WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 10 Februari 2014

Dapat Result



Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda semua. Hari ini merupakan hari suka duka buat pelajar STPM Baharu 2012-2013. Pada hari ini, keputusan peperiksaan penggal 3 dan 4 diumumkan dan ianya bermula seawall pukul 9.00 pagi tadi. Lantaran itu, ada yang suka dan ada yang duka sehingga takut untuk memburunya. Antara calon itu termasuklah watak sebenar. Bukan apa, kerana kurang yakin disebabkan dirasakan kurang persedian untuk beraksi semasa tempoh hari akibat lama dipinjamkan untuk khidmat sukan. Sedangkan sewaktu itu, tarikh penting itu sudah hamper tiba.


Sebenarnya, watak sebenar mendapat maklumat tentang tarikh penting itu Jumaat tempoh hari. Itu pun setelah terbaca satu posting tweet daripada seorang sahabat yang pernah sama-sama belajar di pra u tahun lalu. Walau apa-apa pun, keputusan peperiksaan itu masih berupaya memberikan kegembiraan kepada watak sebenar.


Sekitar pagi tadi juga, cikgu watak sebenar ada menelefon. Setelah lama berbual, watak sebenar bertanyakan akan tarikh keputusan STPM untuk keseluruhan penggal diumumkan. Oleh demikian, watak sebenar dapatlah mengetahui serba sikit mengenai tarikh tarikh penting bagi perkara demikian. Bulan Mac menjadi penentuannya.


Bagi cikgu cikgu di sekolah, terima kasih watak sebenar ucapkan kerana banyak memberikan ilmu sebagai bekalan menjawab peperiksaan tempoh hari. Tahniah kepada rakan-rakan yang Berjaya memperoleh result yang baik seperti yang diimpikan. Bagi watak sebenar, bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan keputusan yang boleh dibanggakan untuk diri sendiri. Biarpun gagal meledak hatrik untuk keputusan 4 flet, namun berupaya menjaringkan hatrik bagi keputusan straight a. Apa-apa pun, jaringan gol yang banyak diambil kira di akhir nanti iaitu pada bulan Mac. InsyaAllah, mohon memperoleh yang terbaik hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan