WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 25 November 2013

5 Cara Study Tak Boleh Bla



Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa  yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.


Umumnya, cara study student bermacam-macam. Cara study budak sekolah Bandar lain. Budak kampung pun maybe lain. Tak kira lagi dengan budak pedalaman, maybe lagi lain. Tapi, matlamat mereka hanyalah satu iaitu untuk Berjaya dalam pelajaran selepas mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ialah, Malaysia kan mengiktiraf kecermelangan pelajar dengan sehelai kertas keras.

Apa apa pun, ini dia Mat Santai nak tunjukkan 5 jenis cara study student kat Malaysia ni.


No. 5: Study group.
Study group ni selalu student buat. Dengan ada 3 ke 5 orang, sudah cukup nak belajar cara cam ni. Kalau lebih sangat, mengarut je. Maklumlah, lain kepala lain ragam. Banyak kepala lagi banyak ragam. Sebab tu, study group ni selalu 3 ke 5 orang je.
Kebaikannya, semua ahli kumpulan boleh bagi idea masing-masing. Baru berkembang sikit otak tu. Tapi maybe tak boleh lama lama. Ni sebab daripada study tukar jadi lazy dan pas tu mula la nak sembang sembang. Pasal bola la, facebook la macam macam.


No 4: study dengan bantuan perangsang.
Study macam ni pun kategori manja tak berdikari. Student kena bergantung dengan sesuatu baru boleh nak study. Contoh, study sambil dengar radio atau watching tv. Pun sama kalau lama lama, dia tengok tv, buku syok sendiri. Kalau radio pulak, macam macam muzik sesuai untuk menemani anda menelaah buku. Normally, student sesuai dengan muzik sentimental.
Perangsang kedua ini jenis yang suka nak minum minum. Sebelum study, mesti nak kena bancuh kopi atau Nescafe. Katanya nak elak daripada sleepy. Kadang kadang boleh jadi betul boleh jadi persepsi.
Kalau yang tadi sebelum, yang ni selepas. Selepas dia study, dia mesti nak cagarkan sesuatu yang berfaedah selepas melakukan study tu. Kata lain, beri ganjaran kepada diri sendiri la tu. Tak kisah la, study banyak dapatlah belanja diri sendiri dengan banyak. Study sikit, dapatlah ganjaran sikit. Apa apa pun, wang saku sendiri.


No 3: study sendiri.
Yang ni cara study yang opposite dengan study group. Study ni secara individual. Study jenis ni perlu motivasi dalam diri sendiri dan kesedaran untuk  Berjaya. Perlu ada semangat yang kuat. Tapi agak unik juga, orang yang study sorang sorang ni suka cakap seorang diri. Lagi tak ada orang kat situ, lagi kuat dia melalak bersuara keseorangan. Ye la, tak ada sapa nak teman, atau dia maybe rimas kalau study dengan orang lain. Bukan apa, cakap sorang sorang tu sebab dia nak menghafal, bukan tidak waras. Study jenis ni, boleh lama lama. Selagi semangat masih kuat, selagi tu la kepala tunduk jari menunjuk, mencari buku buku ilmiyah yang boleh dirujuk. Kalau orang kacau, dia mengamuk.


No 2: Study dengan banyakkan latihan
Yang ni pun ramai student buat jugak. Jenis ni menunjukkan student tu tak suka menghafal. Dia cuba banyakkan pengalamannya menjawab seberapa banyak soalan. Ini untuk persedian menghadapi soalan peperiksaan sebenar. Mana la tahu, dalam banyak banyak soalan tu, mesti ada yang mirip mirip soalan exam sebenar. Tapi cara macam ni, banyaklah sikit modal. Beli buku latihan, buku soalan ramalan dan macam macam.
Tapi yang penting, agak santai la jugak. Boleh baca soalan tengok jawapan.


No 1: Study dalam waktu kelas.
Yang ni tak ramai student boleh buat. Cuma yang bijak sana bijak sini ja. Bukan maksudnya study dalam kelas, yang ni maksudnya berikan tumpuan, focus, perhatian semasa guru sedang mengajar. Pas tu, balik rumah tidur. Kalau nak study pun, just remember dalam mind apa yang cikgu ajar tadi. Pas tu, save dalam minda. Buat la folder sikit kat minda tu. Supaya tak la berserabut sangat kepala otak bila nak keluarkan balik info tu. Sebenarnya, minda kita anugerah Tuhan. Paling hebat daripada komputer. Cuma tak manage dengan baik saja. Itulah, hanya orang orang terpilih sahaja yang Berjaya melakukan study jenis ini.
Tapi, Nampak sangat student  yang study cara ni malas melakukan kerja.


Sekian sahaja paparan Mat Santai. Diharapkan kepada calon calon SPM yang masih menduduki kertas peperiksaan, dapat menelaah pelajaran dengan sebaik mungkin dan berupaya mendapat hasilnya daripada cara study anda itu. Sampai jumpa lagi


Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Ahad, 24 November 2013

Etika Majlis Kenduri



Assalamualaikum dan salam sejahtera Mat Santun ucapkan kepada anda. Untuk terbitan yang seterusnya ini, Mat Santun akan menampilkan segmen yang sudah lama tidak ditampilkan iaitu Segmen Renungan. Hari ini, kita akan membicarakan mengenai majlis kenduri kahwin. Al-maklumlah, tidak putus-putus kenduri kahwin bakal diadakan sempena cuti akhir persekolahan sesi 2013 ini.
Soalan untuk anda, banyak jemputan kenduri kahwin yang anda terima?



Tak kisahlah, berapa banyakka majlis kenduri yang anda akan hadiri, meraikan majlis kenduri itu adalah dituntut dalam agama Islam. Sebagai tetamu, kita perlu meraikannya dengan penuh keikhlasan dan menggembirakan tuan rumah. Bagi Tuan rumah itu pula, mereka perlu menyambutnya dengan  penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Yang penting, keredaan dari Allah SWT itu menjadi punca segalanya dalam mengadakan atau menyambut majlis kenduri kahwin sama ada secara besar-besaran mahu pun kecil-kecilan.


Dalam mengadakan walimatul urus ini, maka pelbagai adab dan etika Islam perlu dipatuhi bagi insan yang bernama Muslim. Sejak belakangan ini, banyak kenduri kahwin telah disertakan denga hiburan yang melampau. Sebagai contoh, diadakan sesi berkaroake, nyanyian oleh pemuda dan pemudi serta bermacam-macam lagi. Sedangkan Islam hanya membenarkan hiburan yang berpatutan sahaja dan tidak menyebabkan sesuatu majlis itu melanggari syarak dalam perkara mengenai pergaulan lelaki dan perempuan.


Perbuatan bersalam-salaman juga harus dititikberatkan. Sebagai orang Islam, seseorang perempuan itu hanya boleh bersalaman dengan lelaki yang muhrimnya sahaja. Begitu juga para lelaki. Namun, bagi kanak-kanak tidak diambil kira kerana mereka baru di peringkat mumayiis yakni hanya sekadar dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Oleh itu, tuan rumah perlu berwaspada dalam menyambut tangan seseorang untuk bersalaman. Para hadirin juga perlu mengetahui batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan jangan bersalaman dengan seseorang sesuka hati. Hakikatnya bersalam-salaman itu perkara yang mulia, namun adalah lebih mulia Muslim itu mengikuti syarak yang ditetapkan.


Dalam dunia serba moden ini juga, banyak kenduri kahwin telah diadakan secara bermewah-mewahan. Sebagai contoh, tibina sebuah pentas persandingan untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan, mengenakan pakaian yang mahal-mahal sempena hari kenduri dan dijemput juruhebah serta beberapa kumpulan seni persembahan seperti seni silat, tarian Melayu dan kawad formasi. Memang ada yang menyatakan bahawa mereka mampu mengadakan kenduri kahwin seumpama itu kerana memiliki modal yang besar. Namun, hakikatnya Islam menyarankan umatnya supaya sentiasa mencari kesederhanaan dan berbalik kepada niat untuk mengadakan kenduri tersebut iaitu adalah untuk menghebahkan kepada masyarakat mengenai sesuatu pasangan pengantin yang telah selamat diakadnikahkan.


Walau bagaimana pun, telah menjadi lumrah manusia untuk melakukan yang terbaik dalam sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, adalah diharuskan mengadakan kenduri kahwin itu pada peringkat yang terbaik untuk keselasaan dan tujuan meraikan para hadirinnya. Apa yang pasti, keredaan daripada Allah SWT itu adalah perlu. Sungguh pun kita tidak mampu untuk melihat keredaan itu, namun jauh di sudut hati yang suci mampu untuk menyentuh lalu merasai keredaan dari Allah SWT.


Sehubungan itu, persembahan kompang menjadi salah satu penghias dan penyeri terbaik dalam temasya majlis kenduri kahwin kerana ia merupakan seni kebudayaan Melayu yang telah menjadi maslahah orang Melayu zaman-berzaman. Persembahan kompang berfungsi untuk menyambut serta meraikan kedatangan pasangan pengantin yang berjalan di dalam suatu perarakan. Ianya boleh dijadikan sebagai al-addah muhakkamah yakni adat dijadikan hakim selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dewasan ini, trend sesebuah majlis kenduri kahwin terkenal dengan jemputan juruhebah bagi memeriahkan lagi majlis itu. Ini juga diharuskan selagi tidak bertentangan dengan syarak. Malahan, ia sudah menjadi suatu uruf masyarakat Malaysia dan maslahah bagi hadirin dalam sesuatu majlis kenduri itu. Meski pun begitu, juruhebah itu tidak dibenarkan memainkan lagu-lagu yang melalaikan dan memutarkan lagu-lagu yang dibawa masuk dari dunia hiburan Barat. Lagu-lagu nasyid untuk tujuan mengingati Allah serta alunan muzik marhaban, kasidah atau pun zikir lebih baik dilakukan untuk menggalakkan tetamu dan penerima tetamu sentiasa mengingati Allah dan bersyukur terhadap kenikmatan dalam majlis kenduri yang diadakan itu.


Aspek juadah juga perlu diberi perhatian. Pihak yang mengadakan kenduri kahwin itu perlulah merancang dengan sebaik-baiknya mengenai kuantiti juadah yang akan disediakan kepada para tetamu yang juga telah ditentukan kuantitinya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada tuan rumah atau pihak yang mengadakan kenduri itu mengalami lebihan juadah. Sekali gus ia dianggap sebagai suatu pembaziran. Bukankah membazir itu merupakan amalan syaitan?
Jadi, anggarlah persedian juadah dengan sebaiknya agar tidak berlaku kurangan dan lebihan.


Bagi tetamu, wajiblah mereka yang bergelar Muslim menjaga kehormatan diri terutamanya di antara lelaki dan perempuan. Majlis kenduri kahwin bukan tempat untuk dijadikan pesta bersuka-suka di antara lelaki dan perempuan. Apatah lagi untuk dijadikan tempat berseronok bagi pasangan yang terjerumus di alam percintaan. Remaja perempuan perlu menjaga aurat dengan mengenakan pakaian muslimah yang baik. Ini adalah untuk menghapuskan anasir-anasir yang boleh menjadi zina kecil apatah lagi majlis kenduri ini ialah majlis yang bersifat terbuka dan tahap sosialnya begitu luas dengan kaum lelaki dan perempuan bersama-sama di dalam sesuatu khemah.


Biar pun  begitu, ada di sesetengah kawasan mengikut negeri telah meletakkan kaum lelaki dan perempuan di khemah yang berbeza dalam temasya majlis kenduri tersebut. Malangnya, ia menjadi suatu masalah bagi sesebuah keluarga yang ingin menjamu selera bersama-sama. Ada juga di sebahagian kawasan di sesetengah negeri telah mengatur jadual makan untuk lelaki dan perempuan secara berasingan. Pastinya, tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang permasalahan sosial di antara lelaki dan perempuan berlaku terutamanya yang melibatkan para remaja.


Walau apa-apa pun, carilah jalan terbaik mengikut kemampuan diri sendiri. Allah SWT sentiasa membantu hambaNya yang berada pada jalanNya. InsyaAllah, majlis kenduri kahwin anda akan berlangsung dengan sebaik mungkin. Namun dalam pada itu, renunglah sejenak, ada di antara adat sewaktu diadakan majlis kenduri tidak boleh disertakan bagi Muslim kerana melanggari syarak. Ada sesetengahnya juga diharuskan selagi tidak melanggari syarak dengan mengikut penetapan hukum secara zanni iaitu marsaleh-mursalah. Biarlah agama melanggari adat, jangankan adat melanggari agama.



Sekian dahulu daripada Mat Santun. Mat Santun nak bergegas ke majlis kenduri kahwin kawan Mat Santun pula. Sampai jumpa lagi.



Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Rabu, 20 November 2013

STPM Penggal 1



Assalamualaikum dan berjumpa lagi dalam halaman santun-santai ini. Watak sebenar menemani anda lagi di sini.


Hari ini, semua calon STPM penggal 1 akan mengambil peperiksaan kertas Pengajian Am. Untuk pengetahuan, kertas Pengajian Am ini wajib bagi semua calon STPM untuk mengambilnya dan ia bukannya subjek elektif. Oleh itu, hamper semua pelajar STPM penggal 1 2013 ini memulakan sesi peperiksaan STPM mereka pada hari ini.


Sebenarnya, semalam juga ada sebahagian daripada mereka telah memulakan sesi peperiksaan ini. Antaranya ialah calon yang mengambil kertas syariah Islam. Sementara hari ini pula, Pengajian Am menjadi tirai pembukaan bagi sesi peperiksaan mereka. Sebelah petang pula iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang, kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif menyusur. Apa yang menjadi perhatian watak sebenar ialah ketiga-tiga subjek yang dinyatakan ini diambil dan akan diambil oleh junior watak sebenar di sekolah SMK Tunku Abdul Malik. Selamat berjuang dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik bagi kertas kertas yang masih berbaki. Teruskan usaha anda dan sentiasa berdoa meminta segala kebaikan daripada Allah SWT.


Diharapkan kalian di sekolah itu sama ada dari aliran khas atau aliran perdana dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada sekolah tercinta. Kalian juga merupakan kumpulan yang kedua terawal menghadapi STPM sistem baharu ini. Kalian jugalah yang mewarisi generasi kami untuk menjadi bintang bintang sekolah. Oleh itu, Kekalkan rekod cemerlang yang telah dipegang oleh sekolah pada STPM penggal 1 yang lalu iaitu dapat melahirkan pelajar cemerlang STPM penggal 1 2012 terbaik di negeri Kedah. Semoga kelas persedian university pra u masih dapat dibuka.

Isnin, 18 November 2013

Majlis Jamuan Akhir Tahun Inklusif 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda semua. Dalam tempoh masa yang terdekat ini, halaman enciksantai.blogspot ini belum ada apa-apa terbitan yang menarik lagi. Nantikannya daripada dua boneka kembar itu Mat Santai dan Mat Santun.


Tetapi hari ini, watak sebenar saja nak kongsikan perihal majlis jamuan akhir tahun watak sebenar di sekolah bersama-sama kumpulan inklusif. Majlis ini telah berlangsung pada hari Isnin yang lepas. Kami telah melangsungkan jamuan akhir tahun itu di sebuah pasar raya terkemuka di Bandar Alor Setar iaitu pasifik mall. Lebih kurang pukul 2.00 petang hari Isnin itu, kami menaiki kereta guru-guru terlibat bertolak ke sana.


Dalam kumpulan inklusif, kami hanya ada 11 orang yang terdiri daripada pelajar menengah atas dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas. Jamuan akhir tahun pada tahun ini memang dianggap kelainan sedikit. Ini kerana, kami bukan sahaja makan-makan malahan pergi ke sana untuk bermain boling sebagai acara sampingan. Yang menarik, permainan itu dijadikan suatu pertandingan dan ada hadiahnya.


Sebelum berlangsungnya majlis ini, watak sebenar selaku kapten kumpulan ini telah melangsungkan mesyuarat berkenaan tempat makan dan jenis makanan. Hasil mesyuarat itu, kami sepakat ingin menerkam makanan barat(westen food). Salah seorang daripada kami juga mencadangkan agar aktiviti tradisi  iaitu bertukar-tukar hadiah sesama ahli kumpulan diteruskan pada tahun ini. Sementara salah seorang daripada cikgu pula telah mencadangkan agar jamuan ini disertakan dengan aktiviti bermain boling. Oleh itu, apa yang dirancang sebelum ini tidak menghadapi masalah untuk diterjemahkan sebagai kenyataan.


Pada tahun lepas, watak sebenar dan senior dan junior yang lain melangsungkan jamuan akhir tahun di sekolah. Kami hanya menempah apa menu yang ingin dimakan. Jenis makanannya ketika itu lebih kepada masakan tempatan. Namun pada tahun ini, kami memilih makanan barat iaitu chicken chop, mac-donald, ais krim dan beberapa jenis makanan barat lain seperti dari Italy. Pendek kata, watak sebenar tak ada masalah dengan makanan yang dipilih.


Sampai di sana, kami ke tingkat 4 untuk bermain permainan boling. Bagi watak sebenar, inilah kali pertama watak sebenar bermain permainan ini. Kami bermain dua set dan keseluruhannya adalah sebanyak 20 balingan. Agak menarik juga permainan ini. Pelbagai jenis saiz bola boleh digunakan untuk menjatuhkan 10 buah pin yang telah sedia didirikan. Pada set yang pertama, watak sebenar telah Berjaya menjatuhkan 107 buah pin. Satu pungutan markah yang boleh memberikan semangat di set ke 2. Kami berehat seketika untuk menikmati chicken chop yang disediakan di situ. Sebenarnya, selain watak sebenar, terdapat 2 3 orang pelajar seperti watak sebenar yang belum pernah bermain permainan ini. Memang amat-amat berharga kenangan majlis akhir tahun 2013 ini apabila kami sama-sama menempuh pengalaman baru bermain boling dan menikmati makanan ala barat yang jarang-jarang didapati di tempat yang bergelar hostel. Selepas tamat set yang kedua, kami turun ke bawah untuk meneruskan semula aksi makan. Kali ini dengan hidangan Mac-donald dan makanan Italy. Bermain sambil makan-makan merupakan saat-saat keriangan yang paling bermakna apatah lagi ianya dilangsungkan bersama-sama rakan-rakan di majlis yang sangat-sangat dinantikan oleh semua pelajar iaitu majlis jamuan akhir tahun.


Diharapkan agar tahun hadapan, kapten baru kumpulan inklusif dapat melangsungkan jamuan akhir tahun yang mempunyai kelainannya yang tersendiri Sekali gus menghiburkan semua ahli kumpulan.

Sabtu, 16 November 2013

Sajak Berincang



Assalamualaikum dan salam sejahtera Mat Santun ucapkan kepada anda semua. Terima kasih kerana masih setia bersama halaman santun-santai ini. Hari ini, Mat Santun ingin kemukakan sebuah puisi  moden dalam Segmen Karya Oh Karya. Puisi Moden ini menceritakan tentang keindahan Gunung Berincang yang terletak di Cameron Highland, Pahang.


Semperna cuti persekolahan sesi 2013 ini, bolehlah anda bersama-sama keluarga tersayang merancang percutian untuk ke sana. Lokasinya adalah sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan rasa kesibukan di kota dan ingin melapangkan dada dengan merasai pengalaman berada di balik gunung menghijau. Semoga dengan menghayati bait-bait sajak ini, anda tertarik untuk ke sana.


Berincang


Tatkala mentari senyum di kaki langit,
Melimpah cahaya di balik gunung menghijau,
Dedaun rimba menangis riang,
Memanjatkan doa menadah rezeki,
Begitu juga aku mensyukuri,
Kenikmatan alam terus kurasai,
Ketika kedinginan rakus menggigit tulang,
Menyembah di bumi Berincang.


Jauh di lereng bukit sana,
Pohon-pohon the beratur teguh,
Memancing senyuman para pelancong,
Ketika mentari berarak di pertengahan,
Kebunan kobis turut melambak,
Diapit ladang-ladang strawberi meluas,
Kabus putih terus bertandang,
Melebarkan dirinya ke sana sini,
Manja dibuai hembusan dingin.


Di sana ramai yang berpusu,
Membeli-belah sudahlah tentu,
Penghibur hati tatkala buntu,
Melarikan diri dari masalah kota,
Yang membaham kehidupan saban hari berlalu,
Hingga menjadi mangsa kesibukan duniawi.


Aku masih membuang pandangan,
Menatapi puncak Berincang yang tabah,
Semakin hari bumimu memuntahkan hasil,
Semakin hari bumimu diselimuti keindahan,
Semakin hari mereka merobek kedamaian,
Ghairah membina hutan batu,
Menagih keuntungan yang bukan untukmu.



Nukilan: Watak Sebenar

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti