Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda yang melawati blog Enciksantai.blogspot. Belakangan ini, blog ini memang tidak menerbitkan apa-apa terbitan. Watak sebenar memohon maaf atas keadaan itu. Hari ini, watak sebenar kembali menemani anda untuk menceritakan hal diri ini.
Syukur Alhamdulillah watak sebenar ucapkan kerana watak sebenar telah pun dapat melengkapkan kertas projek Pengajian Am yang bersifat kajian ilmiyah ini. Kertas projek ini memakan masa yang panjang untuk disiapkan. Namun, terdapat 2 buah lagi kertas projek iaitu yang berkaitan dengan subjek sejarah dan syariah masih belum dilengkapkan. Insyaallah, sebaik sahaja buka sekolah ini kedua-dua kertas projek itu akan dihantar.
Watak sebenar berasa bertuah kerana memiliki pengalaman pertama dalam membuat kertas projek bertaraf university. Kini, kertas projek pertama yakni kertas projek Pengajian Am itu akan dihantar pada esok hari. Moga-moga watak sebenar menyiapkannya berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). Pada mulanya, watak sebenar berasa bimbang takut-takut watak sebenar gagal untuk melengkapkan kertas projek ini. Namun, segala berubah apabila kita memiliki usaha, minat dan semangat untuk melaksanakannya. Namun, ketika menjalankan kajian dahulu, banyak cabaran perlu dihadapi. Oleh sebab kajian watak sebenar tertumpu di pasar malam, watak sebenar terpaksa berhadapan dengan para peniaga yang sentiasa sibuk untuk memberikan borang soal selidik. Ada juga perasaan serba salah ketika itu. Watak sebenar juga melakukan survey penawaran harga barangan basah yang ditawarkan di antara pasar malam, pasar basah dan pasar raya berdekatan. Jika difikirkan, memang menarik aktiviti sepanjang kajian lapangan itu.
Namun, yang paling menyusahkan rasanya ialahkertas projek Syariah. Oleh sebab kajian ini berkaitan dengan jenayah ragut menurut undang-undang Islam, watak sebenar perlu memperoleh statistik jenayah ragut dalam tempoh tertentu daripada IPD Balai Polis Kuala Muda. Selain itu, kena banyak mengkaji buku-buku fekah untuk memperoleh maklumat berkenaan. Yang paling membosankan apabila membuat temu janji dengan pihak polis. Kesulitannya serta urusannya, hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya. Mungkin Piagam Pelanggan mereka tidak sebegitu baik bagi pendapat watak sebenar. Bukan nak kata tapi sudah nyata.
Yang terakhir ini ialah kertas projek Sejarah. Yang ini hanyalah esei ilmiyah bukannya kajian ilmiyah. Namun, esei itu perlu ditulis dalam bilangan patah perkataan antara 2500-3500 patah perkataan. Kajian kertas projek Sejarah ini hanya banyak menggunakan kaedah perpustakaan dalam memperoleh maklumat dan data berkaitan. Taklah buat kajian lapangan sampai kena tebal muka nak minta sesuatu daripada orang lain. Esei ilmiyah ini berkaitan dengan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia. Moga-moga kajian ini dapat memberikan kebaikan kepada orang ramai kelak.
Apa-apa pun, kertas projek Pengajiam Am watak sebenar telah pun sempurna disiapkan. Kertas projek Syariah dan Sejarah masing-masing hamper siap dan sudah melepasi 80% proses pelaksanannya. Moga-moga ketiga-tiga kertas projek ini membantu watak sebenar dalam menyumbang markah terbaik terhadap keseluruhan markah. Watak sebenar benar-benar mengharapkan bahawa ketiga-tiga kertas projek ini tidak membangkitkan masalah setelah disemak oleh para penilai nanti. Mudah-mudahan ketiga-tiganya disiapkan berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM).
Selepas itu yakni sebaik sahaja buka persekolahan pada awal April, barulah watak sebenar perlu fokus dalam sukatan pelajaran pula. Insyaallah, dalam tempoh 1 bulan watak sebenar belajar dapat cover pelajaran daripada bulan 1, 2 dan 3 yang lalu. Semuanya memerlukan usaha, minat dan semangat. Paling penting, sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Moga-moga watak sebenar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik pada penggal kedua ini.
Syukur Alhamdulillah, keputusan peperiksaan penggal 1 telah pun diumumkan pada Khamis tempoh hari. Watak sebenar memperoleh keputusan yang baik seperti mana yang dihajatkan. Kini, perjuangan tertumpu kepada peperiksaan penggal 2 dan tidak ketinggalan juga pelaksanaan kertas projek. Dalam cuti sekolah inilah watak sebenar perlu menyiapkan 20% lagi pelaksanaan kertas projek Syariah dan Sejarah. Tidaklah begitu berat. Paling penting, dasar cuti sekolah itu perlu dijalankan sepuas-puasnya. Kalau tidak, bukan nama cuti sekolah, tapi cuti kelas.
Walau apa-apa pun, ke mana kita melanjutkan pelajaran, seseorang itu perlu berpaksikan kepada usaha, minat dan semangat dalam apa-apa perkara yang dilakukan. Paling utama antara yang utama itu ialah doa dan tawakal kepada Allah dan keberkatan dariNya yang dihajatkan. Ok, lupa pula nak wish salam tahniah kepada pelajar-pelajar SPM yang telah Berjaya dan kurang Berjaya. Atau sekali pun yang tidak Berjaya. Tetapi, kejayaan itu tidak patut diukur hanya sekadar di atas slip peperiksaan yang bersifat lemah itu. Pendek kata, kesemuanya telah Berjaya kerana sekurang-kurangnya berani menunaikan fardhu kifayah yakni belajar dan seterusnya mengambil peperiksaan biar pun hasilnya kurang menyerlah. Kejayaan pada masa ini belum tentu menjamin kejayaan pada masa akan datang. Namun, kegagalan pada masa ini dapat membuka kejayaan pertama pada masa akan datang. Tak mahu tulis lagi, sekian terima kasih. Nantikan apa-apa bentuk terbitan lagi daripada Halaman Santun-Santai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan