WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 29 Januari 2015

Hanya Ekspresi Semata-Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengajian sejarah yang bagi watak sebenar memang ada kelainannya jika ingin dibandingkan dengan pengajian subjek ini di peringkat persekolahan.

Sewaktu watak sebenar di tingkatan satu, watak sebenar masih ingat lagi tentang sukatan pelajaran di awal-awal pembelajaran sejarah. Waktu itu, pelajar-pelajar didedahkan dengan definisi sejarah berdasarkan tokoh tempatan, barat dan Islam. Selain itu ada kaedah-kaedah sejarah seperti sumber primer, sumber sekunder dan arkeologi. Ada juga ciri-ciri sejarah yang dipelajari seperti tepat dan benar, penting dan bermakna serta sebab dan ikhtibar(kalau tak silap la). Setelah khatam pengenalan kepada sejarah, watak sebenar mempelajari zaman prasejarah pula dan seterusnya zaman Melaka membawa kepada zaman Johor sehinggalah kepada pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 sewaktu berada di tingkatan tiga.
Sewaktu di tingkatan 4 dan 5 pula, ada pula pendedahan berkaitan langkah kea rah kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah membawa kepada pembentukan persekutuan Malaysia 1963 di samping turut didedahkan dengan beberapa tamadun awal dunia termasuk tamadun Islam yang dipelajari di tingkatan 4. Kemudian, watak sebenar membawa subjek sejarah ini ke tingkatan 6.


Namun demikian, suasana pembelajaran bidang sejarah di peringkat pengajian tinggi ini pula menampakkan ada perbezaannya. Perspektif yang difokuskan kepada mahasiswa bukannya lagi kepada penerimaan fakta yang telah tersedia ada semata-mata tanpa menimbulkan apa-apa persoalan yang logic. Tetapi pengajian sejarah ini lebih kepada mengkaji pandangan sarjana-sarjaana atau para sejarahwan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.
Walaupun konteks modul pelajarannya didapati masih lagi menyerupai dengan yang dipelajari sewaktu di tingkatan 1 hingga 5 dan sekalipun di tingkatan 6, namun pendekatan dan kajian yang dibuat adalah berbeza. Satu ciri yang lebih penting, apabila memperkatakan tentang ilmu sejarah, maka ianya tidak boleh lari dengan fakta. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana lapisan institut pendidikan yang menawarkan sejarah. Akan tetapi, hakikatnya fakta tersebut boleh diubah-ubah mengikut peredaran zaman kerana fakta sejarah adalah bersifat subjektif. Selagi adanya penemuan baru mengenai sumber-sumber sejarah tersebut, maka fakta sejarah itu boleh diubah. Tambahan lagi, untuk mencari sesuatu maklumat mengenai peristiwa sesuatu sejarah itu, maka adalah perlu dan memang menjadi kebiasaan bagi para mahasiswa untuk merujuk info dan fakta tertentu pada pelbagai bahan bacaan berdasarkan penulisan oleh sarjana-sarjana yang terkemuka sama ada dari dalam mahupun luar.

Jika di peringkat menengah, pelajar hanya menerima fakta sejarah itu dan tugasnya adalah memahami dan mengaplikasikannya dalam skrip jawapan peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, perkara itu masih juga berlaku, namun apa yang lebih penting, mahasiswa didedahkan dengan apa yang berlaku di sebalik tabir sejarah itu sendiri. Maka banyaklah pertanyaan dan ikhtibar boleh disimpulkan di sebalik peristiwa-peristiwa sejarah tersebut.


Sebagai contoh yang mudah, di peringkat menengah, pelajar didedahkan dengan sebab-sebab campur tangan British di Tanah Melayu. Tetapi di peringkat pengajian tinggi, mahasiswa didedahkan dengan asas pengenalan system residen di Tanah Melayu. Maknanya di sini, mengapa British hanya memperkenalkan system residen dan bukannya menjajah terus Tanah Melayu, sedangkan pihak British boleh melakukan perkara itu kerana mempunyai kelebihan dari segi kekuatan ketenteraan. Soal pandangan sarjana pula, tarikh pengasasan Melaka pada tahun 1400 M itu sebenarnya hanya disepakati oleh ahli sejarahwan terutamanya pada zaman colonel ketika dahulu seperti R.O Winstord tanpa sesiapa pun yang menyatakan dengan jelas akan tarikh tersebut. Namun, pelbagai lagi perbezaan sarjana dalam menentukan tarikh pengasasan Melaka ini seperti datangnya dari Dr. Wolters, Tome Pires dan sebagainya. Malahan, pandangan terbaru kumpulan penyelidik sejarahwan turut mengemukakan tarih pengasasan Melaka ialah pada tahun 1262 M setelah mengambil kira beberapa sumber. Pastinya, kedua-dua contoh ini hanyalah asas bagi kefahaman dalam membezakan cara belajar sejarah di peringkat sekolah dan university dan pastinya lagi lebih banyak perbahasan akan dibincangkan oleh para mahasiswa dalam mengkaji sesuatu sejarah berdasarkan kursus-kursus yang telah diambil.
Tambahan lagi, ada juga topic yang tidak dibincangkan di peringkat sekolah telahpun didedahkan di peringkat pengajian tinggi. Contoh, terdapat pelbagai dokumen dan penubuhan suatu entity pentadbiran dibuat oleh British selepas berunding dengan raja-raja Melayu semasa zaman kolonelisasi British di Tanah Melayu yang tidak didedahkan di peringkat persekolahan. Ada juga diterangkan mengenai isu pemisahan Singapura daripada persekutuan Malaysia  secara terperinci. Bagi watak sebenar, mungkin disebabkan adanya perbezaan kematangan berfikir serta keupayaan berfikir pada tahap yang sesuai dengan pengajian di peringkat tinggi.


Walau bagaimanapun, ekspresi watak sebenar mengenai pengajian sejarah ini adalah berdasarkan kursus yang watak sebenar ambil sahaja di institute pengajian tinggi tempat watak sebenar berada. Pertamanya ialah Sejarah Malaysia dan keduanya ialah Sejarah Asia Tenggara. Malahan, watak sebenar hanyalah mengambil kursus ini sebagai subjek tambahan sahaja dan ia bukannya kursus teras bagi watak sebenar. Alhamdulillah, watak sebenar Berjaya menghabiskan 2 kursus sejarah yang watak sebenar ambil ini setelah menamatkan peperiksaan dan assignment bagi kedua-dua kursus tersebut pada awal Januari lalu.

Sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak sempurna

1 ulasan:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    BalasPadam