Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Masih
lagi Mat Santai membawakan anda dengan segmen 5 tak boleh bla. Masih lagi sama topiknya
iaitu berkisarkan tentang hal-hal interview. Kalau dulu dari perspektif watak
sebenar mewakili peserta temu duga, kali ini dari perspektif penemu duga pula.
Oleh
Sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak
mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla
juga.
Pada
terbitan yang lalu dalam segmen yang sama, hati jahat watak sebenar ada
meluahkan perasaan bermacam ragam mengenai hal-hal interview. Kali ini, Mat
Santai nak paparkan luahan perasaan bermacam ragam penemu duga pula. Ingat yang
nak temu duga saja yang rasa tak suka, penemu duga pun ada rasa macam tu jugak
tau kat mereka yang nak interview tu. Nak tahu, terus layan.
No.
5: tiada tingkah laku yang baik
Dekat
Malaysia ni kaya dengan adab sopan. Nak masuk rumah orang pun kena bagi salam
mintak kebenaran masuk. Sama la cam nak masuk bilik interview tu.
Apabila
nak perkenalkan diri, penemu duga akan senang dengan mereka yang mendahulukan
kata-kata aluan yang sesuai. Bila soal jawab, eye contact kena ada.
Reaksi
muka pun kena baik, always smile. Baru penemu duga tengok kita tak rasa
rubbishing.
Jangan
pula waktu tu nak kibas-kibas baju, Nampak sangat nak bagi tau bilik tu panas.
No.
4: tidak confident dengan diri.
Penemu
duga tak suka kat peserta yang tak yakin. Bila penemu duga tanya, jawapan yang
diberi berpusing-pusing tanpa noktah, asyik ulang isi yang sama. Dah la tu,
bagi jawapan pulak dengan gaya berbisik-bisik, tidak lantang menyuarakan
pandangan. Kalau tak confident, penemu duga pun rasa tak confident juga nak
terima. Kalau interview kerja lagi cerewet. Tak yakin pada diri macam mana nak
buat kerja nanti, nak hasilkan output syarikat.
So,
communication skills tu penting, sedikit sebanyak membantu kurangkan rasa
nerverse tu.
No.
3: Penampilan diri yang tidak sesuai
Penemu
duga ambik berat tau pasal pemakaian peserta temu duga, markah bonus tu.
Tak
apa, rimas satu hari je watak sebenar. Boleh tahan la kalau panas. Kalau Berjaya,
untung besar.
Pakaian
mestilah sesuai dengan tujuan temu duga tu. Kalau ada orang yang pakai seluar
pendek masuk masjid, mesti kita rasa janggal tengok dia.
Sama
la macam penemu duga tengok budak tu pakai t-shirt n selipar masuk interview,
belum bercakap dah ada satu pandangan negative kat peserta dia. Mungkin satu la
persepsi kita, tengok orang tu pakai smart je, dah ada rasa yang dia tu professional.
Padahal, belum sentuh lagi aspek dalaman dia.
No.
2: tiada persedian awal bagi dapatkan maklumat berkaitan temu duga
Penemu
duga jugak tak suka dan rasa hampa kalau pesertanya tu tak ada maklumat
langsung pasal perkara berkaitan interview. At least, kalau student tu, kena
tahu sikit pasal course yang dia ambik dan module study nya. Kalau mintak
kerja, kena tahu la profil dan maklumat operasi syarikat tu sikit. So, Kena la
tunjuk betul-betul nak Berjaya dalam interview, baru penemu duga senang hati.
Boleh
jugak la kaji soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh kebanyakan penemu
duga. Baru la Nampak budak ni bersedia dan berminat.
No.
1: Gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
Yang
ni pun penemu duga ambik kira tau. Mereka lebih tertarik dan menggemari peserta
yang dapat berkomunikasi dalam English dengan baik. Markah bonus jugak la kot.
Kalau
interview tu berkaitan dengan English atau more to English, confirm la perfect
English.
Apa
yang penting, speaking je. Basic dah ada. Mungkin cuma suasana family yang
bergaul cakap dialog tempatan kita
sebelum ni membuatkan kita tak biasa nak transform.
Apa-apa
pun, demikianlah 5 perkara interview yang penemu duga tak suka. Kalau anda
peserta temu duga belum cukup power bab-bab ni, boleh la prepare. Ingat, penemu
duga tu bukan seorang pembenci penzalim, bukan juga rejim zionis di bumi
Palestin. Penemu duga pun nak tolong kita, sekurang-kurangnya untuk agama,
bangsa dan Negara. Cuma, kalau kita berusaha dua kali ganda, mungkin dia akan
menghargai 4 kali ganda. Jumpa lagi dengan Mat Santai.
Nak
Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan