WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 25 Mei 2013

ad-darar yuzal

Untuk kali ini, Mat Santun akan berkongsi kepada anda mengenai  ilmu fekah dalam qawaid fiqhiyyah. Ini juga merupakan antara topik yang telah dipelajari oleh pemilik blog ini dalam penggal keduanya dalam mata pelajaran Pengajian Syariah.
Dalam topik ini, seseorang Islam itu boleh melanggari larangan syarak sekiranya berada di dalam kemudaratan. Ingin tahu lebih lanjut mengenai ruksah atau kemudaratan? Bacalah.




Topik III
KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN(Ad-darar Yuzal)


·         Asas kaedah ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang membawa maksud:


Tidak harus seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada emulakan atau membalas.


·         Pengertian ayat ini ialah  kaedah ini memperlihatkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan bahaya mestilah dihapuskan dan sesuatu perkara yang berbahaya itu hendaklah dihilangkan.
·         Walau pun begitu, sesuatu yang boleh membawa kemudaratan tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan-kemudaratan yang sama atau yang lebih mudarat dengannya.
·         Ulamak telah sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan hukuman-hukuman seperti qisas, hudud dan segala jenis hukuman keseksaan serta ta’zir.
·         Kaedah-kaedah  terbitan yang muncul daripada kaedah induk(kemudaratan hendaklah dihapuskan) ini ialah:


a.       KEADAAN DARURAT MENGHARUSKAN TEGAHAN
·         Maksudnya ialah bahawa setiap sesuatu yang dilarang pada syarat boleh bertukar menjadi harus ketika darurat.
·         Keadaan ini dinamakan ruksah dalam ilmu Usul Fiqh.
·         Contoh praktikal bagi kaedah ini termasuklah:


Contoh I:
Harus minum arak ketika dahaga sekiranya tiada minuman lain untuk diminum demi menyelamatkan diri daripada mati kehausan.


Contoh II:
Harus makan bangkai ketika lapar sekiranya tiada makanan yang baik/halal untuk dimakan demi menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.


b.      APA YANG DIHARUSKAN DALAM KEADAAN DARURAT DIKIRA MENGIKUT KADAR KEPERLUAN
·         Islam melarang setiap perbuatan yang melanggari hukum syarak.
·         Biar pun begitu, segala yang melanggari syarak bertukar menjadi harus apabila berada di dalam keadaan darurat.
·         Namun demikian, tidak patut bagi seseorang muslim mengambil peluang untuk terus-menerus berenak-enak dengan yang haram atas alasan darurat.
·         Maka kaedah terbitan ini bermaksud sesuatu yang diharuskan kerana darurat sama ada dibuat atau tidak, adalah harus sekadar yang boleh menolak kemudaratan dan tidak boleh melebihi dari kadar itu.
·         Contoh-contoh kaedah fiqh dalam kaedah terbitan ini ialah:


Contoh I:
Orang dalam kelaparan atau kehausan boleh makan dan minum benda haram sekadar untuk menyelamatkan diri sahaja demi meneruskan hidup serta tidak boleh lebih dari itu.


Contoh II:
Tidak harus seseorang wanita pergi mendapatkan rawatan daripada seorang doctor lelaki sedangkan terdapatnya doctor wanita yang dapat merawatinya.


Contoh III:
Orang gila(kurang siuman) tidak boleh dikahwinkan melebihi seorang isteri(dua, tiga atau empat orang isteri) kerana hajatnya sudah tercapai kerana sudah berkahwin dengan seorang istteri.


c.       KEMUDARATAN BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KEMUDARATAN YANG LEBIH RENDAH, TETAPI TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KEMUDARATAN YANG SAMA DENGANNYA ATAU LEBIH MUDARATNYA
·         Berdasarkan kaedah ini, terbentuk beberapa hukum.
·         Antaranya ialah


Contoh I:
Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang fakir untuk keluarga yang juga fakir. Hal ini kerana menolak kemudaratan daripada fakir pertama itu menimbulkan kemudaratan yang sama dengan keluarganya.


Contoh II:
Untuk menghindarkan daripada sawah seseorang itu tenggelam, maka ia tidak boleh melakukan perbuatan supaya sawah-sawah orang lain tenggelam dan musnah asalkan sawahnya baik. Hal ini kerana, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama.


Contoh III:
Seseorang tidak boleh merosakkan diri orang lain untuk menghindarkan dirinya daripada bahaya.
a.       Jika seseorang dipaksa membunuh seseorang yang lain, nescaya tidak halal ia membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkan kemudaratan yang sama atau lebih mudarat darinya.
b.      Jika seseorang dipaksa minum arak, kalau tidak diminum ia akan dibunuh, maka halal arak itu bagi dirinya itu. Ini kerana ancaman membunuh itu lebih berat mudaratnya daripada  mudarat minum arak.


·         Daripada kaedah ini, terbentuk beberapa kaedah sampingan dan masalah hukum fekah. Antaranya:


a.       Kaedah yang menyebabkan penangguhan kemudaratan yang lebih ringan.
b.      Kaedah yang menyebabkan kemudaratan baru yang sama atau sama berat dengan kemudaratan yang dihilangkan.



D.      MENOLAK KEROSAKAN LEBIH UTAMA DARI MENGAMBIL KEBAIKAN
*Maksud kaedah ini ialah apabila bertembung keburukan dengan kebaikan, maka pada perbezaan hendaklah didahulukan menolak keburukan kerana penekanan syarak lebih kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara-perkara yang diperintah.
*Justeru itulah maka dimaafkan meninggalkan sebahagian yang wajib dengan ada masyaqqah(kesulitan) dengan tidak dibenarkan sama sekali perkara yang dilarang apatah lagi dosa-dosa besar.
*Contoh amali bagi kaedah ini ialah


Contoh I:
Berlebih-lebihan berkumur adalah disunatkan ketika berwuduk, tetapi makruh bagi orang yang berpuasa. Ini kerana maslahat atau kepentingan menjaga kesahihan berpuasa itu perlu diutamakan berbanding perkara sunat yakni berkumur berlebih-lebihan ketika wuduk.


Contoh II:
Harus berdusta(walau pun asalnya  ia keburukan yang diharamkan) apabila ia didatangkan dengan kebaikan dan kepentingan yang lebih. Misalnya, seperti berdusta untuk tujuan perdamaian di antara dua orang yang bertelingkah atau berdusta dengan isteri bagi tujuan mendamaikannya.


E.       HAJAT MENGAMBIL TEMPAT DARURAT
·         Maksud kaedah ini ialah bahawa kemudahan-kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah terbatas atau terhad dalam keadaan darurat yang amat mendesakkan ia.
·         Bahkan hajat-hajat yang martabatnya kurang dari darurat pun membolehkan kemudahan-kemudahan yang dikecualikan juga.
·         Contoh-contoh amali bagi kaedah ini ialah:


Contoh I:
Diharuskan akad seperti ijarah(upah-mengupah sewa), akad salam, istisnak kerana ada nas syarak yang mengharuskannya. Ini adalah pengecualian dari kaedah umum yang tidak mengharuskan jualan yang tidak wujud. Tetapi oleh sebab atas keperluan dan hajat manusia kepada akad-akad ini, maka syarak membenarkannya.


Contoh II:
Harus diterjemahkan nas-nas Al-quran kepada bahasa bukan Arab memandangkan betapa perlunya manusia mengetahui hukum Islam, kerana tidak semua orang bukan Arab dapat menguasai Bahasa Al-quran dengan baik.



Sekian sahaja perkongsian ilmu Mat Santun pada terbitan kali ini. Sekiranya ada kesempatan waktu dan ketika, dapatlah kita bersua kembali di alam maya ini. Sesungguhnya, telah sempurnalah sesuatu ilmu itu sekiranya seseorang itu menuntutnya, menyampaikannya serta beramal dengannya. Salam.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

2 ulasan: