EURO 2012
Ditaja oleh Coco Cola
Digemuruhkan Oleh Halaman Santun-Santai
England: Mudah-mudahan kami mampu bermain pada tahap yang terbaik dan tidak mengecewakan peminat.
Portugal: Harapan kami agar dapat meraih kejuaraan untuk euro kali ini dan berharap untuk tidak bertemu spain.
Jerman: Semua persedian yang rapi telah dibuat untuk memenangi Euro kali ini.
Belanda: Ayuh peminat semua, berikan sokongan kepada kami selaku naib juara Worl Cup 2010 untuk bergelar juara Euro pula.
Itali: Prestasi semua pemain berada pada tahap yang terbaik dan bersemangat untuk memulakan perlawanan.
Perancis: Diharapkan agar kami Berjaya menewaskan England dan seterusnya berusaha meraih kemenangan demi kemenangan.
Sepanyol: Kami akan cuba melakukan yang terbaik hanya untuk peminat.
Pastinya suara-suara ucapan tadi cukup untuk menggambarkan betapa panasnya fenomena Euro 2012 tahun ini. Selamat sejahtera dan salam Euro watak sebenar tujukan kepada semua. Paparan kali ini adalah untuk membicarakan mengenai dunia bola sepak. Pastinya gerbang Euro 2012 akan dibuka pada 8 June 2012 jam 6.00 petang waktu tempatan. Lokasi perlawanan tidak perlu disebut lagi kerana pastinya semua sudah sedia maklum. Ini kerana, ramai yang telah sibuk memperkatakan mengenai Euro 2012 ini. Dan. Pastinya juga, semua pasukan yang bertanding berusaha untuk berada pada landasan yang terbaik sebagai persiapan terakhir mereka.
Jika Skuad England telah menukar jurulatih mereka untuk bersiap sedia, Itali pula masih dibelengu konflik para pemain kerana ada pemain yang tidak dapat diturunkan atas sebab kes siasatan polis. Team Belanda yang tiba lebih awal di tempat pertarungan seperti bersemangat dan sudah memulakan latihan pemanas badan. Jerman pula ketika ini memperlihatkan aksi terumbang ambing selepas tewas kepada Switzerland 5 berbalas 3. Pasukan Portugal pula semakin yakin dengan para pemainnya dengan meletakkan penyumbat gol kedua terbanyak Liga Sepanyol sebagai peledak utama serta selaku ketua pasukan mereka. Walau apa-apa pun persiapan yang mereka lakukan, saya tetap dengan Jerman selaku team pilihan saya zaman-berzaman.
Jika kita melihat kepada jadual perlawanan, Jerman yang diletakkan sebagai juara pilihan kedua diundi bersama-sama Belanda, Portugal dan Denmark dalam kumpulan B. Situasi ini memberikan Jerman jalan maut untuk memimpin kumpulan B seterusnya bermain dalam pusingan kalah mati. Ini kerana, Jerman terpaksa berdepan dengan Portugal yang mempunyai pemain penyumbat gol kedua terbanyak dalam Liga Sepanyol. Selepas itu pula, Jerman perlu menentang naib juara Worl Cupselanjutnya menewaskan Denmark.
Walau apa-apa pun, berusahalah Pasukan Jerman untuk memperoleh gelaran juara Euro 2012. Pedulikan tentang ramalan kemenangan oleh roh si sotong kurita itu sebaliknya sentiasa focus sepanjang 90 minit perlawanan dan berusaha sebaik mungkin. Diharapkan agar ledakan gol oleh Thomas Muller tidak putus-putus dalam setiap perlawanan mereka. Semoga Jerman tidak kecewa seperti 4 tahun lalu yang tewas kepada Sepanyol. Pendek kata, teruskan menyokong Euro 2012. Jerman pilihan pasukan saya, dan anda pula bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan