WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 30 Ogos 2012

31 Ogos, Tarikh Keramat

Assalamualaikum dan salam merdeka kepada sesiapa yang masih lagi mengikuti Halaman Santun-Santai. Terbitan kali ini adalah untuk memberi ucapan kemerdekaan sebagai tanda peringatan kepada tarikh keramat Negara.

                31 Ogos, 1957 merupakan sebuah tarikh yang penting dan bermakna buat semua rakyat Malaysia. Bermula tarikh itulah Negara kita dapat dibangunkan dan dimajukan sama ada dari sudut pembangunan lahiriah mahu pun rohaniah. Yang lebih bersejarah, bermula tarikh itulah juga negara kita atau Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah mendapat kebebasan daripada penjajahan Britain. Dengan semangat juang serta perasaan cinta akan Negara yang diilhamkan oleh perajurit-perajurit terdahulu, maka pada hari ini kita mampu menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera tanpa adanya sebarang ancaman kuasa asing.
                Jika dahulu, Portugis menjajah Melaka pada 1511 dan bertindak menyebarkan agama Kristian, menguasai perdagangan rempah di samping mencengkam kawasan Selat Melaka yang sememangnya menjadi pusat ekonomi dunia sewaktu dahulu. Selepas itu, Belanda pula mengambil tempat menguasai Kota A Famosa selanjutnya menyebarkan pengaruh. Hasil Perjanjian Inggeris-Kedah dan Perjanjian Inggeris-Belanda membawa pula kedatangan Britain di Tanah Melayu. Orang-orang putih telah menindas penduduk tempatan dengan mengenakan cukai yang tinggi, memaksa kerahan tenaga serta membonekakan raja-raja Melayu. Pada tahun 1942 hingga 1945 pula, Negara Jepun pula dengan agenda mereka tersendiri menjajah Tanah Melayu. Propaganda yang digunakan seperti “Asia Untuk Orang Asia” sebenarnya bererti sumber ekonomi Asia hanya dapat digunakan oleh Orang Asia. Ketika itu, banyaklah penduduk tempatan disiksa serta dipaksa mengikut budaya dan cara hidup mereka sebagai orang Jepun. Selepas itu, kita dijajah lagi. Kali ini pengenalan pemerintahan kejam oleh Parti Komunis cukup menggambarkan  kepedihan dan keperitan hidup golongan terdahulu walau pun hanya selama 14 hari. Seterusnya, muncul pula bentuk penjajahan baru yang dilakukan oleh Pihak British dikenali sebagai Malayan Union. Dengan kebangkitan semangat nasionalisme serta semangat permuafakatan yang dikolaberasikan oleh penduduk tempatan, maka sebuah pertubuhan dibentuk yang dikenali sebagai UMNO yang bertujuan membantah pelaksanaan Malayan Union. Hasil rundingan yang panjang oleh kedua-dua pihak, maka bermulalah langkah-langkah kea arah mendapatkan kemerdekaan selanjutnya berkerajaan sendiri. Orang Melayu khususnya dalam UMNO tidak mahu lagi maruah raja-raja Melayu tergugat di samping merobik status quo Penduduk Bumiputera sekiranya dasar imperialisme ini terus dilangsungkan oleh kuasa asing.
                Namun, pada hari ini segalanya telah berubah. Benih-benih subur yang disemai sewaktu dahulu telah menampakkan hasilnya. Pohonnya yang keras telah menjadi symbol kekuatan bersama. Daun-daunnya telah menjadi pelindung kepada bahagian-bahagian pohon yang lain. Akarnya pula menjadi tanda keutuhan tegaknya berdiri. Sementara buahnya menjadi hadiah dan azimat kepada pemiliknya yakni hadiah kepada generasi kini. Segalanya berada pada tangan pelapis Negara di zaman ini. Kitalah yang akan menentukan  nasib bangsa dan hala tuju Negara. Kitalah yang meletakkan di mana tingginya maruah dan martabat Negara di samping tahap kemajuan pembangunan Negara. Kitalah juga yang berhak mewarisi tanah bertuah ini agar tidak dicerobohi oleh pendatang asing. Yang pasti, kita itu ialah kita. Penduduk tempatan yang memberi taat setia kepada kedaulatan Negara.
                Di ambang Sambutan Kemerdekaan ini, saya mengharapkan agar masyarakat di dunia reality sana dapat menerapkan nilai patriotisme dalam diri masing-masing. Jagalah tingkah laku serta batas-batas pergaulan ketika berada dalam keramaian sewaktu menantikan detik-detik terindah yakni tanggal 31 Ogos yang akan menjelang beberapa minit lagi. Janganlah anak-anak muda khususnya memalukan maruah keluarga, masyarakat, pemimpin seterusnya maruah Negara. Sambutlah hari kemerdekaan kita ini dengan cara yang benar serta diredai oleh Tuhan. Dan ingatlah, Allah SWT sahajalah yang satu-satunya yang berkuasa menganugerahkan nikmat Kemerdekaan Malaysia ini kepada kita. Bagaimana agaknya jika kita meraikannya dengan kemurkaan Allah Yang Esa. Fikir-fikirkan. Akhir kalam daripada saya, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke 55.


Rabu, 22 Ogos 2012

jawapan teka-teki

Salam sejahtera Mat Santun ucapkan buat anda semua. Berikutnya ini ialah terbitan yang menampilkan jawapan teka-teki bagi Pantun yang bertemakan dunia tempoh hari. Selamat menatap jawapannya…

Pantun 6: dunia


Rangkap 1: Negara Jerman
Rangkap 2: Piramid Mesir
Rangkap 3: Menara Berkembar Petronas”KLCC”
Rangkap 4: Negara Jepun
Rangkap 5: Tasik Tonle Sap
Rangkap 6: Terusan Suez
Rangkap 7: Pertubuhan negara-negara Asia Tengara”ASEAN”
Rangkap 8: Gunung Adverest
Rangkap 9: Taman Tergantung Babylon

Mat Santun mengucapkan setinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada sesiapa yang Berjaya menjawab kesemua atau sebahagian daripada soalan-soalan teka-teki ini. Di lain masa nanti, Mat Santun akan menemani anda lagi dalam Segmen Karya Oh Karya untuk menerbitkan soalan-soalan teka-teki yang baru. Pastinya, uji minda ini adalah untuk mencabar minda serta memperkenalkan kepada anda semua jenis-jenis puisi yang terdapat di Alam Melayu yang penuh dengan warisan budaya.
Sekian dahulu dari Mat Santun. Jumpa lagi…

Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Selasa, 21 Ogos 2012

Kerenah Hari Raya

Salam Syawal kepada anda yang setia mengikuti Halaman Santun-Santai. Mat Santai doakan agar anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping merayakan lebaran di mana sahaja. Semoga segala pekerjaan kita akan diredai Allah. Mat Santai ingin menemani anda lagi dalam segmen 5 tak boleh bla. Tajuknya pada kali ini ialah 5 jenis golongan di hari raya.
Terbitan ini menampilkan beberapa golongan manusia yang masing-masing dengan kerenah dan pekerjaan sendiri sewaktu merayakan Syawal. Berdasarkan pemerhatian yang Mat Santai lakukan selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 syawal, Mat Santai mendapati terdapat 5 jenis golongan yang mempunyai perwatakan serta kerenahnya tersendiri. Ingin tahu? Terus layan.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

Golongan-golongan yang dimaksudkan ini tidak kesemuanya melakukan kerenah dan pekerjaan yang akan dipaparkan. Yang akan dipaparkan di bawah ini adalah sebahagian sahaja yang melakukannya. Sebarang tingkah laku atau mewakili mana-mana pihak adalah secara kebetulan. Terbitan ini adalah sekadar untuk hiburan.


5 jenis golongan di hari raya:
Golongan pertama”

Golongan pertama ini diwakili oleh masyarakat tua. Dengan kata lain, datuk dan nenek kita. Sewaktu hari raya, golongan ini lebih sibuk untuk membuat juadah hari raya. Contohnya, dodol, wajik dan sebagainya. Walau pun sudah tua, tapi si nenek khususnya masih kuat untuk melakukan semua ini. Bukan tidak mahu anak-anaknya menghulurkan pertolongan, tapi tidak rela cucu-cucunya  ditinggalkan bersendirian tanpa si ibu. Tambahan pula, amalan menyiapkan juadah hari raya sudah lama sebati dalam diri masyarakat tua. Lainlah masyarakat moden ini yang menyiapkan juadah dengan kuih raya versi tunjuk. Si datuk pula, sibuk membakar lemang di luar rumah. Bukan tidak mahu anak-anak lelakinya membantu, tetapi Si datuk ingin memberi peluang kepada mereka untuk beristirehat kerana keletihan dalam perjalanan pulang ke kampong. Mungkin juga ingin memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama adik-beradik yang lain.

Golongan kedua:

Golongan kedua ini diwakili oleh masyarakat dewasa. Pendek kata, anak-anak kepada golongan pertama tadi. Kebiasaanya, golongan inilah yang gemar beraya sakan memusing satu kampong untuk menemui sanak-saudara serta teman-teman lama di sekitar kampong. Kesannya, Ibu dan bapa mereka ditinggalkan keseorangan di rumah sebagai pelayan tetamu. Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Cik dan Pak Su, semuanya dengan kerenah masing-masing beraya di rumah jiran-jiran di persekitaran. Ada sesetengah juga yang beraya lebih jauh dari itu. Akhirnya, kesesakan jalan raya berlaku di merata perusuk kawasan. Tidak hairanlah juga jika ada sesetengah daripada golongan ini menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

Golongan ketiga:

Sementara golongan seterusnya ini diwakili oleh masyarakat muda. Dengan kata lain, golongan-golongan yang berjiwa belia/remaja. Mereka ini lebih tertumpu di dalam rumah semasa hari raya. Bukan bermakna mereka ini ringan tulang untuk menolong datuk dan nenek untuk melayan tetampu. Tetapi, adanya mereka di rumah adalah kerana mereka ingin menonton tv. Mereka tidak akan melepaskan rancangan-rancangan raya yang disiarkan khas oleh pihak media penyiaran. Contohnya, tayangan filem, drama dan persembahan artist-artist jemputan. Ada sesetengah tu, mereka sanggup tidak menyertai ibu dan bapa mereka untuk beraya. Mereka lebih gemar beraya di hadapan tv untuk melihat artist sanjungan beraksi.

Golongan keempat:

Golongan keempat ini diwakili oleh golongan kanak-kanak. Pekerjaan mereka pada hari raya memang begitu hebat. Tugasnya adalah untuk memeriahkan sambutan hari raya. Tetapi dengan cara yang salah. Ini kerana, mereka beraksi di luar rumah dengan berperang antara satu sama lain. Adik menentang abang, Sepupu menentang sepupu, dan sepupu menentang dua pupu. Sebutlah apa jenis sekali pun, Mercun papan, bola, roket, semuanya silih berganti meletup di luar rumah datuk dan nenek. Ada sesetengah tu boleh menyebabkan kematian golongan tua kerana terkejut mendengarkan bom atom. Golongan ini jugalah yang menyumbang kepada jumlah pesakit di hospital. Ini kerana, mereka datang ke hospital sebagai pesakit tanpa tangan, tanpa kaki, tanpa mata dan macam-macam lagi.


Golongan kelima”

Golongan kelima ini diwakili oleh bayi. Mereka ini juga mempunyai kerenah tersendiri. Apabila di sebuah rumah kampong itu terdengarnya suara menangis, maka bayi-bayi yang lain juga turut menangis. Mungkin mereka ingin berjemaah untuk memeriahkan sambutan hari raya dengan tangisan. Jika kedengaran suara-suara perbulan bising dari sanak-saudara, bapa saudara serta ibu saudara, mereka juga turut menangis. Lalu, berakhirlah perbualan mereka. Jika kedengaran kuat suara tv menjerit, Mereka juga turut menangis. Lalu, beralah golongan muda yang sebelum ini setia dengan rancangan-rancangan raya. Apa boleh buat. Golongan ini masih bayi. Semuanya perlu beralah.

                Kesimpulannya, pelbagai ragam golongan manusia menyambut suasana hari raya. Si nenek dan datuk sibuk menyiapkan juadah. Si pak cik dan mak cik pula sibuk beraya di rumah jiran-jiran serta teman-teman lama mereka. Sementara, anak-anak remaja sibuk menjamu mata dan telinga menikmati rancangan-rancangan raya di tv. Kanak-kanak pula ligat berperang di luar rumah bermain bunga api dan mercun. Si bayi-bayi turut beraksi dengan menangis tak henti-henti silih berganti. Begitulah keadaan dan kemeriahan di sebuah rumah kampong halaman yang dipenuhi dengan ramai sanak-saudara ketika meraikan perayaan Aidilfitri. Semoga hari raya anda semua terus meriah dan diberkati oleh Allah. Insya-Allah

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Isnin, 13 Ogos 2012

5 Racing @ Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat anda yang masih setia dengan Halaman Santun-Santai. Ini Mat Santai akan menemani anda lagi dalam segmen 5 tak boleh bla. Paparan untuk kali ini ialah berkaitan dengan Bulan Ramadhan. Nak tahu lebih lanjut, terus layan.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur ayatnya tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul. Dengan erti kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

                Bulan Ramadhan merupakan bulan khusus untuk Umat Islam. Dalam pengisian bulan ini, Umat Islam di seluruh dunia diwajibkan berpuasa di samping memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat. Sesungguhnya, Allah SWT menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda di bulan ini kepada hamba-hambaNya yang beriman. Di Malaysia, Umat Islam terutamanya menyambut Ramadhan dengan begitu baik sekali. Semuanya melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, Solat Sunat Nawafil, Membaca Al-Quran, Qiammulai, bersedekah  dan berbagai-bagai lagi. Jika Ramadhan menghampiri 10 hari terakhir, suasana ibadahnya semakin bertambah rancak. Semuanya berlumba-lumba ingin memperoleh malam yang satu iaitu Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan pahala yang dilakukan pada hari itu akan digandakan sehingga 1000 bulan. Namun di sebalik perlumbaan itu, muncul pula perlumbaan-perlumbaan”racing” baru  yang turut disertakan pada Bulan Ramadhan ini sehingga membawa kepada sambutan Aidilfitri. Nak tahu?

5 racing di Bulan Ramadhan:

5. berlumba-lumba nak sediakan juadah berbuka puasa.
Perlumbaan jenis ini rancak dilakukan terutamanya seawall bulan. Mungkin semangat ramadhan membara di hati. Mungkin juga sebab tak sabar nak sambut first day berbuka. Mungkin jugak nak memeriahkan ramadhan ikut pendapat sendiri. Semua makanan rasa nak makan. Bersepah-sepah la makanan kat atas meja tu. Yang tu belum campur yang beli kat bazaar lagi. Semuanya nak sumbat dalam perut. Kalau kat bazaar pulak, bersepah-sepah orang datang. Padahal kat rumah tu dah berlambak makanan. Tapi, gagah juga nak beli. Mungkin nak lengkapkan koleksi makanan kat atas meja tu. Apa jenis Seafood la, westen food la, bigfoot la, macam-macam. Tak cukup dengan itu, ada juga yang beli juadah ikut nafsu. Bukan beli ikut kemampuan wang. Harap-harap, tak ada la yang berhutang sebab nak beli juadah berbuka. Kebiasaannya, Perlumbaan ini akan berlarutan sehingga hamper penghujung bulan.

4. Berlumba-lumba nak beli tiket balik kampong.
“racing” jenis ini biasanya dilakukan sewaktu minggu pertama Ramadhan. Ye la, semua orang tak nak jadi si dendang perantau. Berasak-asak nak tempah tiket semata-mata nak sambut raya kat kampung. Kadang-kadang, tiket mahal, bas ulat-ulat atau bas lompat-lompat  pun dia sanggup. Asalkan tak naik lori ayam balik kampung. Yang tu suasana kat stesen bas, Kl Sentral pun happening jugak. Orang ramai sangat nak order tiket. Sampai KTMB terpaksa tambah gerabak. Kadang-kadang tak cukup, sampai ada yang kena lepak dekat luar. Pas tu. yang kat luar gerabak tu, mulalah plan nak hisap rokok.

3. Berlumba-lumba nak korek duit.
Perlumbaan jenis ini biasanya dilakukan sewaktu pertengahan Ramadhan. Sewaktu ini orang sudah memikirkan tentang raya. Oleh itu, ramailah orang nak korek duit kat merata bank sebab nak sambut Aidilfitri. Berpusu-pusu la orang melawat bank setiap hari sebab nak ambik duit. Ada juga sesetengah tu yang buat-buat korek duit dalam bank. Padahal dalam account kering-kontang. Mungkin nak tunggu peluang nak curi duit orang. Ye la, kata masyarakat,
“Raya perlu top. Segalanya perlu serba baru. Perbelanjaan  yang besar perlu dibuat.”
Kadang-kadang, ada jugak yang sanggup berhutang. Tak kisah apa cara sekali pun, asalkan raya kat rumah dia gerenti top. Tapi, bila nak bayar hutang balik, buat-buat lambat. Mungkin mereka berpegang dengan prinsip “raya didahulukan hutang dikendiankan”. Yang ni ok lagi. Ada yang sebahagian tu sampai tak jelaskan hutang langsung. Bila nak hutang lagi. Tahu pulak dia teringatkan hutang lama.

2. Berlumba-lumba nak buat persiapan raya.
Perlumbaan seterusnya ini hangat dilakukan selepas duit ada kat tangan. Ye la, “no money no things”. Berlumba-lumba nak beli barang untuk persiapan raya. Sofa baru, langsir baru, tv baru, macam-macam. Silap-silap, rumah baru pun dia sanggup beli. Kalau kat rumah pulak, berlumba-lumba satu kampong nak decorate rumah. Pasang pelita la, cat rumah la, sampai pasang meriam buluh pun ada. Dah jadi macam Kota A Farmosa persiapan raya kat rumah dia. Yang bersederhana tu ok la. Tapi, yang extreme tu takut-takut tak diredai. Membazir sangat. Ada sesetengah tu, persiapan baju raya sampai sedozen. Ada sesetengah pulak, berlari ke sana sini di ceruk Bandar nak beli baju raya. Katanya, nak cari yang paling top. Entah-entah, saiz baju yang tak ada. Yang ambik order orang pun berlumba-lumba jugak. Separuh nyawa nak siapkan tempahan tak kira siang atau malam. buat baju la, kuih raya la, langsir la, macam-macam. Harap-harap, ibadah di bulan ramadhan tidak diketepikan.

1.       Berlumba-lumba nak balik kampung.
“racing” jenis yang ini paling happening. Yang ni banyak berlaku kat Bandar-bandar besar seperti kat KL, JB dan Penang. Yang ni merupakan klimak kepada perlumbaan-perlumbaan yang lain. Sebab, “racing” ni dilakukan sewaktu Rmadhan hamper melabuhkan tirai. Ye la, semua orang nak balik kampung sambut lebaran. Tak nak jadi Dendang Perantau. Perlumbaan ini juga merupakan kemuncak segala kegembiraan. Tapi dalam kegembiraan itu, ada jugak kesedihan kalau gembira sangat. Ye la, happy sangat waktu drive, bawak kereta laju-laju sampai mati katak. Pas tu, banyak la pulak accident yang berlaku di merata-rata jalan. Orang balik kampung, dia balik rahmatullah. Beraya kat rumah dua tiang. Ada sesetengah tu, tahniah. Sebab, drive ikut peraturan. Tak la menyusahkan orang. Tak la Nampak macam suasana kat Litar Sepang. Kepada perlumba-perlumba handalan tu, kurangkan speed anda ikut peraturan. Memanglah semua orang tak sabar nak balik beraya. Tapi, jangan sampai Malaikat Maut kata “dia ni tak sabar-sabar nak balik kubur”.


                Kesimpulannya, kelima-lima “racing” ini sering dilakukan oleh kita di Bulan ramadhan. Kepada yang tidak berlumba tetapi hanya berlari, tahniah Mat Santai ucapkan. Hal ini kerana anda bertindak mengikut kemampuan diri. Bukan bertindak mengikut Sang Nafsu. Tapi, jikalau berkaitan dengan ibadah di Bulan Ramadhan, anda perlu berlumba-lumba bersama yang lain dalam mengejar pahala yang dijanjikan. Rugilah sekiranya yang ini pun anda melakukannya dengan berjalan. Lebih merugikan lagi, sekiranya anda berlumba-lumba dalam mengejar 5 “racing” di atas, tetapi perlumbaan ibadah hanya dilakukan dengan berjalan. Walau apa-apa pun, Mat Santai doakan yang terbaik buat anda semua. Selamat Berpuasa dan seterusnya meraikan Lebaran yang dinantikan.

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Isnin, 6 Ogos 2012

jawapan teka-teki

Selamat bertemu lagi bersama-sama Mat Santun dalam Segmen Karya oh Karya. Mat Santun ingin berikan anda jawapan kepada soalan-soalan “pantun 5 barang-barang” yang telah lama diterbitkan. Berikut ini adalah jawapan-jawapannya. Semoga anda mengetahuinya.


Pantun 8” Nak cari barang apa?

Jawapan:

Rangkap 1: Pisau
Rangkap 2: jam dinding
Rangkap 3: kipas angin
Rangkap 4: seterika
Rangkap 5: peti sejuk
Rangkap 6: sikat rambut
Rangkap 7: Penyangkut baju
Rangkap 8: Penyedut habuk”vakium”
Rangkap 9: ubat gigi

Demikianlah sudah jawapan-jawapan yang telah Mat Santun berikan. Kepada anda yang dapat menjawab soalan-soalan tempoh hari dengan tepat, Setinggi tahniah Halaman Santun-Santai ucapkan kepada anda. Bagai mana pula dengan soalan-soalan mengenai dunia yang diterbbitkan baru-baru ini, dapatkah anda menjawabnya? Nantikan jawapan-jawapan itu  pada terbitan Mat Santun seterusnya. Akhir kalam, bye…

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Ahad, 5 Ogos 2012

Pembentukan Negara

Bertemu kembali bersama Mat Santun dalam segmen perkongsian ilmu. Setakat ini, sudah dua terbitan mengenai perkongsian ilmu pintar termasuk yang ini Berjaya diutarakan dalam Halaman Santun-Santai. Teruskan menyokong segmen yang penuh bermanfaat ini. Untuk kali ini, tajuk yang ingin dipersembahkan kepada anda semua  ialah “pembentukan Negara”. Tajuk ini sesuai diterbitkan ketika mana kita hamper memasuki gerbang Hari Kebangsaan serta semangat Kempen kibarkan Jalur Gemilang. Nak mengetahuinya lebih lanjut, terus layan.

                Pada hari ini, Mat Santun ingin membicarakan mengenai pembentukan sesebuah Negara. Misalnya, Malaysia mengamalkan corak pemerintahan berdasarkan raja berpelembagaan serta demokrasi berparlimen. Bagaimana pula dengan Negara-negara dunia yang lain. Namun, sebelum itu, kita perlu mengetahui cirri-ciri yang perlu ada pada sesebuah Negara untuk dibentuk.

Cirri-ciri sesebuah Negara.

1.       Mempunyai penduduk tetap
2.       Mempunyai sempadan
3.       Mempunyai kerajaan yang teratur.
4.       Mempunyai kedaulatan
5.       Mempunyai edealogi tersendiri
6.       Mempunyai system pemerintahan yang ditadbir sendiri.

Jika kesemua ciri di atas ada pada sesebuah Negara itu. Maka, Negara itu boleh dianggap sebagai sebuah Negara yang berdaulat. Namun demikian, ada sesetengah Negara yang wujud tetapi tidak diiktiraf oleh Negara-negara lain di dunia. Contohnya, Negara Israial tidak diiktiraf penubuhannya oleh Malaysia serta beberapa lagi Negara di dunia. Walau bagaimana pun, kewujudannya tetap diterima umum oleh penduduk dunia tanpa memenuhi syarat-syarat cirri sesebuah Negara yang dipaparkan diatas.
        Seterusnya, kita akan melihat apa pula cirri-ciri yang terkandung dalam penubuhan Negara Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu mengetahui perkara yang asas ini jika ingin bergelar seorang rakyat yang cintakan tanah air serta bersemangat patriotisme.

Ciri-ciri yang ada pada Malaysia

1.  mempunyai pemerintahan demokrasi;
2. mempunyai masyarakat berbilang kaum;
3. mempunyai sempadan;
4. bebas daripada pemerintahan asing;
5. mempunyai kedaulatan, raja dan pemerintah yang berdedikasi;
6. mempunyai ciri-ciri kenegaraan seperti perlembagaan, agama, bahasa dan kebudayaan tersendiri.

                Untuk seterusnya, kita akan mempelajari serta membicarakan mengenai jenis-jenis system pemerintahan serta jenis-jenis kerajaan di dunia. Untuk yang pertama, Mat Santun ingin memperkenalkan 3 jenis system pentadbiran yang ada di dunia serta diaplikasikan oleh mana-mana Negara di dunia. Antaranya adalah seperti berikut.

Jenis  sistem pemerintahan:

1.       Kuasa pentadbiran terletak pada kerajaan negeri.
2.       Kuasa penentuan kerajaan negeri lebih tinggi berbanding kerajaan pusat.
3.       Pada amnya, tiada Negara yang mengamalkan pemerintahan Konfederasi
4.       Perikatan Jerman Utara dipercayai mengamalkan system ini pada   1867-1871

Persekutuan
1.       Mempunyai kerajaan persekutuan/kerajaan pusat/kerajaan negeri/kerajaan tempatan
2.       Bergabung dalam pentadbiran mengikut autonomi  perundangan yang ditentukan perlembagaan.
3.       Setiap satunya menjalankan pentadbiran masing-masing tetapi dipantau kerajaan persekutuan dalam hal-hal tertentu.
4.       Contohnya, Malaysia, Australia, Amerika Syarikat

Kesatuan
1.       Kuasa kerajaan pusat lebih dominan berbanding kerajaan negeri
2.       Kerajaan pusat boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh mana-mana peringkat.
3.       Contohnya, Great Britain, New Zealand, Indonesia

Jelaslah bagi kita dalam menyenaraikan Negara-negara yang mengamalkan system pemerintahan mengikut corak masing-masing. Seterusnya, Mat Santun ingin memperlihatkan kepada anda semua mengenai jenis-jenis kerajaan yang wujud di dunia pula. Di bawah ini, ada dinyatakan perkara demikian bersertakan contoh Negara. Terdapatnya 7 jenis kerajaan yang telah sedia wujud. Antaranya termasuklah monarki, Autokrasi, Sosialis, Totalitarian, Republik, Komunis dan demokrasi berparlimen.

Jenis-jenis kerajaan:
Monarki
1.       Raja berkuasa penuh/membuat keputusan sendiri
2.       Tiada parti politik.
3.        
Contohnya, Brunei Darussalam

1.       Diperintah oleh individu/badan politik.
2.       Penduduk diperintah secara paksa dan dihukum jika melanggar perintah.
3.       Contohnya, Negara komunis seperti Cuba dan Korea Utara

1.       Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya.
2.       Mempunyai banyak tanah jajahan.
3.       Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.
4.       Pemimpin berkuasa mutlak.

1.       Bersifat kemasyarakatan.
2.        mengutamakan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
3.       Tidak mementingkan hak perseorangan tetapi milik Negara.
4.       Kegiatan ekonomi terhad mengikut kehendak pemerintah.
5.       Contohnya, Algeria, Laos

1.        Presiden dilantik daripada kalangan rakyat biasa.
2.       Tiada raja yang memerintah Negara.
3.       Ada doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan/badan eksekutif/badan kehakiman.
4.       Perdana Menteri dilantik untuk mentadbir Negara.
5.       Contohnya, India, Singapura

1.       Semua anggota masyarakat adalah sama daripada aspek social.
2.       Tidak percaya wujudnya Tuhan.
3.       Menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan.
4.       Ekonomi dimiliki untuk kepentingan bersama.
5.       Contohnya, Korea Utara

Demokrasi berparlimen
1.       Pemimpin dipilih rakyat melalui pilihan raya.
2.       Setiap rakyat mempunyai persamaan hak.
3.       Berkonsepkan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
4.       Raja sebagai ketua Negara/Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.
5.       Mempunyai kebebasan bersuara.
6.       Terdapat juga negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden.
7.       Contohnya, Malaysia, Thailand

Setakat ini sahaja perkongsian ilmu kita. Mat Santun harapkan agar anda semua memperoleh serba sedikit munafaat daripadanya untuk dijadikan pengetahuan hidup. Apatah lagi, dalam perjalanan kita yang sedang menuju serta memasuki Bulan Kemerdekaan. Perkara sedemikian amat diperlukan untuk melahirkan rasa cinta terhadap Negara khususnya Negara Malaysia yang disayangi ini. Sekian dahulu daripada Halaman Santun-Santai.

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti