Salam Ramadhan kepada anda yang masih setia dengan Halaman Santun-santai. Bagaimana puasa anda setakat hari ini? Masih mampu untuk menunaikannya? Baiklah, bagi anda yang gemarkan terbitan-terbitan berbentuk cerita, ini Segmen Karya oh Karya akan memerihalkan kisah Adam. Nak tahu, terus layan bersama Mat Santun di saat yang membahagiakan ini.
Loceng sekolah telah berbunyi menandakan tamatnya persekolahan. Aku masih rancak menyiapakan kerja matematik yang ditugaskan oleh cikgu Ramli tadi. Memang menjadi lumrah, apabila setapak demi setapak kita di bangku persekolahan, beban tugas berubah kepada yang lebih banyak. Lebih-lebih lagi, aku sudah berada di darjah 5 dan bakal berdepan UPSR setahun dari sekarang. Aku melangkah menuju bilik pengawas bersama-sama Haziq dan Akmal. Hari ini, mesyuarat pertama sesi tahun baru akan diadakan. Entah siapa yang bakal dilantik oleh Cikgu Osman sebagai pengawas baru tahun ini. Namun, yang lebih penting, jawatan atasan iaitu setiausaha dan bendahari bakal diisi oleh pengawas-pengawas darjah 5 seperti aku. Bagi diriku, pangkat tidak menjadi ukuran dalam kehidupan. Yang penting ialah jasa dan budi yang kita curahkan dengan keikhlasan. Perkara inilah juga yang acap kali diingatkan oleh ibu.
Tepat jam 2.45 petang. Perutku sudah berkeroncong rancak. Kutatap wajah ibu. Kelihatannya masih sihat. Namun, dari raut-raut halus pada wajahnya jelas menterjemahkan kelesuan. Mungkin dirasakan kandungan ibu sudah muali membesar. Hari ini benar-benar bersejarah buat diriku. Mesyuarat pengawas sebentar tadi seperti senang kudengari. Tidak begitu banyak isu-isu berbangkit yang diutarakan. Mungkin sekali barisan pengawas tahun lalu aktif dalam tugas mereka. Seperkara lagi yang menggembirakan, aku telah diberi penghormatan memegang jawatan bendahari. Pada mulanya, aku diberi jawatan setiausaha. Namun, ketidaksanggupan Lina menyandang jawatan bendahari menyebabkan aku menukar jawatan dengannya. Bagiku, kedua-duanya sama. Tidak susah tidak pula senang. Yang penting, amanat daripada Allah itu mesti digalas sebaik mungkin.
Seperti biasa, mentari muali menunjukkan diri. Aku mulai mengayuh basikal ke sekolah. Hari ini, satu lawatan khas ke Putrajaya buat barisan pengawas tahun lalu akan diadakan. Lawatan yang berobjektifan kepimpinan itu bakal menyusuri Rumah Perdana Menteri, pusat-pusat pentadbiran kerajaan, Taman Tasik Putrajaya dan bermacam lagi.
(Adam, tolong tengok-tengokkan beg aku. Aku nak turun la.)
Tiba-tiba suara Akmal menyergah gegendang telingaku.
Belum sempat aku menyatakan sesuatu kepadanya. Akmal sudah meletakkan begnya di sisiku kemudian berlalu mendapatkan pintu bas.
Hajatku ingin menyertai rakan-rakan di bawah terbatal. Hatiku terselit perasaan serba salah. Ingin ikutkan hati, takut-takut beg di bawahan jagaanku ini tidak selamat. Akhirnya aku mengalah setelah mendapati Haziq dan beberapa rakan pengawas yang lain sudah mulai masuk ke dalam bas.
Perjalanan disambung semula. Membelah Lebuh raya Utara Selatan bergerak dari Rawang ke Putrajaya. Kesejukan yang dimuntahkan oleh penghawa dingin di dalam bas itu benar-benar menyusahkan aku. Aku berhajat untuk ke tandas untuk membuang air kecil. Kupandang sekeliling Melihat rakan-rakan yang lain. Ternyata masing-masing melayan diri. Ada yang menguyah sesuatu, ada yang membaca sesuatu ada pula yang mimpi sesuatu. Perasaan marahku terhadap Akmal semakin membara. Namun, perasaan itu seperti sukar untuk dilepaskan. Angkara dialah aku tidak dapat menunaikan hajatku untuk ke tandas viar pun ketika itu hajat itu sedikit kurasakan.
Mentari sudah berada betul-betul di puncak langit. Namun, kepanasannya seperti tidak menjadi. Mungkin kenyamanan bayu Tasik Putrajaya mampu menghalangnya. Aku duduk membisu sambil membuang pandangan ke tengah tasik. Kelihatan beberapa buah kayak tersadai di tepian tasik. Bayu yang menyegarkan terus mengiringi waktu rehat kami di situ. Sementara yang lain sibuk memegang makanan ringan yang dibeli sewaktu bas berhenti tadi. Aku tidak menyertai mereka kerana tidak membeli apa-apa makanan sewaktu tadi. Hanyalah berehat menghirup udara segar. Fikiranku teringatkan akan peristiwa tadi ketika mana bergambar dengan salah seorang tokoh kerajaan di Pejabat Perdana Menteri.
(Adam, pinjamkan aku kamera kau. Aku nak ambik gambar tasik ni la.)
Kali ini sudah 2 kali Akmal meminta sesuatu kepadaku. Aku tidak banyak bersoal dan terus memberikan kepadanya. Seketika, menyambung perbualan bersama-sama Haziq di tepian tebing tasik.
Selepas bersolat Zohor di masjid Putrajaya, lawatan diteruskan. Kali ini menerokai Rumah Perdana Menteri. Dari maklumat yang kuterima tadi, Dr. Seri Mahathir tidak berada di tanah air. Beliau telah bermesyuarat di Amarika Syarikat menyertai Negara-negara lain dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu”PBB.” Tetapi itu tidak mencacatkan kegembiraanku. Hajatku ingin bergambar berlatarbelakangkan Rumah Perdana Menteri semakin tercapai. Sementara menunggu proses pendaftaran, aku mengajak Haziquntuk mengambil gambar. Tetapi, hasratku serta-merta terbatal setelah mendapati bateri di dalam kameraku mulai kehabisan. Aku menyuruh Haziq melakukan beberapa kali, namun tetap gagal. Aku menghampiri Lina untuk meminjam kameranya. Barangkali, kamera yang dibawa Lina mampu mengembalikan kegembiraanku. Malangnya, Cikgu-cikgu sudah mula mengarahkan semua bergerak memasuki rumah itu. Lebih memalangkan lagi, barang-barang elektronik seperti kamera dan telefon bimbit dilarang sama sekali untuk dibawa masuk. Hajatku untuk meminjam kamera Lina menjadi semakin menjauh.
(Apa la Akmal tu. Ambik gambar ke tengok gambar. Sampai habis bateri ak dibuatnya.)
Rungut aku dalam hati. Aku melangkah masuk ke rumah besar itu dengan seribu perasaan yang sukar dileraikan.
Lebih kurang 4.00 petang, bas yang kami naiki berhenti di sebuah restoran KFC untuk menjamu selera. Destinasi ini juga merupakan salah satu daripada destinasi yang telah kami rancang bersama-sama. Semasa mesyuarat pada minggu lepas, semua pengawas telah bersetuju untuk membelanjakan sedikit wang untuk tujuan jamuan makan ini.
Sejak dari tadi, aku kelihatan serba tidak kena. Perasaan marahku terhadap Akmal masih belum terkubur. Hajatku untuk bergambar seperti yang kuinginkan tadi tidak menjadi kenyataan. Malahan, aku tidak boleh mengambil apa-apa gambar lagi terutamanya sewaktu keriangan di sini.
(Adam, jauh melayang. Makanan dah sampai la. Kalau kau tak nak, aku sapu.)
Tiba-tiba suara Haziq bersuara memutuskan lamunanku. Lengan bajunya dilipat hingga ke siku. Kemudian mendapatkan apa yang terhidang di atas meja.
(Ye la Dam. Kalau kau tak nak, aku rembat. Hehe…)
Kali ini Akmal pula menyampuk. Tangannya mengipas-ngipas tali lehernya.
Aku tidak memberi komen apa-apa. Hanyalah mencebik pada Akmal.
Namun, jauh di dasar hati, tersimpan lava berapi.
(kau kena ingat Akmal. Makanan kat depan kau tu belum kau bayar lagi kat aku.)
Terlepas juga kata-kata yang tidak menyenangkan hati Akmal. Aku tidak peduli lagi apa-apa sekali pun tindakan Akmal. Sebaliknya, terus menyedut minuman di hadapan. Lalu, menerkam ayam goring yang sedia terhidang di pinggan. Hanya sekali-sekala sahaja aku bersuara. Itu pun dengan Haziq.
Hampir separuh ruang restoran KFC itu dipenuhi dengan lautan biru. Hanya beberapa kelompok peengunjung sahaja yang terdapat di situ. Keadaan itu menyebabkan kami tidak segan silu untuk berada di situ. Ada kalanya terdengar gemaan ketawa dalam kalangan kami menyergah ruang restoran. Tetapi, suasana itu tidak berlaku di mejaku. Sebaliknya, aku dan Haziq banyak mendiamkan diri. Aptah lagi Akmal yang sengaja aku pinggirkan. Aku tidak mempedulikan perasaan Akmal. Sekali-sekala aku perlu mementingkan diri sendiri dan mengutamakan diri berbanding orang lain.
Bersambung…
Nantikan (Kebaikan Adam) dalam bahagian seterusnya. Selepas ini, Apa pula tindakan Adam? Adalah Adam bakal mengundang nasib malang lagi? Sama-sama kita menantikan terbitan selanjutnya. Sekian dahulu dari Mat Santun dalam Segmen Karya oh Karya. Jumpa lagi…
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan