WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 30 Julai 2012

HABIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Ini Mat Santai ingin menemani anda dalam segmen 5 tak boleh bla. Sudah lama agaknya segmen ini tidak diketengahkan dalam Halaman Santun-Santai. Untuk kali ini, Mat Santai ingin memaparkan terbitan mengenai sebuah perkataan. Perkataan ini dianggap unik dan digunakan secara meluas dalam banyak keadaan. Nak tahu perkataan apa? Tunggu, terus bersama Mat Santai.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

                “habis” merupakan sebuah perkataan yang mempunyai banyak maksud. Perkataan ini boleh dituturkan dalam pelbagai situasi mengikut maksud yang ingin diungkap oleh pendialog. Di sini, Mat Santai ingin memperkenalkan 5 jenis “habis” yang berbeza. Antaranya termasuklah

5.
Adam” Habis la aku macam ni. Gerenti Cikgu Khairul    Akan marah aku lepas dia marah Si Naim tu. Harap-harap, netbook aku dia tak rampas.”memandang Cikgu Khairul dengan mata yang layu. Tumpuannya tidak terarah ke kaunter lagi sebaliknya serius memandang Naim”
“Kebaikan Adam”
Untuk perkataan “habis” yang pertama ni, maksudnya ialah nahas. Atau kata lain, menghadapi sesuatu keadaan yang cemas, kriktikal atau genting. “habis” jenis ini biasanya dituturkan oleh pendialog apabila menghadapi keadaan yang kriktikal ke atas dirinya. Dalam keadaan yang seterusnya, “habis” jenis ini juga digunakan sekiranya pendialog mengetahui bahawa akan ada maslah atau malapetaka yang akan berlaku kepada dirinya.

4.
Ibu monyet: makanan dah habis la. Kini bersabarlah, nak. Nanti abang Kino bawakan buah-buahan dari hutan sana.”mengusap-usap ubun-ubun rambut anaknya”
Kini: Adik terlalu lapar. Perut pun dah sakit.”sambil memegang-megang perutnya yang sudah rancak berkeroncong”
“Arang Batu menangis lagi”
Untuk “habis” yang kedua ini, penggunaannya menepati maksud yang sebenar sebagai mana yang termaktub dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. “habis” jenis ini membawa erti tiada atau tandus. Dengan kata lain, objek yang disandarkan itu telah tiada atau sudah ketandusan.

3.
Bijan: Habis tu, apa yag saya boleh buat untuk dapatkan  tanah-tanah itu.”marah”
Encik peguam: Sabar, Cik Bijan. Memang sudah terbukti dalam wasiat oleh arwah bapa kamu yang mengatakan tanah-tanah itu perlu dibahagikan sama adil. Saya hanya menurut perintah.”cuba menenangkan keadaan”
“hati-hati bila bekerja”
Untuk perkataan “habis” seterusnya ini, penggunaannya membawa maksud mengatakan atau memberi komen ke atas  dialog yang dituturkan oleh orang sebelumnya. Perkataan ini digunakan  untuk meminta pandangan idea terhadap pendialog sebelumnya itu selepas pendialog tersebut melontarkan sesuatu kata-kata. “habis” jenis ini sesuai disamakan dengan perkataan “oleh itu”, “jadi”, atau perkataan Bahasa Inggeris yang berbunyi “so”.

2.
Mat Santai: kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku. Dah la bangun lambat, pas tu suruh orang sediakan breakfast.
Mat Santun: Relax la bro. Semalam aku tengok bola. Spain lawan Italy. Final Euro. Bukan macam kau, tidul awal.”mengesat-kesat muka”
“???”
Perkataan “habis” jenis ini dianggap yang terunik. Maksudnya ialah putus-putus atau melakukan sesuatu perkara itu berlanjutan dalam sesuatu tempoh. Yang dikatakan unik kerana “habis” spesies ini memerlukan gandaan dua, iaitu “habis” menjadi “habis-habis” barulah bertepatan dengan maksudnya. Seperkara lagi, sebelum perkataan itu perlu ditambah dengan perkataan “tak”. Jika perkataan itu berdiri sendiri tanpa perkataan “tak”, entah la apa maksudnya. Mat Santai pun tak tahu.

1.
Vegeta: Cepat!!! Habiskan dia sebelum raksasa tu berubah kepada yang lebih buruk dan ganas.”terbang dengan lajunya menghampiri yang lain”
Gohan: ayah!!! Cepat mengelak. Raksasa tu dah perfect.
“???”
Ini perkataan “habis” yang terakhir Mat Santai ingin berikan. Maksudnya ialah menyelesaikan atau menamatkan. Dalam konteks ayatnya dalam dialog di atas, penggunaannya membawa erti menamatkan riwayat hidup musuh mereka atau menghapuskan raksasa itu. Bagi pendapat Mat Santai, perkataan “habis” jenis ini hanya digunakan oleh mat mat gangster macam Mat Santai. Ini kerana, “habis” ini sesuai dituturkan ketika dalam situasi pergaduhan.

Setakat ini sahaja terbitan karat Mat Santai. Jika ada yang lebih karat, akan Mat Santai bawakan khas untuk anda semua. Selamat beribadah dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sekian dahulu.

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Isnin, 23 Julai 2012

Jual beli satu ibadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melawati halaman ini. Ini Mat Santun ada segmen baru yang ingin diperkenalkan khas untuk anda yang dahagakan perubahan. Segmen yang bertemakan perkongsian ilmu mengharapkan agar Mat Santun dan anda dapat berkolaberasi dalam berkongsi ilmu yang pelbagai asalkan selamat diamalkan serta bermanfaat. Untuk terbitan pertama bagi segmen ini ialah berkenaan dengan ilmu jual beli. Mat Santun bukannya ingin mengajar tentang stratergi berjual beli, tetapi sekadar ingin memberikan konsep jual beli menurut syariat Islam. Nak tahu lebih lanjut, bacalah…


                Jual beli atau mengikut laras ekonomi dikatakan berdagang. Menurut Syariat Islam jual beli ialah menukar harta yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan syarak dengan lafaz ijab dan qabul. Bagi laras bahasa pula, jual beli bermaksud menukar sesuatu barang dengan barang yang lain. Jika dahulu, masyarakat  menjalankan aktiviti jual beli dengan menggunakan system berter. Tetapi kini, pengenalan system kewangan telah mengubah cara untuk berjual beli.
                Tidak kira pendekatan jenis apa pun yang digunakan, selagi tidak bercanggah dengan Syariat Islam jual beli tetap merupakan satu ibadah bagi Umat Islam. Namun, tahukah anda? Apa yang terkandung di dalam konsep jual beli mengikut laras Islam? Terdapat beberapa aspek yang perlu Umat Islam ketahui dalam urusan yang berkaitan dengan jual beli ini. Pertamanya, perlu mempunyai definesi bagi perkataan “jual beli” itu sendiri. Tujuannya adalah untuk kita memahami lebih lanjut apa yang dikatakan jual beli itu. Memang perkara ini selalu dilakukan sehari-harian, tetapi, tahukah anda? Sekiranya jual beli yang kita lakukan itu tidak memenuhi konsep dan syarat Islam, jual beli itu akan diragui sifat-sifatnya mengikut syarak. Sekali gus, ibadah itu bakal dikategorikan kepada jenis wajib, sunat, harus, makhruh dan haram. Oleh itu, aspek ini tidak boleh dipandang ringan.
                Aspek kedua, Umat Islam perlu mengetahui dalil-dalil yang berkaitan sama ada dari Firman Allah SWT atau Hadis Rasulullah. Di sini, Mat Santun ingin memberikan sebuah dalil yang dipetik melalui Firman Allah SWT. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 16 yang bermaksud:
Merekalah orang-orang yang membeli kesempatan dengan meninggalkan petunjuk. Maka, tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka peroleh petunjuk hidayah.
                Selain itu, Umat Islam terutamanya perlu  mengetahui serta mengesan hukum-hukum jual beli yang sememangnya akan berubah mengikut situasi-situasi tertentu. Untuk hukum pertama, jual beli menjadi wajib apabila penjual menjual barangnya yang amat diperlukan oleh pembeli itu atas sebab-sebab tertentu. Misalannya, menjual makanan kepada pembeli yang sedang kelaparan. Untuk kedua, jual beli menjadi sunat sekiranya penjual menjual barangan keperluan harian. Contohnya, menjual barangan basah, pakaian, keperluan asas dan barang yang sesifat dengannya. Jual beli menjadi makhruh pula adalah disebabkan penjual itu berurusan setelah berkemundang azan pertama di hari jumaat yakni azan Subuh. Sementara haram pula apabila penjual itu meneruskan jualannya setelah berkemundangnya azan kedua di hari Jumaat yakni azan Zohor. Sekiranya mana-mana penjual Islam yang berbuat demikian pada kedua-dua tempoh masa itu, nescaya urusan jual belinya akan jatuh pada hukum-hukum tertentu. Sebaliknya, mereka perlulah menunaikan Solat Fardhu terlebih dahulu dengan melupakan seketika urusan berdagangs. Dan, pada asasnya, jual beli ini ialah harus hukumnya.
                Konsep seterusnya ialah pengetahuan mengenai rukun dan syarat-syaratnya. Antara rukun jual beli yang terkandung dalam ibadah jual beli ini termasuklah


1.       Penjual.
2.       Pembeli.
3.       Barang.
4.       Harga
5.       Lafaz ijab dan qabul.

Jika menyebut soal rukun-rukunnya, pasti terdapat pula syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun itu. Di sini, Mat Santun ingin membincangkan mengenai 3 syarat sahaja iaitu syarat penjual/pembeli, syarat barang dan syarat lafaz ijab dan qabul. Pertamanya, bagi syarat penjual dan pembeli, sebahagian perkara-perkara yang perlu ada adalah seperti berikut.


1.       Penjual/pembeli mestilah cukup umur dan baligh.
2.       Penjual/pembeli mestilah kedua-duanya waras.
3.       Penjual/pembeli adalah bebas daripada sebarang ikatan dan bebas bertindak untuk emilih.
4.       Pembeli mestilah beragama Islam jika barang yang ingin dijual ialah Al-quran dan Hadis.
5.       Tidak boleh menjual senjata kepada musuh Islam.
6.       Penjual/pembeli mestilah kedua-duanya merdeka.

Bagi syarat barang pula, antaranya termasuklah


1.       Barang yang dijual mestilah bersih dari segi syarak.
2.       Tidak sah menjual bangkai, najis atau barang yang mencampur dengannya. Sebagai contohnya, menjual minyak wangi yang mencampur dengan najis.
3.       Barang mestilah bermanfaat.
4.       Penjual/pembeli mesti mengetahui jenis, kadar dan sifat barang
5.       Barang mestilah hak penjual atau wakil penjual.

Sementara untuk syarat ijab dan qabul pula, antaranya adalah seperti


1.       “Semasa akad dilafazkan” Tidak boleh diselangi dengan perkataan lain yang tidak ada kaitan dengan ijab dan qabul.
2.       Tidak boleh diam dalam tempoh masa ijab dan qalbu.
3.       Makna ijab dan qabul mestilah sama walau pun lafaznya berbeza. Contohnya, “aku jual barang ini dengan harga rm200.” atau “aku jual barang ini dengan harga 20000 sen.”
4.       Tidak boleh dihadkan tempoh masa sewaktu ijab dan qabul.
5.       Tidak boleh ada taklid atau bersyarat dalam ijab dan qabul. Misalnya, “aku jual rumah ini dengan syarat engkau berikan kereta itu” Atau “aku jual barang ini dalam tempoh 2 hari”
Seterusnya, dalam konsep jual beli ini perlu mempunyai hikmahnya. Dengan kata lain, munafaat daripada aktiviti ini perlul ada. Sebagai Umat Islam, kita perlu mengetahui mengapa diharuskan jual beli ini pada asasnya. Antara lainnya adalah kerana Allah SWT menjadikan fitrah manusia itu saling bergantungan antara satu sama lain. Kesannya, manusia akan sentiasa berhubung dan mewujudkan sebuah masyarakat yang akhirnya membentuk penduduk Negara yang aman dan sejahtera. Diharapkan agar kita memperoleh manfaat dan pengetahuan melalui perkongsian ilmu ini. Sebagai renungan bersama, apakah jenis jual beli sah tetapi haram serta jual beli tidak sah dan haram? Sama-samalah kita fikirkan.
        Kesimpulannya, Umat Islam perlulah mengetahui serta memahami konsep jual beli ini. Apatah lagi zaman sedang mengorbit pantas ke gerbang dunia tanpa sempadan serba moden. Impaknya, muncullah jualan-jualan baru yang mempraktikan pendekatan-pendekatan moden seperti jualan prabayar, jualan pascabayar, jualan kredit, jualan konsainer dan lain-lain lagi. Persoalannya? Adakah semua jenis jualan ini selamat diamalkan oleh Umat Islam? Jawapannya tidak pasti. Namun, yang pasti, selagi mana tidak bercanggah dengan konsep jual beli yang dibincangkan tadi, maka jualan-jualan itu Selamat diaplikasikan dalam kehidupan seharian Umat Islam. Jika dilihat dalam konteks perkembangan perdagangan Islam, jualan-jualan jenis ini sebenarnya telah sedia wujud dan dipraktikan serta digunakan sebagai sebuah perkhidmatan dalam system perbankan Islam. Antaranya termasuklah Bai Bithaman Ajil, Bai At Takjiri, Bai At Salam, Bai Muattah, Al-wadiah, Al-mudharabah, Al-musyarakah dan banyak lagi. Konsep dan pengenalannya lebih kurang sama dengan jualan-jualan konvensional tetapi namanya sahaja yang berbeza. Pendek kata, apa jenis jualan sekali pun boleh diamalkan dan diharuskan oleh syarak, asalkan tidak bercanggah dengan konsep serta Syariat Islam yang sememangnya telah menggariskan panduan mengenai jual beli ini. Akhir kata, berjual belilah kita selagi mana diharuskan syarak.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Ahad, 22 Julai 2012

kebaikan adam (bahagian 5)

Salam Ramadhan kepada anda yang masih setia dengan Halaman Santun-santai. Bagaimana puasa anda setakat hari ini? Masih mampu untuk menunaikannya? Baiklah, bagi anda yang gemarkan terbitan-terbitan berbentuk cerita, ini Segmen Karya oh Karya akan memerihalkan kisah Adam. Nak tahu, terus layan bersama Mat Santun di saat yang membahagiakan ini.


                Loceng sekolah telah berbunyi menandakan tamatnya persekolahan. Aku masih rancak menyiapakan kerja matematik yang ditugaskan oleh cikgu Ramli tadi. Memang menjadi lumrah, apabila setapak demi setapak kita di bangku persekolahan, beban tugas berubah kepada yang lebih banyak. Lebih-lebih lagi, aku sudah berada di darjah 5 dan bakal berdepan UPSR setahun dari sekarang. Aku melangkah menuju bilik pengawas bersama-sama Haziq dan Akmal. Hari ini, mesyuarat pertama sesi tahun baru akan diadakan. Entah siapa yang bakal dilantik oleh Cikgu Osman sebagai pengawas baru tahun ini. Namun, yang lebih penting, jawatan atasan iaitu setiausaha dan bendahari bakal diisi oleh pengawas-pengawas darjah 5 seperti aku. Bagi diriku, pangkat tidak menjadi ukuran dalam kehidupan. Yang penting ialah jasa dan  budi yang kita curahkan dengan keikhlasan. Perkara inilah juga yang acap kali diingatkan oleh ibu.


                Tepat jam 2.45 petang. Perutku sudah berkeroncong rancak. Kutatap wajah ibu. Kelihatannya masih sihat. Namun, dari raut-raut halus  pada wajahnya jelas menterjemahkan kelesuan. Mungkin dirasakan kandungan ibu sudah muali membesar. Hari ini benar-benar bersejarah buat diriku. Mesyuarat pengawas sebentar tadi seperti senang kudengari. Tidak begitu banyak isu-isu berbangkit yang diutarakan. Mungkin sekali barisan pengawas tahun lalu aktif dalam tugas mereka. Seperkara lagi yang menggembirakan, aku telah diberi penghormatan memegang jawatan bendahari. Pada mulanya, aku diberi jawatan setiausaha. Namun, ketidaksanggupan Lina menyandang jawatan bendahari menyebabkan aku menukar jawatan dengannya. Bagiku, kedua-duanya sama. Tidak susah tidak pula senang. Yang penting, amanat daripada Allah itu mesti digalas sebaik mungkin.


                Seperti biasa, mentari muali menunjukkan diri. Aku mulai mengayuh basikal ke sekolah. Hari ini, satu lawatan khas ke Putrajaya buat barisan pengawas tahun lalu akan diadakan. Lawatan yang berobjektifan kepimpinan itu bakal menyusuri Rumah Perdana Menteri, pusat-pusat pentadbiran kerajaan, Taman Tasik Putrajaya dan bermacam lagi.
(Adam, tolong tengok-tengokkan beg aku. Aku nak turun la.)
Tiba-tiba suara Akmal menyergah gegendang telingaku.
Belum sempat aku menyatakan sesuatu kepadanya. Akmal  sudah meletakkan begnya di sisiku kemudian berlalu mendapatkan pintu bas.
Hajatku ingin menyertai rakan-rakan di bawah terbatal. Hatiku terselit perasaan serba salah. Ingin ikutkan hati, takut-takut beg  di bawahan jagaanku ini tidak selamat. Akhirnya aku mengalah setelah mendapati Haziq dan beberapa rakan pengawas yang lain sudah mulai masuk ke dalam  bas.
Perjalanan disambung semula. Membelah Lebuh raya Utara Selatan bergerak dari Rawang ke Putrajaya. Kesejukan yang dimuntahkan oleh penghawa dingin di dalam bas itu benar-benar menyusahkan aku. Aku berhajat untuk ke tandas untuk membuang air kecil. Kupandang sekeliling Melihat rakan-rakan yang lain. Ternyata masing-masing melayan diri. Ada yang menguyah sesuatu, ada yang membaca sesuatu ada pula yang mimpi sesuatu. Perasaan marahku terhadap Akmal semakin membara. Namun, perasaan itu seperti sukar untuk dilepaskan. Angkara dialah aku tidak dapat menunaikan hajatku untuk ke tandas viar pun ketika itu hajat itu sedikit kurasakan.


                Mentari sudah berada betul-betul di puncak langit. Namun, kepanasannya seperti tidak menjadi. Mungkin kenyamanan bayu Tasik Putrajaya mampu menghalangnya. Aku duduk membisu sambil membuang pandangan ke tengah tasik. Kelihatan beberapa buah kayak tersadai di tepian tasik. Bayu yang menyegarkan terus mengiringi waktu rehat kami di situ. Sementara yang lain sibuk memegang makanan ringan yang dibeli sewaktu bas berhenti tadi. Aku tidak menyertai mereka kerana tidak membeli apa-apa makanan sewaktu tadi. Hanyalah berehat menghirup udara segar. Fikiranku teringatkan akan peristiwa tadi ketika mana bergambar dengan salah seorang tokoh kerajaan di Pejabat Perdana Menteri.
(Adam, pinjamkan aku kamera kau. Aku nak ambik gambar tasik ni la.)
Kali ini sudah 2 kali Akmal meminta sesuatu kepadaku. Aku tidak banyak bersoal dan terus memberikan kepadanya. Seketika, menyambung perbualan bersama-sama Haziq di tepian tebing tasik.


                Selepas bersolat Zohor di masjid Putrajaya, lawatan diteruskan. Kali ini menerokai Rumah Perdana Menteri. Dari maklumat yang kuterima tadi, Dr. Seri Mahathir tidak berada di tanah air. Beliau telah bermesyuarat di Amarika Syarikat menyertai Negara-negara lain dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu”PBB.” Tetapi itu tidak mencacatkan kegembiraanku. Hajatku ingin bergambar berlatarbelakangkan Rumah Perdana Menteri semakin tercapai. Sementara menunggu proses pendaftaran, aku mengajak Haziquntuk mengambil gambar. Tetapi, hasratku serta-merta terbatal setelah mendapati bateri di dalam kameraku mulai kehabisan. Aku menyuruh Haziq melakukan beberapa kali, namun tetap gagal. Aku menghampiri Lina untuk meminjam kameranya. Barangkali, kamera yang dibawa Lina mampu mengembalikan kegembiraanku. Malangnya, Cikgu-cikgu sudah mula mengarahkan semua bergerak memasuki rumah itu. Lebih memalangkan lagi, barang-barang elektronik seperti kamera dan telefon bimbit dilarang sama sekali untuk dibawa masuk. Hajatku untuk meminjam kamera Lina menjadi semakin menjauh.
(Apa la Akmal tu. Ambik gambar ke tengok gambar. Sampai habis bateri ak dibuatnya.)
Rungut aku dalam hati. Aku melangkah masuk ke rumah besar itu dengan seribu perasaan yang sukar dileraikan.


                Lebih kurang 4.00 petang, bas yang kami naiki berhenti di sebuah restoran KFC untuk menjamu selera. Destinasi ini juga merupakan salah satu daripada destinasi yang telah kami rancang bersama-sama. Semasa mesyuarat pada minggu lepas, semua pengawas telah bersetuju untuk membelanjakan sedikit wang untuk tujuan jamuan makan ini.
Sejak dari tadi, aku kelihatan serba tidak kena. Perasaan marahku terhadap Akmal masih belum terkubur. Hajatku untuk bergambar seperti yang kuinginkan tadi tidak menjadi kenyataan. Malahan, aku tidak boleh mengambil apa-apa gambar lagi terutamanya sewaktu keriangan di sini.
(Adam, jauh melayang. Makanan dah sampai la. Kalau kau tak nak, aku sapu.)
Tiba-tiba suara Haziq bersuara memutuskan lamunanku. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku. Kemudian mendapatkan apa yang terhidang di atas meja.
(Ye la Dam. Kalau kau tak nak, aku rembat. Hehe…)
Kali ini Akmal pula menyampuk. Tangannya mengipas-ngipas tali lehernya.
Aku tidak memberi komen apa-apa. Hanyalah mencebik pada Akmal.
Namun, jauh di dasar hati, tersimpan lava berapi.
(kau kena ingat Akmal. Makanan kat depan kau tu belum kau bayar lagi kat aku.)
Terlepas juga kata-kata yang tidak menyenangkan hati Akmal. Aku tidak peduli lagi apa-apa sekali pun tindakan Akmal. Sebaliknya, terus menyedut minuman di hadapan. Lalu, menerkam ayam goring yang sedia terhidang di pinggan. Hanya sekali-sekala sahaja aku bersuara. Itu pun dengan Haziq.
Hampir separuh ruang restoran KFC itu dipenuhi dengan lautan biru. Hanya beberapa kelompok peengunjung sahaja yang terdapat di situ. Keadaan itu menyebabkan kami tidak segan silu untuk berada di situ. Ada kalanya terdengar gemaan ketawa dalam kalangan kami menyergah ruang restoran. Tetapi, suasana itu tidak berlaku di mejaku. Sebaliknya, aku dan Haziq banyak mendiamkan diri. Aptah lagi Akmal yang sengaja aku pinggirkan. Aku tidak mempedulikan perasaan Akmal. Sekali-sekala aku perlu mementingkan diri sendiri dan mengutamakan diri berbanding orang lain.
Bersambung…


Nantikan (Kebaikan Adam) dalam bahagian seterusnya. Selepas ini, Apa pula tindakan Adam? Adalah Adam bakal mengundang nasib malang lagi? Sama-sama kita menantikan terbitan selanjutnya. Sekian dahulu dari Mat Santun dalam Segmen Karya oh Karya. Jumpa lagi…

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti


Rabu, 18 Julai 2012

Menarik?

salam untuk semua Halaman Santun-Santai ucapkan. Mat Santun dan Mat Santai ada bercuti di Cameron Highland, Pahang  baru-baru ini. Ternyata segalanya berjalan lancar serta mempersonakan. Masuk percutian ini, Mat Santun dan Mat Santai sudah melawatinya sebanyak 4 kali. Tetapi kali ini amat berbeza. Suasananya amat menyeronokkan. Apatah lagi dapat menikmati ais krim strawberry tatkala hujan renyai-renyai menunjukkan dirinya. Tambahan pula, dapat bersantai di pinggiran anak-anak bukit sambil menghirup air teh segar di dalam panorama yang mengasyikkan berlatarbelakangkan pergunungan hijau. Tentu sekali dapat meleraikan serba sedikit tekanan kerja dan beban belajar. Amat sesuai untuk anda yang mendahagakan nikmat alam sekitar dalam kos percutian yang berpatutan. Anda, bila lagi?



ppantun 6 dunia/globalisasi

Selamat sejahtera Mat Santun tujukan khas buat anda semua. Sudah lama agaknya kita tidak mengasah fikiran dengan menjual pantun teka-teki. Ok la, bagi anda yang dahagakan terbitan jenis ini, pastinya segmen Karya oh Karya kali ini tidak mengecewakan anda. Pantun kita kali ini bertemakan dunia di mana soalan-soalan yang berbentuk pantun ini akan berkisarkan tentang dunia. Ingin mencabar minda anda? Cubalah…

Pantun 6: dunia/globalisasi
Merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, kawasan, Negara, monomen, budaya, pertubuhan dan lain-lain lagi.


Burung Merbah si Burung Tempua,
Rupanya manis bulu berlapis,
Dahulu tanah berpecah dua,
Timur komunis barat kapitalis.


Pucuk Janggus tumbuh melebat,
Lalu dipijak si anak tapir,
Bukan kubus bukannya bulat,
Gagah bertapak di padang pasir.


Simpati sekali si anak rusa,
Kakinya cedera terkena duri,
Berdiri sejoli Tegak bersama,
Binaan Negara di zaman ini.


Pergi Makasar berdagang cincin,
Cincin diolah dari berlian,
Sibuk bertengkar di tempat lain,
Kota berkawah penduduk terkorban.


Tanam lengkuas di tepi permatang,
Lalu digali si tikus kelabu,
Geometrinya luas bukannya panjang,
Punca rezeki Angkor dahulu.


Ikan Kelah si Ikan Baung,
Berenang ke paya mencari makanan,
Mediterranean, merah dihubung,
Singkatkan masa ke kiri dan kanan.


Penat melangkah berehat di gua,
Cuacanya dingin menjemput lena,
Harimau, gajah, garuda dan singa,
Bersama yang lain sepuluh ahlinya.


Dari Keledang ke taman rimba,
Bersama teman ingin bercuti,
Setiap yang tandang kibarkan bendera,
Rekod kebanggan di puncak tertinggi.


Hijaunya sawah heningnya kampong,
Tempat kerinduan perantau di kota,
Dari bawah, kelihatan terapung,
Menjadi tarikan pelancong dunia.


Jika anda mengetahuinya, silalah uji minda. Pada terbitan-terbitan seterusnya, Mat Santun akan memberikan jawapannya. Sekian dahulu daripada Mat Santun. Selamat menjawab. Respon daripada anda amatlah dihargai. Terima kasih

Seindah bahasa, sesantun bicara,semurni pekerti

Sabtu, 14 Julai 2012

tentang kehidupan

Salam… Sudah lama agaknya Mat Santun tidak menyunting karya-karya karat dalam segmen Karya oh Karya. Untuk sekian ini, terbitan Mat Santun ialah sebuah sajak atau dikenali sebagai puisi moden. Tajuknya ialah tentang kehidupan. Diharapkan agar anda dapat memahaminya.

                Lebih kurang 1 bulan lepas, Mat Santun ada menjengah sang pantai. Bertanya khabar akan kesihatannya. Ternyata, keadaannya semakin membimbangkan. Banyak sampah-sarap diberi sebagai hidangan kepadanya. Namun, sajak ini bukan untuk membicarakan berkenaan itu. Sajak ini diilhamkan oleh Mat Santun sendiri. Tatkala Mat Santun bersiar-siar, pelbagai ragam terpapar di sana. Nak tahu, bacalah…


Tentang kehidupan

Kususuri tepian pantai,
Pandanganku terbuang,
Melihat sampan-sampan kembali ke daratan,
Membawa rezeki hasil keringat sendiri.

Kumelangkah pergi,
Kembali ke medan penginapan,
Tatkala berjalan,
Kuterpandang sebuah suasana,
Indah persona keadaannya.

Kolam kolam berkocak penuh tenaga,
Dipenuhi kanak kanak mesra,
Di pinggiran,
Berkelompok-kelompok dengan aktiviti sendiri.

Alangkah indah kehidupan mereka,
Mengisi masa menjemput kesenangan,
Sedangkan di luar sana,
Memerah keringat menjemput lelah,
Demi kehidupan seorang nelayan.

Kupandang senyuman mentari,
Melambai-lambai dari timur,
Setelah jauh berjalan dari barat,
Selang seketika,
Malam bertandang,
Cahaya-cahaya baru muncul,
Mensiangkan malam,
Menerangi sempadan laut dan aku.

Kehidupan ibarat sebuah kisah,
Ada kalanya senang dan susah,
Berputar-putar silih berganti,
Seperti mentari yang kupandang tadi,
Apa yang pasti,
Hidup memang indah,
Lebih indah lagi,
Jika mencoraknya dengan pelbagai warna,
Agar kelihatan ceria selamanya.

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Jumaat, 13 Julai 2012

tentang mati

Selamat sejahtera kepada penggemar Halaman Sanntun-Santai. Terlebih dahulu, Mat Santai  dan Mat Santun ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak menyediakan apa-apa terbitan dalam tempoh yang panjang. Mungkin dirasakan sibuk atau buat-buat sibuk. Untuk kali ini, giliran Mat Santai ingin menemani anda dalam segmen Sembang Santai. Tajuknya ilah tentang mati.

                Tengah hari tadi Mat Santai seperti biasa menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid. Mat Santai tertarik dengan isi khutbah yang dibacakan oleh khatib kali ini. Mat Santai tidak mengetahui apa tajuknya. Namun yang pasti, topic yang diperdengarkan adalah mengenai kematian. Perkara yang kerap kali diketengahkan, namun kali ini kelihatan menarik kerana ada diselitkan dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman dahulu.
                Dikatakan ketika itu, terdapat seorang raja yang zalim. Namun, tidak diceritakan pula kezalimannya. Apa yang pasti, raja itu seorang yang sombong. Bukan sahaja sombong sesama manusia, malah sombong terhadap Allah. Raja itu menolak hukum allah secara mentah-mentah. Lebih-lebih lagi, raja zalim itu enggan beriman kepada kematian. Malah, tidak mempercayai wujudnya sebuah kematian.
Sedang duduk si zalim itu di atas mahligainya, datang seorang lelaki menghampirinya.
“Wahai lelaki, siapakah kamu? Apa hajatmu ke mari?”
Soal raja zalim itu.
“Aku malikil maut. Datang atas arahan Tuhanmu. Ingin mencabut nyawamu.”
Jelas malaikat maut.
Mendengar penjelasan lelaki itu, raja itu serta-merta genentar. Perasaannya mulai takut ke atas kematian. Namun, raja itu tetap igo dengan dirinya. Berpura-pura memberanikan diri dengan berkata sesuatu.
“Jika engkau ingin mengambil nyawaku, silakan. Tetapi, dengan bersyarat.”
Kata raja itu dengan bongkak.
“Pertama, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku ketika mana hari tidaknya siang atau pun malam. Kedua, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku tatkala aku tidak di langit atau pun di bumi. Ketiga, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku sewaktu aku bukan di dalam istana atau pun di luar istana.”
                Mendengar kata-kata raja itu, malaikat maut pulang menghadap Allah. Malaikat terssebut menceritakan perihal itu. Namun, Allah membiarkan raja itu untuk memberikan peluang kepadanya untuk bertaubat. Tetapi, peluang itu disia-siakan  oleh raja zalim itu. Sebaliknnya, raja itu menjadi bertambah yakin dengan perbuatannya. Perbuatannya yang benar-benar ingin menolak kematian. Sebagai tindakannya, raja itu mengerahkan rakyat jelata membuat tembok tinggi di kawasan istananya dengan harapan tidak dicerobohi oleh Malaikat Maut. Selain itu, raja itu mengarahkan pengawal-pengawal serta hulubalang-hulubalangnya berkawal setiap masa.
                Malangnya, kuasa Allah lebih tinggi daripada segala-galanya. Tiba waktu yang dijanjikan. Datang lelaki tempoh hari menghampiri raja itu ketika mana raja itu Sedang asyik menunggang kuda di kawasan istananya. Genentar seluruh badan raja itu. Tatkala melihat malaikat maut berada betul-betul di hadapannya. Ketakutannya semakin berlarutan sehinggakan raja itu terjatuh dari kudanya. Dan, ketika itulah ajal menemui dirinya. Sambil itu, malaikat maut berkata sesuatu.
“Aku mengambil nyawamu bukan di siang atau pun di malam hari. Maka, aku melakukannhya ketika senja hari. Aku mengambil nyawamu bukan di langit atau pun di bumi. Maka itu, aku melakukannya ketika  engkau berada di tengah-tdengah antaranya yakni sedang engkau terjatuh dari kudamu. Aku mengambil nyawamu ketika mana tidak di dalam istana atau pun di luar istana. Maka, ketika kudamu berjalan dan berada di pagar istana, ketika itulah aku melakukannhya.”
                Oleh itu, tertewaslah raja zalim itu dengan kuasa Allah. Sesungguhnya Allah telah menunaikan ketiga-tiga syarat yang diminta. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa. Kepada kita semua, ingatlah!!! Kematian bakal menjemput kita walau di mana sekali pun kita bersembunyi. Bersiaplah untuk menerimanya. Yang pasti, bersiaplah untuk kita menyediakan bekalan amalan semasa hidup di dunia ini. Diharapkan agar serpihan daripada khutbah Jumaat yang Mat Santai dengari dapat dikongsikan sebagai perkara yang bermunafaat. Sekian dahulu…

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai