WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 17 Oktober 2012

Kunjungan Staff SNH

Salam bahagia watak sebenar ucapkan kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Terlebih dahulu, watak sebenar ingin memohon maaf di atas ketandusan terbitan dalam tempoh yang agak panjang belakangan ini. Dalam tempoh tersebut, Watak sebenar telah sibuk berhadapan dengan Peperiksaan yang boleh dianggap penting dan Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan baik dan lancer. Berakhirnya peperiksaan itu, maka bermulalah saat kriktikal bagi watak sebenar serta rakan-rakan yang sewaktu untuk terus mengulang kaji pelajaran bagi meraih kejayaan dalam peperiksaan sebenar hujung tahun ini. Walau pun begitu, watak sebenar serta dua boneka kartun halaman ini tidak sanggup untuk meninggalkan anda dengan lebih lama. Oleh itu, di kesempatan ini, watak sebenar ingin memerihalkan salah satu aktiviti yang dijalankan di sini. Yang pasti, aktiviti tersebut telah sedikit sebanyak menggamit memori ketika menjalani kehidupan di pra 2012 yang lalu. Pada Selasa lepas, saya dan sebahagian rakan-rakan yang lain telah dilawati oleh KRU ST. Nicholas Home yang berpusat di Pulau-Pinang. Kunjungan mereka ke sini adalah untuk memaklumkan di samping mempromosikan produk mereka iaitu kursus-kursus latihan yang sememangnya baik dan mempunyai prospek peluang pekerjaan yang tinggi setelah tamat latihan. Namun tujuan mereka yang lebih umum untuk mengunjungi kami adalah kerana ingin memerihalkan pengstrukturan semula pengisian dalam kursus-kursus yang ditawarkan terutamanya kursus IT khasnya kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan”lepasan STPM dan lepasan SPM”. Menariknya di sini, saya telah menemui seorang kakitangan ST. Nicholas Home”SNH” yang pernah memberi latihan IT kepada saya awal tahun lalu. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Hatty. Menariknya lagi, pengstrukturan semula pengisian dalam kursus IT benar-benar menarik perhatian saya untuk kedua kali menjalani latihan yang sama di sana. Ini kerana, modul pengajian yang diperbaharu itu telah menggunakan microsof office 2007 yang dianggap masih baru bagi saya jika diaplikasikan dengan lebih mendalam. Selain itu katanya lagi, kursus IT yang ditawarkanmempunyai 2 sesi pengajian. Pertamanya ialah selama tempoh 5 bulan bermula Januari hingga Mei di samping menawarkan peperiksaan ICTS yang diambil dari Singapura. Pembaharuan ini mmeberikan peluang kepada lepasan SPM amnya untuk mempelajari IT sehingga tamat pengajian. Pada masa yang sama, dapat menumpukan perhatian kepada lanjutan pelajaran ke institut pengajian tinggi seperti university, kolej matrikulasi atau pra university. Yang memuaskan lagi, mereka ini juga berpeluang mengambil peperiksaan ICTS yang bersifat global dari segi kualiti sijilnya. Kelebihan ini dapat digunakan oleh bekas pelatih sebagai advantage bagi persiapan ke institut pengajian tinggi di samping advantage bagi memperoleh sesuatu pekerjaan. Sementara sesi Kedua akan bermula pada Julai tahun yang sama. Saya difahamkan Sesi kedua ini ditawarkan khasnya kepada pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda tertentu seperti berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pendek kata, sesi kedua ini adalah untuk pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda atau urusan yang menghalang mereka daripada menjalani latihan sepanjang tahun. Ringkasnya, sesi kedua ini lebih bersifat terperinci dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih untuk mahir menguasai bidang iT. Biar pun pengisian dalam kunjungan mereka di sini banyak tertumpu kepada bakal-bakal lepasan SPM dan lepasan STPM, namun bagi saya ianya sudah cukup untuk menggamit memori sewaktu saya menjalani latihan IT awal tahun lalu di sana. Lebih manis lagi, saya di samping rakan-rakan sekolah bersama-sama menjalani latihan di sana. Namun sewaktu itu, saya tidak sempat untuk menamatkan pengajian kerana didatangi dengan pelbagai tawaran pengajian di samping ingin menghadiri temu-duga. Oleh itulah saya terpaksa meninggalkan pusat latihan itu dengan lebih awal untuk memikirkan secara masak-masak mengenai peluang pelajran yang benar-benar terbaik untuk saya. Kata mereka lagi, kru ST. Nicholas Home seterusnya akan mengunjungi SMPK Setapak, Kuala Lumpur bagi memaklumkan perkara yang sama. Nantikan kedatangan mereka di sana. Insyaallah… Bagi pihak saya dan mewakili rakan-rakan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada kunjungan kru ST. Nicholas Home kerana prihatin dengan masa depan kami di sini. Kami amat menghargai pendedahan, maklumat serta ilmu-ilmu latihan yang dapat diperoleh di sana. Kepada anda pelajar lepasan SPM dan STPM yang berkenaan”bukan sebarang golongan”, gunakanlah peluang yang ada ini untuk mengisi waktu senggang anda di sana sementara menunggu keputusan peperksaan awam. Sesungguhnya, pelbagai kursus latihan yang ada ditawarkan di sana yang pastinya berguna pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan