WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 27 Jun 2014

Aksi Piala Dunia 2014 (Tamat Saingan Peringkat Kumpulan)

Brazil: kita akan cuba menang untuk 6 kali termasuk di tempat sendiri

Perancis: pusingan kalah mati adalah peringkat yang mencabar. Para pemain perlu lebih focus.

Argentina: Peluang kita untuk menjadi juara cerah. Gandingan Aguero dan Messie perlu sentiasa lebih baik.

Belgium: Kita perlu tewaskan USA terlebih dahulu sebelum fikirkan lebih jauh.

Mexico: kekalkan momentum dan terus beraksi dengan cemerlang.

Germany: kita masih banyak pemain berkualiti. Persefahaman yang baik antara pemain perlu dicari.

Belanda: Bermain di pusingan kalah mati adalah tugas yang berat, kami mampu melakukannya berdasarkan prestasi semasa.

Uruguay: Kami masih ada Cavani, dia juga pemain yang berkualiti.

Costa Rica: Kami akan bermain dengan sebaik-baiknya biarpun berlarutan sehingga ke masa tambahan.



Pastinya, itulah kata-kata motivasi yang sempat dirakamkan oleh watak sebenar daripada luahan sebahagian Negara yang Berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan kalah mati. Ya, Sememangnya watak sebenar sedang memperkatakan mengenai acara bola sepak yang paling diminati ramai penduduk dunia ini, world cup 2014 di Rio Dijeneiro, Brazil.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pastinya juga penduduk dunia sekarang ini menjadi semakin ghairah untuk menyaksikan kejohanan piala dunia 2014 ini apabila 16 buah Negara telah dikenal pasti sebagai pemegang tiket ke peringkat pusingan kalah mati. Saingan di peringkat kalah mati adalah lebih mencabar dan setiap Negara perlu melakukan persiapan yang sewajarnya dalam merebut kejuaraan yang berprestej ini. Dalam persaingan itu, Germany yang menjadi pasukan pilihan watak sebenar tidak terlepas untuk bergelar kuasa bola sepak utama dunia apabila turut juga Berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan.


Dalam musim piala dunia 2014 di Brazil ini, Germany diundi dalam kumpulan G bersama-sama Portugal, Gana dan USA. Germany memulakan saingan dengan cukup cemerlang sekali apabila mudah menewaskan salah sebuah kuasa bola sepak Eropah, Portugal dengan jaringan 4- 0. Kemenangan Germany itu juga menyaksikan tercatatnya hatrik petama dalam saingan piala dunia tahun ini apabila penyerang Germany Thomas Muller melakukan rekod tersebut. Terdahulu di piala dunia 2010 di Affrika Selatan, Thomas Muller telah mendapat anugerah kasut emas. Tidak hairan tahun ini penyerang Bayern Munich itu mampu mengulangi pencapaiannya musim lalu sekali gus mengetepikan bintang Barcelona Messie dan Neymar.


Aksi skuad Germany ketika menentang Gana juga dipamerkan dengan begitu baik meskipun hanya memperoleh 1 mata sahaja. Germany bangkit untuk memastikan gelaran pendahulu kumpulan G miliknya dengan menang tipis 1 – 0 ketika menentang USA dalam perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan. Perlawanan Germany yang seterusnya ialah berhadapan dengan naib juara kumpulan H iaitu Algeria.


Pastinya juga, aksi piala dunia 2014 di Brazil kali ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila beberapa pasukan yang menjadi pilihan dunia untuk dinobatkan sebagai juara telah tersingkir seawall di peringkat kumpulan lagi. Spain yang dibarisi ramai pemain-pemain bintang Barcelona hanya mampu mengutip 3 mata sahaja selepas mengharungi saingan di peringkat kumpulan. Lebih memalukan lagi, Juara world cup 2010 ini telah tumbang ditangan naib Juara world cup 2010, Belanda dengan jaringan yang cukup besar iaitu 1 – 5. Italy dan England masing-masing kecundang di tangan Uruguay dan Costa Rica yang terlebih dahulu memastikan slot 16 negara milik mereka. England yang dibarisi ramai pemain muda dari Liverpool FC gagal menyekat kelincahan penyerang sensasi Liverpool Luis Suarez apabila pemain itu meledak 2 gol ketika membantu Uruguay menang ke atas England dengan jaringan 2 – 0 tempoh hari. Sementara Portugal gagal menghalang kemaraan USA ke peringkat pusingan kalah mati meskipun mecatatkan kemenangan 2 – 1 ke atas Gana dalam aksi terakhir mereka.


Aksi piala dunia 2014 di Brazil setakat ini juga turut merekodkan sejarah apabila tiada pasukan dari Asia yang Berjaya melangkah ke peringkat pusingan kalah mati dan prestasi wakil-wakil dari Asia ini adalah yang merosot sejak tahun 1990.
Hingga setakat ini juga, sudah banyak persembahan own goal daripada pasukan-pasukan yang bertanding dan lambakan kaad merah terhadap pemain-pemain menghiasi aksi sepanjang babak perlawanan di peringkat kumpulan yang telah pun tamat semalam. Malahan, gol pembukaan piala dunia musim ini juga adalah own goal yang dilakukan oleh pemain Brazil sewaktu tuan rumah tersebut menentang crotia.
Dari segi persaingan merebut anugerah kasut emas pula, Thomas Muller masih lagi berada di dalam kelas yang tersendiri dan beliau mendapat tentangan daripada 2 pemain Barcelona iaitu Messie dan Neymar yang masing-masing juga telah menjaringkan 4 gol selepas melalui 3 perlawanan.


Aksi Piala Dunia 2014 selepas ini sukar diramal kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Lihatlah sendiri juara musim lalu sekali pun boleh terkeluar di awal saingan. Selamat menonton aksi world cup di pusingan yang seterusnya pula.


Apa yang pasti juga, aksi world cup 2014 ini akan berlarutan sehingga ke bulan Ramadhan. Dalam mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana masih dianugerahkan nikmat Ramadhan, penyokong-penyokong tegar world cup 2014 pada masa yang sama sedang rancak mengikuti perkembangan temasya tersebut. Ketika itulah sebuah keimanan perlu digunakan sebaik mungkin. Sekiranya tidak, muslim itu akan mendapat kerugian kerana terlalu lagha dengan persembahan bola sepak dunia dan membelakangi  pelaburan akhirat khususnya di bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba. Oleh demikian, pilihlah jalan yang benar dan kitalah yang menentukan jalan benar itu sendiri. Hiburan itu perlu namun biarlah bersederhana. Menonton piala dunia itu boleh namun jangankan sampai meninggalkan ibadah-ibadah wajib dan sunat di bulan Ramadhan yang semestinya dijanjikan Allah dengan ganjaran yang besar. Mungkin kita hanya membenarkan nafsu kita menonton perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan kita sahaja, seperti mana yang dilakukan oleh watak sebenar dari awal musim lagi. Akhir kata, tanyalah diri anda. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan