WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 30 Mei 2014

Seronok VS Menyeronokkan



Assalamualaikum dan salam bahagia.
Kembali lagi bersama Mat Santun menemani anda dalam segmen renungan. Terbitan kita kali ini masih lagi bertemakan tentang keagamaan.


Seronok vs menyeronokkan, pastinya 2 perkataan ini lahir daripada kata dasar yang sama. Namun, dengan penambahan imbuhan, ianya sudah berbeza. Tetapi, itu hanya pada zahir pada pandangan kasar manusia. Ianya adalah lebih daripada itu.


Seronok vs menyeronokkan, maknanya sudah berbeza mungkin juga untuk tatabahasa bahasa Malaysia, tetapi perkara pasti dan jelas untuk sudut konteks keagamaan yang akan Mat Santun katakan ini.


Bagi pandangan watak sebenar, seronok bermaksud sesuatu perasaan yang bahagia lahir dari hati suci seseorang. Menyeronokkan pula bermaksud sesuatu perasaan bahagia yang bukan lahir dari hati seseorang, tetapi dipengaruhi oleh pihak lain yang telah membuatkan perasaan seseorang itu bertukar. Dalam konteks ini adalah perasaan suka.


Di Malaysia, begitu banyak sekali situasi seronok menentang menyeronokkan. Malahan, belakangan ini juga kejadian itu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pula lakunya. Anda masih tak faham?
Seronok itu ialah program-program yang bertemakan keagamaan. Tidak kiralah sama ada di media massa, di dunia maya atau pun di dunia realiti. Program-program ini boleh berbentuk kelas ilmu, ceramah, persembahan nyanyian lagu nasyid, selawat, marhaban, qasidah dan sebagainya. Aktiviti sebegini digambarkan “seronok” kerana perasaan suka itu lahir dari hati yang suci milik seseorang manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak di dunia melainkan iman bersetakan dengan hidayah Allah. Agama atau kepercayaan adalah fitrah manusia. Manusia tanpa agama pun masih lagi mempunyai sesuatu kepercayaan yang dipegang, tidak kiralah falsafah hidup, idealogi atau kata-kata hikmat. Maka, disebabkan itulah seronok kepada agama ialah seronok yang dibina sendiri dari hati kerana itulah fitrah.

Sementara menyeronokkan pula ialah program-program yang bertemakan hiburan semata-mata untuk dunia. Tidak kiralah sama ada di media massa, dunia maya atau pun di dunia reality. Program-program ini boleh berbentuk jemputan artist untuk rancangan tv, segmen gossip, persembahan tari-menari, consert lagu, rancangan reality hiburan, nyanyian dan lawak serta sebagainya. Aktiviti sebegini pula digambarkan menyeronokkan kerana perasaan suka itu bukan lahir dari hati seseorang, tetapi dipengaruhi oleh unsur-unsur kegembiraa yang seumpama itu. Apa yang pasti, program hiburan tersebut memang menjadikan manusia sebagai golongan sasarannya. Program hiburan tersebut akan membuatkan manusia malang itu seronok dengan pelbagai bentuk hiburan lagha dengan dibantu oleh dorongan syaitan dan iblis. Hakikat pada asalnya, hatinya bersifat neutral. Ringkasnya, perasaan suka itu dibina oleh pihak lain. Selepas ianya menyeronokkan, maka ianya menjadi seronok. Demikianlah.


Persoalannya, kita lebih cenderung kepada yang mana? Jikalau hati kita lemah, kita akan ditarik diseronok-seronokkan dengan hiburan dunia yang menyeronokkan. Jikalau hati kita kuat, kita akan tertarik dengan seronok yang membawa keredaan Tuhan. Apa tindakan kita? Tertarik atau ditarik?
Realiti pada masa ini, banyaknya rancangan hiburan terdapat di mana-mana sahaja, tetapi rancangan keagamaan juga turut boleh didapati di mana-mana sahaja. Ini bukan zaman kuno. Teknologi sudah menyebabkan globalisasi. Malahan, apa yang berlaku di Negara ini, berselang-seli program hiburan lagha dengan program agama diadakan. Hanya kita sebagai orang Islam sahaja yang perlu mmenentukannya. Renunglah.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Isnin, 26 Mei 2014

Piala Thomas 2014 (rangkuman)



Assalamualaikum dan salam bahagia.
Watak sebenar seperti orang kebanyakan, nak bercakap tentang badminton Thomas Cup 2014 yang baru sahaja berakhir malam semalam.


Piala Thomas 2014 yang diadakan di New Delhi telah mencuri tumpuan ramai kerana memperlihatkan kem badminton Malaysia Berjaya bertarung sehingga layak melangkah ke peringkat akhir. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Malaysia menumpaskan Indonesia 3 – 0 dan bertemu Jepun di peringkat akhir yang sebelum itu telah mengalahkan China 3 – 0.


Aksi di awal final Malaysia memperlihatkan tiadanya masalah apabila datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan hero Jepun Kinichi Tago dengan straight set dalam kategori perseorangan.
Selepas itu, pasangan beregu Negara diturunkan pula, Tan dan Hoon mempamerkan aksi cemerlang namun dikecewakan oleh lawan dalam rubber game. Mereka hanya kalah tipis meskipun pasangan beregu ini baru sahaja digandingkan.
Giliran Chong Wei Feng menunjukkan kemahirannya untuk berusaha meletakkan Malaysia di depan. Namun, seakan sukar apabila lawannya Berjaya menundukkan Wei Feng dengan straight set.
Pasangan beregu Negara Goh dan Tan pula beraksi membawa harapan Negara agar menyinar kembali. Ternyata peluang Malaysia untuk menjadi juara terbuka semula apabila pasangan ini Berjaya memperoleh mata kedua Negara.
Setelah itu, aksi final dalam final pula dipamerkan. Liew Daren menentang Ueda. Ueda mudah menumpaskan Daren pada set yang pertama. Pada set yang kedua juga menampakkan kejayaan kepada pemain Jepun itu. Namun, aksi Daren pada saat-saat terakhir set kedua sungguh dramatic dan menakjubkan. Lebih kurang 5 mata tanpa henti Berjaya dikutip beliau dan memaksa perlawanan berlarutan ke rubber game. Aksi itulah yang watak sebenar kira paling menarik dan dramatic dalam final Piala Thomas 2014.

(kad kuning dan sorakan “out”, “out”, “out” oleh penyokong-penyokong Jepun) sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Daren pada saat-saat akhir rubber game. Tekanan dan sikologi, apa boleh buat, memang susah nak atasi apatah lagi lawan yang terlebih dahulu mendahului di depan, bukan 1 2 mata, tapi 3 mata.
Walau bagaimanapun, aksi Liew Daren amat-amat menarik pada set yang kedua itu dan Nampak kesungguhan beliau untuk memberikan saingan kepada Ueda pada rubber game.

Aksi final Piala Thomas malam tadi akhirnya memberikan kelebihan kepada Jepun apabila berhempas-pulas memenangi perlawanan itu dengan 3 - 2 menentang Malaysia. Terima kasih kem badminton Malaysia kerana memberikan persembahan dalam permainan yang begitu menarik serta dramatic sekali. Diharapkan kem badminton Negara dapat melangkah maju ke hadapan pada masa akan datang. Bagi anda, part mana yang menarik dirasakan untuk aksi semalam?

Ahad, 25 Mei 2014

5 perkara interview, (hati jahat watak sebenar)



Assalamualaikum dan salam bahagia.
Bertemu semula bersama Mat Santai di laman blog ini. Untuk pertemuan kita kali ini, Mat Santai nak bawakan segmen 5 tak boleh bla. Terbitannya adalah berkaitan dengan hal-hal temu duga.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

Ramai di antara kita sekarang ni sibuk dengan interview, interview kerja, interview scholarship bahkan interview pasal masa depan pendidikan. Lagi-lagi x-student SPM, sTPm, STAM, Diploma, ASASI, Matrik kat Malaysia sekarang, bersemangat nak melangkah 1 step lagi  kat IPT. Antara mereka termasuklah watak sebenar tu. Banyak kali dah Mat Santai tgk dia pergi sana sini, jap dia kata pergi jemputan sklh n jabatan, jap dia kata pergi interview.
Dia kata, bab-bab interview ni remeh, sebab dia malas nak kena prepare macam-macam. Tapi pa boleh buat, dah banyak course kat U tu kena wat interview dulu. Tak hairan akan datang benda ni boleh jadi wajib. Malaysia dah maju kot.
Pa pa hal, inilah 5 perkara yang watak sebenar rasa malas dan tak suka bila nak interview. Maybe student lain pun ada yang jenis macam ni.


No. 5: rasa malas wat prepare dokumen yang perlu dibawa
Dokumen yang kena bawak tu bukan sikit, banyak jugak, sijil akademik n kokurikulum dah tentu, tambah dengan testimony la dokumen butiran peribadi la macam-macam. Ada sesetengah diorang tu mintak salinan fotostat gak. Dah tu, kena pulak wat pengesahan. Banyak keja woi… berapa dah bajek kat situ.
Bila dah siap satu file yang ori dan salinan, rasa lega. Bila pi interview pulak, ada dengar kes-kes member ni, kadang-kadang, diorang tu tak belek  sgt pun fail yang dibuat. Tapi, apa boleh buat, kita di pihak yang meminta, bukan di pihak yang menawar.


No. 4: Rasa malas nak buat study n research.
Sebelum nak interview,  biasa la student tu buat study sikit pasal perkara yang nak ditemuduga tu. Tapi, masalahnya, otak waktu tu dah beku. Tak melted macam study waktu sekolah dulu.
Dah cuti banyak bulan, dah tak sentuh buku. Mana tak beku.
Memang susah la kalau tak ada semangat. Lagi-lagi kalau penyakit malas duduk sekali. Berkali-kali la fikir nak pi ke tak interview.
Bila dah nak interview pulak, rasa lega sebab dah cukup buat research. Tu pun kadang-kadang dok ingat-ingat lagi kat otak supaya tak hilang waktu tunggu turn tu.
Bila masuk interview pulak, dia tanya benda lain. Lagi teruk kalau benda yang kita study tu tak digunakan langsung. So, pandai-pandai ye.


No. 3: Rasa malas kena pakai pakaian formal.
Ingat tak kat sekolah dulu? pakai baju kemeja lengan panjang, pakai tie, pakai coat waktu perhimpunan rasmi, huh rimasnya, lagi-lagi di hari panas. Nak study pun dah layu macam pokok kering.
Dah habis sekolah, suka hati la pakai apa asalkan tutup aurat. Tapi, bila interview kena ulang benda yang sama. Walaupun sehari, still remeh. Kena iron baju,  kena cari tie yang dah campak kat mana, kena kiwi kasut, macam-macam la. Kalau interview jadi cikgu, lagi la skema penuh penipuan. Tahun ni pun, dah 3 kali interview, dah berapa kali jemputan. Penat dengan pakaian hipokrit.

Apa boleh buat, tu kan protokal berpakaian. Katanya, lebih Nampak profesional. Tapi, lagi bagus kalau diri mempengaruhi persekitaran bukan persekitaran mempengaruhi diri. Diri boleh menyerlah tanpa bantuan persekitaran. Tak ramai orang boleh buat macam ni.


No. 2: tak suka tunggu lama-lama
Yang ni benda biasa la sebenarnya dlm bab-bab interview ni. Menanti memang suatu lumrah. Penantian juga satu penyeksaan.
Yang penting, kesabaran diri. Tapi, kalau dah lama sgt rasa macam dah tak sabar. Badan pun dah jadi penat, rasa panas, kurang selesa dengan berpakaian penuh formal. Kalau dok kat bilik sejuk, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Otak pun dah tak secerdas waktu mula-mula masuk bangunan interview. Perlu Minum air tambahkan oksigen, takut-takut nanti time interview la toilet jemput pergi melawat kat dia.


No. 1: Rasa takut nak buang duit
Oh yang ni ada yang ambik kisah kalau dia tu jenis ekonomi. Tapi, kalau tempat interview tu jauh sgt, yang bukan ekonomi pun memikirkan juga soalnya.
Pergi interview naik apa? kereta, bas, teksi, tetap guna duit jugak. Kalau interview tu Berjaya untuk ke step seterusnya, Alhamdulillah. Macam mana pula dengan mereka yang tidak Berjaya? Pengorbanan atau aniaya?
Tak semua student atau peserta tu datang dari keluarga yang kaya. Mereka hadir dengan penuh harapan, namun berakhir dengan kekecewaan. Salah sendiri kalau tak prepare betul-betul interview tu. Kalau sebaliknya? Takdir atau apa?


Hahaha, Mat santai bukan nak  mencalarkan hati mana-mana pihak pun. Sekadar berkongsi perasaan dan pandangan hati sebelah jahat watak sebenar je terhadap temu duga ni. Watak sebenar cakap kat Mat Santai pun, dia tak ada apa-apa masalah pun bila interview tu. Semua yang dia jumpa, semua kind n friendly, Alhamdulillah. Tapi tu la, persediannya kena hipokrit sikit.
5 perkara kat atas tu benda negative. Anda boleh ambik transform dia jadi positif, InsyaAllah tak akan ada problem bila anda masuk interview. Barang siapa yang belum hadir interview lagi, tak kiralah interview scholarship  ke, interview kerja ke, interview pendidikan ke, Mat Santai mengucapkan good luck kepada anda. Bersedia dengan sepenuhnya. Ingat, usaha di tangan kita. Rezeki di tangan Tuhan. Biarpun begitu, Allah tu kan Maha adil. Bukankah ada orang berkata, usaha tangga kejayaan. Tambah lagi satu gabungan iaitu doa, kejayaan akan berganda-ganda menerpa. Jumpa lagi, sekian.


Mat Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Rabu, 21 Mei 2014

Kita Tak Tahu



Assalamualaikum dan salam bahagia. Bertemu semula bersama Mat Santun dalam Segmen Renungan.


Kali ini Mat Santun tertarik untuk berkongsi sebuah terbitan yang mengajak anda untuk berfikir sejenak.


Kita tak tahu, itulah tajuk  yang sesuai untuk dipadankan dengan pengisian dalam terbitan ini. Kita tak tahu, sebagai makhluk yang diciptakan Allah, kita sebagai manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku terhadap kehidupan kita pada masa depan. Pendek kata, ilmu masa depan itu tidak diturunkan kepada manusia biasa.


Sudah menjadi  lumrah hidup manusia, kita hanya mampu merancang apa yang bakal dilakukan oleh kita selepas ini dan akan datang. Namun, kita tidak berupaya untuk menterjemahkan apa yang kita rancangkan itu sebagai kenyataan. Hal ini kerana perkara sedemikian merupakan urusan dan ketentuan daripada Allah. Disebabkan itulah adanya pepatah “kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan”


Sudah menjadi amalan kita, untuk menyokong apa yang dirancangkan atau dihajati itu, maka berdoa adalah pelengkapnya. Doa adalah senjata orang mukmin, itu sudah pasti. Malahan, ada mutiara kata yang berbunyi, “apabila kita ingin berkomunikasi dengan Allah, maka berdoa adalah jalannya. Apabila kita ingin Allah berkomunikasi dengan  kita pula, maka membaca Al-quran adalah jalannya.”


Perancangan dalam memulakan usaha mendapatkan sesuatu jika tidak disertakan dengan berdoa, kebiasaannya seseorang itu akan kurang motivasi untuk merealitikan apa yang dikehendakinya. Bahkan, perkataan usaha selalu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan perkataan doa. Dua perkataan ini amat berkait rapat dan saling melengkapi, bagai isi dengan kuku. Tetapi persoalannya, Apakah kandungan doa kita itu atau perkara yang kita minta serta hajati itu adalah terbaik bagi kita kelak? Sedangkan kita tidak tahu, apakah perkara yang didoakan itu akan mendatangkan manfaat di masa depan. Disebabkan tiadanya ilmu masa depan, maka apakah kita tahu sesuatu yang dirancangkan itu menghasilkan pelaburan yang menguntungkan di hari muka. Anda tahu? Mat Santun tak tahu. Kita tak tahu. Allah yang menentukan segala-galanya meskipun perancangan milik kita.


Oleh demikian bagi pandangan Mat Santun, selain berdoa dengan berpandukan doa-doa yang terdapat dalam Al-quran dan yang diajarkan oleh nabi, eloklah kita memohon sesuatu yang dihajatkan kepada Allah dengan meletakkan perkara itu adalah terbaik bagi pandangan Allah untuk kita, bukannya terbaik bagi pandangan kita. Di sini Mat Santai meletakkan beberapa contoh.


1.       Ya Allah, kau berilah aku kekayaan kepadaku.
2.       Ya Allah, jika kekayaan itu kau takdirkan terbaik untukku, maka kau makbulkan doaku ini.

Contoh yang pertama, orang itu meminta kekayaan kerana menganggap kekayaan itu berfaedah kepadanya kelak. Sementara contoh kedua, orang itu meminta kekayan sekiranya kekayaan itu  ditakdirkan Allah terbaik untuknya kelak.
Sememangnya kekayaan itu merupakan keadaan yang diimpi-impikan oleh setiap manusia. Namun, bukankah setiap perkara di dunia ini dibina atas 2 perkara iaitu kelebihan dan kekurangan? Kekayaan sekiranya dianugerahkan Tuhan kepada seseorang banyak risikonya. Apatah lagi jikalau secara tiba-tiba orang itu menjadi kaya, walaupun luarannya sudah terbaik namun dalamannya iaitu mentalnya masih belum bersedia untuk menjadi yang terbaik. Mungkin disebabkan inilah ada orang yang kaya tidak tenang dalam kehidupan, kerap kali mengira-ngira hartanya dan sebagainya. Berbeza pula dengan situasi orang miskin. Biarpun luarannya kelihatan daif pada pandangan manusia, namun dalamannya senantiasa terbaik dan cukup segalanya. Ingat, ujian Allah itu boleh juga berbentuk kesenangan dengan pelbagai nikmat.


Dalam konteks seorang pelajar pula, lazimnya kita akan merancang dan memasang niat untuk memperoleh keputusan cemerlang bagi semua matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan. Ini memang kebiasaan bagi calon peperiksaan awam seperti UPSR, SPM dan STPM. Kononnya, kita mengangap itu sebagai langkah kanan untuk Berjaya dalam hidup. Lantaran berdoa kepada Allah demi menyokong hajat tersebut.


Akan tetapi bagi pandangan Mat Santun pula, adalah lebih baik kita memohon doa kepada Allah supaya diberikan “yang terbaik” untuk keputusan peperiksaan kita. Meminta “yang terbaik” dalam keputusan peperiksaan tidak bermakna mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil semata-mata, bahkan  ia juga bermakna kita menyerahkan kepada Allah di atas urusan keputusan peperiksaan itu. Pendek kata, Berapa Allah hendak beri, kita terima sahaja dengan rela hati. Bukankah Allah itu Maha mengetahui? Hal ini kerana kita tidak menyebut dengan jelas berapa cemerlang yang kita hajati dan menggantikannya dengan perkataan “yang terbaik”.


Tidak semestinya memperoleh semua A dalam peperiksaan bagi matapelajaran yang diambil itu berfaedah kepada pelajar di masa hadapan. Hal ini kerana, setiap perkara ada baik dan buruknya. Salah satu daripada buruknya terhadap kesan di masa depan ialah pelajar itu akan lupa daratan, riak dengan kejayaan atau membelakangi rakan-rakan yang kurang Berjaya. Sedangkan, sewaktu belajar dahulu umpama bagai air dengan tebing. Inilah implikasinya jika mental tidak bersedia untuk menjadi orang Berjaya yang diredai.


Jika itu berlaku, adalah lebih baik pula memperoleh keputusan yang sederhana cemerlang. Itulah, ilmu masa depan itu tidak ada pada diri manusia biasa. Disebabkan itu, maka perkataan “yang terbaik” yang dicadangkan Mat Santun ketika berdoa meminta kejayaan dalam peperiksaan itu adalah jalan stategik. Biar mendapat yang sederhana, asalkan diri tidak berupaya menanggung ujian berupa nikmat kesenangan. Sekiranya keputusan yang sederhana cemerlang itu ditakdirkan Allah yang terbaik kepada seseorang pelajar, maka ianya sudah cukup. Tidak perlu dilebih-lebihkan kerana Allah Maha mengetahui. Allah tahu apa yang akan berlaku terhadap masa depan hamba-hambaNya. Manusia hanya dapat merancang inginkan itu inginkan ini, namun tidak berupaya mengetahui apa yang dimintanya itu bermanfaat di hari muka.


Oleh itu, sesuai untuk kita membaca doa yang telah ada di dalam Al-quran serta yang diajarkan oleh Rasulullah. Jika ingin berdoa untuk berhajat ke atas perkara-perkara tertentu, maka berdoalah dengan beradab dan sesuai pada ayatnya. Diharapkan agar perancangan kita adalah perancangan yang diredai dan diberkati lalu Berjaya mengapai apa yang dihajati dan ianya benar-benar berfaedah kepada kita sewaktu itu. Diharapkan agar permintaan doa kita benar-benar terbaik kepada kita. Memang kita tak tahu. Memang ilmu masa depan itu tidak ada pada kita. Bahkan Nabi Musa AS sendiri pun dalam kisah (Nabi Khidir dan Nabi Musa) turut mengalaminya. Mat Santun bukanlah seorang alim ulama yang ingin berceramah panjang, namun hanya sekadar mengajak anda merenung dan berfikir sejenak. Mat Santun ingin memohon maaf sekiranya pengisian ini tidak disenangi mana-mana pihak. Maafkanlah atas segala edealogi dan pemikiran yang tidak sempurna ini.
Jumpa lagi dalam terbitan-terbitan Mat Santun yang seterusnya. Sekian.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti