Assalamualaikum dan salam sejahtera Mat Santai ucapkan kepada anda semua. Sudah lama agaknya Segmen 5 tak boleh bla tidak ditampilkan dalam blog ini. Kali ini, Mat Santai akan membawakan 5 tak boleh bla dengan paparan mengenai cara study student kat Malaysia.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.
Umumnya, cara study student bermacam-macam. Cara study budak sekolah Bandar lain. Budak kampung pun maybe lain. Tak kira lagi dengan budak pedalaman, maybe lagi lain. Tapi, matlamat mereka hanyalah satu iaitu untuk Berjaya dalam pelajaran selepas mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ialah, Malaysia kan mengiktiraf kecermelangan pelajar dengan sehelai kertas keras.
Apa apa pun, ini dia Mat Santai nak tunjukkan 5 jenis cara study student kat Malaysia ni.
No. 5: Study group.
Study group ni selalu student buat. Dengan ada 3 ke 5 orang, sudah cukup nak belajar cara cam ni. Kalau lebih sangat, mengarut je. Maklumlah, lain kepala lain ragam. Banyak kepala lagi banyak ragam. Sebab tu, study group ni selalu 3 ke 5 orang je.
Kebaikannya, semua ahli kumpulan boleh bagi idea masing-masing. Baru berkembang sikit otak tu. Tapi maybe tak boleh lama lama. Ni sebab daripada study tukar jadi lazy dan pas tu mula la nak sembang sembang. Pasal bola la, facebook la macam macam.
No 4: study dengan bantuan perangsang.
Study macam ni pun kategori manja tak berdikari. Student kena bergantung dengan sesuatu baru boleh nak study. Contoh, study sambil dengar radio atau watching tv. Pun sama kalau lama lama, dia tengok tv, buku syok sendiri. Kalau radio pulak, macam macam muzik sesuai untuk menemani anda menelaah buku. Normally, student sesuai dengan muzik sentimental.
Perangsang kedua ini jenis yang suka nak minum minum. Sebelum study, mesti nak kena bancuh kopi atau Nescafe. Katanya nak elak daripada sleepy. Kadang kadang boleh jadi betul boleh jadi persepsi.
Kalau yang tadi sebelum, yang ni selepas. Selepas dia study, dia mesti nak cagarkan sesuatu yang berfaedah selepas melakukan study tu. Kata lain, beri ganjaran kepada diri sendiri la tu. Tak kisah la, study banyak dapatlah belanja diri sendiri dengan banyak. Study sikit, dapatlah ganjaran sikit. Apa apa pun, wang saku sendiri.
No 3: study sendiri.
Yang ni cara study yang opposite dengan study group. Study ni secara individual. Study jenis ni perlu motivasi dalam diri sendiri dan kesedaran untuk Berjaya. Perlu ada semangat yang kuat. Tapi agak unik juga, orang yang study sorang sorang ni suka cakap seorang diri. Lagi tak ada orang kat situ, lagi kuat dia melalak bersuara keseorangan. Ye la, tak ada sapa nak teman, atau dia maybe rimas kalau study dengan orang lain. Bukan apa, cakap sorang sorang tu sebab dia nak menghafal, bukan tidak waras. Study jenis ni, boleh lama lama. Selagi semangat masih kuat, selagi tu la kepala tunduk jari menunjuk, mencari buku buku ilmiyah yang boleh dirujuk. Kalau orang kacau, dia mengamuk.
No 2: Study dengan banyakkan latihan
Yang ni pun ramai student buat jugak. Jenis ni menunjukkan student tu tak suka menghafal. Dia cuba banyakkan pengalamannya menjawab seberapa banyak soalan. Ini untuk persedian menghadapi soalan peperiksaan sebenar. Mana la tahu, dalam banyak banyak soalan tu, mesti ada yang mirip mirip soalan exam sebenar. Tapi cara macam ni, banyaklah sikit modal. Beli buku latihan, buku soalan ramalan dan macam macam.
Tapi yang penting, agak santai la jugak. Boleh baca soalan tengok jawapan.
No 1: Study dalam waktu kelas.
Yang ni tak ramai student boleh buat. Cuma yang bijak sana bijak sini ja. Bukan maksudnya study dalam kelas, yang ni maksudnya berikan tumpuan, focus, perhatian semasa guru sedang mengajar. Pas tu, balik rumah tidur. Kalau nak study pun, just remember dalam mind apa yang cikgu ajar tadi. Pas tu, save dalam minda. Buat la folder sikit kat minda tu. Supaya tak la berserabut sangat kepala otak bila nak keluarkan balik info tu. Sebenarnya, minda kita anugerah Tuhan. Paling hebat daripada komputer. Cuma tak manage dengan baik saja. Itulah, hanya orang orang terpilih sahaja yang Berjaya melakukan study jenis ini.
Tapi, Nampak sangat student yang study cara ni malas melakukan kerja.
Sekian sahaja paparan Mat Santai. Diharapkan kepada calon calon SPM yang masih menduduki kertas peperiksaan, dapat menelaah pelajaran dengan sebaik mungkin dan berupaya mendapat hasilnya daripada cara study anda itu. Sampai jumpa lagi
Nak Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan