WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 30 Mei 2012

Pemimpin

Selamat bertemu lagi dalam Halaman Santun-Santai. Mat Santai menemani anda lagi dengan membawakan segmen sembang santai. Untuk paparan selanjutnya ini, kita akan membicarakan mengenai pemimpin. Moga-moga, anda semua dapat membacanya.


                Pemimpin, satu jawatan yang paling tinggi dalam sesebuah organisasi tidak kira sama ada kecil atau besar. Namun apa yang pasti, tugasnya amat besar. Apa khabar para pemimpin di dunia reality serta maya? Diharapkan anda semua sihat dalam sejahtera. Hari ini bukanlah sesuatu yang istimewa bagi kamu. Bukannya juga hari sambutan bagi kamu. Tetapi, Mat Santai terpanggil untuk membicarakan mengenainya.
                Rentetan daripada paparan Situasi Masjid yang ada menyebut soal pemimpin, jadi Mat Santai ingin memanjangkan lagi topic mengenainya. Semua orang di dunia ini ialah pemimpin. Ketua Negara menjadi pemimpin kepada rakyatnya. Ketua negeri menjadi pemimpin kepada penduduk negerinya. Penghulu menjadi pemimpin kepada masyarakat setempatnya. Seorang bapa menjadi pemimpin kepada ahli keluarganya. Seorang insan menjadi pemimpin kepada diri sendiri. Tetapi, bukan aspek jawatan yang ingin diperkatakan. Yang penting hanyalah aspek tanggungjawabnya. Pemimpin yang berkepimpinan mampu membuatkan anak buahnya terpimpin.
                Apa yang sedang para pemimpin lakukan sekarang ini? Masih mampu menyaksikan amanah yang dilakukan satu per satu. Ataukah , amanah itu yang menyaksikan satu per satu dengkuran tidurmu yang panjang. Adakah kamu bekerja untuk duit. Ataukah duit yang bekerja untuk kamu. Jika itu berlaku, nescaya kamu pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Rela menerima rasuah serta membuat fana terhadap organisasi sendiri Semata-mata untuk mengarahkan duit bekerja ke atas diri.
                Tahukah kamu? Setinggi mana kamu di atas sana, tinggi lagi langit di atas kepalamu. Apabila memandang ke bawah, ramainya orang di bawah tapak kaki kamu. Berpusu-pusu beratur menghampiri kamu. Terputik di hati perasaan bangga apabila merenung ke bawah. Jangan menjadi hidung tinggi dengan status diri. Ketinggian status kamu bukan bermakna boleh dipandang tinggi. Ini kerana semakin kamu ditinggikan oleh anak buah, semakin tinggi kamu bergelar seorang kuli. Sana sini ada sahaja tugas yang ingin disempurnakan. Semuanya untuk pihak yang berada di bawah kamu. Semuanya dikulikan oleh anak buah sendiri. Lihat sekililing, seorang pemimpin berlari ke kiri kanan mengejar tugasan. Sekali pandang seperti hero. Dua kali pandang semacam patung boneka. Patung boneka yang dikawal oleh anak buah sendiri untuk bekerja terhadap organisasi sendiri.
                Apa-apa pun, selamat menjalankan tugas buat semua yang bergelar pemimpin. Laksanakan harapan yang diminta oleh anak buah dengan sebaik-baiknya. Tidak perlulah halaman ini bertekak lagi menegur pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Tidak perlulah lagi perkataan (wahai pemimpin. Jangan berfoya-foya. Jangan berasuah. Jalankan tanggungjawab diri.) kedengaran di sana sini. Mengapa ingin bersikap seperti pahat dengan penukul sedangkan kamu bergelar seorang pemimpin. Akhir sekali, semoga pihak di bawah kamu senang dengan cara kamu memimpin. Semoga kamu juga senang dengan mereka.

Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan