WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 14 Julai 2014

World Cup 2014, Germany Juara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ada yang mengatakan perlawanan akhir itu dramatic, tidak kurang juga yang mengatakan perlawanan akhir itu membosankan. Bagi watak sebenar, ia sudah menjadi trends dan kebiasaan bila mana perlawanan akhir itu berlarutan sehingga ke masa tambahan dan sesekali ke sepakan penalty. Ini kerana kedua-dua pasukan yang masuk ke final bukanlah skuad belasahan, mereka mesti kukuh dari semua posisi, baik pertahanan mahupun serangan. Kalau tidak, masakan boleh layak masuk final?


Namun apa yang berlaku semalam, jaringan tunggal pemain gentian, Mario Gotze pada minit 113 perlawanan sudah cukup membawa pasukan germany menjulang piala dunia musim 2014 yang berprestej itu. Kemenangan Germany juga menyaksikan sejarah tercipta bila mana piala dunia itu pertama kali Berjaya dibawa ke eropah dari benua yang lain selepas sebulan temasya sukan bola sepak itu diadakan di benua Amerika Selatan iaitu di Rio De Jeneiro, Brazil selaku tuan rumah. Ini juga merupakan kemenangan yang keempat untuk pasukan Germany setelah melakukannya pada tahun 1954, tahun 1974 dan tahun 1990. Kemarau kejuaraan selama 24 tahun akhirnya berakhir selepas Germany Berjaya menumpaskan Argentina dengan jaringan 1 – 0.
Terdahulu, tuan rumah Brazil gagal menempah tempat ketiga selepas tewas 0 – 3 di tangan Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.


Bagi watak sebenar, germany bermain dengan menunjukkan semangat berpasukan dan bukannya cenderung mempamerkan kemahiran individu. Tektikal sebegini memang baik dan layak menang. Bola sepak bukan seorang pemain sahaja yang pegang bola.
Dalam temasya piala dunia 2014 ini, turut dinobatkan dengan anugerah khas termasuklah messie, penyerang sensasi Argentina yang mendapat golden ball selaku pemain terbaik kejohanan. Pemain Perancis, Pogba mendapat anugerah pemain muda terbaik. Sementara James Rodriguez, penyerang Colombia dianugerahkan golden boots. Bagi golden glove pula dimiliki oleh Neuer, selaku penjaga gol utama pasukan Germany.


Berakhirlah sudah tirai piala dunia di Brazil dan tirai itu akan dibuka semula 4 tahun lagi di Rusia pada tahun 2018. Tahniah pasukan Germany, pasukan pilihan watak sebenar sejak tahun 2006 lagi kerana telah Berjaya memenangi perlawanan akhir menentang Argentina biarpun menang tipis. Untuk itu, watak sebenar tinggalkan anda dengan ranking pasukan yang telahpun bergelar juara world cup.


Brazil – 5 kali juara
Germany – 4 kali juara
Italy – 4 kali juara
Argentina – 2 kali juara
Uruguay – 2 kali juara
Sepanyol – 1 kali juara
Perancis – 1 kali juara
England – 1 kali juara


sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan