WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 1 Januari 2012

Azam Tahun Baru Watak Sebenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawati laman enciksantai.blogspot. Memadangkan blog ini masih baru, Sambutan anda semua amat-amat saya selaku watak sebenar hargai. Terima kasih juga kepada 2 boneka kartun watak sebenar, Mat Santun dan Mat Santai kerana mula menyiapkan terbitan-terbitan menarik khusus untuk tatapan anda. Diharapkan agar blog ini terus maju dan aktif pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.


Pada hari ini ialah hari baru bagi tahun 2012. Saban kali apabila kita melangkah ke tahun baru, kita akan memasang azam-azam yang pelbagai. Memang menjadi insan yang cemerlang jikalau kita sudah merancang kehidupan kita awal-awal lagi.
Seperti watak sebenar juga, azam tahun 2012 ini ialah ingin menjadi seorang yang cemerlang dalam dunia dan akhirat. InsyaAllah. Dalam masa terdekat ini, watak sebenar baru saja menjalani peperiksaan SPM pada tahun lalu. Untuk seterusnya, watak sebenar berhasrat ingin mempelajari ilmu IT dengan lebih mendalam. Ilmu itu kemudiannya dapat dipraktikkan dalam dunia menara gading kelak. Diharapkan agar azam watak sebenar  ini tercapai di hari muka.


Sementara soal persedian jalan ke akhirat pula tidak dilupakan. Watak sebenar juga berazam untuk memperbanyakkan hafazan surah-surah Al-quran. Semoga cita-cita itu berjaya hendaknya. InsyaAllah.


Azam Watak sebenar sudah dikongsikan kepada anda. Anda pula bagaimana?
Apa pula agaknya azam anda? Apa-apapun, azam kita itu perlulah disertakan dengan usaha yang jitu serta berterusan daripada keringat sendiri. Apa gunanya kita memasang azam tatkala menjelang tahun baru sekiranya tidak mengungkapkannya sebagai kenyataan. Itu kan angan-angan Mat Jenin namanya.
Oleh itu, sama-sama lah kita di tahun baru ini memasang azam yang baik-baik yang boleh memperbaiki kehidupan kita. Kemudian rancanglah untuk kita mengejar azam itu untuk digapai sebagai realiti.
Watak sebenar mengharapkan agar 2012 ini memberi langkah yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Akhir kata, selamat tahun baru 2012 untuk anda semua. Jalani lah kehidupan dengan lebih baik daripada hari-hari yang lalu. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Tiada ulasan:

Catat Komen