Assalamualaikum dan berjumpa lagi di laman
enciksantai.blogspot ini. Watak sebenar ada bersama kalian pada kali ini. Watak
sebenar hadir di sini adalah untuk memperkatakan tentang aksi bertenaga harimau
muda A yang Berjaya menumbangkan Vietnam dengan jaringan 2 – 1 sebentar tadi
dalam acara bola sepak Sukan Sea ke 27 di Myanmar.
Aksi 96 minit termasuk masa tambahan 1 minit di separuh masa
pertama dan 5 minit di separuh masa kedua cukup-cukup mendebarkan kedua-dua
belah penyokong baik Malaysia mahu pun Vietnam. Namun, skuad OKS nyata
meyakinkan terlebih dahulu penyokong Malaysia dengan menyumbat gol pembukaan
pada minit 82 menerusi jaringan Asri Chuchu. Tersentak dengan itu, Vietnam yang
sudah melakukan asakan-asakan yang keras begitu terdesak untuk memperoleh jaringan
penyamaan. Akibat keghairahan mereka itu, pasukan harimau muda A sekali lagi
memperoleh gol kedua pada minit 90 menerusi Saarvindran yang bijak menumpaskan
penjaga gol lawan. Vietnam masih belum berputus asa dan usaha itu membuahkan
hasil apabila mereka dihadiahkan jaringan setelah Izham Tarmizi gagal menangkap
bola dengan kemas pada minit 95 itu. Namun, segalanya sudah terlambat untuk
pasukan bola sepak Vietnam bagi menyekat kemaraan Malaysia ke separuh akhir.
Pada pandangan watak sebenar pula, jaringan Vietnam itu adalah jaringan percuma
Malaysia semperna hadiah hari natal yang akan diraikan tidak lama lagi. Tambahan
pula, sekurang-kurangnya usaha mereka itu dapat menstabilkan emosi mereka yang
tampak kecewa dengan situasi sebenar. Jika ditanya siapakah pemain terbaik? Watak
sebenar pastinya memilih penjaga gawang Malaysia, Izham Tarmizi yang banyak
kali menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya daripada pemain Vietnam.
Tahniah watak sebenar ucapkan kepada Harimau Muda A dan OKS
kerana Berjaya menempah tiket ke separuh akhir. Menanti Malaysia di separuh
akhir ialah Indonesia yang telah menewaskan tuan rumah Myanmar dengan jaringan 1 berbalas
0. Semoga skuad harimau Malaya dapat mengekalkan prestasi terbaik untuk beraksi
menentang garuda pada 19 Desember ini. Tahniah diucapkan sekali lagi dan
diharapkan kejuaraan buat kali ketiga bagi acara bola sepak lelaki Sukan Sea
ini menjadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan