Jumaat, 27 April 2012
Kebaikan Adam "bahagian 3"
Hai semua, Mat santun datang lagi menemani anda dalam segmen Karya Oh Karya. Ini dia selera terbitan yang ditunggu-tunggu. Kisah Adam bahagian seterusnya. Kali ini apa pula yang budak Adam tu nak buat. Entahlah. Sama-sama kita baca. Yang penting, dapat enjoy.
Waktu rehat sudah bermula. Kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi ruang kantin berpusu-pusu membeli juadah masing-masing. Walau suasananya agak sibuk, namun tahap displin pelajar masih terkawal. Aku tidak bertugas pada hari ini. Baik di kantin atau di koperasi. Kesempatan ini pelu aku gunakan untuk ke perpustakaan. Buku (The Space) yang aku belek tempoh hari masih belum habis dibaca. Hasratku mengajak Haziq untuk turut serta terkubur. Rakanku itu sibuk dengan tugasnya di koperasi selepas ini. Hendak mengajak Amar, teringat pula peristiwa lalu. Waktu itu, aku didenda membayar wang kelewatan memulangkan buku. Hakikatnya, kesalahan itu milik Amar. Selesai makan, aku dan Haziq berlalu dari kantin. Tetapi, Haziq tidak mengikut aku. Dia bakal berdepan dengan pelbagai kerja. Tiba-tiba kedengaran seseorang menegur aku. Panggilan itu seakan melolong dari belakangku. Lantas langkahku dimatikan. Mataku liar mencari suara itu. Suara Akmal rupa-rupanya. Rakan sejawatanku itu seperti juga sibuk dengan tugasnya. Mungkin sibuk mengawal persekitaran kantin.
(Dam, kau free kan. Tolong tengokkan tempat pinggan tu.)
Akmal memulakan perbualan apabila mendapati wajahnya tepat dipandang aku.
(Tolonglah Dam. Kejap je. Aku tak makan lagi ni.)
Kali ini kata-kata Akmal benar-benar menerbitkan simpati. Hati aku seakan berbelah bahagi. Hendak ke perpustakaan melangsaikan hasrat, masakan sesuatu yang malang menimpa Akmal. Mungkin rakanku itu bakal jatuh sakit angkara kelaparan. Bertambah malang lagi, jika kesakitannya disebabkan aku. Hendak menurut permintaan Akmal, terpaksa korbankan keseronokan diri. Kesoronakan untuk menerokai dunia angkasa melalui buku itu. Begitu serba-salah aku dibuatnya. Namun, langkahku lebih tertarik untuk menghampakan kehendak diri. Akmal seperti perlu dibantu. Jika tidak, sesuatu yang malang bakal menanti. Soal perpustakaan, bila-bila saja boleh ditunaikan. Di tempat pinggan itu, Ternyata sesak seperti benar gambaran Akmal tadi. Ramai yang beratur meletakkan pinggan masing-masing dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Sesetengah daripada mereka sesuka hati memotong barisan untuk segera beredar. Jika aku yang mengawasinya, nescaya mereka tidak terlepas. Asal menyalahi peraturan sekolah, semuanya aku catatkan namanya. Di hujung kantin, kelihatan 2 pelajar rancak berlari. Yang di hadapan dikejar. Yang di belakangnya pula mengejar. Entahlah apa yang mereka mahukan sehingga berani berlari di kawasan sesibuk ini. Mereka seperti pelajar tahap 2. Tetapi, itu tidak mustahak untuk diketahui. Yang penting, nama mereka pada tanda nama perlu dicatatkan untuk laporan displin. Belum sempat berbuat demikian, pelajar di hadapan tadi sudah rapat menghampiriku. Begitu jelik lagi apabila dia turut menatang pinggan yang penuh berisi sisa makanan. Aku sempat mengelak rempuhannya.
(Lain kali, kalau bawa pinggan tu jangan nak berlari-lari. Kena orang lain kang, kotor pulak.)
Tegur aku terhadap pelajar tadi. Hati aku bertambah panas memerhatikannya yang memotong barisan untuk meletakkan pinggan.
Tiba-tiba seorang lagi berlari ke arahku. Kali ini pelajar yang mengejar pelajar tadi. kali ini juga aku gagal mengelak pelanggarannya. Tanpa diduga, separuh lengan kiri bajuku kotor dimamah sisa-sisa makanan yang keluar dari pinggannya. Aku segera ke tandas untuk memulihkan keadaan. Kejadian itu benar-benar memalukanm aku. Lebih memalukan lagi, ramai yang berada di situ sempat menghayati drama tersebut. Aku yang tadi gagah mempamerkan kuasa pengawas kini berubah kepada seorang pemalang. Tetapi, itu sudah berlalu. Lebih merisaukan aku sekarang apabila hendak berdepan dengan pelbagai soalan mengenai lengan bajuku nanti. Pasti rakan sekelas dan guru berasa hairan melihat keadaannya yang basah.
(Nasibku mungkin baik jika ke perpustakaan. Barangkali kejadian tadi tidak berlaku.)
Fikirku dalam hati sambil berjalan menuju kelas.
Loceng berbunyi menamatkan sesi persekolahan. Aku mahu segera pulang. Aku tidak mahu lagi sesiapa yang bertanyakan soal lengan bajuku walau pun sudah semakin kering. Apatah lagi, Mushroom Soup bakal menyambut kepulanganku di rumah. Ibuku telah berjanji untuk menyediakan menu kegemaranku itu. Kebelakangan ini, Ibu dan aku sudah semakin mesra. Malah ibu dan Cik Bedah juga turut begitu, sudah leka dengan gubahan bunga mereka. Cik Bedah juga seakan mengetahui siapa yang bersalah dalam kejadian tempoh hari. Mujurlah Badrul yang menyudahkan segalanya. Dialah yang berterus terang kepada pemilik tingkap yang pecah itu. Sebab itu jugalah aku dihadiahkan menu sesedap hari ini. Cepat-cepat aku mendapatkan basikal kemudian meletakkan beg di belakang. Ketika itu juga Aizat, rakan sekelas memnaggilku. Katanya Haziq meminta bantuan. Mungkin terlalu sibuk di koperasi itu. Aku masih tercegat mempertimbangkan permintaan itu sementara Aizat sudah berlalu.
(thank you, Dam. Kalau kau tak datang tadi, gerenti sesak nafas dibuatnya.)
Haziq bersuara sambil sibuk mengemas buku-buku di rak-rak di koperasi itu.
(yelah Ziq. Bukan tu je, entah-entah berat badan pun turun sekali.)
Aku menyambut perbualan Haziq sambil melayan beberapa pelajar di kaunter yang ingin membeli peralatan tulis.
Seketika, kedengaran ketawa bergema memecah ruang bilik itu.
Tepat 3 petang. Hasratku untuk menikmati Mushroom Soup telah pun pudar. Aku hanya mampu merenung mangkuknya yang ketandusan lauk di dalamnya. Kuahnya juga sudah kering-kontang. Seleraku petang itu benar-benar mati. Hanya kelaparan saja yang mendorong aku untuk terus makan.
(Sorry Adam. Tadi, Mak Su Yati kau datang. So, ibu jamu lunch kat dia. Tak sangka pulak anak-anaknya gemari Mushroom Soup.)
Pujuk ibu. Jari-jemarinya mengusap lembut rambutku.
(Takpe lah ibu. Lauk lain masih ade. Lagi pun, salah Adam jugak sebab balik lambat.)
Aku berusaha untuk mewujudkan kecerian. Namun, di hati terselit rasa kecewa dan menyesal. Aku tidak menyangka Mak Su Yati menziarahi rumahku. Kalau aku tahu, nescaya aku akan pulang lebih awal. Menikmati juadah itu bersama mereka. Biarlah Haziq keseorangan dengan tugasnya. Biarlah aku menyombong diri tadi. Malangnya, itu sudah berlalu. Mungkin rezeki hari ini tidak berpihak kepada aku.
Matahari sudah mulai merembang. Satu per satu cahayanya garang menyinari persekitaran sekolah. Begitu juga Cikgu Ramli yang rancak menggarang terhadap aku. Zon membebel sudah aku lalui. Yang hanya menanti ialah zon hukuman seterusnya. Jika direnungkan, memang salah aku. Aku tidak sepatutnya berjual sewaktu pembelajaran. Apatah lagi waktu matematik ini. Aku tidak menyangka hasrat baiku memperkenalkan barangan koperasi di kelas mengundang padah kepada diri. Itu pun kerana Naim dan yang lain sibuk menyoalkan tentang itu. Aku benar-benar ghairah untuk menjelaskannya. Lebih mengghairahkan, aku sanggpu mendahulukan wang sendiri untuk pihak pembeli. Asalkan barang itu habis dijual. Lagi pun, yang berhutang itu bukan orang lain. Hanyalah rakan-rakan sekelasku juga. Semuanya untuk kebaikan koperasi sekolah juga. Namun, diriku pula yang dirundung malang. Keghairahan aku tadi membuatkan aku tidak perasan Cikgu Ramli telah muncul kembali di kelas.
(Ingat Adam. masa di kelas bukan untuk menjual barang. Memang niat kamu tu baik, tapi biarlah kena masanya. Faham!)
Suara Cikgu Ramli benar-benar memecah kesepian kelas.
Aku kembali ke tempat duduk asal selepas dilepaskan. Masuk hari ini, sudah 4 rasa malu yang aku hadapi dalam seminggu. Aku seakan sudah lali apabila dimalukan depan rakan-rakan.
(Kalau aku tahu Cikgu keluar sekejap saje, tak aku layan budak Naim tu. Tanya macam-macam. Bukan nak beli pun.)
Rungut aku dalam hati.
Loceng rehat sudah kedengaran. Aku bercadang untuk bersendirian ke kantin. Sekali-sekala ingin juga mengasingkan diri. Bukan bermaksud menyombong, tetapi sekadar mencari ketenangan. Sedang aku melayan nasib diri, muncul seorang pelajar junior meminta pertolongan. Aku seperti mahu menolak harapannya, namun terpapar pula kata-kata ibuku dahulu yang menggalakkan aku supaya ringan tulang. Tanpa bersoal, aku menuruti sahaja kehendaknya. Memang menjadi amanah seorang pengawas juga untuk terus membantu pelajar. Apatah lagi budak itu hanya meminta aku mendail nombor telefon menghubungi rumahnya. Kejam pula dirasakan jika aku menghampakan permintaannya.
Namun, seakan sukar pula untuk aku berbuat demikian. Syiling sudah aku masukkan, namun taliannya tidak berperwatakan seperti biasa. Apakah aku tersilap mendail. Aku mencuba sekali lagi. Ternyata gagal penamatnya. Aku menjadi hilang fokus terhadap telefon awam itu. Sementara budak itu fokus merenung aku.
(Abang, kalau tak boleh buat. Takpelah. Adik minta cikgu yang buatkan)
Nada budak itu sedikit rendah. Aku dapat mendengar jeritan kekecewaan menyelubungi hatinya. Demi tidak menghampakan harapannya, aku mencuba sekali lagi. Kali ini lebih teliti. Timbul pula perasaan marah kepada diri. Tidak mungkin aku yang darjah 4 ini tidak pandai menggunakan perkhidmatan itu. Seketika kemudian, budak itu datang dengan diiringi seorang cikgu. Mungkin budak itu telah patah hati untuk menunggu aku mengotakan hasratnya.
(Adik, telefon ni rosak. Tak nampak ke ade tulisan pemberitahuannya di atas tu.)
Cikgu itu bersuara menjelaskan sesuatu. Jarinya diarah pada sesuatu papan yang bertulisan.
Mendengar kata-kata cikgu itu, barulah aku tahu mengapa syiling yang ditelan dimuntah kembali. Sekali lagi rasa malu menyelebungi jiwa. Aku terlalu terburu-buru untuk membantunya tanpa melihat tulisan peringatan itu. Kali ini lebih malu kerana berdepan dengan seorang pelajar junior. Lebih memalukan, Cikgu Khairul yang menjelaskannya.
(Adam, lain kali check dulu telefon tu rosak ke tidak. Kat atas tu kan ade penerangannya. Tak kan tak boleh baca.)
Cikgu Khairul menegur aku apabila mendapati aku yang memberi pertolongan kepada budak itu. Selepas menghulurkan syiling melik budak itu semula, aku segera berlalu meninggalkan tempat itu. Aku tidak mahu ada yang sempat menyaksikan drama itu. Jika itu terjadi, pasti drama seterusnya bakal terungkap. Peristiwa lucu tadi mesti dicampurrojakkan agar tampak menarik.
Hari sudah semakin rancak merangkak. Matahari yang ceria pagi tadi tiba-tiba bermuram duka. Langit juga berubah gelap seolah-olah memanggil hujan. Biar pun sudah tamat sesi persekolahan, tetapi aku masih belum pulang. Aku perlu bersama-sama Amar dan Haziq untuk mengulang kaji pelajaran. Esok peperiksaan pertengahan tahun akan bermula. Sebagai persediannya, aku perlu memanfaatkan peluang yang ada. Peluang belajar bersama rakan-rakan. Kaedah pembelajaran itulah yang selalu aku amalkan. Tambahan pula, cara itu tidak pernah mengecewakan aku dalam keputusan peperiksaan.
(Dam, Lina dan Amar. Aku balik dahulu. Lagi pun hari macam nak hujan ni.)
Haziq memulakan perbualan setelah agak lama mereka tekun menelaah buku. Kemudian, menyambung percakapan. Wajahnya tepat memandang wajah aku.
(Kau tak nak balik dulu, Dam? )
Aku tidak menjawab. Hanya menggeleng.
(Yelah, Dam. Hari dah mendung ni. Aku dan Amar ok, sebab kitorang naik kereta.)
Giliran Lina pula memberi cadangan. Matanya masih tekun melihat nota-nota di hadapan. Kelihatan di situ dedaun melambai-lambai ditiup angin seperti melambai Haziq yang baru saja melangkah pergi.
(tak apelah, Lina. Hari mendung tak bermakna hujan. Lagi pun, aku kan dah janji nak ajar Math kat kau dan Amar karang.)
Jawab aku selambe sambil menguntumkan senyuman.
Lina tidak membalas kata-kata aku tadi. dia hanya memparmerkan kecerian. Amar juga begitu. Mungkin mereka bergembira dengan janji aku tadi.
(Assalamualaikum, ibu.)
Aku memberi salam. Sementara tanganku terus mengetuk pintu rumah. Puas aku memanggil. Namun tiada yang menjawab. Hujan di luar masih menggila. Kali ini lebih hebat dengan kehadiran kilat sambung-menyambung beraksi, cukup menggerunkan aku. Yang malangnya, ketika keadaan sebegitu tadilah aku mengangkat kaki. Memang diharapkan aku hujan akan reda. Tetapi, semakin aku mengharapkan yang itu, perkara sebaliknya pula berlaku. Pintu pagar sekolah hampir perlu ditutup. Apa yang boleh kubuat hanyalah meredahi saja hujan itu. Jika tidak, nescaya di sekolahlah hotel penginapan aku malam ini.
Jika difikirkan tentang nasihat Lina tadi, tentu aku terselamat daripada basah kuyup. Memang nasib kurang baik kerap kali aku terima. Keghairahan aku mengajar Amar dan Lina tadi benar-benar telah menyusahkan diri sendiri. Situasi itu sudah berlalu, yang baru pula mendatang. Aku hanya mampu tercegat di depan pintu rumah. Seperti tidak membenarkan aku masuk. Mataku merenung aksi-aksi ganas kilat dan petir berentap. Sementara hujan menjadi saksi menjerit sorakan. Semakin lebat hujan, semakin hebat dua pihak itu beraksi. Kemudian mataku merenung beg sekolah. Ternyata keadaannya basah. Sama seperti aku.
(manalah ibu pergi. Kalau aku balik awal tadi kan bagus. Tak lah jadi macam ni. Takde la lepak kat luar macam ni.)
Rungut aku sendirian. Aku menghampiri ampaian yang tersedia di halaman rumah. Aku mengambil tali leher dari dalam poket seluar yang turut bermandi hujan. Kemudian, aku menggantungkannya di ampaian itu. Hari ini saja, sudah banyak nasib malang mengiringi aku.
Masuk minggu ini, sudah hampir semua peperiksaan pertengahan tahun berlangsung. Bagi aku, soalan Sains tadi benar-benar menguji minda. Banyak juga soalan yang merungsingkan untuk diterjemahkan sebagai jawapan. Namun demikian, itu sudah selesai. Masih berbaki 2 subjek lagi yang belum dijamah. Mungkin yang 2 itulah kekuatan aku kelak. Aku perlu ke koperasi secepat mungkin. Aku perlu mengembalikan semula barangan yang tidak habis dijual tempoh hari termasuk wangnya juga. Sebagai seorang yang diamanahkan, aku perlu mengendalikannya dengan sebaiknya. Apatah lagi berkaitan dengan wang koperasi. Aku tidak mahu dianggap penggelap wang jika meringan-ringankan tugas ini. Setiap yang membeli, pasti aku catatkan namanya serta memungut wang darinya. Namun hakikatnya, hanya beberapa sahaja yang berbuat demikian. Yang lain, seperti berpura-pura untuk membayarnya. Puas juga aku bertekak, kesudahannya tetap gagal. Akhirnya, terpaksalah aku mendahulukan wang sendiri. Salah aku juga kerana terlalu baik dengan mereka. Aku sanggup menawarkan kredit kepada mereka biar pun itu tidak disuruh oleh Cikgu Khairul. Bagi aku, biarlah wang sendiri yang digunakan, asalkan bukan aku yang dianggap tidak berguna. Jika sebaliknya, nescaya hukuman terarah kepadaku. Nescaya juga aku dituduh mengambil wang koperasi.
Selepas menyelesaikan perkara itu, langkahku terus menuju ke basikalku. Aku tidak mahu menyertai Amar dan yang lain menelaah pelajaran. Bukan ingin mengasingkan diri, tetapi khuatir bakal mendatangkan kecelakaan. Sesampainya di rumah, ibu menyambut seperti biasa. Menyambut kepulanganku dengan mekaran senyuman. Namun, berselang beberapa minit, wajah ibu berubah. Kali ini berubah kepada kemarahan.
(Adam, kenape markah exam BM kamu rendah.)
Tiba-tiba suara ibu melolong kuat. Kertas peperiksaan Bahasa Melayuku dipegang kasar.
Belum sempat aku berkata. Muncul pula kata-kata yang baru daripada ibu.
(Adam, ibu dah pesan. Jangan banyak main bola. Exam Bm pun dah teruk. apatah lagi yang lain.)
Suara itu masih mengganas memecah kesepian tengah hari.
Aku terdiam membatu. Pelbagai penjelasan mahu aku lontarkan. Namun aku tahu, semua itu tidak diterima ibu. Salah aku juga sebab meletakkan kertas itu di atas meja. Memang aku akui, Markah itu merosot. Tetapi, itu mungkin kerana diriku yang dilanda demam tempoh hari. Keadaan itu serba sedikit merencatkan mindaku untuk bertindak cerdas. Sekali lagi salah aku. Nasihat Lina ditolak mentah-mentah. Malah, aku sanggup berhujan ketika pulang dari mengulang kaji. Akibatnya, demam menggigitku sewaktu peperiksaan pertama dimulakan tempoh hari. Hari ini saja, sudah banyak kesedihan terus-menerus dipersembahkan kepada aku. Ibu sudah berlalu dari menjadi singa lapar, Aku masih duduk mengenangkan nasib diri.
Bersambung.
Teruskan menanti Kisah Adam dalam Bahagian-Bahagian seterusnya. Adakah Adam sudah berputus asa untuk berbuat kebaikan? Atau sebaliknya? Nantikan kesudahannya.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan