(Janji jam.) itulah tajuk pada kali ini. Semoga segmen renungan yang Mat Santun hidangkan ini memberi manfaat serta renungan sejenak kepada anda.
Apabila kita menyebut tentang jam, maka kotak fikiran kita tidak lari dari mengingati fasal masa. Itulah yang dinamakan jam yang amat simile dengan waktu. Apatah lagi memang tugasnya untuk bergerak ligat menyinggah pada 12 nombor beranga bagi menunjukkan masa kepada kita dalam kehidupan seharian. Namun, adakah anda tahu, jam merupakan alat yang berdisplin dan mampu mendisplinkan kita. Sebagai analoginya, jam amat produktif dengan tugasnya menunjukkan masa kepada kita. Contoh, sekiranya kita menyuruh jam untuk membangunkan kita pada pukul 6 pagi, maka jam akan berbuat demikian dengan membunyikan locengnya tepat pada 6 pagi. Perkataan (tepat) harus anda perhatikan betul-betul. Dengan kata lain, (tepat) membawa erti bahawa jam tidak pernah kecundang dalam menjaga masa untuk membangunkan
kita pada masa yang diinginkan. Jam tidak pernah terlewat atau terawal untuk berbuat demikian kecuali nyawanya telah habis. Situasi kedua, jika kita memintanya untuk berbunyi pada setiap genap satu jam, maka jam tidak menghampakan permintaan kita. Jam terus bberbunyi setiap genap satu jam selagi kita tidak memberhentikan permintaan itu. Bagai mana dengan kita? Adakah sifat kita sama seperti jam?
Sekiranya kita mampu berfungsi sama seperti jam, kita ialah seorang yang boleh menguruskan masa dengan cemerlang. Jika sebaliknya, masih ada masa untuk kita melakukannya. Memang tidak boleh dinafikan, masa itu emas. Demgan kata lain, masa amat berharga dalam kehidupan kita. Sifatnya yang tidak boleh berulang dan berundur ke belakang menjadikan kita benar-benar memerlukannya. Oleh itu, pengurusan masa semestinya penting dalam kehidupan. Jika aspek itu tidak diaplikasikan, nescaya kita boleh dikategorikan sebagai manusia yang rugi kerana tidak menggunakan masa dengan bijak. Mana tidaknya, waktu senggang diisi dengan perkara-perkara lagha. Sementara kerja-kerja yang ditugaskan sering ditangguh dari masa ke masa. Kesannya, kita akan mundur ke belakang manakala yang lain sudah mengorak langkah mara ke hadapan. Oleh itu, pengurusan masa amat penting bagi mengatasi kelemahan sifat masa yang sememangnya sudah kita ketahui.
Untuk memastikan pengurusan masa kita benar-benar effektif, terdapat formula yang besar yang boleh dipakktikkan seharian. Yang pertamanya ialah mmerancang aktiviti dan diikuti dengan yang kedua menepati masa. kita haruslah merancang apa yang kita ingin buat pada suatu tempoh tertentu. Bagi melengkapkan perancangan itu, kita haruslah mempunyai jadual harian yang bertindak sebagai pengawal masa kepada kita. Misalnya, seorang pelajar dapat membahagikan waktunya antara belajar, berehat, bermain dan beribadat. Pendekatan ini membolehkan pelajar tersebut melakukan 4 aktivitinya dengan sempurna berlandaskan penyedian masa mengikut jadual. Namun, kita haruslah menyamai sifat jam yang menepati masa untuk melakukan tugasnya. Ini bererti, semua yang dicatatkan pada jadual itu haruslah diikuti dengan tepat dan teratur. Contohilah sifat jam yang tepat pada masanya untuk menggerakkan tuannya dari bangun tidur. Jika kita Berjaya mengikutinya, nescaya kita berada di landasan benar dalam soal menguruskan masa.
Sebagai contoh lagi, sseseorang ahli syarikat haruslah peka dengan jadual tugasnya. Jika pada hari tersebut mesyuarat akan diadakan, maka seseorang pegawai itu harulah menepati kehendak itu. Seterusnya, mereka perlulah menepati masa mesyuarat. Jangan bertindak melengah-lengahkan masa kerana itu selanjutnya akan menjejaskan yang lain. Mungkin mesyuarat itu akan tergendala disebabkan sikap kita yang demikian. Oleh itu, kita perlulah peka dengan segala tugas yang akan dibuat menikut jadual yang telah disediakan seterusnya menepati masanya dengan tepat. Jadikan jam sebagai penunjuk waktu kepada kita. Dengan kata lain, sentiasa melihat waktu pada jam agar kita tidak terlewat untuk menjalankan apa-apa perkara yang ingin dibuat.
Sebagai akhirnya,, renunglah sejenak bahawa jam merupakan alat yang berdisplin kerana jam tidak menghampakan kehendak kita. Jam juga mampu mendisplinkan kita. Sekiranya kita sentiasa melihat ke arah jam untuk melihat masa, maka kita seperti telah memulakan langkah pertama untuk menepati masa. Dengan melihat jam, maka kita akan mengetahui sama ada kita terlewat atau tidak untuk menghadiri sesuatu majlis. Sebagai seorang yang berdisplin dengan masa, apabila diketahuinya lewat, maka dia akan mempercepatkan tindakannya untuk benar-benar menepati masa bagi menghadiri sesuatu majalis itu. Sebab itulah jam mampu mendisplinkan kita dalam soal masa seharian. Oleh itu, berterima kasihlah kepada jam kerana mampu membangunkan kita dari tidur serta menunjukkan masa kepada kita. Sebagai penghargaannya, tepatilah masa kita. Tidak ada alasan untuk kita terlewat untuk membuat kerja kerana jam sentiasa berkeadaan tepat dalam membuat kerjanya untuk menunjukkan masa kepada kita.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan