Hai semua, segmen renungan menyusur lagi. Kali ini Mat Santun pula yang kendalikan. Hari ni, kita akan menceritakan tentang permainan catur. Tetapi, bukanya kaedah permainan. Kalau ingin tahu, bacalah…
Permainan catur merupakan salah satu permainan yang gemar dimainkan oleh penduduk dunia. Seperti permainan indoor yang lain, catur memerlukan kerahan minda yang benar-benar menghasilkan kekuatan kepada pemainnya. Jika itu berlaku, pemain tersebut akan memenangi permainan ini. Dengan kata lain, permainan catur memerlukan kebijaksanaan akal untuk berfikir. Namun, adakah anda tahu, permainan caturlah yang benar-benar menunjukkan semangat kejersama dalam berpasukan. Mana tidaknya, sejumlah 16 jentera pelbagai pangkat dan kelebihan sama-sama memerah keringat memecah kubu lawan kemudian menawan raja milik musuh. Pada masa yang sama, jentera-jentera ini berkubu di Negara sendiri untuk menjaga raja daripada kedaulatannya tergugat. Dengan gabungan formasi yang mantap yang dipersembahkan oleh mereka, maka sesebuah pasukan itu akan memenangi kejuaraan itu. Memang sukar untuk dinafikan, hala tuju tersebut amat sukar digapai. Namun dengan peranan effektif oleh semua jentera yang beraksi di gelanggang berdarah itu, segalanya tampak mudah untuk disudahkan.
Apa-apa pun, bagi pendapat Mat Santun. Terdapat 4 elemen penting yang dikolaberasikan bersama. Gabungan ini seterusnya menghasilkan sebuah anjakan paradikma yang positif yang akhirnya menghadiahkan kemenangan kepada pemainnya. Gabungan yang dimaksudkan ialah kebijaksanaan akal berfikir, semangat jihad untuk berkorban para jentera, sikap keberanian dan nilai tolong-menolong sesama jentera. Bagi seorang pemain catur yang biasa, kebijaksanaan digunakan dengan mengerah mindanya. 3 pendekatan yang berbaki itu diharapkan kepada 16 jenteranya. Untuk yang berpangkat rendah yang sebanyak 8 semuanya, adalah lebih bagus untuk sebahagiannya menentang musuh dan sebahagian lagi berkubu pada raja. Bagi jentera-jentera yang mempunyai kesaktian seperti Bechop dan Castel, mereka perlulah menikam jentera pihak lawan supaya berkurangan. Penggunaan jentera kuda pula adalah untuk mengkucar-kacirkan pergerakan pihak lawan kemudian mengambil kesempatan untuk membunuh pemaisuri musuh amnya. Sementara pemaisuri kebiasaannya digunakan pada saat kecemasan iaitu ketika mana jentera-jentera di atas telah terkorban. Ketika itulah pemaisuri bertindak menyelinap di setiap 64 petak mencari raja musuh.
Namun malangnya, corak persembahan mereka jarang-jarang diaplikasikan di gelanggang dunia realiti. Situasi ini seolah-olah memperlihatkan bahawa kita sudah ketandusan semangat demikian. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini penghayatan kerjasama kurang ditunjukkan oleh masyarakat. Jika didapati terdapat pun, masih belum menyamai peranan jentera-jentera catur. Sebagai contoh, semangat kejiranan masa ini hamper pudar ditelan dunia kesibukan. Jika dilihat dahulu, banyak kegiatan seperti Rukun Tetangga, gortong-royong dan sukan masyarakat sering dipraktikkan bagi menghiasi kekosongan kawasan perumahan. Jika kini, aktiviti seperti itu jarang-jarang sekali diwududkan. Hal ini menyedarkan kita bahawa nilai-nilai kerjasama seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan sanggup berkorban seperti mana yang dipamerkan dalam persembahan catur telah berkubur. Jika kita berbuat sebaliknya, nescaya ahli masyarakat sesuatu kawasan perumahan itu akan gembira hidup dalam semangat kejiranan. Hikmah ini juga mampu mencipta keamanan kepada tempat tinggal itu. Perkara ini dapat dibuat dengan kerjasama ahli masyarakat mengawal keadaan kawasan mereka agar tidak diancam jenayah seperti pecah rumah, penagihan dadah, gejala vandalisme dan lain-lain.
Semangat kerjasama yang mantap daripada jentera-jentera catur ini juga boleh diamalkan dalam sesebuah organisasi syarikat. Setiap ahlinya, perlulah bekerjasama untuk menaikkan reputasi syarikat yang baik seterusnya memancing keuntungan yang diharapkan. Jika itu berlaku, kejayaan akan datang menyambut kegembiraan ahli syarikat. Oleh itu, diharapkan agar tidak mangamalkan rasuah. Hal ini kerana rasuah boleh menjatuhkan prestasi syarikat. Akhirnya, memberi kesengsaraan kepada majikan. Teori ini samalah seperti permainan catur. Apabila didapati salah satu jentera tersilap langkah, maka keseluruhannya akan dihantui maut. Akhirnya memberi kesengsaraan kepada raja selaku penaung kerajaan. Oleh demikian, untuk meningkatkan kecermelangan sesebuah syarikat, mereka perlulah berperanan penting untuk bekerjasama selain mengamalkan etika perniagaan yang baik yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.
Kesimpulannya, boneka catur ini benar-benar mampu menyedarkan dan mengembalikan semangat kerjasama kita jika benar-benar menghayatinya. Cuba direnung sejenak, jika didapati salah satu jentera catur tidak berperana dengan baik, maka kecenderungannya lebih kepada kegagalan. Samalah seperti dunia reality ini. Adakah anda seorang individu yang mengamakan kerjasama? Jika tidak, sama-sama renungkan. Jangan jadikan kita sebagai jentera catur yang tersilap langkah yang boleh membawa rakan-rakan kita ke arah keburukan hanya kerana tidak bekerjasama.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan