WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 27 April 2012

Kebaikan Adam "bahagian 3"

Hai semua, Mat santun datang lagi menemani anda dalam segmen Karya Oh Karya. Ini dia selera terbitan yang ditunggu-tunggu. Kisah Adam bahagian seterusnya. Kali ini apa pula yang budak Adam tu nak buat. Entahlah. Sama-sama kita baca. Yang penting, dapat enjoy. Waktu rehat sudah bermula. Kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi ruang kantin berpusu-pusu membeli juadah masing-masing. Walau suasananya agak sibuk, namun tahap displin pelajar masih terkawal. Aku tidak bertugas pada hari ini. Baik di kantin atau di koperasi. Kesempatan ini pelu aku gunakan untuk ke perpustakaan. Buku (The Space) yang aku belek tempoh hari masih belum habis dibaca. Hasratku mengajak Haziq untuk turut serta terkubur. Rakanku itu sibuk dengan tugasnya di koperasi selepas ini. Hendak mengajak Amar, teringat pula peristiwa lalu. Waktu itu, aku didenda membayar wang kelewatan memulangkan buku. Hakikatnya, kesalahan itu milik Amar. Selesai makan, aku dan Haziq berlalu dari kantin. Tetapi, Haziq tidak mengikut aku. Dia bakal berdepan dengan pelbagai kerja. Tiba-tiba kedengaran seseorang menegur aku. Panggilan itu seakan melolong dari belakangku. Lantas langkahku dimatikan. Mataku liar mencari suara itu. Suara Akmal rupa-rupanya. Rakan sejawatanku itu seperti juga sibuk dengan tugasnya. Mungkin sibuk mengawal persekitaran kantin. (Dam, kau free kan. Tolong tengokkan tempat pinggan tu.) Akmal memulakan perbualan apabila mendapati wajahnya tepat dipandang aku. (Tolonglah Dam. Kejap je. Aku tak makan lagi ni.) Kali ini kata-kata Akmal benar-benar menerbitkan simpati. Hati aku seakan berbelah bahagi. Hendak ke perpustakaan melangsaikan hasrat, masakan sesuatu yang malang menimpa Akmal. Mungkin rakanku itu bakal jatuh sakit angkara kelaparan. Bertambah malang lagi, jika kesakitannya disebabkan aku. Hendak menurut permintaan Akmal, terpaksa korbankan keseronokan diri. Kesoronakan untuk menerokai dunia angkasa melalui buku itu. Begitu serba-salah aku dibuatnya. Namun, langkahku lebih tertarik untuk menghampakan kehendak diri. Akmal seperti perlu dibantu. Jika tidak, sesuatu yang malang bakal menanti. Soal perpustakaan, bila-bila saja boleh ditunaikan. Di tempat pinggan itu, Ternyata sesak seperti benar gambaran Akmal tadi. Ramai yang beratur meletakkan pinggan masing-masing dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Sesetengah daripada mereka sesuka hati memotong barisan untuk segera beredar. Jika aku yang mengawasinya, nescaya mereka tidak terlepas. Asal menyalahi peraturan sekolah, semuanya aku catatkan namanya. Di hujung kantin, kelihatan 2 pelajar rancak berlari. Yang di hadapan dikejar. Yang di belakangnya pula mengejar. Entahlah apa yang mereka mahukan sehingga berani berlari di kawasan sesibuk ini. Mereka seperti pelajar tahap 2. Tetapi, itu tidak mustahak untuk diketahui. Yang penting, nama mereka pada tanda nama perlu dicatatkan untuk laporan displin. Belum sempat berbuat demikian, pelajar di hadapan tadi sudah rapat menghampiriku. Begitu jelik lagi apabila dia turut menatang pinggan yang penuh berisi sisa makanan. Aku sempat mengelak rempuhannya. (Lain kali, kalau bawa pinggan tu jangan nak berlari-lari. Kena orang lain kang, kotor pulak.) Tegur aku terhadap pelajar tadi. Hati aku bertambah panas memerhatikannya yang memotong barisan untuk meletakkan pinggan. Tiba-tiba seorang lagi berlari ke arahku. Kali ini pelajar yang mengejar pelajar tadi. kali ini juga aku gagal mengelak pelanggarannya. Tanpa diduga, separuh lengan kiri bajuku kotor dimamah sisa-sisa makanan yang keluar dari pinggannya. Aku segera ke tandas untuk memulihkan keadaan. Kejadian itu benar-benar memalukanm aku. Lebih memalukan lagi, ramai yang berada di situ sempat menghayati drama tersebut. Aku yang tadi gagah mempamerkan kuasa pengawas kini berubah kepada seorang pemalang. Tetapi, itu sudah berlalu. Lebih merisaukan aku sekarang apabila hendak berdepan dengan pelbagai soalan mengenai lengan bajuku nanti. Pasti rakan sekelas dan guru berasa hairan melihat keadaannya yang basah. (Nasibku mungkin baik jika ke perpustakaan. Barangkali kejadian tadi tidak berlaku.) Fikirku dalam hati sambil berjalan menuju kelas. Loceng berbunyi menamatkan sesi persekolahan. Aku mahu segera pulang. Aku tidak mahu lagi sesiapa yang bertanyakan soal lengan bajuku walau pun sudah semakin kering. Apatah lagi, Mushroom Soup bakal menyambut kepulanganku di rumah. Ibuku telah berjanji untuk menyediakan menu kegemaranku itu. Kebelakangan ini, Ibu dan aku sudah semakin mesra. Malah ibu dan Cik Bedah juga turut begitu, sudah leka dengan gubahan bunga mereka. Cik Bedah juga seakan mengetahui siapa yang bersalah dalam kejadian tempoh hari. Mujurlah Badrul yang menyudahkan segalanya. Dialah yang berterus terang kepada pemilik tingkap yang pecah itu. Sebab itu jugalah aku dihadiahkan menu sesedap hari ini. Cepat-cepat aku mendapatkan basikal kemudian meletakkan beg di belakang. Ketika itu juga Aizat, rakan sekelas memnaggilku. Katanya Haziq meminta bantuan. Mungkin terlalu sibuk di koperasi itu. Aku masih tercegat mempertimbangkan permintaan itu sementara Aizat sudah berlalu. (thank you, Dam. Kalau kau tak datang tadi, gerenti sesak nafas dibuatnya.) Haziq bersuara sambil sibuk mengemas buku-buku di rak-rak di koperasi itu. (yelah Ziq. Bukan tu je, entah-entah berat badan pun turun sekali.) Aku menyambut perbualan Haziq sambil melayan beberapa pelajar di kaunter yang ingin membeli peralatan tulis. Seketika, kedengaran ketawa bergema memecah ruang bilik itu. Tepat 3 petang. Hasratku untuk menikmati Mushroom Soup telah pun pudar. Aku hanya mampu merenung mangkuknya yang ketandusan lauk di dalamnya. Kuahnya juga sudah kering-kontang. Seleraku petang itu benar-benar mati. Hanya kelaparan saja yang mendorong aku untuk terus makan. (Sorry Adam. Tadi, Mak Su Yati kau datang. So, ibu jamu lunch kat dia. Tak sangka pulak anak-anaknya gemari Mushroom Soup.) Pujuk ibu. Jari-jemarinya mengusap lembut rambutku. (Takpe lah ibu. Lauk lain masih ade. Lagi pun, salah Adam jugak sebab balik lambat.) Aku berusaha untuk mewujudkan kecerian. Namun, di hati terselit rasa kecewa dan menyesal. Aku tidak menyangka Mak Su Yati menziarahi rumahku. Kalau aku tahu, nescaya aku akan pulang lebih awal. Menikmati juadah itu bersama mereka. Biarlah Haziq keseorangan dengan tugasnya. Biarlah aku menyombong diri tadi. Malangnya, itu sudah berlalu. Mungkin rezeki hari ini tidak berpihak kepada aku. Matahari sudah mulai merembang. Satu per satu cahayanya garang menyinari persekitaran sekolah. Begitu juga Cikgu Ramli yang rancak menggarang terhadap aku. Zon membebel sudah aku lalui. Yang hanya menanti ialah zon hukuman seterusnya. Jika direnungkan, memang salah aku. Aku tidak sepatutnya berjual sewaktu pembelajaran. Apatah lagi waktu matematik ini. Aku tidak menyangka hasrat baiku memperkenalkan barangan koperasi di kelas mengundang padah kepada diri. Itu pun kerana Naim dan yang lain sibuk menyoalkan tentang itu. Aku benar-benar ghairah untuk menjelaskannya. Lebih mengghairahkan, aku sanggpu mendahulukan wang sendiri untuk pihak pembeli. Asalkan barang itu habis dijual. Lagi pun, yang berhutang itu bukan orang lain. Hanyalah rakan-rakan sekelasku juga. Semuanya untuk kebaikan koperasi sekolah juga. Namun, diriku pula yang dirundung malang. Keghairahan aku tadi membuatkan aku tidak perasan Cikgu Ramli telah muncul kembali di kelas. (Ingat Adam. masa di kelas bukan untuk menjual barang. Memang niat kamu tu baik, tapi biarlah kena masanya. Faham!) Suara Cikgu Ramli benar-benar memecah kesepian kelas. Aku kembali ke tempat duduk asal selepas dilepaskan. Masuk hari ini, sudah 4 rasa malu yang aku hadapi dalam seminggu. Aku seakan sudah lali apabila dimalukan depan rakan-rakan. (Kalau aku tahu Cikgu keluar sekejap saje, tak aku layan budak Naim tu. Tanya macam-macam. Bukan nak beli pun.) Rungut aku dalam hati. Loceng rehat sudah kedengaran. Aku bercadang untuk bersendirian ke kantin. Sekali-sekala ingin juga mengasingkan diri. Bukan bermaksud menyombong, tetapi sekadar mencari ketenangan. Sedang aku melayan nasib diri, muncul seorang pelajar junior meminta pertolongan. Aku seperti mahu menolak harapannya, namun terpapar pula kata-kata ibuku dahulu yang menggalakkan aku supaya ringan tulang. Tanpa bersoal, aku menuruti sahaja kehendaknya. Memang menjadi amanah seorang pengawas juga untuk terus membantu pelajar. Apatah lagi budak itu hanya meminta aku mendail nombor telefon menghubungi rumahnya. Kejam pula dirasakan jika aku menghampakan permintaannya. Namun, seakan sukar pula untuk aku berbuat demikian. Syiling sudah aku masukkan, namun taliannya tidak berperwatakan seperti biasa. Apakah aku tersilap mendail. Aku mencuba sekali lagi. Ternyata gagal penamatnya. Aku menjadi hilang fokus terhadap telefon awam itu. Sementara budak itu fokus merenung aku. (Abang, kalau tak boleh buat. Takpelah. Adik minta cikgu yang buatkan) Nada budak itu sedikit rendah. Aku dapat mendengar jeritan kekecewaan menyelubungi hatinya. Demi tidak menghampakan harapannya, aku mencuba sekali lagi. Kali ini lebih teliti. Timbul pula perasaan marah kepada diri. Tidak mungkin aku yang darjah 4 ini tidak pandai menggunakan perkhidmatan itu. Seketika kemudian, budak itu datang dengan diiringi seorang cikgu. Mungkin budak itu telah patah hati untuk menunggu aku mengotakan hasratnya. (Adik, telefon ni rosak. Tak nampak ke ade tulisan pemberitahuannya di atas tu.) Cikgu itu bersuara menjelaskan sesuatu. Jarinya diarah pada sesuatu papan yang bertulisan. Mendengar kata-kata cikgu itu, barulah aku tahu mengapa syiling yang ditelan dimuntah kembali. Sekali lagi rasa malu menyelebungi jiwa. Aku terlalu terburu-buru untuk membantunya tanpa melihat tulisan peringatan itu. Kali ini lebih malu kerana berdepan dengan seorang pelajar junior. Lebih memalukan, Cikgu Khairul yang menjelaskannya. (Adam, lain kali check dulu telefon tu rosak ke tidak. Kat atas tu kan ade penerangannya. Tak kan tak boleh baca.) Cikgu Khairul menegur aku apabila mendapati aku yang memberi pertolongan kepada budak itu. Selepas menghulurkan syiling melik budak itu semula, aku segera berlalu meninggalkan tempat itu. Aku tidak mahu ada yang sempat menyaksikan drama itu. Jika itu terjadi, pasti drama seterusnya bakal terungkap. Peristiwa lucu tadi mesti dicampurrojakkan agar tampak menarik. Hari sudah semakin rancak merangkak. Matahari yang ceria pagi tadi tiba-tiba bermuram duka. Langit juga berubah gelap seolah-olah memanggil hujan. Biar pun sudah tamat sesi persekolahan, tetapi aku masih belum pulang. Aku perlu bersama-sama Amar dan Haziq untuk mengulang kaji pelajaran. Esok peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Sebagai persediannya, aku perlu memanfaatkan peluang yang ada. Peluang belajar bersama rakan-rakan. Kaedah pembelajaran itulah yang selalu aku amalkan. Tambahan pula, cara itu tidak pernah mengecewakan aku dalam keputusan peperiksaan. (Dam, Lina dan Amar. Aku balik dahulu. Lagi pun hari macam nak hujan ni.) Haziq memulakan perbualan setelah agak lama mereka tekun menelaah buku. Kemudian, menyambung percakapan. Wajahnya tepat memandang wajah aku. (Kau tak nak balik dulu, Dam? ) Aku tidak menjawab. Hanya menggeleng. (Yelah, Dam. Hari dah mendung ni. Aku dan Amar ok, sebab kitorang naik kereta.) Giliran Lina pula memberi cadangan. Matanya masih tekun melihat nota-nota di hadapan. Kelihatan di situ dedaun melambai-lambai ditiup angin seperti melambai Haziq yang baru saja melangkah pergi. (tak apelah, Lina. Hari mendung tak bermakna hujan. Lagi pun, aku kan dah janji nak ajar Math kat kau dan Amar karang.) Jawab aku selambe sambil menguntumkan senyuman. Lina tidak membalas kata-kata aku tadi. dia hanya memparmerkan kecerian. Amar juga begitu. Mungkin mereka bergembira dengan janji aku tadi. (Assalamualaikum, ibu.) Aku memberi salam. Sementara tanganku terus mengetuk pintu rumah. Puas aku memanggil. Namun tiada yang menjawab. Hujan di luar masih menggila. Kali ini lebih hebat dengan kehadiran kilat sambung-menyambung beraksi, cukup menggerunkan aku. Yang malangnya, ketika keadaan sebegitu tadilah aku mengangkat kaki. Memang diharapkan aku hujan akan reda. Tetapi, semakin aku mengharapkan yang itu, perkara sebaliknya pula berlaku. Pintu pagar sekolah hampir perlu ditutup. Apa yang boleh kubuat hanyalah meredahi saja hujan itu. Jika tidak, nescaya di sekolahlah hotel penginapan aku malam ini. Jika difikirkan tentang nasihat Lina tadi, tentu aku terselamat daripada basah kuyup. Memang nasib kurang baik kerap kali aku terima. Keghairahan aku mengajar Amar dan Lina tadi benar-benar telah menyusahkan diri sendiri. Situasi itu sudah berlalu, yang baru pula mendatang. Aku hanya mampu tercegat di depan pintu rumah. Seperti tidak membenarkan aku masuk. Mataku merenung aksi-aksi ganas kilat dan petir berentap. Sementara hujan menjadi saksi menjerit sorakan. Semakin lebat hujan, semakin hebat dua pihak itu beraksi. Kemudian mataku merenung beg sekolah. Ternyata keadaannya basah. Sama seperti aku. (manalah ibu pergi. Kalau aku balik awal tadi kan bagus. Tak lah jadi macam ni. Takde la lepak kat luar macam ni.) Rungut aku sendirian. Aku menghampiri ampaian yang tersedia di halaman rumah. Aku mengambil tali leher dari dalam poket seluar yang turut bermandi hujan. Kemudian, aku menggantungkannya di ampaian itu. Hari ini saja, sudah banyak nasib malang mengiringi aku. Masuk minggu ini, sudah hampir semua peperiksaan pertengahan tahun berlangsung. Bagi aku, soalan Sains tadi benar-benar menguji minda. Banyak juga soalan yang merungsingkan untuk diterjemahkan sebagai jawapan. Namun demikian, itu sudah selesai. Masih berbaki 2 subjek lagi yang belum dijamah. Mungkin yang 2 itulah kekuatan aku kelak. Aku perlu ke koperasi secepat mungkin. Aku perlu mengembalikan semula barangan yang tidak habis dijual tempoh hari termasuk wangnya juga. Sebagai seorang yang diamanahkan, aku perlu mengendalikannya dengan sebaiknya. Apatah lagi berkaitan dengan wang koperasi. Aku tidak mahu dianggap penggelap wang jika meringan-ringankan tugas ini. Setiap yang membeli, pasti aku catatkan namanya serta memungut wang darinya. Namun hakikatnya, hanya beberapa sahaja yang berbuat demikian. Yang lain, seperti berpura-pura untuk membayarnya. Puas juga aku bertekak, kesudahannya tetap gagal. Akhirnya, terpaksalah aku mendahulukan wang sendiri. Salah aku juga kerana terlalu baik dengan mereka. Aku sanggup menawarkan kredit kepada mereka biar pun itu tidak disuruh oleh Cikgu Khairul. Bagi aku, biarlah wang sendiri yang digunakan, asalkan bukan aku yang dianggap tidak berguna. Jika sebaliknya, nescaya hukuman terarah kepadaku. Nescaya juga aku dituduh mengambil wang koperasi. Selepas menyelesaikan perkara itu, langkahku terus menuju ke basikalku. Aku tidak mahu menyertai Amar dan yang lain menelaah pelajaran. Bukan ingin mengasingkan diri, tetapi khuatir bakal mendatangkan kecelakaan. Sesampainya di rumah, ibu menyambut seperti biasa. Menyambut kepulanganku dengan mekaran senyuman. Namun, berselang beberapa minit, wajah ibu berubah. Kali ini berubah kepada kemarahan. (Adam, kenape markah exam BM kamu rendah.) Tiba-tiba suara ibu melolong kuat. Kertas peperiksaan Bahasa Melayuku dipegang kasar. Belum sempat aku berkata. Muncul pula kata-kata yang baru daripada ibu. (Adam, ibu dah pesan. Jangan banyak main bola. Exam Bm pun dah teruk. apatah lagi yang lain.) Suara itu masih mengganas memecah kesepian tengah hari. Aku terdiam membatu. Pelbagai penjelasan mahu aku lontarkan. Namun aku tahu, semua itu tidak diterima ibu. Salah aku juga sebab meletakkan kertas itu di atas meja. Memang aku akui, Markah itu merosot. Tetapi, itu mungkin kerana diriku yang dilanda demam tempoh hari. Keadaan itu serba sedikit merencatkan mindaku untuk bertindak cerdas. Sekali lagi salah aku. Nasihat Lina ditolak mentah-mentah. Malah, aku sanggup berhujan ketika pulang dari mengulang kaji. Akibatnya, demam menggigitku sewaktu peperiksaan pertama dimulakan tempoh hari. Hari ini saja, sudah banyak kesedihan terus-menerus dipersembahkan kepada aku. Ibu sudah berlalu dari menjadi singa lapar, Aku masih duduk mengenangkan nasib diri. Bersambung. Teruskan menanti Kisah Adam dalam Bahagian-Bahagian seterusnya. Adakah Adam sudah berputus asa untuk berbuat kebaikan? Atau sebaliknya? Nantikan kesudahannya. Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Hati-hati bila bekerja episod 2

Selamat bertemu lagi bersama-sama Mat Santai dalam segmen Sembang Santai. Diharapkan agar anda semua sihat ketika ini. Kali ini Mat Santai akan menyambung cerita Bijan yang seterusnya. Sama-samalah kita nantikan kesudahannya. Pagi masih lagi muda. Mentari juga seperti tidak kelihatan lagi. Namun, aku dan Bijan sudah berada di ladang milik arwah bapa Bijan. Kunjungan kami ke tempat itu adalah untuk mengenal pasti bahagian-bahagian tanah yang diperkatakan dalam surat wasiat. Indah sungguh permandangan di sekitar ladang itu. Dengan hamparan pokok-pokok yang menghijau serta panorama bukit-bukau yang cantik memukau penglihatan aku. Seketika, aku menghirup udara segar yang berada di sekeliling. Kesempatan itu perlu aku gunakan sepuas-puasnya. Jikalau di bandar, perkara-perkara seperti ini seakan sukar diperolehi. Malah, keadaannya lebih tenat kerana ditambah dengan pelbagai pencemaran kota. Dari jauh, aku terpandang seorang lelaki tua berkopiah putih melangkah menghampiriku. Pada anggapanku, lelaki ini merupakan tuan tanah ladang sebelah. Sudah tentu dia ingin berehat di pondok ini. (Assalamualaikum, pak cik. Nampaknya pak cik sudah penat bekerja.) Tegur aku selamber sambil mempersilakan pak cik itu duduk bersebelahanku. Sementara itu, Bijan sibuk mengait langsat sebagai buah tangan bagi kepulanganku nanti. (Waalaikum salam. Pak cik tunggu durian gugur. Sejak Subuh tadi, banyak durian yang pak cik kumpul) balas pak cik itu sambil merebahkan punggungnya. (Kampung ni subur dengan buah-buahan. Untung la siapa yang ada dusun. Betul tak Pak cik?) Aku memulakan perbualan dengan bersoal. Entah apa yang menyebabkan aku untuk berani menyoal. Seketika, aku melemparkan pandangan ke persekitaran. Sejuk mataku memandang kehijauan-kehijauan alam. Memang indah anugerah yang tuhan kurniakan untuk hamba-hambaNya. Sebagai manusia, kita perlulah menjaga anugerah itu dari pada kemusnahan. (Di sini, tanahnya memang subur. Tapi sayangnya, anak-anak kampung ini telah berhijrah ke bandar.) Lelaki tua itu membalas. Seketika, dia turut bertindak seperti aku. Menghias pandangan dengan persembahan alam. Beberapa ketika, dia menyambung lagi. (Jadi, banyak tanah ladang di sini terbiar. Orang-orang tua mereka kebanyakannya sudah tiada.) Kali ini terbit nada kecewa dari lelaki tua itu. Belum sempat aku bertanya yang lain, tiba-tiba pak cik itu telah tiada sebaik saja aku mengalih pandangan ke arah sisi. Batang hidungnya langsung tidak aku temui. Apa tah lagi mencari kelibatnya. Hari ini benar-benar menghairankan aku. Sudah cukup malam tadi, pagi ini pula berlaku. Aku cuba menyelami perristiwa semalam. Isteri Bijan itu benar-benar memelikkan. Tatkala aku ingin ke tandas semalam, tiba-tiba dengan tidak sengaja aku ternampak kelibat perempuan itu di dapur. Entah apa yang dibuat tengah malam tadi. Apabila aku semakin menghampiri, aku seakan tidak percaya. Tidak menyangka perempuan itu sedang makan dengan lahapnya. Dia duduk bersimpuh rapi tekun memandang ke arah makanan di depan. Ketika itu, serta-merta fikiranku berkata yang positif. Jika diamati secara logik, memang perempuan itu lapar kerana dia terlebih dahulu melenyapkan mata. Apa tah lagi ketika itu baru sahaja tepat 9.15 malam. Ketika makan malam bersama-sama Bijan juga, dia tidak kelihatan. Langkahku segera menyelesaikan hajatku tadi. Kemudian berpura-pura tidak mengetahui apa-apa lalu kembali ke bilik. Sungguh memeranjatkan aku apabila aku ternampak isteri Bijan itu. Kali ini dia terbaring tidur bersama-sama suaminya. Dari ruang bilik mereka yang berbuka sedikit itu, sudah jelas meyakinkan segala-galanya. Aku berpatah balik ke gigi dapur, namun hasratku mencari perempuan tadi gagal. :Begitu pantas isteri Bijan itu makan. Malah, lebih pantas dari pada aku yang membuang air di tandas. Kini, perkara yang sama terjadi lagi. Perkara yang aneh menghantui diriku. Fikiranku sudah mulai bercelaru. Pelbagai jenis perasaan bercampur-baur mencorakkan hati yang satu. Malah, lebih bercelaru kerana tugas sebagai seorang peguam ini masih belum diselesaikan. Hatiku perlahan-perlahan tenang tatkala melihat kecantikan alam. Memang itulah penawar bagi insan yang gundah-gulana. Aku mulai sedar yang tugas sebenarku masih belum dilaksanakan. Situasi tadi benar-benar mengugat perasaanku. Perasaan yang menterjemahkan ketakutan. Malah, ketakutan itu mulai meresap dalam semua ceruk anggota badan. Lebih menakutkan aku kini, tiada siapa yang menemani aku. Aku terdampar di ladang ini keseorangan. Seolah-olah pengembara yang tersesat di negeri orang. Aku mulai teringatkan Bijan. Entah pelanggganku itu ke mana. Katanya tadi hendak mengait langsat. Namun, sejak tadi masih belum kelihatan. Aku berjalan di ladang itu keseorangan mencari kelibat Bijan. Malah, bukan setakat itu. kelibat pak cik tadi juga diharapkan agar kutemui. Aku berpura-pura mengetahui selok-belok ladang itu walau pun itu bukan hakikatnya. Aku tiba di sebatang sungai. Begitu teruja aku Memerhatikan kejernihan airnya. Kelihatan di situ, anak-anak ikan berlumba-lumba berenang melawan arus sungai yang agak deras. Aku bersyukur menikmati nikmat ini. Nikmat alam semula jadi yang mengghairahkan aku. Aku seakan terlupa tujuanku yang sebenar. Malah, terlupa akan ketakutan tadi. Jauh di hujung sungai, kelihatan sebuah air terjun kecil yang menghempaskan air dengan laju. Tertarik pula hati aku ingin mendekatinya. Belum sempat aku melangkah ke sana, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi orang meratap. Seperti bunyi itu berhampiran dengan tebing sungai ini. Aku serta-merta membatalkan hasratku tadi. Kali ini, bunyi itu pula yang menarik minat aku untuk mengetahuinya. Manalah tahu, orang itu boleh membantu aku mencari jalan keluar dari lagdang ini. Malah, mungkin dapat mencari Bijan juga. ANamun, sekelip mata keadaan berubah. Semakin aku jejak bunyi ratapan tadi, semakin hilang gemaannya. Apakah aku salah menjejak arahnya. Tiba-tiba, aku terpandang sekujul badan tergantung di celah-celah salah satu pohon yang besar di situ. Sementara itu, angin pagi masih metiup kedinginan sehinggakan kedinginan itu mengigit tulang-temulangku. Tersentak hatiku dipanah situasi itu. Terpaku mataku tanpa berkelip berhadapan dengan apa yang kulihat. Kakiku terundur sedikit merenung tepat ke arah tubuh itu. Kelihatan posisinya tergantung songsang. Kepalanya ke bawah dan kakinya di atas. Dari amatanku, tubuh itu milik lelaki. Lebih memeranjatkan aku, tubuh itu tidak bernyawa. Bukan baru berlaku, tetapi sudah lama dibiarkan. Dengan kelihatan tulang tengkorak sedikit keluar dari kepalanya serta bau-bau yang begitu busuk cukup meyakinkan aku bahawa mayat itu sudah lama begitu. Aku diancam kepanikan. Namun, berusaha sedaya-ppaya untuk terus bertenang. (Tuan! Tuan! Nak ke mana tu. Tolong lah saya. Semadikan saya.) Tiba-tiba aku terdengar suara memanggil aku. Nadanya agak perlahan tetapi keras. Suara itu agak menyeramkan. Naik bulu romaku mendengarkan rayuan itu. Seperti penunggu hutan pula yang bersuara. Yang menghairankan, suara itu memanggil (tuan.) Mungkin sekali Bijan, pelangganku yang sibuk mengait langsat. Mungkin juga, sebaliknya. Itu memang Bijan. Memang Bijan yang datang. Datang untuk menyelamatkan aku dari kemistikan ladang ini. Namun, harapanku hampa. Perkara yang lebih menakutkan pula berlaku.Ketakutan yang kurasai kerana melihatkan Bijan tiba-tiba bertenggek di atas sebuah pohon. Entah apa yang ingin dibuat. Namun, yang pasti lelaki itu tidak ubah seperti kelibat hantu pokok zaman dahulu kala. Dia merenung tajam mataku mengiringi suara ratapannya. Suara itu seperti sama dengan. suara ratapan tadi. Yang menyeramkan aku, dia mengusap-usap mayat lelaki yang tergantung itu sambil bersuara rendah. (Tuan! tolonglah aku! Tolong la!) Serentak dengan itu, terdengar suara mengilai-ngilai sambil menyebut-nyebut namaku. Aku sedar keadaan sudah berubah. Bijan yang aku kenal semalam benar-benar menjelma semacam makhluk asing. Dengan tidak semena-mena, Bijan terjun dari pohon meningalkan mayat yang bergantungan itu. Tindakannya pantas ingin menerkam aku. Namun, aku terlebih dahulu pantas memulakan langkah seribu. Langkah tanpa arah semata-mata ingin menyelamatkan diri. Suara ngilaian itu masih sayup-sayup kedengaran walau pun sudah hampir jauh aku berlari. Sekelilingku mempamerkan hutan belukar. Seperti aku sudah jauh tersesat. Tiba-tiba, hidungku menusuk bau-bau yang kurang menyenangkan. Seperti bau mayat difikirkanku. Tiba-tiba juga sesuatu yang mengejarku tadi kelihatan terhencut-hencut menghampiriku. Matanya merah menjala memandang anak mataku. Rambutnya melayap ke sisi muka menampilkan wajah yang menyeramkan. Kegelapan awal pagi itu benar-benar memancing rasa ketakutanku. (Ya Allah! Selamatkan hambaMu ini.) Aku cuba bertenang menolak jauh ketakutan yang ada. Serentak dengan itu, suara ngilaian tadi bergema membelah kesunyian hutan. Kepada: Tuan. Sebenarnya, Ayah saya sudah lama tiada. Kematian ayah pun menjadi misteri sehingga kini. Yang bersama ibu itu ialah rohnya. roh yang masih bebas dek jasad yang tidak dikuburkan. Aku menyedari perkara ini, namun apa boleh buat, roh ayah selalu saban hari mengganggu aku. Akhirnya, ddemam panas menimpa usiaku dan hidupku seakan hampir berakhir. Sebelum itu verlaku, Baiklah aku menjelaskan segalanya. Dulu, ayah memang berdendam dengan abangnya. Ayahlah juga yang menghasut datuk supaya tidak memberikan hak pusaka kepada abangnya. Entah apa yang menjadi perangsang ke arah itu. Setahu aku, bapa saudara aku itu memang kaya. Apatah lagi berkahwin dengan perempuan kenamaan. Mungkin itulah sebabnya. Apa-apa pun, selamatkanlah ayah saya. semadikan lah jasad ayah ke tempat sepatutnya. Aku tidak sanggup melihat ibu ditemani roh suaminya. Aku juga mengharapkan agar nasib ibu baik. tidak diganggu dengan roh ayah. Dan, siasatlah siapa yang menjadikan ayah begitu. Membunuh ayah sehingga mayatnya belum dijumpai. Walau pun orang-orang kampung berusaha, namun, tetap gagal. Gagal menemui di mana jasadnya. Sekian: Terima kasih. Mendengar isi surat itu, timbul rasa kasihan kepada Bijan. Kini, barulah aku tahu, bukan sahaja isteri Bijan yang dipermainkannya, malah aku juga ditimpa nasib yang sama. Rupa-rupanya, Bijan sudah lama tiada. Yang berurusan dengan aku tempoh hari itu ialah rohnya. Rohnya yang masih bebas di awang-awangan. Mujurlah kegilaan isterinya membuatkan perempuan itu tidak mengetahui apa-apa. aku membuat kesimpulan sendiri. Seketika, aku memandang tingkap ward yang aku ditempatkan. Kaki kiriku patah. Semuanya berlaku setelah aku berjaya keluar dari ladang misteri itu. Ketika itu, sebuah kereta merempuh diriku. Mujurlah, kereta itu bergerak perlahan. Jika sebaliknya, entah apa yang berlaku pada diriku. Keluar . Waktu itu juga aku diselamatkan pemilik kereta itu dari gangguan makhluk yang mengekoriku. Atas jasa baiknya, aku telah terlantar di sini. Kembali ke alam moden yang dikelilingi oleh hutan batu. Kepada anda semua, berhati-hatilah ketika membuat sebarang tindakan. Berwaspadalah jika berurusan dengan pelanggan yang kurang dikenali. Berwaspadalah juga dengan orang yang tidak dikenali. Bukan bermaksud ingin bersangka buruk kepada orang itu. Tetapi, sekadar berhati-hati menjaga diri. Mat Santai tidak meminta perkara di atas berlaku. Namun, kebarangkalian untuk berlaku tetap ada. Mungkin pada Mat Santai, Mungkin juga pada anda. Ketuk hati, tanyalah diri. Dan. Jika roh Bijan itu meminta tolong daripada anda, apakah tindakan anda? Mahukah anda menyemadikan tubuhnya, Demi rohnya yang tanpa arah? Fikir-fikirkan. Kisah ini tidak ada kema-mengena dengan sesiapa. Sebarang watak dan perwatakan yang digarap dalam karya ini adalah secara kebetulan. Pendek kata, kisah ini adalah untuk bersantai semata-mata. Semoga terhibur... Akhir kata: Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Hati-hati bila bekerja episod 1

Salam sejahtera kepada semua yang setia bersama halaman ini. Ini Mat Santai ingin menghidangkan anda sebuah cerita yang bersifat mistik. Dikisahkannya, ada seorang peguam yang telah berkunjung ke rumah pelanggannya bagi membincangkan soal urusan pembahagian tanah peningalan arwah ayah kepada pelanggannya itu. Ingin tahu lebih lanjut, silalah hayatinya. Hujan yang menggila awal petang tadi sudah sedikit beransur puleh. Kereta aku meluncur laju membelok ke sebuah simpang 3 berhampiran kawasan ladang-ladang milik orang-orang kampung. Hari ini, aku perlu hadir ke rumah Bijan. Sebuah rumah milik salah seorang pelangganku yang berurusan soal pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah bapanya. Segala dokumen penting mengenai hal itu telah aku bawakan. Bahkan surat wasiat tentang pengakuan arwah juga telah aku sertakan. Aku tidak mahu adik-beradik Bijan bertelagah atas penjelasan aku nanti. Tambahan pula, arwah bapa mereka itu kaya dengan tanah pusaka dan ladang. Jika berlaku seperti apa yang aku jangkakan, surat wasiat itu ada menterjemahkan bukti yang lahir dari pengakuan bapa mereka sendiri. Hampir sertiap hari aku begini. Sibuk dengan urusan kerja tidak kira masa walau pun lewat petang sebegini. Memang tugas seorang peguam seperti ini. Jika tidak rajin memancing pelanggan, masakan mampu memancing rezeki. 7.30 petang. Ketika ini aku baru sahaja tiba di pekarangan rumah Bijan. Halaman rumahnya luas dengan dipagari bermacam jenis bunga. Sungguh kelihatan cantik permandangan di luar dengan dihiasi pula rumput-rumput kapit yang menumbuh rapi. Amat sesuai untuk seseorang merehatkan minda setelah penat bekerja. Amat sesuai juga untuk menenangkan fikiran dengan membuangkan pandangan ke dedaun hijau yang mempersonakan. Aku dijemput naik ke rumah oleh Bijan. Sekali lagi aku dipanah rasa terpegun melihatkan ruang bahagian dalam rumahnya. Lantai papan yang kukuh terbaring rapi serta ukiran ala Inggeris yang berhias pada dinding-dinding benar-benar mempersonakan. Yang lebih mengejutkan aku, bahagian luar rumahnya lebih berunsurkan kemelayuan tetapi dalamnya begitu berbeza. (Tuan, silalah duduk. Saya nak hidangkan makanan.) Pelawa Bijan. Lamunan aku terhenti memikirkan keunikan kediaman itu. Seketika, aku melebarkan senyuman. Seketika juga, Bijan menatang sebuah dulang yang penuh berisi buah-buahan. Memang bernasib baik hari aku kali ini. Baru sahaja berhajat membeli durian di gerai orang-orang kampung di sini, rja buah itu sudah berada di hadapanku. Lebih enak lagi, Bijan yang menghidangkannya. Tiba-tiba terdengar sebuah suara ketawa seakan melingai. Kemudian, suara itu bercakap sendirian. Suara itu seakan milik wanita. Sayup-sayup aku mendengar kertawa itu dari hujung rumah, Namun jelas di gegendang telingaku. Serta-merta reaksi muka aku mempamerkan perubahan. Perubahan yang menterjemahkan ketakutan. Mujurlah Bijan memberitahu segala-galanya. Katanya, suara itu adalah milik suara isterinya. Perempuan itu ditimpa penyakit kurang siuman. Kata Bijan lagi, Sejak kematian anak sulung mereka, isterinya itu serta-merta berubah. Namun, Bijan pasrah dengan ketentuan tuhan. Biarlah kehidupannya begitu. Asalkan masih mampu meraih kebahagian dari pada nikmat berumah-tangga. Beberapa minit kemudian, orang yang dimaksudkan Bijan itu muncul di ruang tamu. Perempuan itu betul-betul berdiri di hadapanku. Rambutnya perang keputih-putihan kelihatan tidak terurus. Orangnya tinggi lampai seperti isteri Bijan itu berasal dari Inggeris. Kemudian, ketawa tadi terdengar lagi. Pandangan perempuan itu tepat mengarahkan pada pandanganku. Aku tidak tahu bagai mana hendak membalasnya. Aku hanya mampu merenung anak mata birunya dengan renungan yang kosong. Aku mengerti perempuan ini dipanah kegilaan. Sebab itulah hidangan aku tadi, Bijan yang sediakan. Aku juga telah mengerti bahawa perempuan itu memang orang Inggeris.Itu pun, Bijan yang memberitahu. Patutlah terdapat banyak hiasan berunsurkan Inggeris di rumah ini. Sesekali aku berfikir, bertuah juga pelangganku ini memperolehi pasangan hidup yang berbeza budaya. (Apa khabar, tuan?) Perempuan itu bersuara mengiringi cengkerik-cengkerik yang bernyanyi di luar. Suaranya bergetar-getar. Namun, aku masih dapat mendengarinya. Begitu menghairankan, masakan perempuan nanar ini boleh berkomunikasi walau pun tidak sebegitu baik percakapannya tadi. (khabar baik.) Jawabku ringkas. Dengan tidak semena-menanya, sepucuk surat dihulurkan kepada aku oleh perempuan itu. Tindakannya turut disertai dengan nyanyian-nyanyian kecilnya. (Tuan ambillah. Anak sulung aku yang bagi. Dia pesan kasi kat tuan.) Ada nada sedih melekat pada suaranya tadi. Mungkin dirasakan kecewa atas kematian anak sulungnya. Tiba-tiba suara itu ketawa lagi. Kali ini berdekah-dekah. Agak lama juga aku memerhatikan. Kemudian, dia bersuara lagi. (Anak aku tak mati lagi, Tuan mesti tahu, anak aku di mana?) Sungguh mengejutkan aku apabila suara itu sedang bercakap dengan aku. Yang memeranjatkan, ia datang dalam bentuk persoalan yang entah apa yang perlu aku jawab. Tepat 9 malam, aku memulakan penjelasan mengenai wasiat yang ditinggalkan abahagian.) rwah bapa Bijan. Wasiat itu hanya berkisar tentang pembahagian tanah pusaka milik keluarga mereka. (Mana boleh begini, tuan. Abang saya tidak berhak diberi apa-apa bahagian.) Tiba-tiba, suara Bijan bertekak kuat. Serta-merta wajahnya berubah bengis. Dari renungan matanya, ada api kemarahan yang cuba dilemparkan bila-bila masa sahaja. Serentak dengan itu, terdengar suara isteri Bijanseolah-olah bercakap sesuatu. Mungkin bercakap seorang diri. Tidak boleh dinafikan, memang itulah perangai orang kurang siuman. )Saya tahu wasiat itu menjelaskan yang benar. Tetapi, itu dulu. Kini, segalanya telah berubah. Sebelum arwah mati, dia ada kata bahawa abang tidak berhak mewarisi hartanya.) Kepala aku mulai dihimpit kecelaruan. Aku menjadi serba-salah. Hendak mengikut arahan wasiat itu salah, hendak menurut saja kata-kata Bijan pun salah. Tetapi, walau pun benar apa yang dikatakan Bijan itu, namun prosedurnya masih perlu berlandaskan wasiat. Wasiat itu adalah bukti segala-galanya. Aku mengambil keputusan untuk melihat sendiri tanah ladang milik mereka di sekitar kawasan itu keesokannya. Hajat aku dipersetujui Bijan. Segala urusan tadi tergendala sebentar dan bersambung esok. Aku juga terpaksa tidur di rumah pelanggganku itu. Mujurlah, Bijan berhati mulia. Sanggup melayan kedatanganku ini sebagai tetamu malamnya. Aku juga tidak terlalu asing berada di situ. Sudah 2 kali aku berkunjujng ke rumah ini atas urusan kerja. Itu pun semasa dulu. Semasa arwah bapa Bijan masih hidup lagi. Jika dahulu, arwah selalu meminta nasihat dari pada aku tentang dunia perniagaannya. Ketika itu, aku tidak mengenali Bijan kerana lelaki itu melanjutkan pelajarannya ke luar negara. (Tuan boleh tidur di bilik belakang. Mari, saya tunjukkan.) Pelawa Bijan kepada aku menganggap aku sebagai penasihat serta tetamunya. Dari riak mukanya tadi, terbit sebuah senyuman manis. Entah senyuman apa yang dipamerkan kepada aku. Renungan matanya juga agak tajam memanah anak mata aku. Entah apa yang difikirkan Bijan tentang aku. Adakah lelaki ini tidak berpuas hati atas penjelasan aku sebentar tadi. Atau, adakah ada sesuatu yang difikirkannya untuk kepentingan aku. Segalanya seakan sukar untuk diduga. Bersambung... Nantikan kisah (Hati-hati bila bekerja) dalam bahagian seterusnya. Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.