Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hanya disebabkan kes kematian 3 orang remaja yang tidak tahu akan punca kematiannya, perang boleh meletus dan terus dilancarkan. Macam tak logik. Yang ligiknya ada udang di sebalik batu. Hanya disebabkan itulah juga, semakin hari semakin ramai rakyat Palestin yang terbunuh, mati syahid di jalan Allah dan jumlah korban telah mencecah angka 172 orang hingga setakat hari ke-7. Sementara beratus-ratus yang lain cedera akibat peperangan yang dilakukan oleh rejim zionis di Gaza.
Hampir saban hari kita mendengar berita mengenai konflik yang sedang meruncing di antara Israel dan Palestin. Tangisan kanak-kanak serta penderitaan yang dialami bagaikan seberkas pengalaman dalam perjuangan mempertahankan agama serta Negara. Lebih menyedihkan, mereka terpaksa menyambut bulan Ramadhan tahun ini dengan bertemankan bunyi tembakan senjata api dan ngauman letupan bom tentera zionis.
Hampir saban kali jugalah apabila terdengar berita peperangan di antara Israel dan Palestin, kita akan memboikot barangan Israel demi menyekat perkembangan ekonomi mereka agar mereka tidak dapat menjana pendapatan untuk membeli senjata api yang baru. Pada masa itu, nama-nama seperti mac-donald, Coca Cola dan lainnya sering mendapat perhatian orang ramai. Memang di Israel sana, watak sebenar difahamkan industry utama Negara haram itu adalah pembuatan senjata api. Buat apa cipta senjata api banyak-banyak kalau tujuannya bukan untuk perang. Kalau bukan perang senjata api itu pun, perang psikologi Negara mana yang memiliki sistem pertahanan yang canggih. Betul?
Apa yang watak sebenar tahu, di Palestin ada terdapatnya sebuah tempat yang dianggap suci bagi 3 penganut agama yang berbeza iaitu Islam Kristian dan Yahudi. Bagi penganut Islam, masjidil absa di baitulMakdis adalah tempat suci dan sesiapa yang melakukan amal ibadah di dalamnya, pahala mereka akan digandakan. Bagi penganut Yahudi, mereka menganggapnya sebagai castle of Sulaiman. Mereka menjadikan kawasan itu sebagai tempat suci juga. Tambahan pula, ramai dari kalangan nabi pernah bermaustautin di wilayah tersebut dan apa kaitannya dengan Israel ini ialah nabi-nabi tersebut adalah berbangsa Israel. Mungkin disebabkan itulah mereka gemar berperang, jihad la katakan jika menggunakan istilah Islam.
Itu tujuan peperangan dari aspek sejarah agama. Dari segi politik pula, Israel tidak henti-henti membedil bumi Palestin untuk menceroboh kawasan jajahan Palestin lalu menjadikan sedikit demi sedikit tanah itu milik mereka. Sedangkan, mereka dari azali lagi memang bertapak di tanah orang. Kesan daripada perluasan wilayah tersebut, Israel telah mengambil kesempatan untuk membangunkan rumah-rumah kediaman bagi rakyat mereka. Wilayah Israel sekarang ini sudah semakin besar. Bila dah semakin besar, maka besarlah penderitaan rakyat di tanah yang merdeka. Sampai bila Israel ni nak ceroboh tanah orang ha…
Soalan tu semua orang boleh lontarkan. Tapi nak cari jawapannya memang sukar.
Apa yang muslim sejagat boleh buat khusus untuk membantu saudara seagama yang ditindas ialah dengan berdoa memohon kepada Allah agar memberikan perlindungan dan keselamatan kepada mereka. Macam itulah setiap kali situasi ini berlaku, Negara Jordan tidak putus-putus memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan menyediakan kem perlindungan bagi orang-orang pelarian. Seperti kita juga dan seluruh umat manusia di dunia ini, setiap kali situasi itu berlaku, misi keamanan akan segera didatangkan, bantuan makanan, bantuan perubatan dan bantuan pakaian kerap kali dihulurkan. Nama-nama agensi PBB juga banyak kali kedengaran di stesen-stesen tv dan corong-corong radio seperti UNHCR, UNICEF dan sebagainya.
Pbb sendiri juga mulai berkata-kata sepatah dua berkaitan dengan peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel ini. Namun, semua itu bagaikan tiada ertinya bagi mereka yang bergelar rejim zionis.
Suatu ketika dahulu, watak sebenar pernah terdengar sesuatu daripada orang yang arif, orang itu menyampaikan maklumat yang berbunyi seperti ini:
“qiamat tidak akan berlaku sebelum meletusnya peperangan besar-besaran di antara Islam dan Yahudi”.
Masuk konflik yang terbaru ini, sudah banyak kali dua Negara ini bersengketa. Persoalannya, bila perang besar-besaran di antara kedua mereka ini akan bermula…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kelinci99
BalasPadamTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino