Dalam diri
ini hati berkata, kehidupan bagai football player, tetapi hakikatnya dalam Islam kehidupan ibarat seorang perantau
dan dunia dijadikan tempat persinggahan sebelum menuju tempat abadi di akhirat,
itu aku memang tahu.
Mula-mula
masa tahun 2000-2001 dahulu, aku diletakkan di sebuah kelab bawahan bermain
untuk skuad junior di negara sendiri. Ketika itu kalau tidak salah aku berumur
16 tahun. Di situlah aku mengenali permainan bola sepak sebenar. Bermain
sebagai satu team mengikut position yang ditetapkan, bukan bermain macam kejar
ayam kampung. Di situlah juga aku mengenali ramai rakan seperjuanganku. Aku
tengok muka coach aku sangat ceria menerima player baru, tapi aku gementar juga
berhadapan dengan dia. Coach start mengajar aku menguasai kemahiran 3T iaitu
tendang, tanduk dan tahan. Lantas aku teringat sewaktu zaman sekolah-sekolah
dulu yang murid-murid juga ada dikehendaki menguasai 3 kemahiran M.
Aku bermain
untuk kelab ini selama 4 tahun dan banyak match telah aku lalui. Hidup remaja
aku banyak dihabiskan dengan bermain bola sepak, banyak juga pengalaman baru
aku peroleh. Kkata coach, kalau dapat best performent ada kemungkinan boleh
transfer ke kelab lain yang lebih hebat. aku banyak buat training sendiri dan
improve skills kawalan bola aku.
Alhamdulillah,
pada tahun 2005 apabila umur aku 20 tahun, aku dapat transfer ke sebuah kelab
yang tidak kurang hebatnya di luar negara, bersebelahan dengan negara tanah
tumpah darahku je. Aku sendiri yang nyatakan hasrat itu demi meningkatkan
carrear bola sepak aku. Dalam kelab ini, ramai juga player dari luar negara,
mereka semua dah jadi teammate aku. Aku kena kerja keras especially ingin
dipilih sebagai top 11 dan first team. Aku juga boleh jadi macam mereka suatu
hari nanti. Nama-nama besar seperti Ronaldo, Zinedine Zidane, Michael Owen,
teri henry dan ramai lagi, itu semua segar dalam ingatanku. Rata-ratanya, aku
berpuas hati dengan formasi coach aku yang baru yang melakukan rotate player.
Malangnya di sini, aku tetiba mengalami knee injured yang begitu lama sehingga
banyak game dalam saingan domestic league tidak dapat aku turut serta.
Apabila aku
dah recovery hamper setahun selepas itu, aku kurang dipilih oleh coach. Aku
turun beraksi di padang untuk match yang kecil kecil sahaja manakala kerap kali
jadi substitude dan lepak on the bench apabila berhadapan dengan kelab gergasi
dan match penting. Coach cakap, aku belum cukup fit meskipun dah pulih dari
kecederaan. Aku faham sangat sikap dan strategi coach aku, beliau selalu cakap
kepada kami, walaupun star player kalau belum cukup fit tidak boleh diturunkan
secara full time. Tindakan coach itu juga mendatangkan cemburu kepada teammate
aku yang pandang materialistic. Mereka mengatakan kepada aku bahawa aku sengaja
tidak mahu fit cepat kerana tidak mahu bermain dan tetap mendapat gaji. Banyak
betul konflik aku dengan teammate aku. Tetapi mereka tidak tahu, dalam
naluriku, ada perasaan memberontak sekiranya tidak masuk ke padang dalam match. Aku risau dengan
masa depan bola sepakku. Banyak juga teammate aku yang dah transfer kat kelab
lain especially yang power perform. Diorang pun ada konflik dengan coach. Aku
pun pernah ada perbalahan dengan coach tentang gaji per week dan bonus dahulu,
tapi sekejap sahaja, sebab aku masih merasakan yang aku hanyalah player yang
masih mentah. Huh, memang banyak konflik di sini.
Lama-lama aku bosan beraksi dalam kelab ini. Mungkin
effect injured aku itu juga yang telah menjejaskan sedikit prestasi sehingga
gagal menambat hati coach untuk terus bermain. Akhirnya, hanya 2 tahun sahaja
aku di sini apabila ada kelab luar yang bercadang untuk bawa aku keluar.
Pada tahun
2007 ketika aku berumur 22 tahun, aku dapat transfer ke kelab yang lain pula.
Kali ini di luar benua negaraku, jauh dari kelab asal dan jauh dari kelab aku sebelum
ini. Alhamdulillah, kali ini aku bermain untuk team senior dan sekali lagi aku
ada masa depan yang mungkin akan cerah sekiranya aku berusaha gigih. Di kelab
inilah aku mengenali beberapa player dari kelab ini yang pernah menjadi player
yang digeruni lawan suatu masa dahulu. Sudah pastilah mereka semua itu dah jadi
lagend of the football. Aku mulai memasang niat untuk menjadi seperti mereka
juga, bermula dengan bekerja keras agar sentiasa berada dalam kesebelasan utama
dan cuba menjaringkan gol dengan lebih kerap. Aku juga bercita-cita besar
mengambil alih tugas vice captain dan captain kelab ini. Dalam kelab ini juga
aku berhadapan dengan nama-nama kelab besar seperti PSG, Man United, Arsenal,
Atletico Madrid, Napoli dan banyak lagi. Ternyata corak permainan yang mereka
pamerkan ialah world style. Di samping game yang laju serta agresif dan ada
juga permainan fizikal, malahan high pressing juga turut dilakukan.
Memang
banyak yang aku belajar dalam team ini. Paling vital bagi aku ialah teknik
teamwork dan persefahaman bersama. Di samping itu, aku belajar supaya sentiasa
maintain fitness agar tidak mengalami kecederaan dengan kerap. Aku tidak mahu
sejarah berulang lagi. Aku juga belajar leadership dan hasratku untuk menjadi
vice captain dan seterusnya captain tercapai apabila kerap kali juga coach bagi
peluang itu. Satu yang lebih penting ialah coach banyak expose tentang tektikal
dan teknikal. Dari sinilah aku dapat menguasai sedikit demi sedikit penguasaan
pelbagai posisi. Aku dah boleh beraksi sebagai defender, midfielder, wings dan
forward. Cuma goal keeper sahaja yang belum pernah aku cuba.
Satu yang
bagus dalam performent aku dalam kelab aku yang ketiga ini, aku telah diasah
untuk power skills dalam mengambil penalty, free kick dan corner kic. Tapi yang
paling aku mahir dan gemar ialah free kick. Aku bukan Safiq Rahim tau. Setiap
kali kami teammate dapat free kick terutamanya di tempat-tempat yang ada
potencial score goal, captain akan minta aku ambil.
Secara
ikhlasnya, aku gembira di kelab ini bersama coach dan teammate yang lain. Kami
Berjaya maintain leading domestic league dan beberapa kali jadi champion dalam
international league. Tetapi jika ingin dibandingkan dengan mereka, performent
aku tidak la begitu increase sharply compare dengan teammate yang lain. Ada di
antara mereka yang lagi-lagi the best malahan mungkin dah boleh dapat gelaran
star player walaupun umur sebaya dengan aku. Malangnya, disebabkan mereka
sering dipanggil skuad kebangsaan negara masing-masing untuk menghadapi
beberapa kejuaran seperti worldcup dan euro, mereka Nampak seakan keletihan dan
ada kalanya mereka gagal beraksi full time malahan ada yang always on the
bench. Lebih malang, apabila ada di antara mereka yang injured setelah
menyertai skuad kebangsaan. Umpamanya, kelayakan world cup 2010 south afrika
waktu hari itu, ada juga teammate aku yang injured sehingga gagal berfungsi
dalam kelab dan league. Mungkin juga tugas captain yang kadang kala aku dapat
itu adalah kerana aku player pengganti kedua terbaik. Ops, dah macam istilah
ekonomi pula. Whatever, tapi aku move slowly sebagai player yang mendapat
perhatian banyak kelab. Aku beraksi di kelab ini paling lama iaitu selama 5
tahun dan pada 2011, aku transfer ke kelab yang lain juga akhirnya. Ada juga la
Fans club yang meluahkan rasa sedih terhadap pemergianku ke kelab lain. Baru
aku sedari, rupa-rupanya secara tak langsung, aku juga ada peminat yang setia.
Thanks you all. Sejak dari itu, aku mulai create akaun dalam social media
seperti twitter dan instagram. Aku menghargai sokongan peminatku. Memang ramai
rupanya yang follow aku. Aku juga guna twitter untuk follow tweet dari
rakan-rakanku yang pernah bersamaku sebelum ini.
Pengalaman
aku setakat ini banyak aku gunakan dalam aksi padang aku bersama dengan kelab
yang baru ini. Aku mulai bermain pada tahun 2012 dan tergerak untuk menyertai
kelab ini kerana ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Di samping itu, di kelab
lama hari itu, aku sering berfungsi sebagai backup striker mengumpan bola
kepada penyerang utama. Coach di sana sering memberikan perhatian kepada posisi
penyerang dan banyak membawa masuk penyerang muda. Kesannya, bahagian forward
itu kelihatan compeit dan striker yang mana kurang performent, maka kurang juga
aksinya. Aku teringat waktu kami sertai satu tournament yang menawarkan prestej
cup paling the best, striker utama Berjaya jaringkan 9 goal manakala aku hanya
dapat jaringkan 0 goal dan 7 assist sahaja. Tapi, walau bagaimanapun kami
menang dalam perlawanan tersebut dan Berjaya bergelar champion league.
Di kelab
yang keempat ini, hubungan aku dengan coach amat baik. Malahan persefahaman aku
dengan coach seakan tidak perlu tercari-cari. Apa yang lebih incredible bagi
aku ialah persefahaman aku dengan teammate aku dalam padang seakan seperti
mudah diperoleh. Keserasian kami dalam menjadi gandingan F n F dalam kelab ini
telah digeruni hamper semua pihak lawan. Umpamanya, apabila aku mengumpan bola,
dia menjaringkan goal dan begitulah sebaliknya kepada aku. Sehinggakan ramai
fans club, reporter, spectacular dan commentator menyamakan kami dengan
gandingan Suarez-Sturridge S n S yang terdapat dalam kelab Liverpool yang
dipimpin Branden Rodgers pada masa itu. But honestly, antara aku dan dia, aku
lebih menyerlah kerana aku datangnya dari sebuah kelab yang pernah berhadapan
dengan antara team team yang besar.
Di kelab
ini juga aku ditugaskan sebagai vice captain full time kemudiannya menjadi
captain full time apabila captain yang lama telahpun bersara. Ketika ini umurku
adalah 27 tahun. Macam umur Luis Suarez tengah top kat Liverpool kan?
Waktu ini
aku banyak menambah koleksi goal peribadiku. Malahan, sedikit demi sedikit
Berjaya memecahkan rekod lampau player-player yang sebelum ini bermain untuk
kelab ini. Manager juga amat senang hati
dengan performent aku dan mengharapkan aku tidak akan ke mana-mana. Malahan,
beliau berang dengan transfer news n rumours yang ada kaitan dengan aku dan
beliau juga memberikan amaran kepada manager kkelab lain supaya jangan pernah
berhasrat untuk mendapatkan aku walaupun sebesar jumlah £100 juta, manager aku
tidak akan melepaskan. Biarlah itu, lagipun aku masih gembira sebenarnya di
kelab itu terutamanya bermain dengan gandingan forward aku. Dia juga dah semakin
baik aksinya. Dalam tahun 2012-2013 itu juga, aku terdengar ada player dari
kelab lain yang telah menggigit tangan seorang player Chelsea sewaktu dalam
match. Sebaik sahaja tamat training dalam hari itu, aku terus cari channel
sports news dan mendapati orang yang dimaksudkan itu ialah Luis Suarez
Liverpool rupanya. Bagi aku, dia tidak patut berbuat demikian dan akhirnya
telah digantung perlawanan oleh pihak pengurusan bolasepak Inggeris.
Secara
keseluruhannya, Banyak kejayaanku tercipta sepanjang 2 tahun aku berada di
kelab ini biarpun dikatakan kontrak aku amat singkat. Selain aku mahir dalam
aksi free kick, aku juga menambah ilmu bola sepak di kelab ini dengan menguasai teknik header. Kenangan aku
yang paling manis dari kelab ini ialah mendapat anugerah golden boots yang
telah diberikan di peringkat benua, negara dan league tersebut. Award yang
penuh bersejarah itu telah aku dapat mulai bulan ketiga dalam tahun 2014. Namun, sebelum itu, aku juga pernah
peroleh anugerah best player untuk satu league pada Oktober 2013.
Pada September
tahun 2014 itu juga, selepas beraksi untuk kejuaraan world cup 2014 mewakili
negaraku di Brazil, aku sebenarnya telah transfer ke kelab yang lebih besar dan
teammate di dalamnya adalah terdiri daripada star star player belaka. Aku kini
diberi gaji per week yang lebih tinggi daripada mana-mana kelab yang pernah aku
sertai sebelum ini dan ditawarkan kontrak selama 4 tahun. Ketika ini, umur aku
telahpun mencapai angka 29 tahun. Tapi di sini, aku tidaklah beraksi secara
full time dalam every match. Ini sebab cara coach aku pick team dia amat
berbeza-beza. Kami di sini memang banyak striker world style dan semuanya dah
capai taraf star player. Aku juga ada bertemu kembali dengan teammate aku yang
dulu yang pernah beraksi bersamaku sewaktu di kelab yang ketiga dahulu. Tapi
dia main posisi defender dan aku main posisi attacking midfielder. Coach aku di
sini memang bijak menentukan corak formasi kami. Ada kadang kalanya kami
bermain sebagai formation 4-4-2, ada juga 3-5-2, ada 4-3-3 dan ada 3-4-3. Aku
sebenarnya tak kisah pun tiada dalam starting line up ataupun on the bench.
Waktu ini aku merasakan aku tidak lagi lasak seperti dahulu sebagai seorang
main striker dan mungkin ini factor umur aku juga. Tapi di kelab yang kelima
ini, aku selalu practice aksi killer selepas agak bosan dengan skills sepakan
gunting dan free header. Formasi kami
yang bertukar-tukar depend on the match ini menyebabkan goalkeeper kami Berjaya
kekalkan dan menambah cleansheet dalam rekod peribadinya dan kelab. Banyak juga
kelab-kelab besar seperti Real Madrid, Chelsea, Manchester City, Bayern Munich,
AS Roma , semua aku jumpa. Nama-nama
player besar seperti Cristiano Ronaldo, Thomas Muller, Kunt Aguero, Diego
Costa, Karim Benzema, Messie dan Neymar semua aku dah berjabat tangan.
Tapi sedar
atau tidak, aku sebenarnya bersaing dengan teammate aku sendiri dalam
meningkatkan prestasi semasa. Siapa yang ada performent, baru akan diturunkan
sebagai kesebelasan utama terutamanya untuk match penting. Di kelab kelima yang
bagi aku memang bertaraf huge club ni, ramai di
antara kami yang perlu berusaha keras biarpun dah ada yang bergelar star
player. Corak permainan di domestic league dalam negara ini memang
sangat-sangat world class. Malahan, seorang star striker pun belum tentu dapat
tembus banteng pertahanan lawan yang dibarisi oleh star defender. Mereka gemar
melakukan perangkap opsite dan kadang kala gemar bermain parking buses dan
menyerang lawan menggunakan caunter-attack. Ada juga yang bermain cara pressing
dan compose di tengah padang tanpa menggunakan wings part. Semua taktik ini
memang pernah aku lawan, tapi di sini semuanya dilakukan dengan world class.
Aku pun kadang kala risau dengan masa depanku. Setakat ini aku ambik keputusan,
untuk bersara sebaik sahaja tamat kontrak aku di sini iaitu pada tahun 2018.
Dari bulan September dahulu aku masuk kelab, sampai sekarang memang banyak
challenging. dan sekarang sudah masuk bulan januari, bermakna transfer window
telah dibuka. Aku memikirkan siapa pula yang bakal menyertai kelab sehebat ini.
aku dah bermain untuk kelab ini selama 5 bulan sejak September dahulu. Aku pun
mengakui ada sedikit culture shocked dalam melakukan penulisan assignment yang
berkualiti dengan didasari dengan fakta dan pandangan sarjana yang terkenal di
samping perlu melakukan research buku atau bahan ilmiyah lain yang semestinya
pelbagai. Tapi, Alhamdulillah, skills itu semakin hari semakin baik. Aku juga
semakin menggemari kampus lifestyle dan merasakan suasananya tidak lagi
memberikan ancaman kepada prestasi bola sepak aku. InsyaAllah, result untuk
first league aku akan diumumkan pada penghujung Januari ini. Keseluruhannya,
aku masih lagi bersemangat untuk mengharungi league league yang seterusnya
bersama-sama teammate aku yang lain. InsyaAllah. Keep struggling in University
lifestyle. Menimba ilmu bagai perjuangan di atas padang.
Terima
kasih dari watak sebenar kerana mengikuti semula perkembangan posting dalam
blog ini.