Assalamualaikum dan salam sejahtera watak
sebenar ucapkan kepada anda. Kali ini watak sebenar sekali lagi ingin
membicarakan soal bola sepak, permainan yang boleh dianggap popular di seluruh
dunia.
Sekitar jam 7.30 p.m. tadi, skuad bola
sepak Malaysia sekali lagi tewas dan kali ini di tangan Singapura dengan
jaringan 1 – 2 apabila gagal menyekat lawan untuk menduduki tempat ketiga.
Kekalahan itu menyaksikan kedua-dua team bola sepak Malaysia iaitu pasukan
lelaki dan perempuan hanya menduduki tempat keempat. Terdahulu, Harimau Muda A
dikecewakan oleh Indonesia atas penentuan sepakan penalti apabila tuah berpihak
kepada Indonesia dengan 5 - 4 di peringkat separuh akhir tempoh hari.
Kekecewaan juga turut dirasai oleh skuad bola sepak wanita apabila gagal mengutip
pingat gangsa apabila tumpas kepada tuan rumah Myanmar.
Walau tidak mengutip sebarang pingat
daripada kem bola sepak, namun prestasi para pemain memperlihatkan adanya
peningkatan. Tambahan pula, Harimau Muda A yang dibimbing oleh OKS memberikan
tentangan yang hebat kepada Singapura dan Indonesia sebelum mereka benar-benar
disahkan menang. Selepas ini, peminat fanatic bola sepak Malaysia sudah
pastinya menantikan gerbang pembukaan liga Malaysia 2014 yang akan berlangsung
pada 18, 24 dan 25 Januari tahun hadapan bagi liga Super dan Liga FA. Sudah
pastinya juga ada di antara pemain-pemain daripada skuad Harimau Muda A ini
akan beraksi pula dalam kancah liga Malaysia mengikut kelab pilihan
masing-masing.
Apa-apa pun, ucapan tahniah kepada kem bola
sepak Malaysia kerana Berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan memiliki
usaha yang jitu untuk ke peringkat akhir. All the best pula untuk bola sepak
Malaysia 2 tahun hadapan di Singapura bagi Sukan Sea edisi ke 28.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan