Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Ikhtibar
daripada musibah yang melanda negara sepanjang tahun 2014, maka dengan penuh
rasa tawaduk masyarakat Malaysia tidak kira rakyat dan pemimpin menyambut tahun
baru 2015 dengan kesyukuran ke hadrat Allah di samping bermunasabah diri
setelah mengenangkan apa yang telah diperlakukan sepanjang tahun 2014.
Bermula
dengan tindakan para pemimpin yang terlibat dalam membatalkan semua majlis
sambutan tahun baru dengan pesta keramaian serta pertunjukkan bunga api dan seumpama
itu telah mengubah konsep sambutan tahun baru masihi itu sendiri apabila
digantikan pula dengan majlis puji-pujian kepada Allah dan Baginda Rasulullah
di dataran merdeka pada 31 Disember yang lalu.
Rata-rata
yang ditemu bual oleh wartawan, mereka berpandangan konsep sambutan tahun baru
seumpama itu adalah kali pertama dianjurkan dan mereka mengakui ianya turut
didorong oleh tarikh sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada 3 Januari tahun
2015. Mereka juga berpandangan bahawa majlis puji-pujian seperti ini adalah
suatu aktiviti yang sihat di samping memperoleh keredaan dariNya. Dalam majlis
ini, para hadirin akan berselawat dan berqasidah dengan memuji junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W serta mendengar ceramah agama daripada seorang ulama
terkenal di rantau Asia Tenggara. Selain itu, ada juga didirikan solat
berjemaah serta bacaan Yasin. Dalam nas al-quran dan hadis, banyak diceritakan
tetang ganjaran yang besar menanti bagi sesiapa, umat Islam yang berselawat ke
atas Nabi Muhammad. Sementara ceramah perdana tersebut adalah bertujuan untuk
bermunasabah diri dan dikatakan majlis ilmu seperti itu akan turut disertai
oleh para malaikat yang memayungi kesejahteraan kepada mereka yang terlibat.
Bagi watak
sebenar, majlis puji-pujian seumpama itu telah mula bertapak di negara Malaysia
sejak 3 4 tahun lepas. Anjuran daripada salah sebuah jabatan ini turut juga
dipromosikan oleh salah sebuah stesen televisyen tempatan. Penganjurannya akan
dijayakan dengan bergerak ke sebuah daerah ke sebuah daerah yang lain dalam
sesebuah negeri yang terdapat di seluruh Malaysia. Bagi watak sebenar lagi,
penganjurannya kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat muslim Malaysia
dan bolehlah dikatakan Berjaya menjadi salah satu daripada alternative kepada
hiburan umat Islam yang ada pada masa ini. Kejayaan penganjuran majlis seumpama
ini menyerlah apabila telah menawan dataran merdeka sebagai menggantikan konsep
sambutan tahun baru dari secularism barat kepada penghayatan agama. Malahan,
ramai juga yang menyatakan anjuran seumpama ini bolehlah dijadikan acara
tahunan bagi meraikan sambutan tahun baru pada masa masa seterusnya sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan nikmat masa dan
nyawa. Malahan tidak kurang juga ada yang menyatakan anjuran seperti ini sangat
terbaik kerana ianya tidak bersifat lagha dan mengelakkan daripada kemungkaran
Allah akibat perbuatan maksiat seperti yang terdapat dalam sambutan tahun baru
sebelum itu. Komentar-komentar tersebut telah dipandang oleh beberapa pihak
terlibat dan menyimpulkan bahawa kononnya masyarakat muslim Malaysia sudah
tidak mahu lagi bergelimpangan dengan kemaksiatan dan lagha sehingga melalikan
dan membawa kemungkaran Allah. Apatah lagi kesan musibah yang melanda Malaysia
sepanjang tahun 2014 cukup cukup terkesan seperti maana menggambarkan semua itu
sebagai suatu amaran Allah sekiranya masih lagi mahu melakukan kerosakan di
muka bumiNya. Bagi watak sebenar lagi, usaha ini adalah lebih murni dan baik
dilakukan berbanding dengan sambutan tahun baru yang sebelum sebelum ini.
Namun
malangnya, banyak pandangan itu ibarat seperti mencurah air ke daun keladi
apabila berkemungkinan di antara mereka yang memberi pandangan dan mendengar
pandangan tersebut turut serta dalam satu lagi anjuran yang juga tidak kurang hebatnya,
masih lagi mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang terlibat. Pesta
nyanyi-nyanyian yang dijalankan dalam bentuk sebuah pertandingan bertaraf
bintang telah diperlakukan pada 18 Januari yang lalu di sebuah lagi mercu tanda
Malaysia iaitu di Stadium Putra bukit Jalil. Anjuran kali ke 29 oleh salah
sebuah syarikat penyiaran dan juga mendapat kelulusan oleh salah sebuah jabatan
terlibat ini turut juga dipromosikan oleh salah sebuah stesen televisyen dan
radio tempatan. Malahan, ianya juga turut disokong oleh hamper 6 juta
masyarakat Malaysia yang dipercayai majoritinya ialah orang Melayu Islam.
Anjuran yang
saban tahun ini diadakan memperlihatkan aksi nyanyian para peserta yang
bertanding sejak dari carta lagu sebuah stesen televisyen terlibat dan secara
tidak langsung, mereka juga memperlihatkan aksi lagha dan kemaksiatannya yang
tersendiri. Maka, dengan ini semua yang berada di dalam pesta
nyanyi-nyanyian tersebut turut berada di
dalam kelalaian sehingga boleh atau telahpun menyebabkan kemungkaran di
dmuka bumi Allah. Berbeza pula acara
seumpama ini dengan yang berada di atas tadi. Dalam anjuran ini, para hadirin
dipersembahkan dengan keghairahan hiburan yang mempersonakan di samping
dilihatkan dengan pendedahan aurat yang menerujakan. Malahan, para hadirin
berpeluang untuk bercampuran lelaki dan wanita menyanyikan secara bersama-sama
lagu yang didendangkan oleh si penglipur lara.
Cuma yang
menjadi persamaannya kedua-dua temasya ini ialah boleh disertai oleh semua
lapisan masyarakat dan peringkat umur di samping mendapat ekses di televisyen
televisyen tempatan untuk dipertonton oleh mereka di rumah. Maka dengan itu,
ada berkemungkinan juga mereka yang turut hadir di dalam anjuran pertama
tersebut ada di dalam anjuran yang kedua ini. Sekiranya itu terjadi, komentar
komentar yang dilontarkan itu hanyalah seorang hipokrit dan orangnya pula ialah
seekor munafik. Salah siapa? Anggota Masyarakatt? Pihak penganjur? Badan
korporat? Para penghibur? Atau mungkin sekali salah para pemimpin negara? Hanya
Allah yang mengetahuinya. Jangankan kita menjadi orang yang mulia pada hari
ini, tetapi pada esoknya, kita menjadi orang yang paling hina di sisi Allah.
Sekadar
pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna
kelinci99
BalasPadamTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino