WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 18 Disember 2013

Tuan Rumah vs Wakil Rombongan



Assalamualaikum dan berjumpa lagi bersama Mat Santai di sini. Mat Santai ada cerita di sini mengisahkan tentang rombongan kahwin serta tuan punya rumah pengantin perempuan. Nak tahu lebih lanjut, layan, semestinya dalam Segmen Sembang Santai.


Suatu hari yang indah, rombongan pengantin lelaki telah selamat sampai di rumah pengantin perempuan. Sebelum mereka dibenarkan naik ke rumah, tuan rumah menyekat kumpulan itu dan mengajak bermain pantun. Macam biasalah, adat tradisi orang Melayu.


Tuan rumah: Waalaikumussalam. Sebelum tuan hamba masuk, silalah jawab pantun hamba ini. Hamba kira ini bunyinya.


Mengail haruan di paya Jengka,
Menunggu lama ikan tak mari,
Kalau tuan bijak meneka,
Apakah nama kampung diberi.


Semua ahli rombongan diam seketika. Bukan kerana lidah terkelu, tapi otak cergas mencari sesuatu. Lalu, salah seorang daripada mereka menjawab.


Wakil rombongan: Hamba kira ini jawabnya. Dengarnya tuan hamba.


Buah semangka di atas papan,
Diambil nyonya dimakan tidak,
Kami teka akan jawapan,
Nama kampungnya biji chempedak.


Tuan rumah: pandai tuan hamba meneka. Baiklah, seronok berbalas pantun dengan tuan hamba. Kita beradu pantun kedua. Hamba kira ini soalnya.


Pulau Tuba indah sekali,
Deras deruan ombak lautnya,
Tuan hamba yang bijak sekali,
Bapa perempuan apa kerjanya.


Lalu sekali lagi semua ahli rombongan membisu seribu bahasa. Serentak dengan itu, orang yang sama itu juga yang menyahutnya lalu membalas pantun yang dijual.


Wakil rombongan: Agaknya hamba kira ini jawapannya. Dengarnya tuan hamba.


Pergi ke hutan mencari palas,
Palas di tikar nak anyam ketupat,
Sebagai jamuan di hari raya,
Moga meriah  Allah merestu,
Tugas selalu sibuk di kelas,
Mendidik pelajar tidaklah penat,
Harap tuan dengar jawabnya,
Kerja si ayah ialah guru.


Mendengarkan pantun yang dibalas wakil rombongan itu, tuan rumah pula kali ini yang terdiam seribu bahasa. Mana tidaknya, empat kerat dibalasnya 8 kerat. Sudah la itu, tujuh jenis hantaran dibalas dengan 15 jenis hantaran. Tanpa bersoal panjang, tuan rumah mempersilakan rombongan itu masuk. Kedua-dua mempelai pun dipersilakan pengapit berduduk di pentas berhias. Tak ubah macam pinang dibelah dua. Tuan rumah dengan wakil rombongan itu dua juga, tapi dua kali ganda hebatnya. Selamat pengantin baru!


Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan