WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 30 Mei 2012

Pemimpin

Selamat bertemu lagi dalam Halaman Santun-Santai. Mat Santai menemani anda lagi dengan membawakan segmen sembang santai. Untuk paparan selanjutnya ini, kita akan membicarakan mengenai pemimpin. Moga-moga, anda semua dapat membacanya.


                Pemimpin, satu jawatan yang paling tinggi dalam sesebuah organisasi tidak kira sama ada kecil atau besar. Namun apa yang pasti, tugasnya amat besar. Apa khabar para pemimpin di dunia reality serta maya? Diharapkan anda semua sihat dalam sejahtera. Hari ini bukanlah sesuatu yang istimewa bagi kamu. Bukannya juga hari sambutan bagi kamu. Tetapi, Mat Santai terpanggil untuk membicarakan mengenainya.
                Rentetan daripada paparan Situasi Masjid yang ada menyebut soal pemimpin, jadi Mat Santai ingin memanjangkan lagi topic mengenainya. Semua orang di dunia ini ialah pemimpin. Ketua Negara menjadi pemimpin kepada rakyatnya. Ketua negeri menjadi pemimpin kepada penduduk negerinya. Penghulu menjadi pemimpin kepada masyarakat setempatnya. Seorang bapa menjadi pemimpin kepada ahli keluarganya. Seorang insan menjadi pemimpin kepada diri sendiri. Tetapi, bukan aspek jawatan yang ingin diperkatakan. Yang penting hanyalah aspek tanggungjawabnya. Pemimpin yang berkepimpinan mampu membuatkan anak buahnya terpimpin.
                Apa yang sedang para pemimpin lakukan sekarang ini? Masih mampu menyaksikan amanah yang dilakukan satu per satu. Ataukah , amanah itu yang menyaksikan satu per satu dengkuran tidurmu yang panjang. Adakah kamu bekerja untuk duit. Ataukah duit yang bekerja untuk kamu. Jika itu berlaku, nescaya kamu pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Rela menerima rasuah serta membuat fana terhadap organisasi sendiri Semata-mata untuk mengarahkan duit bekerja ke atas diri.
                Tahukah kamu? Setinggi mana kamu di atas sana, tinggi lagi langit di atas kepalamu. Apabila memandang ke bawah, ramainya orang di bawah tapak kaki kamu. Berpusu-pusu beratur menghampiri kamu. Terputik di hati perasaan bangga apabila merenung ke bawah. Jangan menjadi hidung tinggi dengan status diri. Ketinggian status kamu bukan bermakna boleh dipandang tinggi. Ini kerana semakin kamu ditinggikan oleh anak buah, semakin tinggi kamu bergelar seorang kuli. Sana sini ada sahaja tugas yang ingin disempurnakan. Semuanya untuk pihak yang berada di bawah kamu. Semuanya dikulikan oleh anak buah sendiri. Lihat sekililing, seorang pemimpin berlari ke kiri kanan mengejar tugasan. Sekali pandang seperti hero. Dua kali pandang semacam patung boneka. Patung boneka yang dikawal oleh anak buah sendiri untuk bekerja terhadap organisasi sendiri.
                Apa-apa pun, selamat menjalankan tugas buat semua yang bergelar pemimpin. Laksanakan harapan yang diminta oleh anak buah dengan sebaik-baiknya. Tidak perlulah halaman ini bertekak lagi menegur pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlulah lagi perkataan (wahai pemimpin. Jangan berfoya-foya. Jangan berasuah. Jalankan tanggungjawab diri.) kedengaran di sana sini. Mengapa ingin bersikap seperti pahat dengan penukul sedangkan kamu bergelar seorang pemimpin. Akhir sekali, semoga pihak di bawah kamu senang dengan cara kamu memimpin. Semoga kamu juga senang dengan mereka.

Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Selasa, 29 Mei 2012

Beranikah Anda?

Salam Santun-Santai Mat Santai ucapkan kepada anda semua yang masih lagi mengikuti halaman ini. Untuk paparan seterusnya ini, segmen tak boleh bla dengan tajuknya Beranikah Anda? Akan menyusur. Apa yang berani tu? Sama-sama kita layan.
Oleh sebab segmen ini ialah tak boleh bla, jadi penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yanng betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

Beranikah Anda?
                Beranikah anda apabila berhadapan dengan kelima-lima situasi ini, anda mengucapkan perkataan yang bakal dikemukakan ini. Mat Santai tak berani. Nak tahu, terus layan.

Situasi kelima:
Ibu: nak, jangan mandi lama sangat. Membazir air tu. Kita ni susah nak cari duit. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Anak: peduli apa mak. Memang la keluarga kita susah. Tapi, banyak lagi orang susah daripada kita. Apa salahnya kita menghayati penggunaan benda yang kita ada ni. Nanti benda tu dah tak ada, baru nak rasa guna puas-puas. Waktu tu, menyesal je la. Mak tak payah risau la. Belambak lagi orang miskin daripada kita.
(Beranikah anda mengucapkan sedemikian?)

Situasi keempat:
Pencuri handal: Jangan berganjak dari situ. Kalau tidak aku tembak. Aku akan lepaskan kau sampai kawan aku habis rembat barang dalam rumah kau.
Pemuda malas: Relax la bro. Barang yang kau nak ambik tu pun barang curi. Kalau kau nak tahu, aku pun pencuri macam kau. Mlah lagi besar dusun aku. Apa kata kau lepaskan aku dan kita bergabung. Lepas tu rompak bank ke atau rompak kedai emas ke. Baru la pro. Tak pro la kau pecah rumah orang. Rumah pencurui macam kau pulak tu.
(Beranikah anda mencari helah sebegitu?)


Situasi ketiga:
Polis Trafic: Encik tahu tak yang Encik telah bersalah. Sesuka hati melanggar peraturan jalan raya. Jadi jangan nak melawan. Maaf, kami terpaksa  Minta IC dan lessen Encik untuk dibuat laporan.
Pemandu bas: Relax la bro. Bukan aku sorang je yang salah. Kat belakang-belakang tu banyak lagi. Nasib aku buruk sebab bukan saudara kau. Kalau tidak, tentu dah lama terlepas. Hari ni aku terpaksa ikut arahan kau. Tapi, bila kau naik bas, jangan mimpi nak duduk sesuka hati. Jangan nak tunjuk skema la, Kau pun manusia macam aku. Berak tetap busuk jugak. Dekat stadium, kau tetap jadi penonton. Bukan jadi player. Entah-entah tiket lebih murah daripada aku.
(Beranikah anda membantah seperti itu?)

Situasi kedua:
Rakan A: Merah muka aku tadi. Betul-betul rasa malu. Aku ingatkan yang tu tandas perempuan. Rupa-rupanya tandas lelaki. Dah tu, ada pulak yang menyaksikan drama tadi. Teruk betul la aku ni.  Tahan sikit tadi pun takpe. Mana nak letak muka ni.
Rakan B: Amboi, Yang tu pun nak malu sampai qiamat. Sampai nak maki-maki diri. Hei kawan, bagus la kau ada perasaan malu daripada tak ada malu langsung. Kita ni manusia. Tak sempurna. Mana boleh nak straight ok je. Dunia ni besar serupa bulat. Bukan kau sorang je yang malu hari ni. Berlungguk lagi orang malu yang lebih teruk lagi kat dunia ni. Biasa la, semalam nasib kau baik, hari ni nasib buruk pulak la. Cuba kau pandang dunia ni besar. Takde la bila malang  sikit, nak salahkan diri sendiri.
(Beranikah anda menegur sebegini?)

Situasi pertama:
Pesakit: Bodoh, sakit la bedebah. Pelan-pelan la sikit. Aku ni muda lagi. Masih nak hidup lama. Kahwin pun belum lagi. Tak boleh ke slow slow ha.
Jururawat: Memang la sakit dah nama pun pesakit. Kalau tak sakit, aku tak datang la. Itu la, kau. Sebelum lahir, bersemangat sangat berikrar dengan tuhan nak hidup. Kata boleh survival la, boleh ikut suruhan agama la dan macam-macam. Sakit sikit pun nak mengalah. Maki sana sini. Lebih baik mati cepat, lagi bagus. Tak la banyak dosa. Lebih-lebih lagi muda macam kau. Kurang la kene hentak dengan Malaikat kubur.
(Beranikah anda melayan orang semacam itu?)

Buat semua, adakah anda berani mengucapkan kata-kata sedemikian?

Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Ahad, 27 Mei 2012

Kebaikan Adam Bahagian 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Buat peminat kisah (kebaikan Adam,) pastinya paparan keempat bagi kisah ini menjadi penantian anda. Ok la, kita layan terus.

                Aktiviti-aktiviti petang tadi sungguh menguji ketahanan badanku. Baru hari kedua kem berlangsung, kami peserta kem sudah dipaksa mengerah keringat. Namun, semuaanya menyeronokkan serta mencabar. Antara yang menarik perhatianku ialah berjalan di atas tali dengan ketinggian 60 kaki dari bawah. Jam di tanganku sudah berubah ke 1 pagi. Aku gagal melelapkan mata. Mungkin kepenatan aku yang terlalu amat. Badrul dan Naim sudah diulik mimpi. Mataku masih liar memerhatikan sekeliling ruang kehmah.
                Sedang aku hampir terlena, muncul satu suara memecah kesepian kawasan khemahku. Aku cuba mendengarinya. Rupa-rupanya suara Naim. Naim yang meminta Badrul untuk menemaninya ke tandas. Tetapi, gagal kerana Badrul kusyuk dengan tidurnya. Aku menjadi simpati kepada rakanku itu. Hasratku untuk tidur tadi serta-merta diketepikan.
(naim, aku boleh ikut kau ke toilet. Lagi pun aku pun nak buang air jugak.)
Aku berpura-pura mencipta hajat diri. Bagi aku, apa salahnya member bantuan. Jika tidak, mungkin khemah itu menjadi nahas Naim.
(Oh, kau tak tidur lagi.)
Naim menyambung perbualan sambil tubuhnya dihala ke pintu khemah.

                Pagi di tapak perkhemahan itu sungguh indah. Kedengaran nyanyian beburung serta tarian dedaun yang lemah-gemalai melambai-lambai. Angin pula bertungkus-lumus membawa kesegaran. Cukup mempersonakan alam ciptaan Tuhan. Aku masih duduk di ruang utama tapak perkhemahan. Haanya memerhatikan sahaja persekitaran. Malah, turut tidak menyertai rakan-rakanku yang lain. Mungkin ketika ini mereka sudah jauh ke tengah hutan. Gembira menghiasi penglihatan dengan panorama alam. Ini semua berpunca daripada semalam. Kalau aku tidak menemani Naim semalam, nescaya kembara hutan dapat aku sertai.
Mungkin salah aku juga semalam. Terlalu terburu-buru berlari ke khemah dek ketakutan sehinggakan tersandung akar banir. Akibatnya, kakiku ditimpa kecederaan.
(apa la Naim tu. Pergi sama-sama. Bila nak balik, dia dulu yang hilang.)
Aku merungut sambil mengenangkan kejadian semalam. Ketika itu, aku keseorangan di tandas. Naim terlebih dahulu meningalkan aku. Ketakutan aku sewaktu itu benar-benar telah mengundang padah. Entah bila luka di kakiku ini akan sembuh.

                Kedengaran riuh-rendah suara-suara berbual. Hampir di setiap ruang makan itu ada sahaja perbualan. Lain pula bagi aku yang banyak berdiam dan bersahaja menjamah makanan tengah hari. Mungkin perbualan mereka banyak berkisar tentang aktiviti tadi. Apa gunanya aku menyampuk kerana aku langsung tidak mengetahui pengalaman kembara hutan yang mereka sertai tadi. Mujurlah Badrul dan  Naim juga berdiam diri. Tidaklah aku dirasakan seperti terpinggir daripada mereka.
(Sorry dam, aku tak tunggu kau semalam. Sebab tu juga la kau tak dapat sertai kembara hutan. Sepatutnya aku berterima kasih kat kau sebab sanggup teman aku.)
Dalam kebisingan itu, terlolong nada serba-salah menerpa gegendang telingaku. Aku tahu, lolongan nada itu dari Naim.
Serta-merta aku dipanah serba-salah. Pada fikiranku, jika semalam aku tidak membabi buta, tentu perasaan Naim tidak begitu.
(Sudah la Naim. Lupakan je fasal malam tadi. Bukan salah kau, kakiku cedera sebab salah aku juga.)
Jelas aku. Mataku tepat memandang anak mata Naim. Seketika, menyambung suapan nasi yang masih berbaki di pinggan.
Tiba-tiba muncul suara dari belakangku memanggil aku.
(Adam, petang ni kau rehat lagi kan?)
Suara Amar yang menghampiriku bertanyakan sesuatu.
(Rasenya macam tu lah. Kaki aku belum ok lagi. Kenapa Amar?)
Aku membalas dengan bersahaja.
(Kalau gitu. kasi aku pinjam kasut kau, Boleh?)
Amar membongkarkan hajatnya yang sebenar. Seketika, rakanku itu melemparkan senyuman.
(Kau tak bawa kasut lebih ke?)
Aku tidak menjawab sebaliknya terus menyoal.
(ada… Tapi, yang tu kasut putih. Susah nak basuh kalau kotor. Lagi pun petang ni kena mandi lumpur.)
Jawab Amar ringkas. Dari raut wajahnya, jelas tergambar harapan menggunung untuk mengotakan permintaannya itu.
(Boleh la Dam. Kau kan pakai kasut hitam. Takde la kotor sangat nanti. Aku janji akan pulangkan sebelumhari sekolah.)
Kata-kata Amar itu seakan menggamit simpati aku. Namun, aku seakan fobia untuk berbuat kebaikan. Apatah lagi sudah banyak malang menimpa.
Tanpa bersoal lagi,  aku mengangguk tanda setuju. Amar menghadiahkan senyuman kemudian berlalu.

                Tepat 7.00 pagi. Matahari masih belum melaporkan dirinya. Aku sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Hari ini aku tidak bertugas untuk mengawal pagar sekolah. Dapatlah aku bersahaja mengayuh basikal. Semangatku hari ini untuk belajar semacam hilang. Mungkin kerana keseronokan kem perkhemahan minggu lepas masih segar di fikiranku. Sesampainya di sekolah, Badrul sudah menanti kehadiranku.
(Adam, kau bawa netbook kan? Kasi aku pinjam lepas sekolah, nak copy gambar kem kita.)
Badrul memulakan percakapan.
Aku tidak membalas. Hanya mengangguk. Kemudian meletakkan beg di dalam kelas lalu aku melangkahkan kaki untuk menghadiri perhimpunan pagi.
amat persekolahan, aku menuju ke koperasi. Hari ini aku perlu mengemas stok di dalamnya. Tambahan pula ada stok yang baru dihantar sebentar tadi. Sedang aku sibuk berkemas-kemas, muncul kelibat Badrul menghampiri pintu koperasi itu.
(Kat sini rupanya kau. Puas aku cari. Mujur Haziq yang beritahu aku.)
Aku menyambut kedatangan rakanku itu dengan ketawa kecil.
(Netbook aku kat atas meja tu. Guna lah, aku ada banyak kerja. Jangan kasi rosak sudah.)
Jelas aku kepada Badrul yang sememangnya sudah aku ketahui akan kedatangannya itu. Kepanasan ruang bilik itu memaksa aku menanggalkan tali leherku. Lengan bajuku juga telah kulipat sehingga ke siku. Kemudian, aku berlari mendapatkan pelanggan di kaunter.
(Adam, siapa yang benarkan kamu bawa pelajar lain masuk? Lepas tu main netbook pulak tu.)
Tersentak kedua-duanya, Adam dan Badrul mendengar suara Cikgu Khairul. Seketika, cikgu koperasi itu memandang wajah Badrul.
(Kamu Badrul kan. Kenapa belum pulang lagi. Seperkara lagi, koperasi ni tak boleh masuk sesuka hati.)
Tegur Cikgu Khairul. Kali ini wajah aku pula yang direnung. Mungkin aku terpaksa menerima lava gunung berapi ini. Lebih malang lagi, mungkin aku bakal dilucutkan jawatan sebagai ALk koperasi.

                Aku tidak terus pulang sebaliknya ke rumah Amar. Amar seolah-olah memungkiri janjinya untuk memulangkan semula kasutku. Esok, aku perlu memakainya pada waktu PJK. Hendak atau tidak, aku perlu mendapatkannya. Ibu juga tiada di rumah. Katanya ke klinik untuk memeriksa bakal cahaya matanya yang juga bakal menjadi adik aku. Namun, segalanya hampa apabila tiba di hadapan rumah Amar. Kem mana agaknya rakanku itu menghilang. Di sekolah tadi pun tidak kelihatan. Malah, ibu dan bapanya juga tiada di situ.
Sekembalinya di rumah, aku terus menjamah makanan yang ditinggalkan ibu. Kemudian, menuju ke bilik menggantungkan baju sekolah dan bersiap sedia untuk bersolat Zohor. Beberapa minit kemudian, muncul kereta ayah membawa ibu pulang. Aku berasa gembira mendengar penjelasan ibu mengenai bakal adiknya itu. Kata ibu, adiknya mungkin sekali ialah seorang perempuan. Aku juga gembira melihat ibu masih sihat dan bertenaga.

                Hari ini sudah aku jangkakan sesuatu yang malang bakal menimpa aku. Ternyata Amar tidak muncul-muncul walau pun sudah dijejaki. Akibatnya, terpaksalah aku memakai kasut hitam jenis kulit yang kupakai semalam untuk waktu PJK. Jika semalam, tidak mengapa kerana aku mamakai uniform sekolah. Jika hari ini agak menjanggalkan kerana aku berpakaian sukan. Sementara di padang telah mulai diisi dengan pelajar-pelajar tahun 4 A dan B. Sejak dari tadi, ternyata segala tingkahku serba tidak kena. Salah aku juga kerana terlalu baik dengan setiap orang. Kalau aku enggan meminjamkan kasut itu tempoh hari, pasti aku tidak begini hari ini. Mataku direnung kepada rakan-rakan pengawasku. Semuanya mengenakan kasut kanvas.
(Adam, kamu ok?)
Tiba-tiba suara Cikgu Halim memintas lamunanku. Cikgu itu berhenti seketika. Matanya tepat memandang kea rah kakiku.
Aku berasa resah dengan pandangan itu. Mungkin Cikgu Halim sedar akan kasutku itu. Aku terpaksa menghadapi situasi ini. Walau pun agak remeh, tetapi cukup untuk memadamkan muka aku.
(Kaki kamu Ok?)
Soal Cikgu Halim ringkas.
Lega hatiku apabila mendengar pertanyaan tadi. Sangkaanku benar-benar tersasar. Namun kini, hamper semua di situ mulai memerhatikan aku.
(Ok cikgu. Lukanya pun dah kering sepenuhnya.)
Jawab aku dengan suara yang bergetar. Degupan jantungku mualai laju setelah menyedari banyak pandangan tertumpu pada aku. Mujurlah tiada siapa yang bertanyakan mengenai kasutku itu.
(Syukur lah kamu pulang dengan selamat. Kecederaan ringan tu biasalah jika berada di hutan. Cuma rakan kamu, Amar sahaja yang demam lepas kem itu.)
Cikgu Halim bersuara lagi. Kali ini percakapannya dilontarkan kepada semua yang berada di situ. Mendengar penjelasan itu, barulah aku tahu mengapa Amar tidak muncul-muncul untuk menemuiku.
Seperti yang dijanjikan, aku diminta menghantar buku-buku latihan di atas meja Cikgu Ramli. Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, aku sudah keluar dari kelas. Bukan hasratku untuk membantu ketua darjah, tetapi ketua darjah itu terlalu sibuk. Tambahan lagi tiada siapa yang mempedulikan permintaannya. Terpaksalah aku yang mendengarinya menyambut permintaannya itu.
(Adam, best tak perkhemahan minggu lepas?)
Kedengaran suara salah seorang cikgu yang berada di situ.
(best! Tapi tak puas la.)
Aku menjawab selambe sambil menanggalkan kasut untuk memasuki bilik guru itu.
(Kamu  hantar buku-buku ni kat siapa?)
Tanya cikgu tadi hairan.
(Cikgu Ramli.)
Aku membalas sambil berlalu mendapatkan muka pintu.
(Cikgu Ramli sudah berpindah tempat la. Dia kan guru panitia Matematik.)
Kali ini cikgu yang duduk di sisinya pula memulakan perbualan.
Langkahku serta-merta dibatalkan. Tanpa banyak bersoal, aku kembali mendapatkan buku-buku tadi lalu menuju ke ruangan bilik-bilik panitia. Tidak semena-menanya  aku mendapat malu. Apatah lagi disaksikan oleh cikgu-cikgu lain yang turut berada di situ. Keadaan sebegini kerap kali menimpaku. Jika aku tahu tadi, tentu aku juga enggan menolong ketua darjah itu. Sudahlah membazir waktu rehatku, lepas itu malu pula menyinggah. Aku berlalu menuju kantin tanpa bersemuka dengan cikgu-cikgu tadi.
Bersambung…

Nantikan, bahagian seterusnya dalam kisah Kebaikan Adam.

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti


Khamis, 10 Mei 2012

jawapan teka-teki

Sejuta penghargaan untuk anda semua yang masih segar mengikuti Halaman Santun-Santai. Adakah anda sudah menjawab soalan teka-teki 3 dan 4? Jika sudah, ini dia jawapan sebenar bagi teka-teki itu. Jika belum, silalah cuba dan semoga dapat menjawab sebaik mungkin.

Untuk jawapan Syair buah-buahan.

Syair 3 buah-buahan

Jawapan 1: Buah Epal
Jawapan 2: Buah Pisang
Jawapan 3: Buah Tamar
Jawapan 4: Buah Durian
Jawapan 5: Buah Nanas

Untuk jawapan bagi soalan pantun 4

Pantun 4 pengangkutan

Jawapan 1: Kereta Kabel
Jawapan 2: Kereta sewa alias teksi
Jawapan 3: Basikal


Bagi semua yang dapat meneka jawapan dengan tepat, Mat Santun mengucapakan terima kasih dan syabas. Diharapkan anda cuba menjawab soalan-soalan yang lain yang akan dipaparkan. Balik  dulu, Bye...Bye...

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

Pantun 5 - barang-barang

Selamat bertemu lagi dalam segmen Karya oh Karya. Kali ini Mat Santun ada teka-teki yang baru. Kalau nak tahu, di bawah ini ialah pantun 8 kerat. Pantun jenis ini memerlukan 4 pembayang dan 4 maksud. Apa-apa pun, semoga anda berjaya menjawab teka-teki ini yang didatangkan dalam bentuk puisi.

Pantun 8 Nak cari  barang apa?

Dari barat belayar ke timur,
Singgah Di Bentan berdagang besi,
Besi dikimpal bersama tembaga,
Kualliti tinggi amatlah murah,
Tempatku selalu ada di dapur,
Selamat disilmpan di dalam laci
Bermain dengnku amatlah bahaya,
Leka sedikit jari berdarah.


Anak Ketitir si anak Merbah,
Melompat--lompat mencari cacing,
Cacing di tanah takut membisu,
Lalu sembunyi di bawah papan,
Angka membulat jarum di tengah,
Selalu berada di atas dinding,
Sukar nak hidup jika tanpaku,
Perancang jadual dalam kehidupan.


Pucuk mengkudu tumbuh melata,
Daunnya dipetik diolah ubat,
Penawar penyakit si darah tinggi,
Enak dimakan sebagai ulaman,
Kepalaku bulat sayapku tiga,
Berpusing-pusing memerah keringat,
Apabila panas aku berfungsi,
Menghembus angin merata kawasan.


Dari Kerinci ke Kota Labus,
Singgah berkunjung ke pasar Grik,
Hajat di hati membeli berlian,
Sebagai hadiah pinangan dibalas.
Badanku seperti si ibu tikus,
Ekorku bersambung soket elektrik,
tugasku ialah panaskan pakaian,
Supaya kelihatan cantik dan kemas.


Pohon nangka daunnya berjuta,
Lalu bersarang si lebah beribu,
Membuat madu sebagai makanan,
Khasiatnya tinggi bagus diamal,
Suhu badanku berbeza-beza,
Ada yang nyaman ada yang beku,
Kerjaku menyimpan segala makanan,
Ingin beliku amatlah mahal.


Pantai Cahaya destinasi semua,
Pasirnya putih indah menghiasi,,
Kanak-kanak gembira bermain,
Istana pasir menjadi kenangan,
Pelbagai warna bermacam rupa,
Saizku kecil ringan sekali,
Kerjaku selalu di depan cermin,
Membelai rambut cantik kelihatan.


Dayung sampan ke Kuala Langat,
Hajat di hati membeli permata,
Apabila pulang dibasahi hujan,
Sampan di laut melambung tinggi,
Diriku ringan senang diangkat,
Memakai baju bukanlah manusia,
Tiada kepala tiada badan,
Tempatku berada di dalam almari,


Simpati sekali si anak kijang,
Kakinya cedera lukanya parah,
Lalu berjalan mencari si ibu,
Malang si ibu dibaham singa,
Tubuhku bermacam leherku panjang,
qKe sini sana berjalan di rumah,
Makananku hanya habuk dan debu,
Bersihkan rumah tugasku terlaksana.


Merdunya suara Nuri bersyair,
Bergema di hutan segenap tempat,
Lalu bertanya beribu haiwan,
Siapakah gerangan suara menyanyi,
Tempatku tinggal di bilik air,
Bermacam jenama ada terdapat,
Topi dibuka perut ditekan,
Keluar isinya pelengkap mandi.


Setakat ini saja dahulu teka-teki kita. Nantikan terbitan puisi teka-teki seterusnya dalam Halaman Santun-Santai ini. Semoga berjaya!

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
    

Ahad, 6 Mei 2012

Kerana Sebiji Mempelam Gugur

Jumpa lagi bersama-sama anda. Mat Santun ada terbitan baru untuk dikongsi bersama buat anda semua. Dalam Segmen Renungan kali ini, kita akan membicarakan tentang (Yang mana baik, yang mana buruk.) Bacalah, semoga kita mendapat manfaat dari padanya.

Kitol penat berjalan di hutan itu. Entah di mana dia sekarang berada. Dia memang bernasib baik. Selepas segalanya berlaku, dia terus menerpa ke arah ngauman hurtan untuk menyelamatkan diri dari pada ditangkap dek polis. Nasib rakan-rakannya dia tidak mengetahuinya, mungkin mereka sudah digari dan dihumban dalam penjara. Mungkin juga mereka turut mengambil langkah seribu menyembunyikan diri. Memang berbahaya kegiatan penyeludupan dadah ini. Tersalah langkah, merana menanti mengikat diri ke lubuk penyesalan.
Kitol tiba di perkarangan hutan yang indah. Di situ, terdapat sebuah air terjun yang mengalirkan airnya dengan deras. Suasananya pun sepi serta menyamankan. Di situ juga, terdapat bau-bauan durian yang kuat. Barangkali pasti terdapat sebuah perkampungan orang asli. Kitol menuruni tebing-tebing sungai di situ. Pergerakannya agak lembut kerana dia perlu berhati-hati. Jika tidak, nescaya arus sungai itu akan menarik dirinya. Sebelum ini, dia tidak pernah bergerak secara lembut. Apa yang dibuatnya, hanyalah kekasaran walau pun bercakap dengan ibunya. Mungkin sifat penjenayah sudah sebati dengan kekasaran. Mungkin juga kekasaran menjadi simbol dan syarat untuk bergelar seorang penjenayah. Sedang ingin mengambil air, Kitol ternampak sebiji mempelam gugur ke tanah. Direnungnya ke persekitaran, tersergah sepohon mempelam yang berdekatan. Kelihatan pohon itu sarat menghasilkan buahnya.
Selepas meneguk sedikit air, Kitol merapati mempelam yang gugur itu. Dia ingin sekali menjamahnya bagi memulihkan semula tenaganya yang telah pudar. Mana tidaknya, sejak dari tadi dia asyik berlari tanpa arah hingga dirasakannya selamat. Kitol merenung mempelam itu. Didapatinya sebahagian kecil dari pada isi mempelam itu sudah berkulat. Kelihatan tompok-tompok hitam yang membentuk pada bahagian kecil isinya. Namun, masih banyak lagi isinya yang elok untuk dimakan. Hendak dimakan kesemuanya, takut-takut mengancam kesihatan perutnya. Hendak dimakan yang elok sahaja, masih belum mampu untuk memulihkan seluruh tenaganya. Kali ini Kitol merenung kembali. Tetapi, bukan pada mempelam itu. Dia cuba membuat keputusan sama ada ingin memakan kesemuanya atau sebaliknya,
Dilihatnya pohon mempelam itu yang masih banyak lagi buahnya. Ingin diambilnya, masakan hasratnya itu dapat dicapai. Pohon itu terlalu tinggi meletakkan buah-buahnya di atas sehingga tidak terjangkau oleh tangan-tangan manusia. Tanpa banyak bersoal, Kitol terus memakan buah mempelam itu. Tetapi, hanyalah dijamahnya isi-isi yang elok sahaja. Dia tahu baik dan buruknya jika memakan mempelam itu dalam keadaan begitu. Dia juga tahu jika yang buruk turut diambilnya, ceret-beret melanda dirinya dan itu akan menyulitkan pergerakannya.


    Si Kitol itu tahu pula tentang baik dan buruk. Tahu pula dia yang isi pelam berkulat akan mengundang sakit perut. Jika dia mengerti, mengapa masih berbuat jenayah yang sudah diketahui akan keburukannya, seterusnya akan memberi buruk padah kepadanya. Mungkin kerana buruk mempelam itu dapat dilihat dengan mata kasar. Atau mungkin, pelam itu ialah makanan. Jadi, Kitol menitikberatkan soal baik dan buruk pelam itu.
Sekiranya begitu, Baiklah Si Kitol itu menganggap kegiatan penyeludupan dadah itu sebagai makanan. Maka, mengertilah dia bahawa baik dan buruknya. Namun sayangnya, Kitol tidak berbuat demikian, Sebab itulah dia dipanah keburukan jenayah itu. Sudah digempak dek polis, barulah dia sedar kegiatan itu memberi keburukan. Jika tidak buruk, masakan polis mengejarnya. 


    Bagi fenomena jenayah yang berlaku hari ini, Masakan mereka yang membuat jenayah tidak mengerti baik dan buruknya. Atau, buat-buat tidak mengerti akan keburukannya. Namun, jika mereka ini berada dalam watak Kitol, masakan mereka inginkan pelam yang buruk. Pelam yang akhirnya akan memberi kesan kepada kesihatan perut. Perkara ini samalah dengan perbuatan jenayah, Buat apa ingin terjebak dengan gejala jelik itu sedangkan kita mengerti akan keburukannya. Atau, kita perlu menukarkan jenayah itu kepada makanan, barulah disedari akan keburukannya. Barulah tertewas dengan keburukan jenayah itu kerana mereka tidak sanggup menguyah makanan yang tidak elok. Renunglah sejenak, Jika kita diberi pilihan untuk menjamu selera, masakan kita inginkan yang tidak elok atau yang basi. Sedangkan kita mengetahui akan kesan buruknya. Bagai mana dengan kegiatan jenayah, adakah kita masih lagi berminat dengannya sedangkan pilihan yang lain banyak bertandang di depan mata.
Dan lebih mustahak lagi, apakah kita benar-benar mengharapkan penyesalan pada penghujungnya walau pun sudah disedari bahawa jenayah itu menghadiahkan keburukan. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

Kipas Angin Berikan Sesuatu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mat Santai ada bersama untuk kali ini. Giliran Mat Santai menemani anda delam segmen renungan. Ini ialah terbitan mengenai objek yang selalu kita gunakan di mana-mana sahaja. Malah, hampir setiap hari. Nak tahu lebih lanjut, kita layan.

Cikgu Kakashi: Cikgu ada teka-teki untuk kamu semua.
Sakura: Cakaplah. Mana tahu kitorang boleh jawab.
Kiba dan Naruto: Tunggu apa lagi cikgu. cakaplah. (masing-masing mempamerkan reaksi muka ceria)
Cikgu Kakashi: dalam banyak2 adik-beradik di dunia ni, siapa yang tidak pernah bergaduh hingga setakat ini.
Naruto: Gerenti gohan dan Gotenk dalam cerita Dragon Ball tu.
Kiba: Kau salah lah Naruto. my answer is kawan kita. Sasuke dan itabhi. Diorang kan baik2 aje.
Cikgu Kakashi: Tak. Tak. Semua salah.
(kelihatan Shikamaru masuk bersama-sama mereka.)
Shikamaru: Teka-teki pasal adik-beradik tu ye. Senang aje. Dengan nilai kecerdikanku yang sebanyak 200, maka jawapannya ialah kipas.
Cikgu Kakashi: Syabas, Shikamaru. memang tepat your answer. Lepas ni, kita ada misi untuk selamatkan Gara.

    Objek yang dimaksudkan ialah kipas. Jika direnung sejenak, bilah-bilah kipas tidak bertemu berlanggar antara satu sama lain. Dengan kata lain, Bilah-bilah yang dianggap adik-beradik itu tidak pernah bergaduh. Malah, kolaberasi sesama mereka dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna iaitu angin. Angin itu kemudiannya menghadiahkan tiupan segar kepada sesiapa sahaja yang berdekatan mengiringi keselesaan.
Secara analoginya, kipas angin ini memang bersikap baik untuk semua. Jika kita mengaplikasikan teori ini dalam kehidupan kita sesama adik-beradik, nescaya bakal mengundang sesuatu yang bermanfaat. Seperti kipas, sifatnya yang begitu menyebabkan sesuatu yang lebih bermakna dapat diterjemahkan iaitu angin. Jika kita menteladaninya, apa yang akan perolehi dari pada sifat kipas itu. Fikir-fikirkan.
    Bagi pendapat yang pertama, sekiranya kita adik-beradik menjauhkan anasir pergaduhan sesama sendiri, nescaya perhubungan keluarga akan terjalin dengan lebih mesra. Perkara itu seterusnya dapat menguatkan keharmonian institusi kekeluargaan yang telah dibina. Secara tidak langsung, suasana berkeluarga tidak bersifat porak-peranda dengan tidak banyak masalah baru diwujudkan. Impaknya, segala masalah dalam keluarga tersebut dapat diatasi bersama-sama.
    Untuk yang kedua, jika kita mengikut sifat kipas yang tidak bergaduh sesama bilah-bilahnya. adik-beradik tidak menyusahkan ibu dan bapanya. Malah, tidak mencipta beban yang baru kepada mereka yang penat bekerja mencurahkan rezeki sehari-harian. Cuba direnung seketika. Dalam kesibukan ibu dan bapa menerjah elemen materrialistik dunia, wujud persengketaan antara adik-beradik dari pada keluarga tersebut. Akhirnya persengketaan itu merudung memancing api kemarahan dan bertukar aksi ganas sehingga ada yang berbunuhan. Suasana di rumah sudah semakin tegang. Abang, kakak dan adik sudah dibunuh satu persatu ekoran gara-gara pergaduhan. Sedangkan ibu dan bapa masih terus bekerja menatang minyak yang penuh kepada anak-anaknya. Apabila diketahui ibu dan bapa akan situasi itu, pasti terbit kesedihan yang melanda sehingga ketandusan semangat untuk bekerja. Pasti juga terbit rasa serba-salah mereka yang mengabaikan anak-anaknya. Dan lebih pasti, kepahitan itu tidak akan terjadi sekiranya pergaduhan tidak dimulakan.         Mahukah kepahitan ini terjadi pada keluarga kita?
    Seterusnya, hikmah ini dapat melahirkan generasi muda yang tidak bermasalah dari aspek emosi. Seperti kita ketahui, salah laku atau kes jenayah dalam kalangan remaja adalah berpunca dari pada ganguan emosi. Contoh, emosi mereka tidak tenteram kerana berdepan dengan keluarga yang bermasalah atau acap kali dibuli oleh adik-beradik. Hal ini memberi kesan kepada peningkatan gejala sosial yang berlaku kerana mereka ingin bebas dari pada kepongpong perkara-perkara tersebut. Oleh itu, elakkan pergaduhan sesama adik-beradik. Pastikan kita membesar dengan penuh keharmonian dalam keluarga yang kita sayangi. Hal ini penting kerana dapat membina kekuatan rohani yang kukuh. Akhirnya, berjaya menjadi seorang pemuda yang berketerampilan yang dapat menyumbang sesuatu kepada negara dan bangsa.
    Kesimpulannya, teori kipas ini amat bermanfaat kepada kita semua khususnya kehidupan adik-beradik. Dengan bilah-bilah kipas yang tidak verlanggar, maka dapat menghasilkan angin yang nyaman yang menyenangkan semua yang berdekatan. Begitulah kita. Dengan menjauhkan tragedi pergaduhan sesama adik-beradik, nescaya hikmah-hikmah ini dapat diperolehi dari pada pengamalan itu. Maruah keluarga kita tidak akan dijatuhkan oleh masyarakat sekeliling. Tetapi, jika pergaduhan terjadi. Tentulah keseluruhan jiran akan bercakap mengenai keluarga yang bergaduh itu. Akhirnya, ibu dan bapa yang mendapat imej buruk. Apakah ini yang kita mahukan? Renunglah sejenak, memang ada pepatah menyebut. Sebanyak mana adik-beradik bergaduh akhirnya akan berbaik semula. Tetapi, apakah hari ini kita masih dapat mendengar berita tentang pembunuhan sesama adik-beradik.

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.


Tentang Masa Depan

Assalamualaikum dan salam kebahagian diucapkan kepada anda semua yang sedang mengikuti Halaman Santun-Santai ini. Tiba giliran watak sebenar untuk berbicara buat renungan bersama.
    Hari berganti hari, Mei sudah berada di samping kita merentasi 2012. Bagi saya, inilah saat getir untuk saya berfikir tentang masa depan. Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja menamatkan kursus IT di sebuah pusat latihan iaitu St. Nicholas Home. Pelbagai kenangan berbeza rasa dapat dibawa buat tatapan di kampung halaman.
    Ramai orang berkata, apabila kita akan kembali ke pangkuan keluarga setelah lama berjauhan, itu merupakan saat kebahagian. Memang itu saya akui. Namun, itulah permulaan hidup baru bagi saya. Langkah baru ini perlu dirancang dengan teliti agar tidak tersesat di jalanan.
Dengan kata lain, selesai latihan di SNH tersebut, tibalah saatnya untuk saya berbicara tentang masa depan. Bermulalah juga gerbang baru dalam hidup saya iaitu melangkah ke gerbang menara gading. Memang itulah realiti seorang pelajar lepasan SPM atau STPM. Sebaik sahaja tamatnya persekolahan, maka dimensi baru pula menanti dengan menampilkan suasana belajar yang berlainan. Jika 2011 yang lalu ketika di tingkatan 5, suasana pembelajarannya bersifat santai. Kelompok masyarakatnya juga tidaklah besar. Kini, tiba saatnya untuk saya berdiri bersama-sama kelompok masyarakat yang lebih besar di menara gading kelak.
     Apa-apa pun, suasana sebegitu tetap akan saya lalui. Yang penting, sudah tiba saatnya untuk saya mempertimbangkan segala tawaran pengajian yang diperoleh. Tersalah pilihan, merana menanti kelak.
    Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih dan sebuah penghargaan kepada Cikgu-cikgu saya di SNH terutamanya Cikgu Hatty dan Cikgu Vijaya. Mereka berdua telah banyak mengajar saya menerokai dunia it yang sememangnya amat-amat berguna khususnya sebagai persedian dalam melanjutkan pengajian. Jasa dan titik peluh beliau berdua amat saya hargai. Semoga segala ilmu tersebut dapat saya praktikkan sebaik-baiknya dalam kehidupan di hari muka.
    Buat rakan-rakan yang masih berada di SNH, saya ucapkan selamat berjuang hingga ke akhir kursus. Doakan agar saya dapat memilih bidang pengajian yang terbaik dan sesuai bagi saya serta berpeluang cerah untuk meraih pekerjaan pada masa depan. Sekian daripada saya, Bye. Bye. Assalamualaikum.

Lilin atau Pelita Yang kau Pilih

Apa khabar, Mat Santun menemani anda lagi. Segmen Renungan kali ini mengajak anda bermain fikiran mendesak nurani anda merungkai pilihan. Tajuknya ialah Pelita atau Lilin yang kau pilih. Nak tahu lebih lanjut, gerakkan anak mata anda ke bawah untuk menghayatinya. Semoga anda terhibur dengan paparan ini. Semoga anda mendapat pengajaran daripadanya. Pelita atau lilin, Yang menjadi pilihanmu? Yang mampu bertahta di sanubari? Pelita memuntahkan cahaya, Menerangi dunia kegelapan, Mencipta langit pelbagai warna, Lilin juga serupa, Turut berjasa atas kepentingan yang sama, Turut menemani kegelapan anda dengan cahaya kecerian. Apa yang boleh dibezakan, Hanyalah cara dan perwatakanmereka, Apakah pelita yang kau cari? Ataukah lilin yang sedia menanti? Yang pasti, Pelita, lilin sama-sama berbakti, Mencurah cahaya tatkala bergelap, Agar terang tidak terlenyap. Puisi Sajak 2012 Pelita atau Lilin yang kau pilih. Jika anda diberi pilihan. Siapakah yang berpijak di hati anda, Lilin atau pelita? Jika anda memilih pelita, anda ialah seorang yang mampu hidup dengan lebih sempurna. Jika lilin penambat minat anda, mungkin berlaku yang serupa. Sama seperti sebuah pelita. Kedua-duanya menghasilkan cahaya. Jika anda pelita, mungkin anda lebih bagus daripada sebatang lilin. Mampu mengeluarkan cahaya dengan banyak. Cahaya yang mampu menerangi lebih banyak ruang kegelapan. Namun begitu, anda tewas dalam soal berdikari. Lilin tidak memerlukan pergantungan sepanjang masa untuk bercahaya. Sebaliknya anda, perlu memikat hati pihak ketiga untuk mengcahayakan nur anda. Dengan kata lain, pelita memerlukan minyak tanah untuk terus bekerja. Dengan itu, dapatlah anda bercahaya mengharungi hidup yang penuh onak-duri. Jika lilin yang anda gemari, anda terpaksa akur dengan kekuatan pelita. Kekuatan cahayanya yang besar sehingga mampu melenyapkan tenaga anda. Tetapi, anda boleh menang dalam aspek lain. Menang dengan bermain selok-belok perjalanan hidup berdikari. Ini kerana, anda tidak memerlukan minyak tanah semacam sebuah pelita. Minyak tanah yang menjadi tulang belakang kepada anggota badannya untuk menjana pengcahayaannya. Tetapi. Sekiranya lilin memang pilihan anda, mungkin anda akan diancam maut. Lebih malang lagi, kematian itu berpunca daripada anda sendiri. Perlu anda ingat, kegigihan anda itu mungkin meragut nyawa sendiri. Kedegilan anda bergantung kepada orang lain mungkin membakar diri. Seperti sifat sebatang lilin, usahanya yang tekun memancing cahaya keluar mengakibatkan tubuhnya dimamah api sehingga lebur. Lama-kelamaan, hayatnya semakin pendek. Hidupnya berakhir seakan membunuh diri. Mungkin pelitalah yang benar-benar terbaik untuk dipilih. Sifatnya tidak seperti lilin yang berakhir dengan membakar diri. Sanggup menggadai nyawa yang dimiliki. Jika difikirkan, lilin dirasakan kecewa atas jalan hidupnya. Jalan hidup yang terpaksa disusuri tanpa perhatian orang lain. Dan, kesukaran hidup itu mungkin diakhiri dengan cara itu. Mungkin pelita bersikap manja. Manja dengan perhatian orang untuk meneruskan kehidupan. Tetapi, biarlah diri dianggap seperti begitu asalkan kehidupan tidak berakhir dengan aksi menydihkan. Seperti mana aksi lilin menamatkan hidupnya itu. Biarlah diri menyusahkan orang lain daripada menyombong diri yang akhirnya mempamerkan penyesalan. Namun begitu, sekali lagi anda harus ingat. Senikmat mana hidup, kematian bakal menjemput memaksa diri ke alam lain. Jika anda pelita, habis minyak tanahnya, habislah juga hidup anda. Walau pun minyak tanah itu diisi beberapa kali, pengakhirannya tetap sama iaitu sebuah kematian. Mungkin itulah penghujung usia anda untuk bergantung kepada orang lain. Lebih menyedihkan, penamat anda selepas itu mungkin di tempat yang menghinakan. Dengan kata lain, pelita yang sudah tenat fungsinya bakal dihumban ke dalam tong sampah. Di situlah, anda bakal ditemani dengan bau-bauan yang memeritkan hidung. Persekitarannya juga kotor. Sahabat-sahabat anda datang dari pelbagai rupa. Mungkin anda ditemani dengan botol-botol buruk atau kertas-kertas koyak. Yang menghinakan lagi, sisa-sisa makanan menjadi penghias hayat anda di sana. Nasib sebegini tidak terdapat pada pencinta lilin. Erti kata lain, anda yang memilih lilin sebagai role model tidak teraniaya seperti mana sebuah pelita. Ini disebabkan lilin mempunyai kehidupan yang unnik. Ini kerana, Di mana anda hidup di situlah juga anda mati. Dan di situlah juga anda terlebur sendirian bersemadi bersama-sama tubuh jatuh pada tempat di mana anda berdiri. Pendek kata, anda tidak terbuang ke mana-mana selepas meleburkan diri. Anda mungkin dipanah rasa sedih. Mungkin anda seperti membunuh diri disebabkan uasaha anda berdiri di atas kaki sendiri. Dan, mungkin masyarakat memandang tindakan anda itu dengan sebuah penghinaan. Walau bagai mana pun, anda tidaklah sehina pelita. Hina dalam suasana kematiannya. Malah, semangat kami kazi yang tertanam dalam lubuk hati anda bakal diangkat sebagai perkara yang mulia. Lihat di sini-sana, betapa banyaknya orang menyebut pepatah (ibarat lilin membakar diri.) Jelas di sini, sebegitu popular nama lilin di mata masyarakat. Lihat sekali lagi, betapa banyaknya pelajar-pelajar menggunakan pepatah ini dalam karangan mereka semata-mata meraih markah yang lebih baik. Segala-galanya hanyalah untuk menggambarkan sifat lilin itu sendiri. Betapa ramainya orang yang menulis perkara yang sama. Inilah yang menggambarkan mereka menghargai sifatnya walau hakikatnya berakhir dengan pembunuhan diri sendiri. Bagi anda semua, buatlah pilihan yang bijak. Pilihan yang pasti menterjemahkan kebahagian dalam kehidupan. Pilihan yang tidak merugikan diri anda dalam kehidupan. Gunakan akal untuk mencapai ke arah itu. Jangan mengikut nafsu kerana anda bakal menemui jalan buntu. Ingatlah, kehidupan yang anda miliki tidak mengecewakan anda. ATetapi anda yang bertindak mengecewakannya atas permulaan langkah yang salah. Renunglah sejenak, pilihan yang salah, bakal mengundang padah. Pilihan yang bijak, bakal mengelakkan diri daripada tersesak. Yang pasti, Pelita atau Lilin yang kau pilih. Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti