WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Selasa, 1 Julai 2014

Syair Perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W

Syair Keagamaan


Dimulakan syair dengan bismillah,
Selawat dan salam memuji Allah,
Ini al-kisah Baginda Rasulullah,
Marilah taulan dengar-dengarkanlah.


Ketika muda Baginda berniaga,
Pandai berdagang amanah dijaga,
Khadijah tuannya berasa bangga,
Maka berkasih jiwa dan raga.


Menyebarkan Islam Baginda tabah,
Mengajak supaya Allah disembah,
Hapuskan berhala jahiliyah diubah,
Tentangan dihadapi di gunung dan lembah.


Dari Mekah Baginda berhijrah,
Ke Kota Madinah tercatatnya sejarah,
Islam dibina Amanat diserah,
Kepada Baginda pemimpin terarah.


Ke medan perang Baginda bersama,
Ketuai pasukan angkatan penglima,
Semangat dan jihad Islam bergema,
Badar dan Khandak kemenangan ternama.


Kota Madinah Negara yang aman,
Yahudi dan Arab saling berteman,
Lahirlah ramai ilmuan budiman,
Syiar berkembang sepanjang zaman.


Tugas menawan Kota mekah,
Perjanjian Hudaibiyah telah dipangkah,
Baginda mengarah yang lain melangkah,
Quraish yang angkuh telah pun kalah.


Akhlak Baginda amat mulia,
Digelar al-amin sepanjang usia,
Menjadi contoh sekalian manusia,
Teladanilah Baginda jangan dipersia.


Mari semua kasihi Baginda,
Banyakkan ibadah pahala berganda,
Al-quran dan sunnah jadi penanda,
Agar hidup mendapat redha.



Demikianlah paparan Segmen Karya Oh Karya pada kali ini. Sebenarnya, Mat Santun telah lama siapkan karya ini dan berhasrat untuk menerbitkannya sempena Sambutan Maulidul Rasul yang lalu. Namun, kelekaan membelengui Mat Santun pada waktu tu. Disebabkan itu Mat Santun telah memperbaiki sedikit karya ini dan merasakan pada bulan Ramadhan adalah masa sesuai untuk dipaparkan ke dalam blog enciksantai.blogspot. Oh ya, karya yang tak seberapa ini juga boleh dijadikan contoh dalam PMP bagi pelajar2 STPM khusus untuk subjek Kesusasteraan Melayu di penggal 3 yang sedang dihadapi mereka kini.
Semoga anda mendapat manfaat daripada pengisian dalam syair ini.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

1 ulasan:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    BalasPadam