Jumaat, 27 April 2012
Hati-hati bila bekerja episod 1
Salam sejahtera kepada semua yang setia bersama halaman ini. Ini Mat Santai ingin menghidangkan anda sebuah cerita yang bersifat mistik. Dikisahkannya, ada seorang peguam yang telah berkunjung ke rumah pelanggannya bagi membincangkan soal urusan pembahagian tanah peningalan arwah ayah kepada pelanggannya itu. Ingin tahu lebih lanjut, silalah hayatinya.
Hujan yang menggila awal petang tadi sudah sedikit beransur puleh. Kereta aku meluncur laju membelok ke sebuah simpang 3 berhampiran kawasan ladang-ladang milik orang-orang kampung. Hari ini, aku perlu hadir ke rumah Bijan. Sebuah rumah milik salah seorang pelangganku yang berurusan soal pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah bapanya. Segala dokumen penting mengenai hal itu telah aku bawakan. Bahkan surat wasiat tentang pengakuan arwah juga telah aku sertakan. Aku tidak mahu adik-beradik Bijan bertelagah atas penjelasan aku nanti. Tambahan pula, arwah bapa mereka itu kaya dengan tanah pusaka dan ladang. Jika berlaku seperti apa yang aku jangkakan, surat wasiat itu ada menterjemahkan bukti yang lahir dari pengakuan bapa mereka sendiri. Hampir sertiap hari aku begini. Sibuk dengan urusan kerja tidak kira masa walau pun lewat petang sebegini. Memang tugas seorang peguam seperti ini. Jika tidak rajin memancing pelanggan, masakan mampu memancing rezeki.
7.30 petang. Ketika ini aku baru sahaja tiba di pekarangan rumah Bijan. Halaman rumahnya luas dengan dipagari bermacam jenis bunga. Sungguh kelihatan cantik permandangan di luar dengan dihiasi pula rumput-rumput kapit yang menumbuh rapi. Amat sesuai untuk seseorang merehatkan minda setelah penat bekerja. Amat sesuai juga untuk menenangkan fikiran dengan membuangkan pandangan ke dedaun hijau yang mempersonakan.
Aku dijemput naik ke rumah oleh Bijan. Sekali lagi aku dipanah rasa terpegun melihatkan ruang bahagian dalam rumahnya. Lantai papan yang kukuh terbaring rapi serta ukiran ala Inggeris yang berhias pada dinding-dinding benar-benar mempersonakan. Yang lebih mengejutkan aku, bahagian luar rumahnya lebih berunsurkan kemelayuan tetapi dalamnya begitu berbeza.
(Tuan, silalah duduk. Saya nak hidangkan makanan.)
Pelawa Bijan. Lamunan aku terhenti memikirkan keunikan kediaman itu. Seketika, aku melebarkan senyuman. Seketika juga, Bijan menatang sebuah dulang yang penuh berisi buah-buahan.
Memang bernasib baik hari aku kali ini. Baru sahaja berhajat membeli durian di gerai orang-orang kampung di sini, rja buah itu sudah berada di hadapanku. Lebih enak lagi, Bijan yang menghidangkannya. Tiba-tiba terdengar sebuah suara ketawa seakan melingai. Kemudian, suara itu bercakap sendirian. Suara itu seakan milik wanita. Sayup-sayup aku mendengar kertawa itu dari hujung rumah, Namun jelas di gegendang telingaku. Serta-merta reaksi muka aku mempamerkan perubahan. Perubahan yang menterjemahkan ketakutan. Mujurlah Bijan memberitahu segala-galanya. Katanya, suara itu adalah milik suara isterinya. Perempuan itu ditimpa penyakit kurang siuman. Kata Bijan lagi, Sejak kematian anak sulung mereka, isterinya itu serta-merta berubah. Namun, Bijan pasrah dengan ketentuan tuhan. Biarlah kehidupannya begitu. Asalkan masih mampu meraih kebahagian dari pada nikmat berumah-tangga.
Beberapa minit kemudian, orang yang dimaksudkan Bijan itu muncul di ruang tamu. Perempuan itu betul-betul berdiri di hadapanku. Rambutnya perang keputih-putihan kelihatan tidak terurus. Orangnya tinggi lampai seperti isteri Bijan itu berasal dari Inggeris. Kemudian, ketawa tadi terdengar lagi. Pandangan perempuan itu tepat mengarahkan pada pandanganku. Aku tidak tahu bagai mana hendak membalasnya. Aku hanya mampu merenung anak mata birunya dengan renungan yang kosong. Aku mengerti perempuan ini dipanah kegilaan. Sebab itulah hidangan aku tadi, Bijan yang sediakan. Aku juga telah mengerti bahawa perempuan itu memang orang Inggeris.Itu pun, Bijan yang memberitahu. Patutlah terdapat banyak hiasan berunsurkan Inggeris di rumah ini. Sesekali aku berfikir, bertuah juga pelangganku ini memperolehi pasangan hidup yang berbeza budaya.
(Apa khabar, tuan?)
Perempuan itu bersuara mengiringi cengkerik-cengkerik yang bernyanyi di luar. Suaranya bergetar-getar. Namun, aku masih dapat mendengarinya. Begitu menghairankan, masakan perempuan nanar ini boleh berkomunikasi walau pun tidak sebegitu baik percakapannya tadi.
(khabar baik.)
Jawabku ringkas.
Dengan tidak semena-menanya, sepucuk surat dihulurkan kepada aku oleh perempuan itu. Tindakannya turut disertai dengan nyanyian-nyanyian kecilnya.
(Tuan ambillah. Anak sulung aku yang bagi. Dia pesan kasi kat tuan.)
Ada nada sedih melekat pada suaranya tadi. Mungkin dirasakan kecewa atas kematian anak sulungnya. Tiba-tiba suara itu ketawa lagi. Kali ini berdekah-dekah. Agak lama juga aku memerhatikan. Kemudian, dia bersuara lagi.
(Anak aku tak mati lagi, Tuan mesti tahu, anak aku di mana?)
Sungguh mengejutkan aku apabila suara itu sedang bercakap dengan aku. Yang memeranjatkan, ia datang dalam bentuk persoalan yang entah apa yang perlu aku jawab.
Tepat 9 malam, aku memulakan penjelasan mengenai wasiat yang ditinggalkan abahagian.)
rwah bapa Bijan. Wasiat itu hanya berkisar tentang pembahagian tanah pusaka milik keluarga mereka.
(Mana boleh begini, tuan. Abang saya tidak berhak diberi apa-apa bahagian.)
Tiba-tiba, suara Bijan bertekak kuat. Serta-merta wajahnya berubah bengis. Dari renungan matanya, ada api kemarahan yang cuba dilemparkan bila-bila masa sahaja. Serentak dengan itu, terdengar suara isteri Bijanseolah-olah bercakap sesuatu. Mungkin bercakap seorang diri. Tidak boleh dinafikan, memang itulah perangai orang kurang siuman.
)Saya tahu wasiat itu menjelaskan yang benar. Tetapi, itu dulu. Kini, segalanya telah berubah. Sebelum arwah mati, dia ada kata bahawa abang tidak berhak mewarisi hartanya.)
Kepala aku mulai dihimpit kecelaruan. Aku menjadi serba-salah. Hendak mengikut arahan wasiat itu salah, hendak menurut saja kata-kata Bijan pun salah. Tetapi, walau pun benar apa yang dikatakan Bijan itu, namun prosedurnya masih perlu berlandaskan wasiat. Wasiat itu adalah bukti segala-galanya. Aku mengambil keputusan untuk melihat sendiri tanah ladang milik mereka di sekitar kawasan itu keesokannya. Hajat aku dipersetujui Bijan. Segala urusan tadi tergendala sebentar dan bersambung esok. Aku juga terpaksa tidur di rumah pelanggganku itu. Mujurlah, Bijan berhati mulia. Sanggup melayan kedatanganku ini sebagai tetamu malamnya. Aku juga tidak terlalu asing berada di situ. Sudah 2 kali aku berkunjujng ke rumah ini atas urusan kerja. Itu pun semasa dulu. Semasa arwah bapa Bijan masih hidup lagi. Jika dahulu, arwah selalu meminta nasihat dari pada aku tentang dunia perniagaannya. Ketika itu, aku tidak mengenali Bijan kerana lelaki itu melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
(Tuan boleh tidur di bilik belakang. Mari, saya tunjukkan.)
Pelawa Bijan kepada aku menganggap aku sebagai penasihat serta tetamunya.
Dari riak mukanya tadi, terbit sebuah senyuman manis. Entah senyuman apa yang dipamerkan kepada aku. Renungan matanya juga agak tajam memanah anak mata aku. Entah apa yang difikirkan Bijan tentang aku. Adakah lelaki ini tidak berpuas hati atas penjelasan aku sebentar tadi. Atau, adakah ada sesuatu yang difikirkannya untuk kepentingan aku. Segalanya seakan sukar untuk diduga.
Bersambung...
Nantikan kisah (Hati-hati bila bekerja) dalam bahagian seterusnya.
Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan