Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Sudah
agak lama watak sebenar tidak muncul dalam laman enciksantai.blogspot.
Alhamdulillah, kali ini watak sebenar ada kesempatan untuk meneruskan semula
terbitan dalam halaman ini.
Kali
ini watak sebenar tidaklah mempunyai terbitan-terbitan menarik. Hanya sekadar
meng-update perjalanan hidup diri ini sahaja. Sesiapa yang kerapk kali
mengikuti blog ini sememangnya akan tahu bahawa watak sebenar sudahpun
menamatkan alam persekolahan selepas selesai mengakhiri STPM.
Tetapi
kini, watak sebenar sudahpun Berjaya menjejakkan kaki ke sebuah university
tempatan yang terletak di ibu kota. 1 September 2014, itulah tarikh di mana
watak sebenar telah mendaftarkan diri ke university yang dimaksudkan dan akan melakukan
persedian bagi mendapatkan ijazah sarjana muda dalam tempoh 3 tahun setengah.
InsyaAllah. Termasuk watak sebenar, sejumlah 3174 mahasiswa mengisi kekosongan
lanjutan belajar ke IPT ini bagi kemasukan sesi 2014-2015. Daripada jumlah itu,
sebahagian besarnya telah mendaftarkan diri di 12 buah kolej kediaman
masing-masing dan telah pun bergelar mahasiswa university ini.
Pada
minggu pertama kami di menara gading tersebut, kami dikehendaki mengikuti
program Minggu Haluan Siswa sebagai sesi orientasi. Pelbagai taklimat dan
makluman juga telah disalurkan dalam minggu tersebut dan berterusan pada
tarikh-tarikh akan datang. Dalam minggu tersebutlah kami diperkenalkan dengan
organisasi tertinggi dalam pentadbiran university ini seterusnya organisasi
tertinggi bagi jabatan-jabatan yang penting bagi kami ketahui. Dalam minggu ini
juga kami diarahkan supaya menyertai pertandingan antara kolej kediaman sama
ada pertandingan bertemakan kesukanan ataupun kesenian. Sememangnya jadual masa
dalam minggu orientasi itu terlalu padat dan memenatkan semua mahasiswa tahun
pertama. Namun begitu, sekiranya tiada komitmen yang baik daripada pihak kami,
masakan program tersebut akan Berjaya dan meriah sebagaimana yang telahpun
berlangsung dengan penuh bersejarah sekali.
Dalam
Minggu Haluan Siswa inilah juga, watak sebenar mengenali siapa alunnai daripada
university ini. Di antaranya dan telahpun diundang dalam program Malam Road To
Success termasuklah Aznil Haji Nawawi, pengacara popular dan Mejar Dr. Faiz
Khalid, angkasawan Negara kedua. Bukan dua tokoh ini sahaja yang pernah
bergelar mahasiswa di university ini. Tetapi ramai lagi dan sebahagian
daripadanya telahpun menjadi pentadbir Negara. Sudah pastinya langkah watak
sebenar serta rakan-rakan yang lain beru sahaja bermula dan watak sebenar yakin
dan pasti inilah langkah kanan untuk mencapai bintang kejayaan.
Dalam
minggu kedua, kelas kuliyah pula berlangsung. Setelah para mahasiswa baru
mendaftar kertas peperiksaan yang akan diambil, kami mula memasuki sesi kuliyah
mengikut kursus yang didaftarkan. Mungkin ini juga pengalaman pertama bagi
mahasiswa tahun pertama. Kami diwajibkan untuk mendaftarkan kursus dengan
jumlah maksimum 18 kredit, jumlah yang standard bagi mana-mana university awam.
Watak sebenar turut menghadiri sesi kuliyah mengikut kursus yang telah diambil.
Sehingga hari ini, watak sebenar telahpun mengikuti 6 sesi kuliyah dan masih
ada 2 sesi kuliyah yang berbaki dalam minggu kedua ini. Rata-rata pensyarah
menasihati para pelajarnya supaya sentiasa proaktif dan kuat berusaha memandangkan
semuanya dalam tahun yang pertama. Para pelajar juga digalakkan supaya menjadi
mahasiswa yang bermaklumat di samping produktif dengan kerja-kerja yang diminta
termasuklah tugasan perbentangan dan assignment. Bagi watak sebenar, semua
nasihat itu benar dan perlu dipraktikkan. Namun begitu, dalam mengejar segulung
ijazah di masa depan, tugas dan tanggungjawab masa ini dan selama-lamanya
sebagai hamba Allah tidak boleh dilupakan.
Jika
di alam persekolahan dahulu, segala aktiviti dan pergerakan akan dikawal oleh
para guru dan ibu bapa. Jadual masa belajar di alam persekolahan juga adalah
seragam dan tidak berselerak. Tetapi apabila sudahpun belajar di menara gading, mahasiswa itu akan
bebas dan lebih banyak berdikari. Bukan bermaksud tidak ada siapa yang mengawal
tingkah laku dan perbuatan yang boleh dianggap jenayah, namun kehidupan di
university lebih banyak memberi peluang kepada mahasiswa itu untuk membuat
keputusan sendiri. Ditambah pula dengan jadual masa sesi kuliyah yang
berselerak sehinggakan berlarutan pada waktu malam, maka seorang mahasiswa yang
memakai gelaran muslim perlu kuat untuk meneruskan amalan wajib yang semestinya
jadual masanya telah ditetapkan oleh Allah.
Dalam
soal membuat keputusan pula, hanya iman yang akan menjadi pengukurnya.
Jangankan pula kita bersemangat menunaikan fardhu kifayah yakni Berjaya dalam
hidup tetapi tanpa disedari telah membelakangi syariat agama. Bagi watak
sebenar, tidak berguna jika belajar dan berusaha dengan kuat, tapi melakukannya
bukan dalam keadaan yang berkat. Apa yang penting, rezeki kejayaan itu
datangnya dari Tuhan juga.
Watak
sebenar mengharapkan diri ini dan rakan-rakan agar sentiasa berada di bawah
lindungan rahmat Tuhan. Dengan itu, proses pembelajaran akan menjadi mudah dan
mahasiswa itu sendiri akan sentiasa tenang. InsyaAllah.
Selamat
menuntut ilmu di alam menara gading, ikhlas dari watak sebenar kepada semua
mahasiswa lepasan STPM dan setaraf kemasukan ke IPTA bagi sesi tahun 2014-2015.
baguslah tu ... tahniah. Share lah pengalaman-pengalaman you kat UM tu untuk jadikan panduan ke pe2 org lain. Good luck
BalasPadamkelinci99
BalasPadamTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino