WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 21 Disember 2013

Kem bola sepak Malaysia melabuhkan tirai



Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda. Kali ini watak sebenar sekali lagi ingin membicarakan soal bola sepak, permainan yang boleh dianggap popular di seluruh dunia.


Sekitar jam 7.30 p.m. tadi, skuad bola sepak Malaysia sekali lagi tewas dan kali ini di tangan Singapura dengan jaringan 1 – 2 apabila gagal menyekat lawan untuk menduduki tempat ketiga. Kekalahan itu menyaksikan kedua-dua team bola sepak Malaysia iaitu pasukan lelaki dan perempuan hanya menduduki tempat keempat. Terdahulu, Harimau Muda A dikecewakan oleh Indonesia atas penentuan sepakan penalti apabila tuah berpihak kepada Indonesia dengan 5 - 4 di peringkat separuh akhir tempoh hari. Kekecewaan juga turut dirasai oleh skuad bola sepak wanita apabila gagal mengutip pingat gangsa apabila tumpas kepada tuan rumah Myanmar.


Walau tidak mengutip sebarang pingat daripada kem bola sepak, namun prestasi para pemain memperlihatkan adanya peningkatan. Tambahan pula, Harimau Muda A yang dibimbing oleh OKS memberikan tentangan yang hebat kepada Singapura dan Indonesia sebelum mereka benar-benar disahkan menang. Selepas ini, peminat fanatic bola sepak Malaysia sudah pastinya menantikan gerbang pembukaan liga Malaysia 2014 yang akan berlangsung pada 18, 24 dan 25 Januari tahun hadapan bagi liga Super dan Liga FA. Sudah pastinya juga ada di antara pemain-pemain daripada skuad Harimau Muda A ini akan beraksi pula dalam kancah liga Malaysia mengikut kelab pilihan masing-masing.


Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada kem bola sepak Malaysia kerana Berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan memiliki usaha yang jitu untuk ke peringkat akhir. All the best pula untuk bola sepak Malaysia 2 tahun hadapan di Singapura bagi Sukan Sea edisi ke 28.

Rabu, 18 Disember 2013

Tuan Rumah vs Wakil Rombongan



Assalamualaikum dan berjumpa lagi bersama Mat Santai di sini. Mat Santai ada cerita di sini mengisahkan tentang rombongan kahwin serta tuan punya rumah pengantin perempuan. Nak tahu lebih lanjut, layan, semestinya dalam Segmen Sembang Santai.


Suatu hari yang indah, rombongan pengantin lelaki telah selamat sampai di rumah pengantin perempuan. Sebelum mereka dibenarkan naik ke rumah, tuan rumah menyekat kumpulan itu dan mengajak bermain pantun. Macam biasalah, adat tradisi orang Melayu.


Tuan rumah: Waalaikumussalam. Sebelum tuan hamba masuk, silalah jawab pantun hamba ini. Hamba kira ini bunyinya.


Mengail haruan di paya Jengka,
Menunggu lama ikan tak mari,
Kalau tuan bijak meneka,
Apakah nama kampung diberi.


Semua ahli rombongan diam seketika. Bukan kerana lidah terkelu, tapi otak cergas mencari sesuatu. Lalu, salah seorang daripada mereka menjawab.


Wakil rombongan: Hamba kira ini jawabnya. Dengarnya tuan hamba.


Buah semangka di atas papan,
Diambil nyonya dimakan tidak,
Kami teka akan jawapan,
Nama kampungnya biji chempedak.


Tuan rumah: pandai tuan hamba meneka. Baiklah, seronok berbalas pantun dengan tuan hamba. Kita beradu pantun kedua. Hamba kira ini soalnya.


Pulau Tuba indah sekali,
Deras deruan ombak lautnya,
Tuan hamba yang bijak sekali,
Bapa perempuan apa kerjanya.


Lalu sekali lagi semua ahli rombongan membisu seribu bahasa. Serentak dengan itu, orang yang sama itu juga yang menyahutnya lalu membalas pantun yang dijual.


Wakil rombongan: Agaknya hamba kira ini jawapannya. Dengarnya tuan hamba.


Pergi ke hutan mencari palas,
Palas di tikar nak anyam ketupat,
Sebagai jamuan di hari raya,
Moga meriah  Allah merestu,
Tugas selalu sibuk di kelas,
Mendidik pelajar tidaklah penat,
Harap tuan dengar jawabnya,
Kerja si ayah ialah guru.


Mendengarkan pantun yang dibalas wakil rombongan itu, tuan rumah pula kali ini yang terdiam seribu bahasa. Mana tidaknya, empat kerat dibalasnya 8 kerat. Sudah la itu, tujuh jenis hantaran dibalas dengan 15 jenis hantaran. Tanpa bersoal panjang, tuan rumah mempersilakan rombongan itu masuk. Kedua-dua mempelai pun dipersilakan pengapit berduduk di pentas berhias. Tak ubah macam pinang dibelah dua. Tuan rumah dengan wakil rombongan itu dua juga, tapi dua kali ganda hebatnya. Selamat pengantin baru!


Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Selasa, 17 Disember 2013

Harimau Muda A Ke Separuh Akhir



Assalamualaikum dan berjumpa lagi di laman enciksantai.blogspot ini. Watak sebenar ada bersama kalian pada kali ini. Watak sebenar hadir di sini adalah untuk memperkatakan tentang aksi bertenaga harimau muda A yang Berjaya menumbangkan Vietnam dengan jaringan 2 – 1 sebentar tadi dalam acara bola sepak Sukan Sea ke 27 di Myanmar.


Aksi 96 minit termasuk masa tambahan 1 minit di separuh masa pertama dan 5 minit di separuh masa kedua cukup-cukup mendebarkan kedua-dua belah penyokong baik Malaysia mahu pun Vietnam. Namun, skuad OKS nyata meyakinkan terlebih dahulu penyokong Malaysia dengan menyumbat gol pembukaan pada minit 82 menerusi jaringan Asri Chuchu. Tersentak dengan itu, Vietnam yang sudah melakukan asakan-asakan yang keras begitu terdesak untuk memperoleh jaringan penyamaan. Akibat keghairahan mereka itu, pasukan harimau muda A sekali lagi memperoleh gol kedua pada minit 90 menerusi Saarvindran yang bijak menumpaskan penjaga gol lawan. Vietnam masih belum berputus asa dan usaha itu membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan jaringan setelah Izham Tarmizi gagal menangkap bola dengan kemas pada minit 95 itu. Namun, segalanya sudah terlambat untuk pasukan bola sepak Vietnam bagi menyekat kemaraan Malaysia ke separuh akhir. Pada pandangan watak sebenar pula, jaringan Vietnam itu adalah jaringan percuma Malaysia semperna hadiah hari natal yang akan diraikan tidak lama lagi. Tambahan pula, sekurang-kurangnya usaha mereka itu dapat menstabilkan emosi mereka yang tampak kecewa dengan situasi sebenar. Jika ditanya siapakah pemain terbaik? Watak sebenar pastinya memilih penjaga gawang Malaysia, Izham Tarmizi yang banyak kali menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya daripada pemain Vietnam.


Tahniah watak sebenar ucapkan kepada Harimau Muda A dan OKS kerana Berjaya menempah tiket ke separuh akhir. Menanti Malaysia di separuh akhir ialah Indonesia yang telah menewaskan  tuan rumah Myanmar dengan jaringan 1 berbalas 0. Semoga skuad harimau Malaya dapat mengekalkan prestasi terbaik untuk beraksi menentang garuda pada 19 Desember ini. Tahniah diucapkan sekali lagi dan diharapkan kejuaraan buat kali ketiga bagi acara bola sepak lelaki Sukan Sea ini menjadi kenyataan.

Selasa, 3 Disember 2013

Tak suka duduk rumah?



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Mat Santai menemani anda lagi dalam halaman Santun-Santai ini. Pada terbitan kali ini, Mat Santai ingin menenegahkan Segmen 5 tak boleh bla. Tajuknya ialah kisah tak mahu duduk rumah pada waktu cuti sekolah. Bertepatanlah paparan ini dengan situasi di dunia realiti sekarang ini.


Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.


Cuti oh cuti. Cuti sekolah sudah pun bermula. Ramai student berasa happy dan tidak kurang juga yang tidak senang duduk kat rumah. Ye la, lebih kurang 1 bulan setengah, macam macam benda boleh diisi waktu lapang tu. Tapi, yang tak suka duduk rumah tu, kenapa erk?
Ha, ini dia. Mat Santai nak bagi 5 sebab kenapa diorang tu tak suka lepak rumah.


No. 5: sebab boring
Bila waktu sekolah, ada la kerja nak buat. Aktiviti koko la, buat homework la atau study group. Tapi dah cuti ni,semua tu taka da. Dah tak tahu nak buat apa lagi. Habis habis pun buat bodoh je. Sampai rasa boring nak perhabiskan buat bodoh tu.
Tambahan pula parents gi kerja.
Lagi rasa boring la lepak rumah tu. Satu penyelesaian, diorang pun follow parent pergi cari kerja jugak. Itulah banyak budak budak waktu cuti sekolah cari kerja part-time. Yang bawah umur tu terpaksa la buat bodoh lagi.
Sebenarnya, banyak benda berfaedah boleh dibuat waktu cuti kalau lepak rumah. Paling paling pun, jadi anak paling rajin tolong ibu kemas rumah. Barulah dapat barakah. Ibu bapa pun ucap tahniah. Sebab dapat anak yang bertuah.


No 4: Sebab tak tahan si ibu dan bapa membebel
Ada jugak anak yang tak tahan dengar ibu bapa membebel. Mungkin telinga dia hanya sesuai mendengar kata kata manis. Tapi biasanya, si ibu yang suka membebel(nasihat). Si bapa macam kurang je kalau joint benda ni. Kalau dua dua beraksi, anak-anak pun lagi sakit hati. Sebab tu la makin maningkat kes kes anak lari dari rumah. Satu penyelesaian, diorang ni lari la dari rumah. Tapi tak pergi jauh pun. Paling jauh pun dekat Cyber Café je. Kalau yang jauh sikit, loafing around kat supermarket. Buat vandalisme. Tak senono betul. Tak suka lepak rumah punya pasal, wang saku habis dibazir. Kedai CC jadi kaya mak bapak jadi kayap.
 

No. 3: Sebab gaduh dengan adik-beradik
Yang ni kalau jadi pun abang dan kakak la yang wajib kena beralah. Adik bongsu mesti no. 1. Semua dia nak mesti bagi. Berebut tv ke, vedio game ke, semua dia menang. Sebab parents kasi tolong. Silap silap, berebut toilet pun dia champion. Sakit perut punya pasal makan kenduri, dapat potong barisan sebab  pelaburan besar.
Sebab tu la diorang ni tak suka nak lepak rumah. Rimas dengan adik sendiri. Satu penyelesaian, pergi lari lepak dengan member kat luar. Ada jugak mak bapak hantar diorang ni pergi balik kampung duduk dgn nenek. Balik rumah, dah jadi matured.


No. 2: Sebab banyak membazir
Yang ni memang anak soleh. sebab diorang tak mahu duduk rumah pasal suka membazir bila cuti sekolah. Apa nak buat? Tengok tv, main internet, main game, handphone atau dengar radio mesti jadi kamus hidup waktu cuti. Semua tu pakai elektrik bukan pakai baju. Hujung bulan, bil naik sebab banyak sangat guna. Kalau free macam kat Negara sosialis tak apa.
Satu penyelesaian, buat aktiviti kat luar rumah dengan member. Main bola kat padang la paling popular. Yang tu bagus, menambahkan kecergasan mengurangkan lemak. Tapi benda penting tak apa, macam baca paper online ke atau posting blog ke. Dah tahu bil nak naik, pandai pandai la sendiri.


No. 1: Sebab takut gemuk
Yang ni jugak kategori student soleh. Tak menyusahkan ibu bapa. Tak mahu membazir. Tapi salah caranya. Salah pada niatnya. Nak jimat makanan takut badan gemuk, nak diet katanya.
Diorang cam ni kata, kalau duduk rumah )tiap tiap waktu makan). Ada pulak yang habiskan masa dengan makan dan terus makan. Ada pulak yang mak suruh makan banyak-banyak sambil berkata si ibu, (bila lagi kau nak makan masakan ibu, cuti la time dia.)
Sebab tu la diorang tak suka lepak rumah. Maybe kumpulan ni la yang selalu ponteng pergi makan kat DM hostel.
, Berat badan memang naik kalau duduk saja make do know kat rumah. Tak buat kerja rumah. Tak diet pun dia naik sendiri.
Oleh itu, mesti la kena tolong mak bapak kemas rumah. Homework jugak  kan.


Apa-apa pun, inilah 5 sebab student tak suka lepak rumah cuti cuti sekolah ni. Setakat ini saja paparan daripada Mat Santai. Sampai kita jumpa lagi. InsyaAllah.


Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai