WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

Kebaikan Adam (bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada anda semua yang mengunjungi laman enciksantai.blogspot. Kali ini, Mat Santun ada terbitan baru dalam segmen Karya Oh Karya. Kisah seorang watak bernama Adam yang kerap kali berdepan dengan konflik terhadap dirinya sendiri. Apa yang istimewanya tentang diri Adam ialah watak ini sangat gemar membantu orang lain. Untuk permulaan ini, Mat Santun paparkan bahagian pertamanya terlebih dahulu.


Assalamualaikum, nama saya Adam Affendi bin Razali. Hingga setakat ini, saya berusia 8 tahun 12 bulan. Di sekolah, saya gemar membantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan. Ibu kata, menolong orang itu merupakan satu perbuatan yang mulia dan dituntut dalam agama. Tetapi, setiap kali saya berbuat demikian, setiap kali saya didatangi dengan sesuatu. Sesuatu yang bagai mana? Positif atau negatif? Nak tahu, bacalah...

16 Mei, itulah tarikh bermakna untuk para guru yang mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik pada masa depan. Begitu juga bermakna buat para guru di sekolah aku. Pagi masih muda, namun aku sudah merasakan kemeriahannya. Begitu banyak pelajar-pelajar yang membawa hadiah untuk diberikan kepada guru mereka semperna hari itu. Tidak ketinggalan aku yang turut berbuat demikian.
(Adam, tolong pinjamkan sedikit wang. Aku nak beli bunga plastik kat kantin untuk cikgu hari ini.)
Tiba-tiba suara Haikal menerpa gegendang telinga aku. Tiba-tiba juga hati aku berbaur simpati. Tanpa beribu soal, aku menyambut hajat rakan sekelasku dengan baik.
Pada hari itu, kelas tidak berjalan seperti biasa. Banyak aktiviti yang dijalankan. Ada persembahan tarian dan nyanyian, ada acara sukan dan ada pula persembahandaripada guru. Kemeriahan itu berlanjutan sehingga langsir pagi menutup jendelanya. Bagi aku, kemeriahan itu membuatkan aku benar-benar haus. Walau pun sudah beberapa kali minum. namun tetap dahaga. Mungkin padat sangat aktiviti yang aku sertai. Tetapi, hasrat aku gagal ditunaikan. Wang aku sudah kehabisan. RM1 telah digunakanku untuk membeli makanan sebentar tadi. Dan RM1 lagi... Aku terpaksa berhaus selama 2 jam sebelum tamat sesi persekolahan untuk pulang ke rumah.

Ketika ini peperiksaan pertengahan tahun bakal bermula. Seperti biasa, aku gemar mengulang kaji pada waktu pagi sebelum perhimpunan sekolah bermula. Di kelas, pelajar-pelajar sudah bersidia menerima kertas soalan. Jauh di sudut belakang kelas. Naim, budak gemuk dalam kelas itu bangun dan menuju ke arah aku. Apa yang ingin dipinjamkannya, entahlah.
(Adam, kasi pinjam sharpener kejap, kang aku bagi sebelum exam start.)
Aku tidak bersuara, Aku terus menghulurkan pengasah pensel itu. Tindakannya itu diiringi dengan senyuman melebar. Lagi pun, memang sikap Adam yang gemar berbuat kebaikan tidak kira sesiapa pun.
Namun malangnya, sudah pertengahan peperiksaan rancak berjalan, Naim masih belum mengotakan kata-katanya tadi. Aku bertambah risau apabila mata penselku telah patah.
Masih banyak lagi soalan yang belum dijamah, tetapi aku tidak dapat menulis lagi. Apa yang harusku but dan afikirkan, selain menggunakan pensel tekan yang tidak jelas akan tulisannya. Itulah saja jalan terbaikku. Hendak mengambil semula pengasah yang dipinjamkan itu kepada Naim, begitu mustahil. mungkin akan dianggap kesalahan kerana berjalan di dalam kelas semasa peperiksaan berlangsung. Tanpa bersoal, aku meneruskan perjuangan dengan menggunakan pensel tekan walau pun aku tahu bahawa pensel jenis itu tidak boleh digunakan semasa peperiksaan.
(Apa nak jadi hari ini, jadilah. Aku tak kisah.)
Rungut aku dalam hati.

Hari itu benar-benar merisaukan aku. Entah apalah yang ingin diperkatakan oleh cikguku tentang jawapan peperiksaan aku nanti. Petang itu aku bercadang ingin mengunjungi perpustakaan bersama Haziq dan Amar.
(Haziq, bbuku ini menariklah. Kisahnya berkaitan dengan dunia angkasa.)
Suara aku perlahan hinggap di telinga Haziq, rakan baikku.
Haziq merenung sejenak isi kandungan buku itu. Kemudian berkata.
(Memang interesting. Fakta-fakta tentang Bimasakti juga menarik. Tetapi kita tak boleh baca ni sekarang. Esok ada exam lagi.)
(Pinjam sajalah, kan senang.)
Amar memberi cadangan. Kemudian dia menyambung lagi.
(Korang, aku nak pinjam buku yang ini. Tapi tak bawa pas perpustakaanlah. Minta tolong korang pinjamkan. Boleh...)
Tiba-tiba senyap sahaja suasana. Beberapa ketika, aku bersuara bersetuju dengan permintaan Amar itu.
(Tapi, kau mesti ikut arahannya. Pulangkan buku itu ikut time yang betul. Kalau tidak, aku yang kena. Sebab guna pas aku.)
Amar mengangguk menguntumkan senyuman. Seketika, mereka pulang ke rumah masing-masing.

Ramai pelajar sudah berkelompok-kelompok di persekitaran sekolah. Hari itu hari Ahad. Namun, mereka perlu ke sekolah untuk menyahut kempen Bersih Sekolah yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran kawasan itu. Aku terpaksa meninggalkan rancangan kartun kegemaranku pada hari itu. Namun, itu tidak menjadi masalah. Bagi aku, berbakti pada sekolah merupakan perbuatan yang mulia. Matahari memancar memaksa keringat aku, Haziq dan Amar membasahi tubuh. Sudah banyak sampah-sarap yang dikumpul menimbun bagaikan bukit yang terhampar. Sudah hampir ke penghujung, ramai pelajar yang mulai berehat curi tulang. Sementara itu, para guru rancak berkemas-kemas di bilik-bilik khas.
(Adam, sudah banyak sampah yang kita kutip. aku dah penat dah ni. Bila lagi kita nak ikut macam diorang.)
Haziq bersuara sambil mencari-cari sampah lain. Di situ juga, kelihatan kelompok yang lebih besar daripada Adam sekawan turut bergotong-royong. Mungkin kelompok itu adalah pelajar-pelajar dari darjah 5 atau 6.
(Kalau penat. Kau berehatlah dulu. Kemudian, sambung lagi.)
Aku memberi cadangan.
(Tak boleh sambung lagi. Cukup, cukuplah tu.)
Haziq seolah-olah meminta aku supaya memberhentikan kerja itu.
(Kalau begitu. Baiklah. Lagi pun, Amar dah lama berehat. Yang lain pun dah hilang entah kat mana. Cumabeberapa kelompok saja yang tinggal.)
Dalam perjalanan kembali ke kawasan kelas, mereka ternampak ramai orang berkumpul di kantin sekolah. Entah apa yang mencuri tumpuan pelajar-pelajar yang curi tulang tadi. Yang menghairankan, Amar pun turut menyertai.
Beberapa ketika, soalan itu terjawab. rupa-rupanya, mereka sempat menonton tv di kantin sekolah. Yang mengecewakan aku, mereka menonton Dragon Ball. rancanggan paling aku minati. Malangnya, rancangan itu hanya berbaki beberapa minit sebelum tamat. Keadaan itu seolah-olah tidak membenarkan aku menonton kartun yang digemariku.
(Sayangnya. Kalau aku tahu tadi, aku pun nak ikut macam mereka curi tulang. Boleh layan kartun. )
Kata Adam dalam hatinya.

Kini, keputusan peperiksaan pertengahan sudah diketahui. Hasil dari pada itu. Pelajar-pelajar akan diubah kedudukan posisi mereka dalam kelas. Aku bersyukur kerana aku masih lagi dapat mengekalkan kedudukan markahku dalam 10 ke bawah. Sedang rancak mereka berpindah posisi, ada sedorang pelajar menghampiri guru. Pelajar itu menerangkan sesuatu kepada guru itu. Seperti hal yang serius sedangkan dibincangkan. Beberapa minit kemudian, Cikgu Suzana itu bersuara.
(Pelajar semua, ada sesiapa tak yang ingin berpindah tempat dengan Hanif. Dia menghadapi masalah dengan tempat barunya kerana matanya silau jika berada di sebelah tingkap koridor.)
Terang Cikgu Suzana panjang lebar.
Bunyi bising sebenter tadi serta-merta beransur hilang. Seketika, suasana sunyi sepi. Bagaikan tiada sesiapa pun yang sudi menjawab pertanyaan cikgu tadi.
Cikgu Suzana bersuara lagi.
(Kenapa kamu semua diam. Cikgu soal ni. Bantu rakan kamu kan merupakan perbuatan yang mulia.)
Belum sempat cikgu menghabiskan kata-katanya, aku mengangkat tangan tanda setuju ingin menggantikan tempat Hanif. Aku bersuara lalu menghulurkan bantuan itu kepada Hanif. Kebetulan pula, tempat baruku berada di barisan tengah kelas itu. Sesuailah dengan Hanif kerana pancaran matahari tidak menjangkau sehingga ke tengah kelas.
(Thank you, Adam. Kau memang baik hati.)
Puji Hanif sambil mengemas barang untuk berpindah.
tetapi malang buat aku. Rupa-rupanya tempat yang Hanif tinggalkan tadi agak jauh dari kipas angin. Mungkin dirasakan panas apabila menjelang tengah hari nanti. Lebih malang lagi. Naim, budak gemuk yang gemar pinjam-meminjam itu telah berpindah ke tempat baru dan kini dia berada betul-bertul di hadapanku. Mungkin tersenyum lebarlah Naim kerana berada dekat dengan aku.

Selepas rehat, pelajaran matematik dimulakan. Seperti biasa, aku menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Lagi pun, Cikgu Ramli, cikgu yang mengajar matematik tidak suka pelajar-pelajarnya berkhayal semasa dia mengajar. Cikgu itu memberikan beberapa soalan kuiz untuk disiapkan pada penghujung kelasnya nanti. Bagi aku, 5 soalan yang diberikan tidaklah begitu sukar. Hanya perlu benar-benar fahamkan kehendak soalannya. Masih berbaki 1 soalan. Tiba-tiba aku merasakan ada tangan yang menerpa tubuhku. Naim rupanya, entah apa yang ingin dipinjamkannya selepas ini.
(Adam, macam mana jalan kira untuk soalan nombor 2 ni?)
Naim menyoal.
(aku tidak menyangka Naim bertanya yang itu. Sangka aku tadi dia ingin pinjam barang aku.)
Kata aku dalam hati.
(Naim inginkan jalan kira. Patutkah aku berikan. Lagi pun ini soalan kuiz. Dan... Patuhkah aku tolong dia.)
Di hujung hati aku berbisik menterjemahkan perasaan serba salah. 
(Cepatlah, Adam. Aku tak minta jawapan pun. Cikgu tak nampaklah. dia ada kat hujung sana.)
Tanpa melengahkan masa, aku menurut sahaja kata-kata Naim.
Tiba-tiba, suara kuat melolong di segenap ruang kelas memanggil nama aku dan Naim.
(Jangan meniru dan ditiru. Inikan soalan kuiz. Perlu kamu buat sendiri.)
Cikgu Ramli bersuara benar-benar mengejutkan aku dan Naim. Lebih malang lagi, aku dan Naim disuruh bangun dan berdiri di depan. Beberapa ketika, aku disuruh kembali ke tempat asal. Mujurlah Lina yang berada di sebelah Naim menyudahkan segala-galanya. Mujur juga Cikgu Ramli percaya kata-kata Lina tadi.
Namun aku diberi nasihat. Pedih juga telinga aku mendengar celotehnya. Nasib Naim, aku tidak tahu. Pandai-pandailah dia hendak hidup.
(Inilah malangnya kalau tolong orang tak kena cara. He he he.)
Bisik hati kecilku.

Keesokannya, pada waktu rehat. Aku berkunjung ke perpustakaan. Hajatku bukan untuk membaca buku, tetapi ingin membayar denda yang dikenakan atas kelewatan memulangkan buku yang telah dipinjamkan. Persoalannya, bukan aku yang berbuat demikian. Tetapi, Amar yang memaksa keadaan itu berlaku. Aku masih teringat, kata-kata Amar dahulu dan anggukannya seolah-olah dia menuruti peringatan aku. Tetapi, tidak sebenarnya. Perkara itu menyebabkan aku tidak mahu meminjamkan buku untuk pihak lain. Walau pun untuk tujuan kepada rakan baikku. Belum sempat aku beredar dari perpustakaan, tiba-tiba ada suara yang memanggil.
(Kamu, boleh tolong susun buku-buku ini mengikut warna pelekat yang berada di rak masing-masing. Sekarang ni waktu rehat lagi kan.)
Kata salah seorang pelajar yang sibuk berkemas di rak-rak yang berada di situ. Mungkin pelajar itu merupakan pengawas perpustakaan yang bertugas ketika itu. Dari gaya pemakaian yang berkemeja hijau berlengan panjang dan bertali leher, sudah menunjukkan bahawa sangkaanku benar-benar pasti.
Aku tidak menunjukkan sebarang respon. Hanya merenung mukanya lama-lama.
(Adik, abang minta tolong sekejap saja. Boleh...)
Tanpa menghampakan permintaan pengawas itu, aku menurut sahaja hajatnya. Benar kata dia, waktu rehat masih berbaki. Apa salahnya, aku menolong meringankan beban pengawas-pengawas perpustakaan yang bertugas ini.
Begitu lama aku asyik berkemas. Sehinggakan aku terlupa untuk melihat jam. Dugaanku tepat. waktu rehat sudah 10 minit tamat. Dengan segera, aku memulakan langkah seribu menuju kelas. Sesampainya di sana, aku ditegur Ustazah Najihah yang mengajar Pendidikan Islam. Namun, mujurlah, ustazah itu tampak ceria hari ini. Dengan tidak banyak bersoal, dia mempersilakan aku masuk ke kelas.

Bersambung...
 Untuk mengikuti kisah Adam ini, tunggu...
Bahagian seterusnya akan menyusur.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan