakanku itu berhenti seketika sebelum ingin meneruskan percakapan.
 “Aku berbakat dalam bidang sukan. Tapi, aku kurang mahir dalam bidang yang lain. Seperti kau, kau ada sifat kepimpinan.”
Dari percakapan Imran tadi, terpacul kematangan pada hujahnya.
“yang penting,  kita boleh share semua itu.”
Aku mengiyakan pandangannya tadi.
-Hmm, aku dapat belajar matematik dan kau boleh improve English.”
Kata rakanku itu bersahaja.
Seketika, kami ketawa bersama-sama memecah kesunyian di setiap sudut sekolah.

Aku semakin senang bersahabat dengan Imran. Petang ini aku sudah berjanji dengannya untuk bermain permainan vedio yang baru dibeli bapa. Aku mengetahui yang Imran pun menggemari Dragon Ball. Jadi, tiada masalah rasanya jikalau aku mengajaknya bermain permainan vedio itu. Basikalku agak perlahan bergerak. Kakiku masih belum mampu untuk mengayuh dengan laju. Terasa perasaanku mulai diselebungi kegembiraan. Aku teringat segulung sijil dan  sebuah piala yang berada di dalam beg sekolah di bahagian pelantar basikal. Hadiah paling berharga yang perlu dipersembahkan kepada ibu setelah sampai di rumah nanti. Lebih manis lagi, sijil itu bertulis anugerah pengawas terbaik darjah 4.
Sesampainya di rumah, aku segera menanggalkan kasut dan sarung kaki. Lalu meletakkan beg di ruang tamu. Sijil dan piala itu sengaja aku keluarkan dan mempamerkannya di sebuah almari berkaca. Aku tahu ibu di belakang rumah sedang mengutip pakaian di jemuran. Aku segera menemui ibu untuk bersalaman kemudian masuk ke bilik untuk menyalin pakaian.

“tahniah Adam! Ibu bangga dengan kamu.”
Kata-kata itu masih segar dalam ingatan aku biar pun itu diucapkan ibu pada tengah hari tadi. Memang menjadi helahku untuk membiarkan ibu memandang sijil dan piala itu sebelum aku yang memaklumkannya.
“Ayah mesti belanja kamu makan kat luar kalau dia tahu.”
Satu per satu kata-kata ibu muncul pada kotak fikiranku. Aku tidak dapat menggambarkan  kerianganku itu. Hanya diriku sahaja yang mengetahuinya. Lebih kurang pukul 5.30 petang, Imran akan datang untuk bermain permainan vedio. Masih berbaki 2 jam lagi. Aku melihat ibu di ruang tv, ternyata ibu sedang berehat seperti kelesuan. Mungkin bakal adiknya itu sudah mulai membesar. Aku ke ruang tamu menghampiri beg sekolah. Lalu mengeluarkan tali leher dari dalam beg itu dan menggantungkannya di belakang pintu bilikku. Aku keluar semula dan mengeledah ke sana sini seperti tidak tentu arah. Akhirnya, aku mendapat idea untuk membersihkan bilik air yang kurasakan sudah mulai kotor. Sejak ibu berbadan dua, aku kerap membantu ibu melakukan kerja rumah. Aku mencampurkan sabun ke dalam baldi yang berisi air lalu memulakan tugas.
Tidak sampai 10 minit aku memerah keringat, ibu memanggil aku kerana ada panggilan telefon.
“Adam, aku tak dapat pergi rumah kau. Abang aku ajak memancing.”
Suara Imran jelas aku dengari.
“never mind, Imran. Aku Cuma nak ajak kau main vedio game yang baru aku beli.
Aku berkata dengan bersahaja.
“panggggggg!!!”
Tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang agak kuat dari arah belakang.
“Adam!!!”
Kali ini suara ibu pula yang kedengaran seperti meminta bantuan.
Serta-merta aku memutuskan talian telefon lalu pantas menuju kea rah bunyi yang kedengaran tadi. Ternyata apa yang aku jangkakan akhirnya terjadi.
“Ibu!!!”
Kali ini aku pula yang memanggil ibu. Suaraku terputus-putus menterjemahkan situasi panic.

Aku duduk termenung di taman sekolah seperti semalam. Kali ini tidak bersama Imran. Aku hanya melemparkan pandangan melihat dedaun yang lemah-gemalai ditiup angin. Tiada siapa yang bersamaku ketika ini. Hari semalam benar-benar sukar dilupakan. Pelbagai perasaan terbit mendadak pada diriku. Gembira, ceria, sedih, resah, pilu, kecewa, riang dan bermacam-macam lagi. Yang paling menyedihkan, permulaan harinya ditemani perasaan resah dan kemudiannya gembira. Setelah itu bertukar sedih dan kecewa pada penghujungnya. Jauh di sana, kelihatan pelajar-pelajar yang mulai beransur pulang meninggalkan perkarangan sekolah. Aku membiarkan diriku membatu tidak berbuat apa-apa meski pun perlu melakukan tugas mengawal keadaan pelajar yang pulang itu.
“Aku cuai. Aku lalai. Ini semua salah aku.”
Bertalu-talu perkataan itu menjelma menghantui diriku.
“aku cuai. Aku lalai. Ini semua sebab aku.”
Aku membiarkan perkataan itu terus merasuk mindaku. Memang salah aku. Menawarkan diri untuk membersihkan bilik air. Namun, seperti melepaskan batuk di tangga. Aku membiarkan sahaja keadaan bilik air yang dipenuhi sabun itu untuk mendapatkan panggilan telefon. Tanpa disedari, ibuku telah memasuki bilik air dan malangnya terjatuh akibat terpijak sabun. Paling mengecewakan, ibu bukan sahaja terjatuh malahan kemalangan itu turut menjejaskan kandungan ibu yang juga bakal adikku. Dalam keadaan mencemaskan itu, Suara Imran tiba-tiba menyergah pintu rumah. Suaranya juga turut cemas.
“Kau buat apa? Tadi kata tak jadi datang nak pergi memancing.”
Entah mengapa suaraku ketika itu agak kuat seperti menengking Imran.
“Aku terasa ada sesuatu yang buruk berlaku sewaktu kau meletakkan telefon tadi. Lagi pun, aku  terdengar bunyi yang kuat dari rumah kau.”
Imran tenang menjelaskan segala-galanya.
“pergi. Kau tak perlu sibuk dengan masalah kat rumah aku.”
Aku benar-benar tidak dapat mengawal diri.
Angin terus bertiup nyaman dan membawa kedinginan. Seperti hatiku juga yang sekarang ini terasa amat sugul dan dingin. Satu lagi kejahatan yang telah aku lakukan. Entah mengapa aku dengan semena-menanya menghalau Imran untuk beredar dari rumahku. Kalau ketika itu aku dapat berfikir, nescaya tidak jadi begini. Sudah jatuh ditimpa tangga. aku tahu, Imran datang untuk membantu aku. Dia juga merasakan keadaan yang panic itu walau pun di hujung talian telefon. Aku sepatutnya berterima kasih kepadanya kerana dia sanggup datang ke rumahku menawarkan bantuan. Tetapi kini, rakanku itu sedang terlantar di hospital. Pagi tadi sudah heboh di kelasnya mengatakan dia terlibat dengan kemalangan akibat berlanggar dengan sebuah kereta. Aku yang sememangnya sedih bertambah sedih apabila mendengar berita itu.
“Salah aku. Aku yang menghalaunya.”
Bermacam-macam perkataan negative terbit pada kotak fikiranku.
 “Aku perlu segera meminta maaf kepada dirinya.”
Aku sedaya upaya untuk tenang di taman itu. Kesunyian sudah mulai menyebulungi setiap sudut sekolah.
“Tapi, di mana Imran sekarang? Aku tahu di hospital. Tapi, bagai mana aku mahu pergi?”
Bermacam-macam pertanyaan terbit dari fikiranku yang sememangnya sukar dijawab.

Matahari mulai tergelincir di sebelah barat. Aku menghampiri basikal untuk pulang ke rumah. Begku diletakkan baik-baik di pelantar. Aku melipat kedua-dua lengan baju lalu membelokkan basikal ke arah pintu pagar.
Memang benar orang kata, kadang-kadang kebaikan yang dilakukan dibalas dengan keburukan. Namun, ada juga orang berkata, kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan juga. Hanya waktu dan ketika sahaja yang memisahkannya. Tetapi bagi diriku, berapa banyak kebaikan yang aku lakukan, kerap kali didatangi dengan sesuatu yang aku tidak gemari. Malahan, kebaikan aku untuk membantu ibu membersihkan bilik air disudahkan dengan kejadian yang paling menyedihkan dalam kamus hidup aku. Ibu pernah berkata, berbuatlah baik selagi mampu. Tetapi kini, kata-kata itu seakan sukar untuk aku laksanakan selepas ini. Apakah kebaikanku selepas ini akan menerima nasib yang sama? Itulah yang aku risaukan. Aku tahu, ibu pasti memaklumkan berita buruk mengenai bakal adiku itu. Jika itu benar, aku benar-benar bersalah dan sering kali menjadi mangsa keadaan. Namun, aku pasti ibu akan mengkhabarkan berita buruk. Mengenai Imran, aku benar-benar bersimpati dengannya. Sejak pagi tadi, ramai yang menceritakan hal Imran. Macam-macam kisah yang aku dengar. Ada yang berkata Imran balik dari memancing lalu terlibat dalam kemalangan. Ada juga yang kata Imran ke kedai dan malangnya dilanggar kereta. Hakikatnya, hanya aku seorang sahaja yang tahu ke mana rakan yang baru aku kenali itu pergi petang kelmarin sehingga dia terlibat dalam kemalangan.
“Sesekali aku berbuat kebaikan, sesekali malang menimpa. Sesekali aku menolak kebaikan, cepat-cepat malang menimpa.”
Sejak dari tadi, pelbagai perkataan dan pertanyaan terbit dari kotak fikiranku silih berganti. Entah perasaan apa yang sedang aku alami ini. Aku serta-merta terbangun dari lamunan apabila terdengar satu bunyi yang nyaring menyakitkan telinga.
“Honnn!!!”
Sebuah kereta menerpa ke arahku sebaik sahaja kereta itu membelok dari salah sebuah simpang di hadapan sana.
 “Allah!!!”
Tiba-tiba kalimah itu terpacul dari mulutku.


Tamat…


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Isnin, 17 Disember 2012

Ilmu Gadaian 2

Selamat sejahtera Mat Santun ucapkan kepada anda tetamu maya halaman ini. Kali ini terbitan Mat Santun akan memaparkan tentang amalan gadaian yang diamalkan pada  masa ini dan semestinya dalam Segmen Perkongsian Ilmu. Ini adalah terbitan bahagian kedua dan terakhir bagi paparan mengenai ilmu gadaian.


Pastinya sebahagian daripada anda sudah mengetahui konsep dan takrifan gadaian itu sendiri. Mat Santun tidak berhasrat untuk mengulangi perkara itu lagi. Bagi anda yang masih baru dan berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jelas, bolehlah anda mencari ilmu gadaian bahagian 1 yang telah dipaparkan beberapa bulan lalu.


Apabila berbicara mengenai amalan gadaian berkonsepkan hari ini, maka ianya tidak boleh lari dengan hukum halal dan haram. Ini kerana, bukan Islam sahaja yang menganjurkan perkhidmatan ini, malahan pihak-pihak lain juga turut menawarkan perkhidmatan seperti ini dan menganggap muamalat gadaian sebagai sebuah perniagaan. Sehubungan itu, bagi seseorang Umat Islam yang sejati akan menghadapi kekeliruan dalam mendapatkan perkhidmatan gadaian yang benar-benar berlandaskan syarak dan tuntutan agama.


Sememangnya, dalam menjalankan muamalat gadaian ini, maka kita tidak boleh lari dari rukun ketiga gadaian iaitu barang gadaian. Ini kerana, barang gadaian penting dan menjadi medium supaya pihak yang memegang gadai”pemegang gadai” berani untuk menawarkan wangnya kepada pihak yang menggadai”penggadai”. Ringkasnya, barang gadaian penting bagi pemegang gadai dalam mengelakkan dirinya ditipu dan peroleh kerugian. Ini kerana, sekiranya penggadai enggan membayar kembali hutangnya kepada pemegang gadai, maka barang yang digadaikan itulah yang menjadi penjamin untuk pemegang gadai tidak peroleh kerugian dengan syarat barang itu mestilah nilainya melebihi nilai yang dihutangkan. Namun persoalannya, apakah kreteria yang perlu diikuti dalam menjalankan amalan gadaian secara Islam?


Semestinya, terdapat perbezaan yang jelas di antara muamalat gadaian Islam dengan gadaian cara konvensional. Untuk gadaian secara Islam, amalan ini perlu:


1. Tempoh kontrak gadaian ditetapkan di antara penggadai dan pemegang gadai.
2. Secara umumnya, bebas dari unsur riba yang bersifat penindasan.
3. Nilai barang yang dipajak-gadai mestilah melebihi nilai yang dihutangkan. Tujuannya, untuk mengelakkan kerugian pemegang gadai jikalau penggadai enggan membayar hutang.
4. Sejumlah wang dikenakan sebagai upah menjaga barang. Ini menggantikan konsep konvensional yang mengenakan faedah bulanan yang tetap jumlahnya. Menurut Islam, faedah bulanan itu adalah riba. Bersifat menindas.
5. Sekiranya penggadai gagal membayar hutang, barang gadaian akan dijual. Untung jualan  diperoleh  ppemegang gadai manakala hasil jualan barang itu pula diperoleh penggadai.


Sementara bagi amalan gadaian secara konvensional pula, lebih bersifat keuntungan dan tidak menitikberatkan unsur ritual. Ini kerana, ianya dijalankan:


1.       Tempoh kontrak gadaian ditetapkan di antara penggadai dan pemegang gadai.
2.       Tidak menitikberatkan unsur keagamaa. Riba dibolehkan.
3.       Nilai barang yang dipajak-gadai mestilah melebihi nilai wang yang dihutangkan. Tujuannya adalah sama seperti gadaian secara Islam.
4.       Penggadai dikenakan faedah bulanan yang jumlahnya tetap. Faedah dikenakan sepanjang tempoh kontrak gadaian yang dijalankan. Inilah yang dianggap riba yang menindas penggadai sepanjang tempoh penangguhan pembayaran hutangnya.
5.        Sekiranya penggadai gagal membayar hutang, barang gadaian akan dijual. Penggadai tidak mendapat apa-apa daripada hasil jualan itu dan bersifat hangus. Semua keuntungan tersebut sama ada hasil jualan atau untung jualan dimiliki sepenuhnya oleh pemegang gadai. Ini juga bersifat penindasan dan dianggap mengambil harta pihak lain.


Bagi seorang umat Islam perlulah peka dengan tawaran yang diberi oleh pihak yang menjalankan muamalat gadaian ini. Dalam konteks hari ini, pajak gadai Islam yang ditawarkan oleh Bank rakyat”al-rahnu” adalah paling sesuai dan bersifat fleksibel bagi kita untuk berurusan mengenai hal ini. Oleh itu, jadilah pelanggan yang bijaksana serta diredai Allah.


Tamat


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Jumaat, 14 Disember 2012

Selamat Tinggal Aff Suzuki



Pada malam semalam ketika beraksi di Stadium Supachalasai dalam separuh akhir kedua, Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Thailand sekali gus gagal meneruskan saingan dalam piala Aff Suzuki selepas tewas secara agregat 1-3.


 Menurut Kapten Harimau Malaya Safiq Rahim, aksi separuh akhir kedua semalam sememangnya cukup sukar apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain sepanjang babak kedua ekoran ketiadaan Mohamad Fadhli Shas yang dibuang padang pada penghujung babak pertama.


Sementara itu, Mohamad Fadhli kecewa kerana menganggap kekalahan tersebut seolah-olah berpunca daripada dia.
"Saya sangat kecewa, terasa seolah-olah saya punca Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan kali ini," katanya.
Mengakui masih keliru dengan apa yang berlaku, Mo hamad Fadhli juga tertanya-tanya mengenai keputusan pengadil perlawanan, Lee Min-hu dari Korea Selatan yang melayangkan kad merah kepadanya dalam perlawanan itu.
“diambil dari keratan akhbar kosmo”


Jika direnungkan kembali, memang jelas kekalahan Harimau Malaya turut berpunca daripada sikap berat sebelah pengadil dari Korea Utara itu. Keadaan bertambah teruk apabila stratergi percaturan Rajagobal yang kurang mantap di samping provokasi daripada para pemain Thailand sama sekali membawa kekalahan kepada skuad Negara.


Menurut pandangan  beberapa penonton, terdapat beberapa pemain Malaysia yang masih belum menyerlah malahan ada juga yang langsung tidak berfungsi di padang. Jika Rajagobal dapat mengesan dan menilai sendiri bahawa adanya pemain-pemain seperti ini diturunkan, maka seharusnya belaiau bertindak untuk menggantikan dengan pemain-pemain berkebolehan lebih awal sebelum keadaan mendesak. Formasi Harimau Malaya juga perlu diubah dalam keadaan genting itu. Ini kerana, pemain pertahanan telah berkurangan seorang di babak kedua perlawanan. Apatah lagi, corak permainan Thailand ketika itu memperlihatkan banyak serangan berdasarkan jumlah sepakan sudut yang mereka peroleh. Tindakan Rajagobal yang hanya membiarkan situasi itu terus berlaku tanpa membuat sebarang tindakan penyelamatan benar-benar mengundang malang kepada skuad Negara.
“Sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”


Apa-apa pun, aksi Harimau Malaya dapat diteruskan pada kelayakan Piala Asia yang dijangka bermula awal Februari tahun depan. Aksi Liga Malaysia juga sudah cukup bagi seseorang peminat fanatic bola sepak untuk meneruskan demam bola sepaknya sepanjang musim 2013 dengan beberapa buah kejohanan termasuklah Liga Super, Liga Malaysia dan Liga FA.


Bagi kita rakyat Malaysia, teruskan menyokong Harimau Malaya. Aksi Aff Suzuki sudah perlu untuk kita tinggalkan dan lupakan buat sementara waktu. Tumpuan masa ini ialah kelayakan Piala Asia yang khabarannya benar-benar menarik untuk diikuti sepanjang perlawanan.

Jumaat, 7 Disember 2012

Saja Teringat

Salam bahagia dari watak sebenar. Harap hendaknya kalian berada dalam keadaan sihat. Hari ini bukan ada apa-apa terbitan istimewa, saja-saja nak kongsikan kepada anda mengenai tarikh hari ini yang dianggap agak bersejarah dalam kamus hidup ini. 7 Desember 2011 dahulu jatuh pada hari Rabu dan pada tahun ini pula tarikh itu berada pada hari Jumaat.


Yang pasti, bermula tarikh ini pada tahun lepas, maka bermulalah suatu kenangan panjang selama 5 tahun lamanya. 7 Desember 2011 ini jugalah yang telah membuka gerbang baru bagi penghidupan watak sebenar untuk terus berada di Negeri Halaman sendiri hingga setakat ini. Kini, tarikh itu sudah genap setahun.


Ceritanya tidaklah menarik sangat. Tapi, buat watak sebenar bermulanya tarikh itu maka terciptalah kenangan terindah pelbagai rasa terhadap sekolah watak sebenar kat KL sana. Di suatu penghujung pagi itu di mana keadaannya hening dan mendamaikan, kereta bapa telah tiba di perkarangan sekolah untuk menjemput diri ini untuk pulang ke kampung halaman buat selama-lamanya tanpa kembali menjenguk kisah suka duka di situ lagi. Sewaktu itu, watak sebenar sedang berbual-bual dengan rakan-rakan yang senasib menerima pengalaman yang sama sambil mendengar radio yang bersiaran dari Singapura.


Kami telah menamatkan musim peperiksaan SPM di sekolah itu pada lewat petang hari Selasa. Sewaktu itu, kertas Ekonomi Asaslah yang menjadi penamatnya. Memang ada yang telah memulakan perjalanan pulang ke rumah pada petang hari itu juga. Namun, kebanyakan rakan-rakan masih belum mahu pulang untuk menghabiskan sisa-sisa persahabatan sebagai rakan setingkatan di situ. Antara yang masih bersama-sama untuk tinggal di asrama termasuklah diri ini.


Kenangan yang tidak boleh dilupakan  apabila menikmati jamuan akhir hari pada malam hari Selasa bersama-sama rakan selaku penjawab soalan SPM di sekolah itu yang pada ketika itu tidak terdiri daripada mana-mana pelajar pun melainkan pelajar tingkatan 5. Kemesraan bersama-sama mereka dihabiskan pada malam itu sehingga keesokannya.


Pada esok paginya pula bila mana matahari hamper mendaki puncak tertinggi di langit, maka tibalah waktu dan giliran watak sebenar untuk pulang ke rumah dan meninggalkan sekolah itu pula. Ketika itu, terdapat sebahagian kecil rakan-rakan yang belum pulang ke kampung halaman masing-masing. Dan ketika itu, Kereta bapa meluncur laju membelah Lebuh Raya Utara Selatan membelakangi bangunan-bangunan besar di Kuala Lumpur seperti KLCC dan KL Tower yang syup-sayup kelihatan. Jauh di celah-celah hutan batu itu, terselit Sekolah Menengah watak sebenar yang berada di Setapak itu. Jauh di sudut hati watak sebenar pula, terselit pelbagai rasa bercampur baur, sedih, pilu, gembira dan lega.


Tahun ini, kepada pelajar pelajar SPM yang ada sesetengahnya sudah pun menamatkan peperiksaan dan sesetengahnya lagi masih berjuang, pengalaman seperti ini pastinya akan menemani jiwa dan perasaan anda. Dan ketika itu, anda juga pasti mengucapkan “selamat tinggal” kepada sekolah anda. Gunakanlah waktu terluang pada masa yang panjang sementara menunggu keputusan SPM dengan melakukan aktiviti berfaedah. Paling penting perlulah mengambil lessen kereta atau motorsikal. Seterusnya, mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris dan tidak kurang penting juga ialah mempelajari dan menguasai kemahiran dalam bidang ICT. Watak sebenar percaya, 3 elemen ini sangat-sangat diperlukan untuk calon IPT apabila sudah memasuki menara gading kelak.

Khamis, 6 Disember 2012

Sepasang Kasut dan Sarung Kaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertemu lagi bersama watak sebenar di sini dalam laman enciksantai.blogspot. Diharapkan anda berada dalam keadaan sihat-sihat hendaknya. Tajuk terbitan watak sebenar kali ini agak simbolik namun pengisiannya diharapkan menarik untuk dibaca.


“Sepasang kasut dan sarung kaki”, dua asesori pakaian ini selalu kita gunakan dalam kehidupan seharian, baik digunakan untuk berriadah mahupun digunakan untuk ke pejabat. Tidak kira peringkat usia tua atau muda, barangan ini cukup penting apabila kita hendak memulakan sesuatu aktiviti di luar rumah. Setiap barangan yang dicipta itu memang ada kegunaannya. Bagi sepasang kasut, banyak yang boleh dimanfaatkan oleh si penyarung setelah memakainya.

Kasut sukan berguna kepada si pemakainya untuk mengelakkan kecederaan di kaki sewaktu bersukan, kasut kegunaan ke pejabat penting bagi penyarungnya menjaga  penampilan serta mengikut protocol berpakaian sewaktu berkhidmat, kasut kegunaan untuk perkahwinan pula menjadikan si penyarung kelihatan cantik dan bergaya bersama pasangan dan kasut sekolah digunakan oleh murid-murid sewaktu menuntut ilmu di sekolah.

Walau warna apa sekali pun kasut kita, biru, coklat, hitam atau putih, ianya telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan di zaman ini.
Kita menjadi bimbang sekiranya tidak ada kasut yang sesuai dipakai apabila ingin menghadiri sesuatu majlis. Situasi ini menunjukkan bahawa kita amat-amat bergantung nasib kepada kehadiran sepasang kasut dalam kamus hidup kita. Hal ini sekaligus menjadikan diri kita untuk berterima kasih kepada barangan itu. Disebabkan itulah tidak dinafikan ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk sepasang kasut. Sementara yang lainnya mengambil masa yang panjang untuk memikirkan fesyen dan jenama kasut yang mana menjadi pilihan. Semua itu adalah semata-mata untuk meningkatkan keyakinan diri apabila bersama dengan khalayak di waktu majlis.


Yang menjadi persoalannya, mengapa ungkapan “terima kasih” yang diucapkan pada sepasang kasut tidak atau jarang-jarang didengarkan kepada sarung kaki? Apa tidak bergunakah si kembar kasut ini?
Apabila kita mendapat bantuan daripada sebuah unit atau kumpulan, jangankan kita memandang hasil kerja sebahagian pihak sahaja. Dalam kes yang sama, kita membelakangi hasil kerja daripada sebahagian pihak lagi. Sedang hakikatnya, kesemuanya telah memberikan komitmen yang tinggi dengan kemahiran yang ada pada diri masing-masing. Bukan diminta untuk dihargai, tetapi sekadar mendapat sebuah pengiktirafan yang bersifat adil dan saksama.

Dalam situasi yang digambarkan oleh sepasang kasut dan sarung kaki, Mengapa wujud perbezaan darjat antara kedua mereka? Bukankah kedua-duanya kembar dan saling berfungsi kepada si pemakainya? Atau anggapan kita kasut itu lebih dominun?

Tidak dinafikan, kegunaan sepasang kasut bersifat pelbagai dan bagi sarung kaki hanyalah bertujuan untuk menjaga kulit kaki supaya tidak melecet. Meskipun begitu, secara tidak langsung jasanya kepada si penyarung cukup untuk mendapat keselesaan pada tapak kaki. Bahkan juga sewaktu berjalan di luar rumah yang semestinya perlu melalui pelbagai permukaan jalan.

Oleh demikian tidak hairanlah ada sesetengah daripada kita tidak menghargai kewujudan sepasang sarung kaki. Dengan keadaan demikian, mereka beranggapan kembar kasut itu tiada gunanya selain menjadi kemestian serta hanya mengikut cara berpakaian kebanyakan orang.
“Tanpa stoking, kita masih boleh berjalan malahan boleh melakukan aktiviti sukan.”. Demikianlah rata-rata pandangan orang.
Benar, tanpa sarung kaki, kita masih boleh memulakan perjalanan asalkan adanya sepasang kasut. Tanpa kasut pula, mustahil untuk kita masih memakai sepasang sarung kaki.

Tambahan mereka lagi, sarung kaki selalu perlu dicuci kerana perwatakannya yang mudah menerima kotoran selain selalu basah dan tidak boleh lari dari bau yang busuk. Mengapa mesti dihina orang berjasa sedemikian rupa? dek kerana bau kaki sendiri? Bukankah itu perbuatan sendiri?


Di zaman moden ini, banyaknya masyarakat kita yang menjadi kasut dan tidak kurangnya juga yang menjadi sarung kaki. Dalam kes melaksanakan projek-projek pembangunan, maka pegawai peraancangan menjadi watak kasut yang berfungsi secara langsung manakala buruh binaan pula menjadi watak sarung kaki yang berfungsi secara tidak langsung. Hal ini kerana jika tiada perancang pembangunan  masakan ada buruhnya. Setelah projek itu telah disiapkan, sudah pasti komuniti yang menggunakannya akan memuji jasa si kasut yang hitam berkilat itu dan membelakangi jasa si sarung kaki yang berbau nafasnya itu. Ini berlaku disebabkan perancang pembangunan memiliki banyak kepentingan dan buruh binaan memiliki kepentingan yang satu iaitu menjalankan kerja-kerja binaan. Walhal kedua-duanya memiliki hasil kerja. Sudah menjadi lumrah kepada kita bahawa pihak secara tak langsung sering ditenggelamkan jasa dan pengorbanannya oleh mereka yang lebih bersifat dominun. Ditambah pula dengan perbezaan darjat, memang golongan seperti sarung kaki iaitu pekerja di balik tabir sukar bertapak di hati khalayak ramai.

Sepatutnya, tidak kisahlah mereka di pihak yang mana, kedua-duanya perlu dihargai dan diberi sebuah pengiktirafan yang adil dan saksama. Kedua-duanya juga masih bekerja dalam satu unit dan kumpulan. Sekiranya ia berlaku kepada perancang pembangunan dan buruh binaan, tidak akan mustahil ianya berlaku juga kepada murid dan kejayaan sekolah, pembantu sukan dan kejayaan atlet, bintang filem dan staff pembikinan filem, nelayan dan pegawai pemasaran atau yang lainnya.


(Sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak sempurna)

Isnin, 3 Disember 2012

Seloka Jenaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda tetamu maya halaman ini. Untuk permulaan december ini, Mat Santun ingin memaparkan sebuah puisi klasik iaitu seloka yang mana boleh dijadikan panduan dan teladan kepada kita semua


Pastinya pertemuan hari ini memberi laluan kepada Segmen Karya oh Karya yang menyediakan sebuah seloka jenaka. Seloka ini agak unik kerana berbentuk seperti syair di samping turut mengandungi unsur jenaka dengan meletakkan watak binatang sebagai sindiran kepada sikap manusia.


seloka ini sebenarnya terhasil adalah kerana terciptanya seloka jenis yang sama dan telah diterbitkan pada beberapa bulan yang lalu.


Seloka Jenaka



Leka si ayam menonton bola,
Bertepuk bersorak tak ingat dunia,
Cacing di depan dipandang sahaja,
Ular di belakang sedia ternganga.


Banyaknya makanan di jamuan beruang,
Lalu berebutlah yang besar menang,
Ada pun si badak malang dah kenyang,
Hidangan yang baru hanya dipandang.


Letih Si Nuri mengajar anaknya,
Bersuara merdu tak boleh juga,
Vokal dan piching ditinggalkan sahaja,
Malang si anak bisu rupanya.


Inilah lagak Si Merak bongkak,
Bulunya cabut dek hujan melambak,
Burung yang cantik lalu berteriak,
Pergilah berkawan dengan Si Gagak.


Senja hari pulang dari bekerja,
Hairan Pak Belang melihat rumahnya,
Perabot dan emas hilang semuanya,
Sangka Si Singa nak pindah jirannya.



Terima kasih kepada anda yang sudi membaca karya jenis ini. Terus menantikan  terbitan-terbitan yang lain pula dalam Segmen Karya oh Karya ini khususnya. Sekian…


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Jumaat, 30 November 2012

Jawapan teka-teki

Selamat melayari laman Enciksantai.blogspot buat anda ikhlas dari hati. Pada terbitan ini, Mat Santun akan memaparkan jawapan-jawapan bagi soalan teka-teki yang ditanya pada permulaan bulan tadi. Pantun teka-teki bertemakan nombor ini ada 5 rangkap dan berikut ialah jawapan-jawapannya.


Jawapan teka-teki

Rangkap 1: _lima jari di tangan

Rangkap 2: _lima Rukun Islam

Rangkap 3: kaki _lima

Rangkap 4: _lima Kuasa Vito

Rangkap 5: Juara dunia Worl Cup _lima kali”Brazil”


Demikian sahaja jawapan-jawapannya bagi soalan pantun teka-teki yang bertemakan angka/nombor tempoh lalu. Bagi anda yang Berjaya menjawab kesemuanya atau sebahagian daripadanya, Mat Santun mengucapkan tahniah. Selamat menjawab dan mengasah minda anda dalam terbitan jenis ini pada waktu yang lain pula. Sekian.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Rabu, 28 November 2012

5sebab Harimau Malaya longlai

Ramai jiwa-jiwa yang sepi akhirnya menjadi peramah dengan melaungkan rasa ketidakpuasan hati terhadap dunia bola sepak Malaysia khususnya dalam masa terdekat ini iaitu aksi skuad kebangsaan dalam Temasya AFF Suzuki. Mereka mengambil kesempatan untuk memberi komen di laman-laman social seperti di Facebook, Twitter, atau blogger seperti yang bakal berlaku pada terbitan ini. Pastinya mereka kecewa terhadap aksi hambar Harimau Malaya sepanjang 90 minit amnya dan 94 minit khasnya seperti yang berlaku tempoh hari.


Kekalahan besar 0-3 ke atas Singapura nyata menunjukkan bahawa skuad K. Rajagobal itu belum bersedia sepenuhnya. Malah, pada malam tempoh hari, nyata penguasaan bola berpihak kepada skuad singa. Perlawanan tempoh hari juga mempamerkan bahawa para pemain kebangsaan sudah ketandusan semangat berpasukan sehingga jarang-jarang kelihatan “connection” di antara para pemain. Lebih memalangkan lagi apabila gol-gol Singapura disudahkan dengan cara mengambil kesempatan terhadap kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat oleh para pemain kebangsaa. Lebih menghairankan lagi, khidmat Badrol Bakhtiar yang dikatakan pemain pilihan langsung tidak diturunkan oleh jurulatih dalam membantu gerakan di bahagian tengah.


Apa yang penting, kesedaran untuk berubah kepada yang lebih baik wujud apabila berdepan dengan Laos pada hari ini. Jika di Twitter, @harimaumalaya7 mengatakan bahawa mereka yakin untuk menumbangkan Laos hari ini. Di Facebook pula, mereka sibuk membersihkan sampah-sampah komen yang berselerak di sana-sini dalam akoun mereka. Apa-apa pun, tumpuan rakyat Malaysia sekali lagi menanti-nantikan sesuatu yang menarik dipamerkan oleh Skuad Rajagobal pada hari ini.


Salam Bahagia Mat Santai menemani anda lagi dalam Segmen 5 tak boleh bla. Seperti yang dijanjikan oleh Halaman Santun-Santai, terbitan seterusnya ini akan turut menyibuk untuk mengulas sebab kekalahan Harimau Malaya tempoh hari.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur ayatnya tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh juga.


Setelah dibuat kajian dengan menyoal selidik rakan-rakan Mat Santai seperti Mat Santun dan yang lain, Mat Santai dapati terdapat 5 kesalahan besar yang telah dilakukan. Antara yang diberi sebabnya termasuklah


No. 5: malas nak bertindak.
Ada orang kata sebahagian player malas nak lari dapatkan bola. Ada juga yang kata player malas nak tackle bola yang dibawa oleh lawan. Ada juga yang kata player malas nak jaga striker lawan yang berbahaya. Macam betul juga!
Kalau bukan, tak kanlah orang tua 42 tahun boleh score goal. Sebabnya tak ada sape-sape  yang rajin jaga dan control dia. Apa-apa pun, ini sebahagian sebabnya Malaysia kalah.


No. 4: Tamak.
Tamak ni bukan banyak makan. Tapi, tamak pegang bola lama sangat. Ada kata sebahagian player  tu confident diri bawak bola sampai kat atas tanpa langsung tak passing kat orang. Maybe dia tu Ronaldo atau maybe dia tu iniesta. Silap-silap, star player pun tak buat cam tu. Keeper dah nak tangkap bola tu, gagah lagi nak pegang. Setidak-tidaknya, passing la kat orang lain. Baru ada stratergi sikit.


No. 3: Kelemahan benteng pertahanan
Yang ni tak ada orang kata, Mat Santai yang kata. Sebab jelas sangat ada kelemahan kat bahagian pertahanan. Lebih malang lagi, keeper gagal tangkap bola minit 37 yang menjadikan Malaysia 0-2.
Barisan back pun macam tak ada konteks dengan keeper. Sepatutnya, semua back kena berfungsi. Ni tak, Cuma 2 orang je yang bermain ada skills.


No. 2. Kurang kerjasama “connection”
Yang ni pun Nampak sangat. Hampir 90 minit tu macam tak membanggakan. Kurang connection di bahagian tengah sesama mereka. Kesannya, bola gagal dihantar ke atas. Player jugak gagal memegang bola dengan lebih lama sebelum dipassing ke rakan sepasukan. Kesannya, lawan senang nak tackle bola. Mana pergi connection di antara mereka?
Akhirnya, lawan dapat menguasai bahagian tengah dan lebih banyak memegang bola. Apabila bahagian tengah dah kucar-kacir, maka jadilah keeping-keping badan kapal titanic yang pecah bertaburan di lautan ais.


No. 1: Percaturan yang tidak menjadi.
Yang ni la paling bahaya. Sebab, yang nak main tu ialah player. Kalau player, mestilah utamakan player yang benar-benar serasi dan berkualiti. Bukan nak salahkan jurulatih, tapi ternyata ini salah satu sebabnya Malaysia longlai. Lebih teruk lagi, kalau dah tahu kena tinggal 0-2 tu, cepat-cepatlah tukar  formasi. Banyakkan player di bahagian midfield. Awal-awal pun dah Nampak lawan lebih bermaharjalela kat tengah dengan persembahan 3-5-2 mereka.
Lebih mengejutkan, favourite player “ku” tidak diturunkan. Mana pergi sentuhan Badrol Bakhtiar? Bukankah beliau pemain berpengalaman? Bagi pendapat Mat santai, mengikut aksi tempoh hari Malaysia sepatutnya memasukkan seorang lagi midfield player iaitu Bad dengan mengurangkan seorang striker. Baru best kalau 4-5-1.


Apa-apa pun, teruskan perjuanganmu menentang Los 8.45 malam ini. Jadikan kegagalan sebagai pintu kejayaan. Jangan pedulikan komen-komen busuk yang dilemparkan oleh orang yang tidak terlibat dalam dunia bolasepak termasuk komen pada terbitan ini. Mereka hakikatnya tidak mengetahui perkara yang sebenar.


Mat Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai


Isnin, 26 November 2012

Kenangan November Penuh Bermakna



Di sini, Watak sebenar  mengambil kesempatan untuk memberi komen terhadap aksi hambar Harimau Malaya sepanjang 90 minit amnya dan 94 minit khasnya dalam temasya AFF Suzuki semalam. Kekalahan besar 0-3 ke atas Singapura nyata menunjukkan bahawa skuad K. Rajagobal itu belum bersedia sepenuhnya. Malahan pada malam tadi, nyata penguasaan bola berpihak kepada skuad singa. Malam tadi juga mempamerkan bahawa para pemain kebangsaan sudah ketandusan semangat berpasukan sehingga jarang-jarang kelihatan “connection” di antara para pemain. Lebih memalangkan lagi apabila gol-gol Singapura disudahkan dengan cara mengambil kesempatan terhadap kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat oleh para pemain kebangsaa. Apa yang penting, kesedaran untuk berubah kepada yang lebih baik wujud apabila berdepan dengan Laos Rabu ini.


Watak sebenar bukanlah ingin membicarakan mengenai perkara itu. Tetapi, hanyalah sedikit luahan hati berbaur kekecewaan yang membawa makna yang besar. Apa-apa pun, nantikan terbitan mengenai perkara itu dalam Segmen 5 tak boleh bla dalam masa terdekat ini. Insya Allah.


Untuk terbitan ini, watak sebenar lebih berhasrat untuk mengimbas kembali”flashback” kenangan November tahun lalu yang banyak memberikan kemajuan dan sumbangan kepada Dunia ICT watak sebenar. Watak sebenar tidak ingat akan tarikhnya, namun yang pasti peristiwa itu berlaku sebaik sahaja watak sebenar menamatkan soal-jawab peperiksaan kertas Bahasa melayu 1 sewaktu SPM lalu. Dan, peristiwa itulah yang membuka jalan kepada watak sebenar untuk menerokai dunia ICT dengan lebih jauh lagi. Dan Alhamdulillah, sekarang ini watak sebenar boleh dikatakan mampu mengendalikan pelayaran di lautan ICT ini dengan agak baik. Dan Insya Allah, watak sebenar akan terus berani untuk menerokai lautan ICT ini biar pun  dilambung ombak besar.


Usah bermadah lagi, peristiwa yang dimaksudkan ialah hari penyerahan netbook Satu Malaysia yang diadakan di pejabat sekolah”x-school”. Sebenarnya, watak sebenar sudah berkira-kira untuk membeli sebuah lab top dari awal lagi. Namun, perkhabaran baik dari pihak sekolah mengenai pemberian netbook tersebut sama sekali telah membatalkan niat watak sebenar untuk membelinya. Watak sebenar sedar, untuk menjadi seorang ahli pelayaran lautan ICT yang berani serta boleh berdikari memerlukan sebuah kapal layar sendiri. Teori ini disokong oleh ibu watak sebenar sendiri serta guru sejarah watak sebenar ketika berada di tingkatan 4 dan 5”besiwaja.blogspot”.


Semperna November ini, genaplah usia 1 tahun netbook watak sebenar yang diberi nama Poket Siber. Walau pun ianya barang percuma dan selalu disifatkan sebagai barang cap ayam, namun watak sebenar benar-benar menghargainya serta bersyukur kerana poket siber ini tidak meragam dalam konteks yang dasyat. Dalam konteks yang umum, poket siber ini pernah dipogramkan semula selain menghadapi masalah-masalah kecil. Tetapi itu bukan permasalahan bagi watak sebenar dalam mengendalikan kapal layar peribadi ini.


Apa-apa pun, netbook pemberian ini benar-benar memberi manfaat yang banyak kepada watak sebenar. Ketika dahulu, watak sebenar sering kerisauan disebabkan tidak memahami suara pembaca skrin yang dianggap enjin kapal layar dalam sebuah pelayaran. Tetapi kini, entah bila suara pembaca skrin itu dapat difahami oleh watak sebenar?


Watak sebenar  juga ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Mejalogam.blogspot, Kekasihalam.blogspot dan Kenatembak.blogspot yang sudi memberikan ilmu-ilmu perkomputeran dan internet. Diharapkan agar saudara-saudara terus berbahagia di mana sahaja berada dan tidak mengambil kisah terhadap pertanyaan-pertanyaan  enciksantai.blogspot ini yang melampau-lampau dan melambak hingga ada sebahagiannya yang disifatkan sebagai merepek. Atas jasa anda dan diizinkan Tuhan, watak sebenar telah mampu memiliki 4 akaun laman-laman social. Antaranya


1.       Skype: ”Fairusazmi93”
2.       Facebook: ”Podolski Fairus”
3.       Blogger: “enciksantai.blogspot.com”
4.       Twitter: “mdfairusazmi”
“bolehlah mana-mana tetamu maya yang ingin menyertainya.”


Watak sebenar ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu watak sebenar dalam memajukan pengetahuan dan kemahiran watak sebenar terhadap bidang ICT ini. Memang banyak lagi perkara-perkara yang belum diketahui dan realitinya masih jauh lagi jalan pelayaran itu dalam usaha mencapai garisan kejayaan, namun dorongan dan suntikan semangat kalian menjadikan watak sebenar berasa yakin untuk menggunakan sebuah computer umumnya. Tidak dilupakan juga sumbangan St. Nicholas Home  yang juga pernah mencurahkan ilmu IT semasa watak sebenar berkursus di sana. “Thanks Cikgu Hatty dan Cikgu Vijaya.”
Akhir kata, bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan sebuah netbook peribadi untuk dijadikan langkah permulaan sebelum pergi lebih jauh dalam dunia ICT ini.




Ahad, 25 November 2012

Selamat Berjuang Harimau Malaya!

Khairul fahmi: Kami di benteng pertahanan akan sedaya upaya menyelamatkan gawang dari dibolosi pihak lawan.
Badrul Bakhtiar: Insya allah, Barisan tengah akan bermain pada tahap yang terbaik dengan mempamerkan aksi-aksi  yang menarik.
Mat Yo: Berikan semangat kepada kami, jentera serangan terus-menerus untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh anda.
Syafiq Rahim: Semoga kami saling memberi komitmen yang tinggi sesama ahli pasukan dan dapat merancang gerakan yang boleh menghasilkan gol.


Pastinya suara-suara harapan yang anda dengari itu akan sedaya upaya mempertahankan kejuaraan AFF Suzuki yang telah dimenangi Skuad Harimau Malaya pada tahun 2010 yang lalu ketika di Indonesia. Kebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Rajagobal, selaku jurulatih kebangsaan optimis bahawa Harimau Malaya mampu meraih kejuaraan pada musim 2012 ini lebih-lebih lagi temasya ini diadakan di Thailand dan Malaysia sendiri sebagai tuan rumah.


Assalamualaikum dan salam bahagia watak sebenar ucapkan kepada anda semua. Ringkasnya bagi gambaran awal terbitan ini, semuanya berkisar mengenai bahang AFF Suzuki 2012 yang sebenarnya telah pun bermula di Thailand semalam. Pada aksi semalam, Thailand yang diletakkan sebagai pasukan pilihan nyata mempamerkan aksi cemerlang biar pun menang tipis 2-1 ke atas Filiphina. Sebelum itu dalam satu lagi perlawanan, Myanmar benar-benar tampak bersedia selepas memberi saingan ke atas Vietnam dan mencatatkan keputusan seri 1-1. Namun, tumpuan rakyat Malaysia pastinya lebih memberikan perhatian kepada apa yang bakal berlaku pada malam ini.


Perlawanan pertama bagi skuad kebangsaan, Malaysia menentang Singapura 8.45 p.m. di Stadium Putra Bukit Jalil di Kuala Lumpur semestinya akan mendapat liputan yang meluas oleh rakyat Malaysia khususnya dan penyokong Harimau Malaya amnya. Jika merujuk kepada jadual perlawanan, Harimau Malaya diletakkan pada kumpulan B bersama-sama Singapura, Indonesia dan Laos. Jika dikaji dari sudut laluan perlawanan yang perlu diharungi oleh skuad kebangsaan, ternyata kedua-dua kumpulan memperlihatkan keseimbangan.


Apa-apa pun, semoga kebelasan utama yang bakal diturunkan oleh  Rajagobal benar-benar terbaik dan dapat memulakan aksi AFF Suzuki dengan langkah kanan. Semoga kita, rakyat Malaysia terus memberikan sokongan moral serta semangat kesukanan yang tinggi. Bagi anda yang mengunjungi Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di stadium, Jadilah penyokong yang mengamalkan adab sopan di samping mengikut peraturan stadium.


Watak sebenar mengucapkan  selamat berjuang mempertahankan piala AFF Suzuki kepada barisan Harimau Malaya yang bermain di laman sendiri. Insya Allah, doakan yang terbaik kepada anda semua. Buat para pemain juga, bermainlah dengan ditemani dengan semangat kerjasama tanpa adanya sebarang provokasi yang boleh mengundang diskriminasi.


Selamat berjuang khas  buat Badrul Bakhtiar dari watak sebenar selaku peminat anda. Watak sebenar sedia maklum bahawa beliau yang berasal dari Sungai Petani ini diletakkan pada kedua-dua kumpulan skuad kebangsaan sama ada a mahu pun b. Teruskan merancang gerakan-gerakan berbahaya yang boleh membahayakan gawang goal lawan.


Akhir kata, sama-sama kita nantikan perlawanan pertama Malaysia pada malam ini. Sekali lagi, watak sebenar ucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya.

Sabtu, 24 November 2012

Rahsia Belajar 3

Musim peperiksaan memang penting bagi seseorang pelajar untuk benar-benar menjadi sebagai seorang pelajar. Ini kerana, seseorang pelajar itu bukan hanya setakat menjadi pelajar malahan turut menjadi penjawab soalan. Sewaktu sesi Pengajaran dan pembelajaran”PMP”, seseorang pelajar hanya ditugaskan untuk belajar. Tetapi semasa musim peperiksaan, mereka perlu menjadi penjawab soalan peperiksaan yang baik di samping terus-menerus untuk belajar. Bukankah kedua-dua tanggungjawab ini penting bagi seseorang pelajar? Kebanyakan pelajar pula berkata, bukankah belajar itu untuk peperiksaan? Dan kerana peperiksaan, belajar itu perlu?
“pendapat masing-masing”


Namun, sesi soal-jawab dalam peperiksaan itulah yang sebenarnya lebih penting. Ini kerana, keputusan yang dicatatkan di atas sebuah slip peperiksaan seseorang pelajar adalah berdasarkan ramuan, coretan serta nukilan yang dihasilkan semasa seseorang pelajar itu mengendalikan soal-jawab berkenaan. Tidak gunanya anda bertungkus-lumus membuat persiapan di luar dewan peperiksaan sekiranya di dalam dewan peperiksaan, anda gagal mengendalikan soal-jawab peperiksaan dengan baik. Namun hakikatnya, persiapan di luar dewan itulah yang menjamin kelangsungan kejayaan anda mengendalikan soal-jawab peperiksaan di dalam dewan. Setuju?
Persoalannya, apa yang lebih penting? Belajar semasa PMP? mengulang kaji sebelum peperiksaan? Atau mengendalikan soal-jawab peperiksaan dengan baik?


Apa khabar Mat Santun ucapkan kepada tetamu maya Halaman Santun-Santai. Segmen Perkongsian Ilmu dalam tips Rahsia Belajar bahagian 3 menyusuri dunia siber anda pada terbitan kali ini. Diharapkan, anda dapat meraih manfaat daripada pembacaan terbitan ini. Insya allah.


Pastinya sebahagian daripada pejuang-pejuang SPM sudah berkira-kira untuk menang setelah mendapati sebilangan kecil saki-baki hantu lembaga yang belum dihentam dengan peluru pusaka. Sebahagian  lagi masih menentang rejim lembaga yang mereka takuti hingga ke titisan darah terakhir. Sementara pejuang-pejuang STPM pula mulai rancak menukar butir-butir peluru silih-berganti bagi memerangi zombie Majlis berbekalkan pelbagai persedian serta suntikan semangat jihad warga Palestin. Insyaallah, Berjaya hendaknya.


Pastinya juga, peraturan serta etika peperiksaan awam telah tersedia maklum kepada anda oleh guru-guru sejak awal-awal lagi. Mat Santun juga tidak berhasrat untuk menyentuh perkara yang memuakkan itu. Namun, paparan kali ini lebih mengungkapkan maklumat mengenai bagai mana seseorang pelajar itu mengendalikan perkara yang dimaklumkan itu. Antara sebahagiannya ialah


-anda perlu menjaga kesihatan fizikal dan mental
Kesihatan fizikal penting bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan untuk terus bertenaga semasa mengendalikan soal-jawab peperiksaan dalam tempoh masa yang panjang. Sementara kesihatan mental pula penting dalam memastikan kewarasan akal anda berfikir dan memikir. Jika anda didatangkan  dengan soal-jawab berbentuk KBKK, maka adalah penting bagi mental anda berfungsi dengan baik agar dapat menggarap idea dan menjana hujah untuk diletakkan sebagai jawapannya.


Oleh demikian, tidak hairanlah jika didapati sebahagian pelajar cemerlang hanya memiliki kepintaran gred pertengahan. Mereka sememangnya pakar dalam mengendalikan soal-jawab berbentuk KBKK ini. Ini kerana, anda hanya perlu “1”memberikan pendapat dengan “2”meletakkan contoh berdasarkan apa yang dipelajari di samping “3”memikirkan akan kelogikkannya. Apatah lagi tradisi penggubal soalan peperiksaan hari ini seolah-olah menggmari soalan berbentuk ini, maka terhidanglah peluang terbaik untuk anda.


-Anda perlu peka dengan jadual peperiksaan
Peringatan ini sudah biasa bagi anda. Namun, disebabkan terlalu biasa itulah yang membuatkan perkara ini dianggap biasa serta tidak diberi perhatian luar biasa. Ada kalanya juga, jadual peperiksaan anda boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian. Namun, apa yang penting dalam aspek ini ialah beristiqamah dalam membuat ulang kaji. Memang menjadi lumrah calon peperiksaan untuk melakukan usaha ini sepanjang musim peperiksaan. Tetapi, usaha ini perlu disertakan dengan stratergi berkesan iaitu mengutamakan subjek yang dijadualkan terlebih dahulu untuk dijawab. Sebagai contoh, jika fizik yang dimaklumkan bermula dahulu berbanding biologi, maka utamakanlah subjek fizik.


Anda boleh juga:
Membaca bahan fizik dan kemudiannya bahan biologi pada hari seterusnya. Namun, sehari sebelum peperiksaan fizik, anda perlu mengulang kembali pembacaan terhadap bahan fizik dengan mengingat semula apa yang telah dibaca”kelmarin”. Selepas tamat kertas fizik pada lewat petang, anda perlu meneruskan pembacaan anda terhadap bahan biologi dengan menggunakan konsep yang sama sebagai persedian keesokan harinya. Kaedah ini boleh dipraktikkan sekiranya jarak antara satu kertas peperiksaan dengan kertas peperiksaan yang lain selang sehari atau dua hari.
“sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”


-Anda perlu melupakan soal-jawab peperiksaan yang telah lalu
Perkara inilah yang sukar dilakukan oleh kebanyakan calon peperiksaan termasuk diri ini. Memang menjadi lumrah kepada kebanyakan calon peperiksaan untuk mengingati semula kenangan mereka bermesra-mesra dengan soal-jawab peperiksaan yang telah dijalankan. Pastinya, segala kegembiraan, kekecewaan, kesedihan atau kecerian mereka dijadikan pengalaman berharga sehingga kerap kali terkenangkannya. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman itu  bersama rakan-rakan sehingga terpacul dari mulut mereka perkataan seperti “aduhai, tawakal je la”, “kau jawab soalan mana?”. “argh! Hilang setengah markah.”, “Aku pun jawab soalan tu.” Serta bermacam-macam lagi. Situasi ini membahayakan bagi anda sekiranya terus diamalkan. Ini kerana, anda seolah-olah tidak menghiraukan soal-jawab peperiksaan yang bakal dijalankan. Ada sesetengahnya pula sudah berputus asa untuk meneruskan perjuangan kerana teringatkan  aksi hambarnya mengendalikan soal-jawab peperiksaan yang telah lalu. .


Untuk melupakan segala peristiwa pahit, pedas, sakit atau rimas anda dalam sesi soal-jawab yang lepas-lepas, anda perlu berlari jauh dari dunia peperiksaan walau pun dikejar oleh perasaan terkenangkan anda itu. Oleh itu, anda perlu melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Ini kerana, perasaan itu hadir ketika anda tidak melakukan apa-apa perkara. Sebagai contoh, menonton tv, mendengar radio, memancing ikan, bersukan atau membantu ibu bapa. Perlu diingat, anda perlu melakukan aktiviti tersebut dengan  keseronokan yang semaksimum. Perlu diingat lagi, aktiviti-aktiviti sebegini digalakkan dibuat selepas tamat sesuatu soal-jawa peperiksaan yang dijalani. Selepas anda mendapat rehat yang secukupnya di samping telah menstabilkan perasaan anda, maka barulah anda memulakan misi perjuangan selanjutnya dengan mengulang kaji subjek yang belum dijawab.
“sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”


Ringkasnya, banyak lagi aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh calon peperiksaan. Namun, mungkin yang lain itu sudah dapat dikendalikan dengan kaedah yang terbaik. Umpamanya musim peperiksaan ini seperti sebuah lebuh raya dan andalah yang memandu kereta di situ menyusuri jalan-jalan berturap yang panjang dan lurus. Andalah yang menentukan cara pemanduan terbaik dan andalah juga yang menentukan kereta anda sentiasa berkeadaan baik.


Bermula dengan anak kunci yang menghidupkan enjin sebuah kereta. Ditambah pula dengan kawalan gear dan stering. Kemudiannya, memastikan cermin-cermin kereta seperti cermin hadapan dan cermin sisi sentiasa berkedudukan fleksibel. Tidak dilupakan juga nyalaan-nyalaan lampu penting seperti lampu signil dan lampu break. Pemeriksaan tayar dan break juga penting dilakukan supaya tidak berlaku sebarang kecelakaan. Dan akhir sekali tanggungjawab pemandu itu sendiri yang mengaplikasikan teknik pemanduan yang berhemah selepas memasangkan tali pinggang keselamatan. Doa sentiasa ditemani sepanjang perjalanan  meminta kepada Allah selamat hendaknya.


Begitulah gambaran betapa pentingnya  kesemua aspek dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan umumnya dan mengendalikan soal-jawab dalam peperiksaan khasnya. Dan jika ditanya apa yang penting seperti yang ditanya di atas, Inilah jawapannya.


Tamat.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti