Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda
semua. Lama betul watak sebenar tak bersemuka dengan anda semua dalam blog ini.
Watak sebenar nak mohon bebanyak maaf kerana sudah lama blog ini tidak
menerbitkan apa apa terbitan.
Sebenarnya, watak sebenar saja nak kongsi dengan anda
mengenai diari hidup ini. Untuk pengetahuan, watak sebenar baru sahaja
menamatkan exam STPM dengan berakhirnya peperiksaan penggal 3. Dengan itu,
watak sebenar tidak lagi bergelar budak sekolah. Terima kasih juga la diucapkan
kepada SMKTAM yang bagi peluang belajar kat situ. Terima kasih cikgu cikgu kat sana memberikan
ilmu yang bukan sahaja berguna dalam exam, malahan sampai bila bila.
Penghujung bulan Oktober lalu, watak sebenar ada berkunjung
ke Kuala Lumpur untuk satu temasya sukan peringkat antarabangsa. Memang sangat
bertuah dan gembira dapat peluang menyertai sukan itu dalam acara catur. Terima
kasih juga kat jurulatih jurulatih dan pengurus kerana telah memberikan banyak
bimbingan dan tunjuk ajar kepada diri ini sepanjang berada kat sana. Ilmu catur
yang walau pun tidak seberapa banyak itu cukup bagi diri ini mengetahui latihan
sebenar permainan catur. Biar pun kem latihan itu hanya diadakan lebih kurang 4
hari sahaja, namun itu sudah cukup berani untuk peserta team catur berhadapan
dengan atlet lain yang sememangnya cukup cukup bersedia. Terima kasih Asia
Youth Para Game 2013, Kuala Lumpur kerana menghadiahkan pengalaman yang amat
bermakna dalam kamus hidup ini.
Diharapkan agar watak sebenar berupaya menerbitkan lebih
banyak bahan bahan berguna dalam blog ini. Maklumlah, cuti sekolah sudah pun
beraksi menggembirakan wajah wajah para pelajar. Bagi watak sebenar pula, cuti
ini tidak terkira lamanya. Sehinggalah tirai 2013 dilabuhkan, watak sebenar
masih berupaya bersenang-senang di kediaman sendiri. Mungkin itulah waktunya
blog ini akan mulai aktif dan segar. InsyaAllah hendaknya.
Apa apa pun, watak sebenar nak ucapkan selamat bercuti
sekolah kepada para pelajar yang sudah pun bercuti. Buat pemegang tiket dewan
peperiksaan SPM yang masih berjuang, teruskanlah cita cita anda mengapai
kelipan bintang di langit. Sampai jumpa lagi. Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan