WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 30 September 2012

Hingga Di Suatu Ketika

Mereka memang musuh kita. Mereka memang seteru kita. Musuh yang jelas dan wajib ditentang,, diperangi, dibangkang, dilawani, dicanang serta dijauhi. Siapa lagi yang mahu tegakkan maruah agama kita kalau kita sendiri yang tidak menegakkannya. Siapa lagi yang mahu kibarkan bendera  keamanan jika kita sendiri yang tidak mengibarkannya. Mereka bergelak ketawa, kita merana luka. Mereka lakukan apa-apa sahaja atas tujuan yang satu. Tujuan untuk meruntuhkan nilai keagamaan kita. Oleh itu, kita juga perlu melakukan atas hasrat yang satu. Hasrat yang mampu menentang segala bentuk penentangan daripada mereka.


Mana perginya adab mereka sehingga sanggup menghina tokoh Islam yang terunggul? Mana perginya adab mereka sehingga sanggup bermain sentiment agama? Usah ditanya lagi mengenai hal itu kerana mereka sebenarnya, hakikinya, sememangnya tidak mempunyai peradaban kepada agama dan bangsa lain.


Assalamualaikum dan salam ukhuwah watak sebenar ucapkan buat anda yang setia dengan Halaman Santun-Santai. Kesempatan ini, watak sebenar ingin berbicara mengenai isu yang sudah diketahui ramai. Isu yang begitu sensitive sekiranya dibicarakan. Namun atas peluang yang ada di sini, watak sebenar tidak gentar untuk berbicara dengan lebih lanjut mengenai isu sensasi ini.


            Pada 11 September lalu, seluruh dunia khususnya Umat Islam telah dikejutkan dengan sebuah filem pendek yang menampilkan penghinaan kepada baginda Rasulullah SAW. Pastinya di balik pembikinan filem itu, tersenyum girang tubuh-tubuh latnatullah yang disebut sebagai Yahudi. Dengan 15 juta Ringgit yang disumbangkan oleh 100 orang yang terlibat, maka filem itu Berjaya dihasilkan. Pastinya motif mereka tidak lain adalah untuk menjatuhkan Umat Islam sejagat.


            Di saat ini, bukanlah masanya lagi untuk kita menghuraikan secara panjang lebar mengenai kejahatan, kekejaman dan kecelakaan yang dilakukan oleh Rejin Yahudi. Bukanlah masanya lagi untuk kita bercakap kosong mengenai taktik-taktik kotor mereka. Dan bukan masanya lagi untuk kita terus bertikam lidah mengkaji kesalahan-kesalahan mereka. Sudah jelas di sini, mereka memang kejam, penipu, pemceroboh dan pesalah. Segala-galanya dibuktikan dalam sebuah naskah yang bernama Al-quran.


            Dengan pembikinan filem pendek tersebut, satu revolusi baru pada diri Umat Islam telah tercipta. Revolusi penentangan ini mungkin tidak berbunga lagi tetapi cukup untuk ianya berputik. Apabila saat yang dinantikan yakni seruan dari Allah, maka bunga-bunga keamanan akan diperjuangkan. Bunga-bunga yang berkelompok berkolaberasi menggalas hasrat yang satu. Hasrat yang nyata iaitu menuntut bela hak kemanusian yang telah terjual. Maka di saat itu, kita telah memasuki sebuah dimensi di mana segala perbuatan kita akan sentiasa mengikut kronologi dunia. Kronologi yang berperingkat-peringkat yang sebenarnya telah kita sedia maklum iaitu mengenai satu peristiwa ke satu peristiwa yang lain yang berakhir dengan ketiadaan dunia. Sehingga di satu saat nanti, Kaum yahudi akan tertewas. Ditewaskan oleh Umat Islam sendiri. Perkara ini pastinya berlaku. Hanya masa dan ketika sahaja yang kini dirahsiakan.


            Dengan kata lain, pembikinan filem tersebut telah sama sekali mencetuskan pra-penentangan dalam diri Umat Islam sejagat. “sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna” jika dikaji dari sudut hikmahnya, filem pendek tersebut telah membina semangat kesedaran dalam diri Umat Islam sejagat. Selama ini mungkin ada dalam kalangan kita yang leka, alfa dan lalai dengan nikmat dunia. Penghinaan yang dilemparkan kepada rasulullah SAW ini telah mengembalikan anak-anak api dalam diri Umat Islam khususnya.


            Lihatlah sendiri, seluruh Umat Islam seantero dunia  sibuk memprotes dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan Yahudi tersebut. Bermacam-macam bentuk penentangan dibuat. Berdemonstrasi, memboikot produk keluaran Yahudi, membatalkan hubungan diplomasi dan banyak lagi. Namun, usaha itu masih gagal sehingga satu ketika kejayaan akan terungkap pasti. Sewajarnya, Umat Islam perlu berkolaberasi di dalam diri dengan kepatuhan kepada agama. Kita perlu kembali taat kepada ajaran Islam yang sebenar. Tunaikanlah solat fardhu secara berjemaah terutamanya ketika bersolat Subuh, Maghrib serta Isyak kerana, berjemaah itu menggambarkan kekuatan dan perpaduan UMat Islam sejagat. Perkara inilah yang digeruni, ditakuti dan dibenci oleh mereka iaitu rejin Yahudi. Mereka tidak bimbang produk mereka diboikot kerna mereka memiliki pasaran yang meluas. Mereka tidak gentar dengan demonstrasi jalanan kerana tindakan itu seumpama memprotes angin. Sebaliknya, berjemaah di rumah Allah yang sepatutnya dibuat oleh Umat Islam hari ini, ketika ini, saat ini, esok dan selamanya.


            Walau apa-apa pun, sebijak mana stratergi yang mereka rancang, bijak lagi Allah yang mencipta mereka. Kerana, Allah itu Maha Bijaksana. Mereka mungkin tidak mengetahui pembikinan filem pendek itu bukan setakat memberi kemarahan kepada Umat Islam, malahan turut menjadi titik permulaan kepada Umat Islam untuk menentang mereka habis-habisan. Dan di suatu ketika itu, mereka terpaksa berlari-lari mencari tempat persembunyian untuk mengelakkan diri daripada dibunuh. Dan ketika itu juga mereka akan bersembunyi di bawah sebuah pohon di mana pohon itu dapat melindungi mereka. Yang pasti, situasi yang dinyatakan tadi pastinya berlaku. Hanya masa dan ketika sahaja yang kini dirahsiakan. Mungkin esok, tahun hadapan atau abad hadapan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

(sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna)

Madanikan Masyarakat kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat maya Halaman Santun-Santai. Mat Santai menemani anda lagi setelah Berjaya mengusai halaman ini daripada cengkaman Mat Santun. Baiklah, dalam Segmen Renungan yang sudah ketandusan paparan ini, Mat Santai ingin memanfaatkannya dengan mengonsi sebuah terbitan mengenai Masyarakat madani. Nak tahu apakah itu? Terus layan. Masyarakat madani, bukanlah sekelompok masyarakat yang diberi nama kepada Sebuah bangsa yang wujud di m ana-mana tempat di dunia ini. Tetapi, perkataan (madani” hanyalah sekadar istilah yang menggambarkan peribadi atau sifat lahiriah dan rohaniah sesebuah masyarakat itu. Masyarakat Madani pada umumnya boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang berada, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian, maju dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Secara ringkasnya, sebuah masyarakat madani ialah sebuah masyarakat yang memiliki nilai ketamadunan yang tinggi. Jika dikaji dari sifat sejarah, masyarakat ini sebenarnya telah sedia wujud. Malahan, ia telah pun wujud sejak zaman Pemerintahan Nabi Sulaiman lagi iaitu sewaktu kemunculan masyarakat saba’. Kemudian dari situ ia berkembang ke zaman Nabi-nabi Allah yang lain. Malangnya, keruntuhan nilai ketamadunan yang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah sebelum kemunculan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah turut sama meruntuhkan nilai madani pada masa itu. Namun setelah perjanjian madinah antara Rasulullah SaW dengan penduduk Madinah iaitu kaum auf dan kazrak, maka masyarakat madani ini dapat dibentuk semula dan terus berkembang. Ini dapat dilihat melalui Negara Madinah umumnya. Piagam Madinah yang digubal telah mewujudkan persamaan taraf serta semangat ukhuwah antara pelbagai masyarakat di situ tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Seterusnya, ia diwarisi oleh zaman pemerintahan Khulafa Ar-rashidin serta pemerintahan Umaiyah dan abbasiyah khasnya. Berkat pengamalan nilai ketamadunan yang tinggi, lahirlah tokoh-tokoh ilmu yang tersohor di samping mewujudkan pelbagai teknologi moden yang amat membanggakan. Pada masa yang sama, masyarakat ini memiliki nilai keagamaan yang tinggi. Oleh itu, sebuah masyarakat yang dikatakan madani bukan sahaja membangun dalam aspek lahiriah sahaja malar-malar turut membangun dalam aspek rohaniah. Namun, bagaimanakah sesebuah masyarakat itu dikatakan madani? Siapakah yang mengiktirafkan sesebuah masyarakat itu sebagai Madani? Segalanya boleh dibuktikan melalui ciri-ciri di bawah. Antara sebahagian yang dapat dibuktikan adalah seperti: -masyarakat yang terbentuk melalui kontrak social antara pemerintah dengan rakyat. -masyarakat yang mengakui adanya Tuhan. Masyarakat yang mementingkan perdamaian. -Masyarakat yang mengamalakan sikap tolong-menolong dan toleransi. -Masyarakat yang berperadaban tinggi. -Masyarakat yang memiliki kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. -Masyarakat yang berakhlak mulia. Jika ciri-ciri di atas terdapat pada sesebuah masyarakat, maka layaklah masyarakat itu bergelar madani, mementingkan dunia dan akhirat. Namun belakangan ini, masyarakat dunia seolah-olah tidak berkemampuan untuk mengimbangi kedua-dua aspek ini”lahiriah dan rohaniah”. Sebagai contoh, terdapat Negara yang maju dari segi teknologi tetapi tidak mengamalkan nilai keagamaan yang sebenar. Begitu juga yang terjadi sebaliknya. Apakah prinsip madani pada sesebuah masyarakat dunia hari ini sudah terkubur. Atau, adakah wujud idealogi masyarakat yang lebih baik daripada pengisian madani hari ini. Jika ada, di mana masyarakat itu berada? Adakah terdapat pada Negara”Malaysia” ini sendiri? Sesungguhnya, pengenalan konsep ini telah lama berputik di hati rakyat Malaysia khususnya. Lihatlah sendiri, sewaktu zaman Abdullah haji Ahmad Badawi”Perdana Menteri ke 5” yang begitu lantang untuk membentuk masyarakat madani di Malaysia agar pembinaan modal insan Berjaya dihasilkan. Tetapi, usaha itu seakan gagal malah semakin kejauhan untuk kita mencapainya. Renungkanlah… Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Khamis, 27 September 2012

Kau Udang di Balik Mee


Salam bahagia kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Ini Mat Santun akan menemani anda lagi di segmen Karya oh Karya. Di bawah ini merupakan sebuah nukilan sajak yang dicipta oleh watak sebenar. Dalam sajak ini, watak sebenar telah bermain kata dengan tujuan untuk menegur sikap seseorang yang tidak digemarinya. Sebarang terkasar bahasa dan menyentuh mana-mana personality, adalah secara kebetulan. Semoga sajak ini mampu memberi  pengajaran kepada anda semua dalam kehidupan seharian. Lupa nak kasi tahu, tajuk sajak ini ialah “kau udang di balik mee”



Sajak: kau udang di balik mee
Nukilan “watak sebenar”

Kau datang menerpa tubuhku,
Kau ligat menghampiri diriku,
Membawa sesuatu yang tidak pernah aku minta,
Kata kau, Jelas kau,
Dulang yang kau bawa itu penuh dengan kebaikan,
Kebaikan yang tidak pasti baik untuk diriku.


Sekali lagi aku bicara,
Aku tak pernah meminta apa yang kau bawa,
Sedang kau terus-menerus membawa sesuatu itu,
Sesuatu yang kau katakan sebagai kebaikan,
 Yang boleh menangkis segala keburukan.


Kali ini kau bertandang lagi,
Dan kali ini pula,
Kau membawa sesuatu yang baru,
Yang baru dalam sebuah perjuanganmu,
Yang baru dalam perjuangan mana-mana nasionalis,
Yang pasti, perjuangan itu bagaikan pepasir hujan menitis
Yang akhirnya, tiada apa yang dikais.


Sudahlah taulan,
Hentikan segala bentuk-bentuk perjuangan karutmu,
Hentikan madah-madah manismu,
Variasi hidup, kebaikan yang dibalas dengan keburukan,
Prinsip kejaiban, dwe-perkauman,
Dan sebutlah apa lagi,
Ternyata segalanya propaganda-propaganda belaka,
Yang sengaja dicipta dan dimain-mainkan olehmu,
Sehingga kau juga turut dipermainkan.


Kau juga pernah berkata,
Perjuangan itu warisan dari tokoh-tokoh sanjunganmu,
Suarez, Firaun, keajaiban Ultraman,
Dan banyak lagi,
Kata-kata mereka,
Menjadi pegangan dirimu sehidup semati.


Sudahlah taulan,
Sebanyak mana kau menjelma sebagai sesiapa,
Sebanyak mana kau berpaling muka,
Aku tetap mampu menghidu  kebusukan perjuanganmu,
Perjuangan yang tak didengar mana-mana orang,
Perjuangan yang bagaikan sisa-sisa di longkang,
Tipulah dirimu dengan bermacam rupa dan nama,
Romali, Nordin, Vacium,
Podolski, Bijan, kucing tua,
Aku tetap tidak mampu ditipu,
Ditipu oleh idealogi-idealogimu.


Sudahlah taulan,
Masyarakat di sini tidak menerima dirimu,
Jadilah nasionalis di Negara orang,
Jangan bermain falsafah di Negara kami,
Negara kami sudah memiliki flasafah sendiri.


Dengar ni taulan,
Jangankan kau menyuburkan perjuangan itu di negara maya,
Di Facebook, blogger dan twitter,
Kerana bahayanya boleh merentap nyawamu,
Sehinggakan seluruh rakyat Negara itu,
Menggelarkan dirimu sebagai si udang di balik mee,
Yang di luarnya kelihatan enak,
Namun, apabila diambil dan dimakan,
Ternyata sudah pun tenat dan basi,
Seperti gula tiada kemanisan,
Seperti garam tiada kemasinan,
Seperti cuka tiada kemasaman.



Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

Ponteng Sekolah


Selamat sejahtera dan menemui kembali Mat Santai dalam Halaman Maya ini. Sudah lama agaknya anda berada bersama Mat Santun, si sotong serius itu. Untuk kali ini, kita akan dilayani dengan Segmen 5 tak boleh bla yang berkaitan dengan Ponteng Sekolah.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur ayatnya tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Dengan erti kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.



                Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dikatakan serius dan amat membimbangkan. Kadar peningkatan kes ini tidak mengira sama ada sekolah Bandar mahu pun di luar Bandar. Malahan, kes-kes ponteng sekolah yang dilaporkan belakangan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Berdasarkan laporan STAR yang bertarikh 26 February 2008, sebahagian pelajar khususnya di sekolah menengah yang terbabit kebiasaannya akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral di tempat-tempat tertentu. Misalnya, mereka melibatkan diri dengan perbuatan menghidu gam, mengambil minuman beralcohol, terjebak dengan kumpulan haram dan sebagainya. Kegiatan seperti ini telah membuatkan mereka yang terbabit tidak gemar untuk menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran”PNP” di sekolah.


                Sementara itu, Akhbar New Street Time”NST” pula menyebut bahawa sejumlah 21000 kes ponteng sekolah telah direkodkan pada tahun 2008. Fenomena ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu membuka mata serta bertindak tegas untuk mengatasi gejala ini dengan penuh efektif. Namun, sebelum mengkaji pendekatan yang harus dilaksanakan, pihak bertanggungjawab sebaiknya perlu mengetahui punca-punca mengapa berlakunya gejala ponteng sekolah ini. Di bawah ini adalah sebahagian daripada punca-punca gejala ini berlaku.


5 sebab kenapa pelajar sekolah ponteng sekolah


Ranking 5: Nak dapatkan experience sendiri
Faktor ni berpunca dari diri sendiri. Tak ada influence dari sape-sape pun. Maybe influence dari iblis yang suruh buat cam tu. Mereka terbabit nak raih popularity  kat sekolah. Nak cikgu pandang, nak pengetua pandang, nak member pandang. Bila dah panggil nama kat assembly tu, baru rasa popular. Popular atas nama sebagai pesalah. One thing lagi mereka impikan pengalaman rasa bersalah. Barulah mereka akan rasa serba salah. Pas tu, timbul la perasaan insaf. Waktu tu ada la prinsip kegagalan pintu kejayaan. Bak kata masyarakat, macam “sejarah mengajar kita”.


Rangking 4: Nak follow tradisi parents
Yang ni juga ada logiknya. Mereka mengekalkan konsep “one family”. Ibu bapa jadi guru, anak jadi guru. Ibu bapa jadi lawyer, anak pun nak jadi lawyer. Ibu dan bapa buat bisness, anak pun ikut sekali. Jadi, apa salahnya parents dulu pernah ponteng sekolah. Anak pun teringin nak buat. Semua atas alas an amalan tradisi turun-temurun. Maybe nak kekalkan idealogi family berkenaan ponteng sekolah ini. Kan bagus kalau ikut orang yang lebih tua. Bukankah mereka terlebih dahulu yang makan garam.


Ranking 3: nak bagi peluang kat member belajar.
Faktor ni kebiasaannya dibuat oleh pelajar depan. Ye la, satu kelas tu ada 50 orang. Yang depan-depan tu beri fokus, yang belakang-belakang tu mengumpat cikgu. Cuba kalau group depan semuanya ponteng sekolah, mesti yang belakang tu kena lepak depan. Lagi pun lebih berkat dan afdhal. Waktu tu, tak ada perkataan mengumpat lagi sebab semuanya didengar oleh cikgu. Waktu tu, kena fokus belajar sebab pelajar sikit dan kawalan oleh cikgu senang. Kalau yang depan-depan tu selalu ponteng, maybe yang belakang tu boleh jadi pandai dan banyak menguap. Apa-apa pun, wish thank kat pelajar yang lepak depan kerana membantu secara tak langsung dalam pelajaran.


Ranking 2: nak ringankan bebancikgu.
Selalunya bila pelajar banyak ponteng, cikgu akan depressed sebab nak kena back up balik pelajaran. Cikgu akan marah bila tengok pelajar sikit. Tapi, bukan marah kat pelajar yang ponteng tu. Sebaliknya, marah dan membebel kat pelajar yang ada kat kelas. Apa salahnya, cikgu ubah amalan. Bukankah mengajar pelajar yang sikit lebih mudah. Mereka lebih fokus dan cepat catch out. Cikgu ajar yang ni, mereka dah faham sampai yang tu. Pelajar jadi smilely cikgu jadi happy. Lagi pun, yang tak ponteng tu la sebenarnya betul-betul nak belajar. Kalau ramai, macam kerenah. Belum sempat nak masuk page baru, dah ada soalan mengarut. Mengganggu betul pelajar yang lain. Buat apa cikgu nak worry, gaji tetap masuk every month.


Ranking 1: Nak elakkan pengangguran
Yang ni macam pelik sikit. Tapi, logic jugak la. Bila dah banyak pelajar ponteng, kerajaan akan melaksanakan bermacam-macam pendekatan. Sape nak buat tu? Mestilah orang”sumber manusia”. Oleh itu, tambahkan pekerja-pekerja yang terlibat. Guru ke, badan pemantau ke, anggota polis ke, dan banyak lagi. Secara tak langsung, rakyat yang menganggur/mengepal/mengoren  dapat diserapkan ke dalam bidang pekerjaan-pekerjaan yang terlibat. Rakyat ada pendapatan. Berlakulah aktiviti jual beli dalam pasaran kerana rakyat ada duit. Tak ada la jadi kemelesetan. Cuba kalau tak ada langsung kes pelajar ponteng, nescaya kaunselor khususnya boleh relax. Silap-silap newspaper pun ketandusan idea sebab tiada paparan mengenai kes ponteng sekolah. Untuk Lembaga peperiksaan pula, mereka dah hilang satu soalan popular berkaitan ponteng sekolah.




Demikianlah saja bahan titisan 5 tak boleh bla yang Mat Santai dapat berikan kepada anda. Sebagai pelajar yang pintar, wajarlah kita mengelakkan diri daripada melakukan ponteng sekolah ini. Terima kasih buat anda sekali lagi yang sudi berkongsi masa bersama-sama Mat Santai. Sekian…



Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Isnin, 24 September 2012

Rahsia Belajar 2

Salam bahagia Mat Santun ucapkan kepada sesiapa yang masih lagi setia melawati Halaman Santun-Santai. Mat Santun ada terbitan baru untuk anda semua dalam segmen Perkongsian Ilmu. Topik yang bakal diperkatakan ini berkaitan dengan usaha.


                Semua sedia maklum bahawa usaha itu merupakan laluan bagi menaiki sebuah tangga kejayaan. Tanpa usaha, kita dikatakan gagal menuju kejayaan. Dengan adanya usaha, kita dikatakan memiliki laluan untuk menghampiri kejayaan. Pendek kata, kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak ada sebarang daya yang membuatkan kejayaan itu bergolek.


                Semua sering kali mendengar, di hujung-hujung telinga yang mengatakan “usaha tangga kejayaan”, “berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” atau bermacam-macam pepatah lagi. Namun, “sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna” kita tidak boleh menyandarkan kejayaan yang diperoleh itu semata-mata dari hasil usaha sahaja. Sebaliknya, terdapat beberapa factor lagi yang membuatkan seseorang itu mampu mencapai sebuah kejayaan.


                Berdasarkan pemikiran yang tidak sempurna ini, terdapat 3 elemen penting yang dikolaberasikan bersama dalam membina sebuah kecermelangan. Pertamanya, anda sedia maklum iaitu usaha. Jika bercakap mengenai factor usaha, kita perlulah mengusahakan usaha itu dengan penuh stratergik serta fleksibel. Usaha yang tidak dirancang akan meraih hasil yang sia-sia di akhir waktu. Misalnya, anda berusaha tetapi tidak memiliki pengetahuan langsung mengenai topik yang anda usahakan itu. Sebanyak mana anda berusaha, sebanyak itulah anda membuang masa. Apa salahnya anda terlebih dahulu mempelajarinya dari orang yang lebih arif. Selepas itu, barulah anda mengusahakan usaha ke atas topik itu secara solo agar mudah difahami. Dalam pada itu, anda juga perlu memeriksa minda serta badan anda. Pastikan minda serta badan anda itu benar-benar mengusahakan perkara yang sama dengan apa yang diri anda usahakan. Jangankan pula anda mahu terus berusaha dalam pelajaran, tetapi minda anda mahu terus berusaha untuk mencari idea-idea bernas untuk mengupdate blog, sementara badan anda pula mahu terus berusaha untuk setia di atas katil. Kesannya, usaha anda akan menjadi sia-sia kerana kedua-dua senjata diri anda itu tidak bergabung bersama-sama anda dalam mengusahakan usaha yang satu.


                Semua sedia tahu, selain usaha yang beristiqamah, berkat doa yang dipohon perlu ada. Impaknya, rezeki akan diberikan oleh Ilahi ke atas kecermelangan yang ingin diimpikan. Justeru, factor kejayaan kedua ialah rezeki. Faktor ini merupakan bonus serta pemberian percuma dari Tuhan atas hajat dan amalan-amalan ritual yang hambaNya lakukan. Ini bererti, kejayaan yang diperoleh melalui factor ini merupakan kejayaan hadiah sekiranya kejayaan itu tidak disertakan dengan usaha. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjaga hubungannya dengan Tuhan”patuh suruhan tinggalkan larangan”, nescaya seseorang itu akan sentiasa diredai Tuhan sekali gus mendapat rezeki yang baik.


                Kadang-kala, seseorang itu hanya memerlukan sedikit sahaja nuclear dari badannya”usaha”, sedangkan keputusan peperiksaan yang diperoleh adalah lebih baik daripada seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh. Jarang-jarang berlaku pula, seseorang itu tidak menjaga hubungan dengan Tuhan apatah lagi berusaha menelaah pelajaran, tetapi keputusan peperiksaannya menyamai keputusan seseorang yang mengikut kedua-dua elemen tersebut. Pendek kata, rezeki itu bergantung daripada Tuhan. Dialah yang berhak menentukan nasib hambaNya. Tetapi ingat, ada dalil yang menyatakan:


Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika seseorang itu tidak memulakan perubahan ke atas dirinya.


Situasi di atas mungkin merupakan sebahagian bentuk ujian kesenangan yang diturunkan Ilahi kepada hambaNya. Oleh itu, bersyukurlah kita dalam memperoleh rezeki Ilahi dan berdoalah agar diri dimurahkan rezeki. Tegasnya, rezeki juga dikatakan medium untuk penentu kejayaan.


                Seterusnya ialah factor kebijaksanaan. Sebuah kebijaksanaan hadirnya dari sebuah akal. Akal yang cerdik merupakan anugerah dari Tuhan kepada seseorang yang dikehendaki. Pemikiran akal juga memainkan peranan penting dalam mengukir sesebuah kejayaan itu. Sesetengah pelajar hanya memerlukan usaha yang sedikit untuk belajar dan sebakinya lagi diserahkan kepada pemikiran akal yang dimiliki bagi menggarap idea-idea sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Akhirnya, keputusan peperiksaannya adalah baik. Sesetengah orang juga hanya mensyaratkan dirinya untuk ke kelas tanpa melakukan sebarang ulang kaji setelah tamat persekolahan. Namun, dengan kebijaksanaan akal fikirannya, keputusan peperiksaannya menyamai keputusan peperiksaan yang bertaraf cemerlang. Umumnya, semua orang memiliki pemikiran yang bijak. Jika anda sedar akan kebijaksanaan itu terselit pada akal anda, uruslah akal anda dengan sempurna. Elakkan akal anda dari didedahkan dengan perkara-perkara negatif.


                Semua sedia maklum, untuk mengukir sebuah kejayaan, perancangan yang teliti perlu dilakukan. “sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”: Di sini, saya menggariskan jumlah peratusan bagi factor usaha, rezeki dan kebijaksanaan. Pada pandangan saya, 70 peratus daripada sebuah kejayaan datang dari usaha, 15 peratus lagi masing-masing diwakili oleh factor rezeki dan kebijaksanaan berfikir.


                Sebagai seorang yang pintar, anda boleh merendahkan peratusan usaha anda”cadangan 50 peratus” sekiranya anda memiliki pemikiran yang cerdik dan terurus. Kesannya, beban ke atas target anda dalam menjayakan kejayaan itu akan sedikit keringanan. Sementara anda yang dianugerahkan dengan sifat kerajinan, anda perlulah menggunakan kesempatan itu dengan menggunakan maksimum 70 peratus usaha untuk mengukir kejayaan. Ini ditambah pula dengan sedikit peratusan dari kebijaksanaan, nescaya keputusan peperiksaan anda mampu memaksa anda mengeluarkan air mata gembira. Untuk peratusan rezeki pula, segalanya bergantung kepada Tuhan. Dialah yang menentukan sebanyak mana peratus yang bakal dinikmati oleh hambaNya. Yang penting, seseorang itu perlulah menjaga hubungan baik dengan Tuhan. Ringkasnya, jika anda mahir dalam mencaturkan nisbah peratusan antara ketiga-tiga factor di atas, nescaya kejayaan akan bertandang di hujung waktu.


                Setakat ini sahaja perkongsian ilmu yang boleh dipaparkan oleh Mat Santun. Sebarang permainan bahasa dan kesilapan tatabahasa, minta dimaafi. Sekian…


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Rabu, 19 September 2012

ilmu gadaian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang setia bersama-sama Halaman Santun-Santai. Segmen Perkongsian Ilmu kembali lagi dengan menampilkan ilmu Islam yang berkaitan dengan muamalah. Mat Santun akan berkongsi sebuah terbitan yang memberikan maklumat serta pengetahuan mengenai gadaiankepada tetamu maya semua. Nak tahu bagai mana konsep gadaian yang sebenar menurut Islam? Nantikan…

                Pengenalan bagi konsep gadaian”al-rahnu” meliputi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmahnya. Pertamanya, kita haruslah mengetahui pengertian perkataan gadaian itu sendiri. Umumnya dari segi bahasa bermaksud tahan. Menurut istilah syariat Islam pula ialah sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan hutang itu nanti. Hukum menjalankan kegiatan gadaian ini ialah “harus”.


                Terdapat banyak dalil sama ada dalam Al-Quran mahu pun hadis Rasulullah yang berkaitan dengan gadaian ini. Antara yang terkenal dan boleh dijadikan sebagai bukti gadaian menurut Islam ini ialah yang terdapat pada surah albaqarah ayat 283:


“Dan jika berada dalam musafir lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh, sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh orang yang memberi hutang.”


                Konsep seterusnya ialah perlu mengetahui rukun yang terkandung dalam muamalah gadaian ini. Berikut ialah perkara-perkara rukunnya:


1.       Penggadai
2.       Pemegang gadai
3.       Barang gadaian
4.       Lafaz ijab dan qabul.


Selanjutnya, perlu mengetahui setiap syarat bagi setiap rukun itu pula. Untuk pertamanya ialah huraian mengenai syarat penggadai serta orang yang memegang gadai”pemegang gadai”:


1.       mukalah
2.       pilihan sendiri
3.       penggadai dan pemegang gadai adalah harta masing-masing dengan milik secara sah.


Manakala syarat barang yang digadai pula ialah:


1.       tidak boleh menggadai manfaatnya tetapi mestilah barangnya.
2.       barang mestilah boleh dijual.

        Hikmah-hikmahnya adalah seperti Sebagai pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan, dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang dan memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila terdesak.


                Antara sebab yang membolehkan pembatalan gadaian pula adalah seperti berikut. Pertama, pemegang gadai mengembalikan semula barangan gadaian kepada penggadai. Kesannya, perkhidmatan gadaian itu akan terbatal dengan sendirinya.

Kedua, penggadai telah menjelaskan semua hutangnya kepada pemegang gadai. Apabila langsai hutang penggadai itu terhadap pemegang gadai, maka gadaian akan terbatal.

Ketiga, Penggadai telah meninggal dunia. Perkara ini juga menyebabkan terbatalnya gadaian kerana tiada interaksi lagi antara kedua-dua pihak penggadai mahu pun pemegang gadai.

Keempat dan terakhir, barang gadaian terpaksa dijual atas perintah mahkamah. Impaknya, gadaian yang dibuat sebelum ini akan terbatal.


Sekian sahaja perkongsian ilmu Mat Santun pada terbitan kali ini. Di lain masa akan bertandang terbitan-terbitan yang lain pula. Diharapkan agar tetamu maya di luar sana dapat memperoleh serba sedikit ilmu yang bermanfaat daripada pembacaan dari blog ini. Sekian


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti