WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 26 Oktober 2012

1 Hari Raya

Suasana hari ini sungguh baik sekali. Keadaan hujan yang sering berlaku tidak berlaku pada pagi tadi. Inilah yang dikatakan nikmat hari raya. Hari di mana umat Islam seluruh dunia berkumpul berjemaah di masjid menunaikan Solat Sunat Aidiladha sekali gus melaungkan kalimah kebesaran yakni takbir raya. Pagi tadi, watak sebenar tidak terkecuali daripada turut bersama-sama jemaah yang lain di masjid di sini “Masjid Taman Intan” untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. Memang ramai yang datang memenuhi ruang masjid sehingga ada sebahagiannya yang terpaksa bersolat di halaman masjid beralaskan tikar. Selepas bersolat tadi, khatib Membawakan khutbah yang memaparkan pengisian mengenai pengorbanan. Katanya, pengorbanan itu luas skopnya. Pengorbanan terhadap diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar, Negara, dunia dan sesucinya ialah pengorbanan terhadap agama. Ini kerana, pengorbanan terhadap agama adalah seluhur pengorbanan yang dilakukan kerana ianya meliputi kesemua aspek dalam kehidupan. Sepastinya, soal agama begitu rapat dengan soal kehidupan. Tiada agama, maka tiadalah kehidupan. Atas soal agamalah, manusia dihidupkan dan dituntut melakukan apa yang disuruh Tuhan serta menjauhi kemungkaran. Itu kisah khutbah pada pagi tadi. Khutbah yang diadakan semperna sambutan Aidiladha. Namun, watak sebenar lebih tertarik untuk memerihalkan kepada anda mengenai khutbah Jumaat tadi yang benar-benar berbeza daripada yang lain. Tegas dan penuh pengisian! Itulah yang watak sebenar dapat gambarkan dan ia berkisar mengenai kisah silam pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan juga puteranya Nabi Ismail AS secara terperinci dan penuh penghayatan. Nantikan kupasan kisah ini dalam terbitan Halaman Santun-santai yang seterusnya. Walau apa-apa pun, untuk terbitan ini watak sebenar ingin mengucapkan kepada anda semua selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1433 di samping menjalani ibadah korban yang dituntut sebagai sebuah ibadah yang mempunyai banyak fadilat ini. Tahun ini, watak sebenar berpeluang meraikan perayaan Islam terbesar ini bersama-sama ahli keluarga sekitar 4 hari sebelum menempuh peperiksaan semester yang pertama pra November ini. Ringkasnya, sambutan Aidiladha tahun ini meriah walau pun tidak semeriah Aidilfitri lalu. Di sini “Masjid Taman Intan”, kami menjalani ibadah korban pada hari raya kedua. Watak sebenar difahamkan kira-kira 10 ekor lembu di sini akan ditumbangkan. Tidak sabar rasanya menantikan kemeriahan itu pada esok hari. Pada esok hari juga, watak sebenar mendapat undangan untuk meraikan majlis terbuka di beberapa tempat sekitar di sini. Pendek kata, hari ini watak sebenar lebih tertumpu di rumah. Kesempatan ini watak sebenar gunakan untuk mengulang kaji pelajaran. Semestinya anda berasa hairan jika seseorang membaca buku di hari raya pertama. Hakikatnya, itulah yang berlaku pada diri watak sebenar. Bagi anda pula? Apakah suasana yang digambarkan semperna sambutan Aidiladha di tempat anda? Panas? Sejuk? Hambar? Rancak? Riang? Sedih? Hanya anda yang tahu.

Rabu, 17 Oktober 2012

Kunjungan Staff SNH

Salam bahagia watak sebenar ucapkan kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Terlebih dahulu, watak sebenar ingin memohon maaf di atas ketandusan terbitan dalam tempoh yang agak panjang belakangan ini. Dalam tempoh tersebut, Watak sebenar telah sibuk berhadapan dengan Peperiksaan yang boleh dianggap penting dan Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan baik dan lancer. Berakhirnya peperiksaan itu, maka bermulalah saat kriktikal bagi watak sebenar serta rakan-rakan yang sewaktu untuk terus mengulang kaji pelajaran bagi meraih kejayaan dalam peperiksaan sebenar hujung tahun ini. Walau pun begitu, watak sebenar serta dua boneka kartun halaman ini tidak sanggup untuk meninggalkan anda dengan lebih lama. Oleh itu, di kesempatan ini, watak sebenar ingin memerihalkan salah satu aktiviti yang dijalankan di sini. Yang pasti, aktiviti tersebut telah sedikit sebanyak menggamit memori ketika menjalani kehidupan di pra 2012 yang lalu. Pada Selasa lepas, saya dan sebahagian rakan-rakan yang lain telah dilawati oleh KRU ST. Nicholas Home yang berpusat di Pulau-Pinang. Kunjungan mereka ke sini adalah untuk memaklumkan di samping mempromosikan produk mereka iaitu kursus-kursus latihan yang sememangnya baik dan mempunyai prospek peluang pekerjaan yang tinggi setelah tamat latihan. Namun tujuan mereka yang lebih umum untuk mengunjungi kami adalah kerana ingin memerihalkan pengstrukturan semula pengisian dalam kursus-kursus yang ditawarkan terutamanya kursus IT khasnya kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan”lepasan STPM dan lepasan SPM”. Menariknya di sini, saya telah menemui seorang kakitangan ST. Nicholas Home”SNH” yang pernah memberi latihan IT kepada saya awal tahun lalu. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Hatty. Menariknya lagi, pengstrukturan semula pengisian dalam kursus IT benar-benar menarik perhatian saya untuk kedua kali menjalani latihan yang sama di sana. Ini kerana, modul pengajian yang diperbaharu itu telah menggunakan microsof office 2007 yang dianggap masih baru bagi saya jika diaplikasikan dengan lebih mendalam. Selain itu katanya lagi, kursus IT yang ditawarkanmempunyai 2 sesi pengajian. Pertamanya ialah selama tempoh 5 bulan bermula Januari hingga Mei di samping menawarkan peperiksaan ICTS yang diambil dari Singapura. Pembaharuan ini mmeberikan peluang kepada lepasan SPM amnya untuk mempelajari IT sehingga tamat pengajian. Pada masa yang sama, dapat menumpukan perhatian kepada lanjutan pelajaran ke institut pengajian tinggi seperti university, kolej matrikulasi atau pra university. Yang memuaskan lagi, mereka ini juga berpeluang mengambil peperiksaan ICTS yang bersifat global dari segi kualiti sijilnya. Kelebihan ini dapat digunakan oleh bekas pelatih sebagai advantage bagi persiapan ke institut pengajian tinggi di samping advantage bagi memperoleh sesuatu pekerjaan. Sementara sesi Kedua akan bermula pada Julai tahun yang sama. Saya difahamkan Sesi kedua ini ditawarkan khasnya kepada pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda tertentu seperti berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pendek kata, sesi kedua ini adalah untuk pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda atau urusan yang menghalang mereka daripada menjalani latihan sepanjang tahun. Ringkasnya, sesi kedua ini lebih bersifat terperinci dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih untuk mahir menguasai bidang iT. Biar pun pengisian dalam kunjungan mereka di sini banyak tertumpu kepada bakal-bakal lepasan SPM dan lepasan STPM, namun bagi saya ianya sudah cukup untuk menggamit memori sewaktu saya menjalani latihan IT awal tahun lalu di sana. Lebih manis lagi, saya di samping rakan-rakan sekolah bersama-sama menjalani latihan di sana. Namun sewaktu itu, saya tidak sempat untuk menamatkan pengajian kerana didatangi dengan pelbagai tawaran pengajian di samping ingin menghadiri temu-duga. Oleh itulah saya terpaksa meninggalkan pusat latihan itu dengan lebih awal untuk memikirkan secara masak-masak mengenai peluang pelajran yang benar-benar terbaik untuk saya. Kata mereka lagi, kru ST. Nicholas Home seterusnya akan mengunjungi SMPK Setapak, Kuala Lumpur bagi memaklumkan perkara yang sama. Nantikan kedatangan mereka di sana. Insyaallah… Bagi pihak saya dan mewakili rakan-rakan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada kunjungan kru ST. Nicholas Home kerana prihatin dengan masa depan kami di sini. Kami amat menghargai pendedahan, maklumat serta ilmu-ilmu latihan yang dapat diperoleh di sana. Kepada anda pelajar lepasan SPM dan STPM yang berkenaan”bukan sebarang golongan”, gunakanlah peluang yang ada ini untuk mengisi waktu senggang anda di sana sementara menunggu keputusan peperksaan awam. Sesungguhnya, pelbagai kursus latihan yang ada ditawarkan di sana yang pastinya berguna pada masa hadapan.