WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 21 November 2014

Come On Pak Cik Rodgers



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama betul watak sebenar meninggalkan laman enciksantai.blogspot.


Hari ini watak sebenar nak bicarakan mengenai satu kelab bolasepak di Liga Perdana Inggeris ni. Tapi kalau anda yang membaca posting ini makin lama makin tak sejiwa dengan kandungan di dalamnya. Jangan teruskan dan bukak website lain. Sejak akhir-akhir ini, ramai pula dalam kalangan fan fan kelab ni yang membuat komentar terhadap manager kelab ni. Ramai la yang meluahkan rasa hati mereka kat facebook dan twitter. Tapi watak sebenar nak kasi kecoh dekat blogger.

Seperti fan fan yang lain juga, watak sebenar pun rasa sedikit kecewa dengan  pak cik Branden Rodgers yang menjadi manager kelab Liverpool FC, bukan calang-calang kelab bolasepak di BPL kalau berdasarkan sejarah kelab ini. Dalam aksi yang Bnak masuk minggu yang ke12 ni, Liverpool masih tercari-cari rentak prestasinya yang sebenar. Malahan, Liverpool kerap kali tewas daripada meraih 3 mata penuh dan paling tidak boleh diterima oleh fan fan ialah tewas dengan kelab-kelab kecil di laman Anfield. Mana pergi Rodgers yang dulu?

Begitu berbeza sekali prestasi Liverpool musim lepas dengan musim baru ini. Cukuplah dengan melihat dari segi jumlah gol. Tahun lalu, banyak gol-gol awal dapat dicetak separuh masa pertama dan kali ini banyak pula gol-gol yang dapat dicetak pihak musuh. Pastinya punca kemerosotan Liverpool ini ialah datangnya dari masalah jentera serangan yang tidak tajam. Ini ditambahkan lagi dengan jentera pertahanan yang lemah, cukup membuatkan kelab ini terumbang-ambing. Wajar untuk watak sebenar katakan walaupun pak cik Rodgers menafikannya, iaitu penjualan Luis Suarez ke Barcelona benar-benar memberi impak negative kepada Liverpool.
Betul ke tindakan Rodgers tu?

Akan tetapi, Pak Cik Rodgers mengatakan yang patah boleh tumbuh dan hilang boleh berganti. Lalu dia memborong ramai pemain kelas kedua dengan harapan dapat meningkatkan prestasi pemain-pemain baru tersebut. Dana hasil penjualan Luis Suarez telah habis dijolikan. perbelanjaan transfer window Liverpool musim lalu juga adalah yang paling besar di antara kelab-kelab liga Barclays. Bagi watak sebenar, Liverpool FC bukan kilang 100%, nak tempa pemain-pemain kelas kedua menjadi star bukan senang dan memerlukan masa yang panjang serta tidak diketahui sama ada ianya mendatangkan keuntungan atau sebaliknya.

Apa yang huru-hara dekat Liverpool sekarang ialah kecederaan pemain-pemain utama sering berlaku. Daniel Sturridge yang sudah pulih buat seketika namun injured sebelum beraksi tiada gunanya dan bertambah tidak berguna apabila pak cik Rodgers tidak ada penyerang yang boleh menggantikan si Sturridge tu. Dulu ada Suarez dan pemain penyerang sensasi ni tak pernah injured musim lalu. Bila Suarez tak scored Sturridge yang scored, begitulah serasinya gandingan S n S untuk Liverpool pada musim lalu.
Tapi sekarang ni Cuma ada Sterling je yang boleh la main dengan bagus. Tapi tak ada banyak support, dia pun bukan la posisi striker. Apa la yang dibuat oleh abang Balo, bila la dia ni nak scored. Yang buat lagi dramatic, mengapa pak cik Rodgers nak terus letakkan abang Balo sebagai top 11 sedangkan ada Dorini dan Lambert. Cuba kasi try dua player ni masuk full time pulak. Yang dok luar kelab tu, jangan tersenyum sumbing, adik-beradik watak sebenar pun fan kelab Chelsea, Arsenal, Menyu dan Mancity.

Sekarang ni terima la padahnya pak cik Rodgers, hari tu tak mahu borong star player. Duit tengah banyak, kenapa tak shopping dengan bijaksana. Dapat dua tiga star player dah cukup la. Player yang lama kan ada lagi. Yang loan hari tu pun dah kembali ke Anfield. Tapi pergi jual Agger dan gantikan dengan seorang defender  yang lebih kurang sama hebatnya dengan Agger. Betul-betul membazir la pak cik.

Kat Liverpool sekarang, ada yang lagi huru-hara. Angin bertiup kencang mengatakan owner Liverpool nak pecat pak cik Rodgers dan ramai fan fan Liverpool mengatakan Lagend Rafa nak kembali ke Anfield.
Pak Cik Rodgers tak takut ke?

Whatever la. Bagi watak sebenar yang mana satu pun okay. Asalkan pak cik Rodgers Berjaya kembalikan prestasi Liverpool yang pernah dia buat musim lepas. Yang lagi penting, Pak Cik Rodgers kena tunaikan janjinya tempoh lalu. Dia mengatakan tanpa (Luis Suarez), Liverpool tidak akan apa-apa. OK, nak tengok yang tu dulu. Sejauh mana Liverpool boleh pergi dengan abang Balo. Adakah pak cik Rodgers kekal dan insaf dengan ideologinya.

Sekadar memberi kome
ntar.
You’ll Never Walk Alone

Sabtu, 20 September 2014

Ikhtibar Daripada Sejarah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya betul, Islam itu memang indah.


Tindakan awal dalam perkiraan Nabi Muhammad S.A.W. setelah membuka Kota Madinah ialah menyatu-padukan golongan muhajirin, Ansar serta Yahudi menjadi satu anggota masyarakat yang berkongsi kepentingan bersama yakni Negara. Muhajirin kumpulan yang mengikuti Baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Ansar kumpulan yang memberi bantuan kepada muhajirin seperti bantuan makanan, tempat tinggal serta perempuan untuk diperisterikan setelah mereka tiba di kota Madinah. Sementara Yahudi pula satu kumpulan penduduk yang telah lama menetap di situ. Sebaik sahaja Baginda Rasulullah berjaya membina sebuah ikatan ukhuwah yang erat dan membentuk satu identity bersama, maka nilai murni antara lainnya saling menghormati sesama anggota kumpulan akan wujud.

Setelah selesai melakukan proses integrasi itu, maka barulah Baginda Rasulullah menjalankan hal-hal pentadbiran seperti memperbaiki dasar politik Negara berdasarkan wahyu dan seterusnya mengembangkan kegiatan ekonomi Madinah. Di zaman inilah sejarah Islam mencatatkan berlakunya perluasan syiar Islam itu sehingga ke Parsi. Dari sudut kejayaan ekonomi  juga semakin pesat apabila banyak aktiviti perdagangan telah dijalankan. Industri tekstil dan industry pertanian juuga menjadi semakin berkembang.


Penyatuan dan kebersamaan adalah suatu aspek yang penting dalam sesebuah unit organisasi tidak kira organisasi itu bersaiz besar ataupun kecil.


Sekiranya nilai penyatuan dan kebersamaan tidak wujud dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan jatuh kerana tiadanya tiang sokongan daripada ahli-ahlinya. “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, tema sambutan hari kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia pada tahun ini telah meletakkan 3 prinsip asas yang menjadi teras kekuatan Masyarakat majmuk Malaysia. Dalam amanat YAB Peerdana Menteri baru baru ini, beliau ada menyebut tentang prinsip-prinsip ini dan yang amat dititikberatkan ialah soliderasi yakni membawa erti perpaduan.
Begitulah juga praktikalnya dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Langkah menyatu-padukan ahli-ahli kumpulan seterusnya mengenali antara satu sama lain perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melangkah ke hadapan untuk memulakan sesuatu tugas, projek atau sebagainya dalam organisasi tersebut.


Apa akan jadi sekiranya nilai-nilai kebersamaan itu tidak diamalkan terlebih dahulu? Jawapannya sebarang tugas, projek atau apa-apa kerja yang memerlukan sokongan dua atau lebih ahli akan kurang Berjaya. Lebih malang lagi apabila ada di antara ahli-ahli kumpulan yang berpecah membentuk puak-puak kecil. Sementara yang lainnya lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan organisasi. Jika ini berlaku, kerjasama dalam mencapai matlamat organisasi akan menjadi sukar kerana hanya sebahagian kecil sahaja ahli-ahli kumpulan yang benar-benar ingin memperjuangkan matlamat organisasi. Bagi pandangan watak sebenar, kumpulan yang pasif terhadap organisasi itu tidak boleh dipersalahkan 100 % sekiranya ketua tidak menerapkan nilai-nilai kebersamaan itu terlebih dahulu. Dalam Hubungan Antarabangsa, identity menjadi kaedah untuk mengharmonikan masyarakat antarabangsa. Contohnya, seorang saudagar Amerika Syarikat boleh menyumbang berjuta dollar kepada mangsa-mangsa Tsunami di Acheh atas dasar identity satu masyarakat dunia. Jepun dan Jerman tidak menggunakan sumber nuclear untuk membangunkan industry senjata api atas dasar identity kumpulan Negara-negara yang anti-peperangan. Askar-askar dari pelbagai Negara boleh bersatu dan bekerjasama kerana identity sebagai satu pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Pemain bola sepak dari pelbagai bangsa dan Negara boleh bermain di atas padang kerana identity sebagai sebuah kelab.


Perang Uhud dalam imbasan sejarah Islam telah menjadi saksi terhadap kemerosotan nilai-nilai kebersamaan. Dalam perang tersebut, kumpulan Yahudi enggan bersama-sama Baginda Rasulullah untuk berperang menentang Arab Quraish. Lebih malang lagi apabila ada di antara mereka yang bersubahat dengan pihak musuh mengkhabarkan tentang kelemahan-kelemahan tentera Madinah. Inilah yang ditakuti oleh mana-mana kumpulan dalam berorganisasi. Mereka bukan sahaja tidak menyokong tugas, projek atau matlamat organisasi, malahan berhasrat menjatuhkan organisasi sendiri.


Sehubungan itu, bagi pandangan watak sebenar, sebelum sesuatu organisasi itu menjalankan tugas, projek atau ingin mencapai matlamatnya, maka adalah penting untuk diterapkan terlebih dahulu nilai-nilai kebersamaan itu kepada ahli-ahli kumpulan. Apabila satu identity bersama telah dibina, maka ahli-ahli kumpulan akan cuba mengurangkan kepentingan diri dan bekerja untuk kepentingan bersama. Salah satu kelemahan OIC adalah kebanyakan Negara-negara ahli lebih mementingkan manfaat Negara berbanding dengan manfaat organisasi. Akibatnya, setiap projek atau dasar organisasi yang ingin dilaksanakan akan kurang mendapat sambutan dan akhirnya gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan.


Identiti, satu perkataan yang mudah disebut tetapi sukar untuk direalitikan dalam pengamalan organisasi. Jika ditanya kepada watak sebenar, maka watak sebenar akan merujuk kepada sesebuah Negara. Mengapa sesebuah Negara itu mempunyai bendera, lagu kebangsaan, jata Negara seta lambang-lambang tertentu?
Maka jawapan yang sesuai adalah untuk membina satu identity bersama. Dengan usaha itu, diharapkan agar rakyat mencintai negaranya dengan berpaksikan medium-medium identity tersebut. Maka, tidak hairanlah mana-mana organisasi atau persatuan masing-masing mempunyai medium-medium identiti tersebut demi mencapai matlamat organisasi. Sekiranya itu jelas, ahli-ahli akan berasa lebih bersamangat untuk berdiri atas nama organisasi. Setelah ahli-ahli jelas dan faham akan semua perkara tersebut, maka barulah perkataan “belot” itu boleh timbul sekiranya didapati ada di antara ahli-ahli yang pasif dan tidak memacakkan tiang sokongan. Usaha mencapai nilai kebersamaan ini bukan sahaja sedang berjalan di peringkat organisasi kecil, malahan di peringkat sebuah Negara juga masih lagi mengharapkan kejayaan dan hasilnya. Sebab itulah di Malaysia sahaja, pelbagai slogan dan lagu berbentuk perpaduan sering diperkenalkan silih berganti.


Apa-apa pun, , setiap sejarah yang telah berlaku itu penting untuk kita ketahui dan dijadikan ikhtibar.


(Sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna)

Khamis, 11 September 2014

Watak Sebenar Kembali, (Sekadar Bersembang)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah agak lama watak sebenar tidak muncul dalam laman enciksantai.blogspot. Alhamdulillah, kali ini watak sebenar ada kesempatan untuk meneruskan semula terbitan dalam halaman ini.
Kali ini watak sebenar tidaklah mempunyai terbitan-terbitan menarik. Hanya sekadar meng-update perjalanan hidup diri ini sahaja. Sesiapa yang kerapk kali mengikuti blog ini sememangnya akan tahu bahawa watak sebenar sudahpun menamatkan alam persekolahan selepas selesai mengakhiri STPM.


Tetapi kini, watak sebenar sudahpun Berjaya menjejakkan kaki ke sebuah university tempatan yang terletak di ibu kota. 1 September 2014, itulah tarikh di mana watak sebenar telah mendaftarkan diri ke university yang dimaksudkan dan akan melakukan persedian bagi mendapatkan ijazah sarjana muda dalam tempoh 3 tahun setengah. InsyaAllah. Termasuk watak sebenar, sejumlah 3174 mahasiswa mengisi kekosongan lanjutan belajar ke IPT ini bagi kemasukan sesi 2014-2015. Daripada jumlah itu, sebahagian besarnya telah mendaftarkan diri di 12 buah kolej kediaman masing-masing dan telah pun bergelar mahasiswa university ini.


Pada minggu pertama kami di menara gading tersebut, kami dikehendaki mengikuti program Minggu Haluan Siswa sebagai sesi orientasi. Pelbagai taklimat dan makluman juga telah disalurkan dalam minggu tersebut dan berterusan pada tarikh-tarikh akan datang. Dalam minggu tersebutlah kami diperkenalkan dengan organisasi tertinggi dalam pentadbiran university ini seterusnya organisasi tertinggi bagi jabatan-jabatan yang penting bagi kami ketahui. Dalam minggu ini juga kami diarahkan supaya menyertai pertandingan antara kolej kediaman sama ada pertandingan bertemakan kesukanan ataupun kesenian. Sememangnya jadual masa dalam minggu orientasi itu terlalu padat dan memenatkan semua mahasiswa tahun pertama. Namun begitu, sekiranya tiada komitmen yang baik daripada pihak kami, masakan program tersebut akan Berjaya dan meriah sebagaimana yang telahpun berlangsung dengan penuh bersejarah sekali.


Dalam Minggu Haluan Siswa inilah juga, watak sebenar mengenali siapa alunnai daripada university ini. Di antaranya dan telahpun diundang dalam program Malam Road To Success termasuklah Aznil Haji Nawawi, pengacara popular dan Mejar Dr. Faiz Khalid, angkasawan Negara kedua. Bukan dua tokoh ini sahaja yang pernah bergelar mahasiswa di university ini. Tetapi ramai lagi dan sebahagian daripadanya telahpun menjadi pentadbir Negara. Sudah pastinya langkah watak sebenar serta rakan-rakan yang lain beru sahaja bermula dan watak sebenar yakin dan pasti inilah langkah kanan untuk mencapai bintang kejayaan.


Dalam minggu kedua, kelas kuliyah pula berlangsung. Setelah para mahasiswa baru mendaftar kertas peperiksaan yang akan diambil, kami mula memasuki sesi kuliyah mengikut kursus yang didaftarkan. Mungkin ini juga pengalaman pertama bagi mahasiswa tahun pertama. Kami diwajibkan untuk mendaftarkan kursus dengan jumlah maksimum 18 kredit, jumlah yang standard bagi mana-mana university awam. Watak sebenar turut menghadiri sesi kuliyah mengikut kursus yang telah diambil. Sehingga hari ini, watak sebenar telahpun mengikuti 6 sesi kuliyah dan masih ada 2 sesi kuliyah yang berbaki dalam minggu kedua ini. Rata-rata pensyarah menasihati para pelajarnya supaya sentiasa proaktif dan kuat berusaha memandangkan semuanya dalam tahun yang pertama. Para pelajar juga digalakkan supaya menjadi mahasiswa yang bermaklumat di samping produktif dengan kerja-kerja yang diminta termasuklah tugasan perbentangan dan assignment. Bagi watak sebenar, semua nasihat itu benar dan perlu dipraktikkan. Namun begitu, dalam mengejar segulung ijazah di masa depan, tugas dan tanggungjawab masa ini dan selama-lamanya sebagai hamba Allah tidak boleh dilupakan.


Jika di alam persekolahan dahulu, segala aktiviti dan pergerakan akan dikawal oleh para guru dan ibu bapa. Jadual masa belajar di alam persekolahan juga adalah seragam dan tidak berselerak. Tetapi apabila sudahpun  belajar di menara gading, mahasiswa itu akan bebas dan lebih banyak berdikari. Bukan bermaksud tidak ada siapa yang mengawal tingkah laku dan perbuatan yang boleh dianggap jenayah, namun kehidupan di university lebih banyak memberi peluang kepada mahasiswa itu untuk membuat keputusan sendiri. Ditambah pula dengan jadual masa sesi kuliyah yang berselerak sehinggakan berlarutan pada waktu malam, maka seorang mahasiswa yang memakai gelaran muslim perlu kuat untuk meneruskan amalan wajib yang semestinya jadual masanya telah ditetapkan oleh Allah.
Dalam soal membuat keputusan pula, hanya iman yang akan menjadi pengukurnya. Jangankan pula kita bersemangat menunaikan fardhu kifayah yakni Berjaya dalam hidup tetapi tanpa disedari telah membelakangi syariat agama. Bagi watak sebenar, tidak berguna jika belajar dan berusaha dengan kuat, tapi melakukannya bukan dalam keadaan yang berkat. Apa yang penting, rezeki kejayaan itu datangnya dari Tuhan juga.


Watak sebenar mengharapkan diri ini dan rakan-rakan agar sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Tuhan. Dengan itu, proses pembelajaran akan menjadi mudah dan mahasiswa itu sendiri akan sentiasa tenang. InsyaAllah.
Selamat menuntut ilmu di alam menara gading, ikhlas dari watak sebenar kepada semua mahasiswa lepasan STPM dan setaraf kemasukan ke IPTA bagi sesi tahun 2014-2015.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Sajak Kehilangan



Kehilangan

Di kebunan lapang ini,
Adanya aku dan kalian,
Aku yang menanam benih,
Kalian yang menjaga pepohonnya,
Lalu tumbuh rimbun di rimba perjuangan,
Buahnya lebat berupa sebuah persahabatan.


Tatkala kedinginan rimba itu menggigit tulangku,
Tatkala angin subuh menghembus seberkas kegusaran,
Tatkala itulah jua kalian bertandang ke dangauku,
Menyelimuti diri ini dengan sehelai ketenangan,
Begitulah jua lakuku di hari-hari kita.


Masih ingatkah kalian?
Di kala senyum mentari di kaki langit,
Aku engkau dan kita bertujuh,
Mengukir senyuman di balik jernihan anak sungai,
Mewarnai lukisan masa depan di pinggiran tebing,
Sambil ditemani lambaian dedaun hijau,
Menyanyikan lagu persahabatan,
Lalu hujan turun,
Kita berasak di sebuah pondok kecil,
Bercerita tentang impian.


Begitulah kronologi dalam novel hidup kita,
Kadangkalanya langit di angkasaraya tidak kelihatan cerah,
Kadangkalanya malam purnama tidak dihiasi cahaya bintang,
Kita masih bersama,
Masih leka bermain di jernihan air,
Sekalipun airnya dari lautan biru membuas,
Bahtera ini teguh belayar.

Tetapi tidak di ketika ini,
Kita hilang dan Tenggelam dalam sebuah perjuangan,
Terpisah dan lemas dalam arus dunia,
Arus itu deras bagi kita bermain,
Tidak seperti aliran sungai di masa lampau,
Sudah kurasakan langit ini tidak lagi cerah,
Sudah kusedari lagu persahabatan tidak lagi berkumandang.


Hari ini,
Aku masih menjejaki detik-detik cemas itu,
Detik di mana kita hanyut ditelan arus zaman,
Aku pasti kalian jua begitu,
Pepohon yang kita pelihara dahulu masih rendang,
Masih menanti tetamu bermain di bawahnya,
Jernihan anak sungai masih lagi riang,
Masih mengalirkan sebuah kedamaian,
Untuk kita,
Untuk persembahkan kembali hasil lukisan di masa lalu.


Demikianlah terbitan sajak Mat Santun dalam segmen Karya oh Karya. Diharapkan anda terhibur dan gembira menghayatinya.


Seindah Bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti