WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 13 Ogos 2012

5 Racing @ Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat anda yang masih setia dengan Halaman Santun-Santai. Ini Mat Santai akan menemani anda lagi dalam segmen 5 tak boleh bla. Paparan untuk kali ini ialah berkaitan dengan Bulan Ramadhan. Nak tahu lebih lanjut, terus layan.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur ayatnya tidak mengikut penggunaan tatabahasa yang betul. Dengan erti kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

                Bulan Ramadhan merupakan bulan khusus untuk Umat Islam. Dalam pengisian bulan ini, Umat Islam di seluruh dunia diwajibkan berpuasa di samping memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat. Sesungguhnya, Allah SWT menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda di bulan ini kepada hamba-hambaNya yang beriman. Di Malaysia, Umat Islam terutamanya menyambut Ramadhan dengan begitu baik sekali. Semuanya melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, Solat Sunat Nawafil, Membaca Al-Quran, Qiammulai, bersedekah  dan berbagai-bagai lagi. Jika Ramadhan menghampiri 10 hari terakhir, suasana ibadahnya semakin bertambah rancak. Semuanya berlumba-lumba ingin memperoleh malam yang satu iaitu Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan pahala yang dilakukan pada hari itu akan digandakan sehingga 1000 bulan. Namun di sebalik perlumbaan itu, muncul pula perlumbaan-perlumbaan”racing” baru  yang turut disertakan pada Bulan Ramadhan ini sehingga membawa kepada sambutan Aidilfitri. Nak tahu?

5 racing di Bulan Ramadhan:

5. berlumba-lumba nak sediakan juadah berbuka puasa.
Perlumbaan jenis ini rancak dilakukan terutamanya seawall bulan. Mungkin semangat ramadhan membara di hati. Mungkin juga sebab tak sabar nak sambut first day berbuka. Mungkin jugak nak memeriahkan ramadhan ikut pendapat sendiri. Semua makanan rasa nak makan. Bersepah-sepah la makanan kat atas meja tu. Yang tu belum campur yang beli kat bazaar lagi. Semuanya nak sumbat dalam perut. Kalau kat bazaar pulak, bersepah-sepah orang datang. Padahal kat rumah tu dah berlambak makanan. Tapi, gagah juga nak beli. Mungkin nak lengkapkan koleksi makanan kat atas meja tu. Apa jenis Seafood la, westen food la, bigfoot la, macam-macam. Tak cukup dengan itu, ada juga yang beli juadah ikut nafsu. Bukan beli ikut kemampuan wang. Harap-harap, tak ada la yang berhutang sebab nak beli juadah berbuka. Kebiasaannya, Perlumbaan ini akan berlarutan sehingga hamper penghujung bulan.

4. Berlumba-lumba nak beli tiket balik kampong.
“racing” jenis ini biasanya dilakukan sewaktu minggu pertama Ramadhan. Ye la, semua orang tak nak jadi si dendang perantau. Berasak-asak nak tempah tiket semata-mata nak sambut raya kat kampung. Kadang-kadang, tiket mahal, bas ulat-ulat atau bas lompat-lompat  pun dia sanggup. Asalkan tak naik lori ayam balik kampung. Yang tu suasana kat stesen bas, Kl Sentral pun happening jugak. Orang ramai sangat nak order tiket. Sampai KTMB terpaksa tambah gerabak. Kadang-kadang tak cukup, sampai ada yang kena lepak dekat luar. Pas tu. yang kat luar gerabak tu, mulalah plan nak hisap rokok.

3. Berlumba-lumba nak korek duit.
Perlumbaan jenis ini biasanya dilakukan sewaktu pertengahan Ramadhan. Sewaktu ini orang sudah memikirkan tentang raya. Oleh itu, ramailah orang nak korek duit kat merata bank sebab nak sambut Aidilfitri. Berpusu-pusu la orang melawat bank setiap hari sebab nak ambik duit. Ada juga sesetengah tu yang buat-buat korek duit dalam bank. Padahal dalam account kering-kontang. Mungkin nak tunggu peluang nak curi duit orang. Ye la, kata masyarakat,
“Raya perlu top. Segalanya perlu serba baru. Perbelanjaan  yang besar perlu dibuat.”
Kadang-kadang, ada jugak yang sanggup berhutang. Tak kisah apa cara sekali pun, asalkan raya kat rumah dia gerenti top. Tapi, bila nak bayar hutang balik, buat-buat lambat. Mungkin mereka berpegang dengan prinsip “raya didahulukan hutang dikendiankan”. Yang ni ok lagi. Ada yang sebahagian tu sampai tak jelaskan hutang langsung. Bila nak hutang lagi. Tahu pulak dia teringatkan hutang lama.

2. Berlumba-lumba nak buat persiapan raya.
Perlumbaan seterusnya ini hangat dilakukan selepas duit ada kat tangan. Ye la, “no money no things”. Berlumba-lumba nak beli barang untuk persiapan raya. Sofa baru, langsir baru, tv baru, macam-macam. Silap-silap, rumah baru pun dia sanggup beli. Kalau kat rumah pulak, berlumba-lumba satu kampong nak decorate rumah. Pasang pelita la, cat rumah la, sampai pasang meriam buluh pun ada. Dah jadi macam Kota A Farmosa persiapan raya kat rumah dia. Yang bersederhana tu ok la. Tapi, yang extreme tu takut-takut tak diredai. Membazir sangat. Ada sesetengah tu, persiapan baju raya sampai sedozen. Ada sesetengah pulak, berlari ke sana sini di ceruk Bandar nak beli baju raya. Katanya, nak cari yang paling top. Entah-entah, saiz baju yang tak ada. Yang ambik order orang pun berlumba-lumba jugak. Separuh nyawa nak siapkan tempahan tak kira siang atau malam. buat baju la, kuih raya la, langsir la, macam-macam. Harap-harap, ibadah di bulan ramadhan tidak diketepikan.

1.       Berlumba-lumba nak balik kampung.
“racing” jenis yang ini paling happening. Yang ni banyak berlaku kat Bandar-bandar besar seperti kat KL, JB dan Penang. Yang ni merupakan klimak kepada perlumbaan-perlumbaan yang lain. Sebab, “racing” ni dilakukan sewaktu Rmadhan hamper melabuhkan tirai. Ye la, semua orang nak balik kampung sambut lebaran. Tak nak jadi Dendang Perantau. Perlumbaan ini juga merupakan kemuncak segala kegembiraan. Tapi dalam kegembiraan itu, ada jugak kesedihan kalau gembira sangat. Ye la, happy sangat waktu drive, bawak kereta laju-laju sampai mati katak. Pas tu, banyak la pulak accident yang berlaku di merata-rata jalan. Orang balik kampung, dia balik rahmatullah. Beraya kat rumah dua tiang. Ada sesetengah tu, tahniah. Sebab, drive ikut peraturan. Tak la menyusahkan orang. Tak la Nampak macam suasana kat Litar Sepang. Kepada perlumba-perlumba handalan tu, kurangkan speed anda ikut peraturan. Memanglah semua orang tak sabar nak balik beraya. Tapi, jangan sampai Malaikat Maut kata “dia ni tak sabar-sabar nak balik kubur”.


                Kesimpulannya, kelima-lima “racing” ini sering dilakukan oleh kita di Bulan ramadhan. Kepada yang tidak berlumba tetapi hanya berlari, tahniah Mat Santai ucapkan. Hal ini kerana anda bertindak mengikut kemampuan diri. Bukan bertindak mengikut Sang Nafsu. Tapi, jikalau berkaitan dengan ibadah di Bulan Ramadhan, anda perlu berlumba-lumba bersama yang lain dalam mengejar pahala yang dijanjikan. Rugilah sekiranya yang ini pun anda melakukannya dengan berjalan. Lebih merugikan lagi, sekiranya anda berlumba-lumba dalam mengejar 5 “racing” di atas, tetapi perlumbaan ibadah hanya dilakukan dengan berjalan. Walau apa-apa pun, Mat Santai doakan yang terbaik buat anda semua. Selamat Berpuasa dan seterusnya meraikan Lebaran yang dinantikan.

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan