WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 29 Januari 2015

Mulia Hari ini Esoknya Hina



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ikhtibar daripada musibah yang melanda negara sepanjang tahun 2014, maka dengan penuh rasa tawaduk masyarakat Malaysia tidak kira rakyat dan pemimpin menyambut tahun baru 2015 dengan kesyukuran ke hadrat Allah di samping bermunasabah diri setelah mengenangkan apa yang telah diperlakukan sepanjang tahun 2014.
Bermula dengan tindakan para pemimpin yang terlibat dalam membatalkan semua majlis sambutan tahun baru dengan pesta keramaian serta pertunjukkan bunga api dan seumpama itu telah mengubah konsep sambutan tahun baru masihi itu sendiri apabila digantikan pula dengan majlis puji-pujian kepada Allah dan Baginda Rasulullah di dataran merdeka pada 31 Disember yang lalu.

Rata-rata yang ditemu bual oleh wartawan, mereka berpandangan konsep sambutan tahun baru seumpama itu adalah kali pertama dianjurkan dan mereka mengakui ianya turut didorong oleh tarikh sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada 3 Januari tahun 2015. Mereka juga berpandangan bahawa majlis puji-pujian seperti ini adalah suatu aktiviti yang sihat di samping memperoleh keredaan dariNya. Dalam majlis ini, para hadirin akan berselawat dan berqasidah dengan memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta mendengar ceramah agama daripada seorang ulama terkenal di rantau Asia Tenggara. Selain itu, ada juga didirikan solat berjemaah serta bacaan Yasin. Dalam nas al-quran dan hadis, banyak diceritakan tetang ganjaran yang besar menanti bagi sesiapa, umat Islam yang berselawat ke atas Nabi Muhammad. Sementara ceramah perdana tersebut adalah bertujuan untuk bermunasabah diri dan dikatakan majlis ilmu seperti itu akan turut disertai oleh para malaikat yang memayungi kesejahteraan kepada mereka yang terlibat.

Bagi watak sebenar, majlis puji-pujian seumpama itu telah mula bertapak di negara Malaysia sejak 3 4 tahun lepas. Anjuran daripada salah sebuah jabatan ini turut juga dipromosikan oleh salah sebuah stesen televisyen tempatan. Penganjurannya akan dijayakan dengan bergerak ke sebuah daerah ke sebuah daerah yang lain dalam sesebuah negeri yang terdapat di seluruh Malaysia. Bagi watak sebenar lagi, penganjurannya kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat muslim Malaysia dan bolehlah dikatakan Berjaya menjadi salah satu daripada alternative kepada hiburan umat Islam yang ada pada masa ini. Kejayaan penganjuran majlis seumpama ini menyerlah apabila telah menawan dataran merdeka sebagai menggantikan konsep sambutan tahun baru dari secularism barat kepada penghayatan agama. Malahan, ramai juga yang menyatakan anjuran seumpama ini bolehlah dijadikan acara tahunan bagi meraikan sambutan tahun baru pada masa masa seterusnya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan nikmat masa dan nyawa. Malahan tidak kurang juga ada yang menyatakan anjuran seperti ini sangat terbaik kerana ianya tidak bersifat lagha dan mengelakkan daripada kemungkaran Allah akibat perbuatan maksiat seperti yang terdapat dalam sambutan tahun baru sebelum itu. Komentar-komentar tersebut telah dipandang oleh beberapa pihak terlibat dan menyimpulkan bahawa kononnya masyarakat muslim Malaysia sudah tidak mahu lagi bergelimpangan dengan kemaksiatan dan lagha sehingga melalikan dan membawa kemungkaran Allah. Apatah lagi kesan musibah yang melanda Malaysia sepanjang tahun 2014 cukup cukup terkesan seperti maana menggambarkan semua itu sebagai suatu amaran Allah sekiranya masih lagi mahu melakukan kerosakan di muka bumiNya. Bagi watak sebenar lagi, usaha ini adalah lebih murni dan baik dilakukan berbanding dengan sambutan tahun baru yang sebelum sebelum ini.


Namun malangnya, banyak pandangan itu ibarat seperti mencurah air ke daun keladi apabila berkemungkinan di antara mereka yang memberi pandangan dan mendengar pandangan tersebut turut serta dalam satu lagi anjuran yang juga tidak kurang hebatnya, masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang terlibat. Pesta nyanyi-nyanyian yang dijalankan dalam bentuk sebuah pertandingan bertaraf bintang telah diperlakukan pada 18 Januari yang lalu di sebuah lagi mercu tanda Malaysia iaitu di Stadium Putra bukit Jalil. Anjuran kali ke 29 oleh salah sebuah syarikat penyiaran dan juga mendapat kelulusan oleh salah sebuah jabatan terlibat ini turut juga dipromosikan oleh salah sebuah stesen televisyen dan radio tempatan. Malahan, ianya juga turut disokong oleh hamper 6 juta masyarakat Malaysia yang dipercayai majoritinya ialah orang Melayu Islam.

Anjuran yang saban tahun ini diadakan memperlihatkan aksi nyanyian para peserta yang bertanding sejak dari carta lagu sebuah stesen televisyen terlibat dan secara tidak langsung, mereka juga memperlihatkan aksi lagha dan kemaksiatannya yang tersendiri. Maka, dengan ini semua yang berada di dalam pesta nyanyi-nyanyian  tersebut turut berada di dalam kelalaian sehingga boleh atau telahpun menyebabkan kemungkaran di dmuka  bumi Allah. Berbeza pula acara seumpama ini dengan yang berada di atas tadi. Dalam anjuran ini, para hadirin dipersembahkan dengan keghairahan hiburan yang mempersonakan di samping dilihatkan dengan pendedahan aurat yang menerujakan. Malahan, para hadirin berpeluang untuk bercampuran lelaki dan wanita menyanyikan secara bersama-sama lagu yang didendangkan oleh si penglipur lara.

Cuma yang menjadi persamaannya kedua-dua temasya ini ialah boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur di samping mendapat ekses di televisyen televisyen tempatan untuk dipertonton oleh mereka di rumah. Maka dengan itu, ada berkemungkinan juga mereka yang turut hadir di dalam anjuran pertama tersebut ada di dalam anjuran yang kedua ini. Sekiranya itu terjadi, komentar komentar yang dilontarkan itu hanyalah seorang hipokrit dan orangnya pula ialah seekor munafik. Salah siapa? Anggota Masyarakatt? Pihak penganjur? Badan korporat? Para penghibur? Atau mungkin sekali salah para pemimpin negara? Hanya Allah yang mengetahuinya. Jangankan kita menjadi orang yang mulia pada hari ini, tetapi pada esoknya, kita menjadi orang yang paling hina di sisi Allah.

Sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna

1 ulasan:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    BalasPadam