WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 28 Disember 2011

pantun 1 makanan

Hai, apa khabar. Ini Mat Santun, kembar Mat Santai. Bukan Upin dan Ipin. Ini merupakan pertemuan kita kali pertama. Mat Santun akan membawakan segmen karya oh karya, yang mana episode permulaannya ialah pantun teka-teki makanan.


Tema- masa untuk makan

Bunga melur kelopaknya nipis,
Harumnya kekal sepanjang masa,
Timun telur kacang dan bilis,
Bertemu sambal dibungkus jua.

Dari Kuantan ke Negeri Melaka,
Singgah di Johor membeli kelambu,
Tom yam dan sup bukan namanya,
Kuih tersohor jenama melayu.

Pokok keledang tumbuh melintang,
Tempat kediaman si Kakak Tua,
Roti panjang bernama orang,
Dibulan Ramadhan tersedia ada.

Burung Bayan terbang gembira,
Hinggap di jati mencari Rajawali,
Salji dimakan pelbagai rasa,
Bersama roti enak sekali.

Pokok Kekwa pokok Palma,
Indah menghiasi taman Bik Siti,
Kotak dibuka tepukan bergema,
Hidangan semesti di hari jadi.

Bye… Bye…

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

1 ulasan: