Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Pengajian
sejarah yang bagi watak sebenar memang ada kelainannya jika ingin dibandingkan
dengan pengajian subjek ini di peringkat persekolahan.
Sewaktu watak
sebenar di tingkatan satu, watak sebenar masih ingat lagi tentang sukatan pelajaran
di awal-awal pembelajaran sejarah. Waktu itu, pelajar-pelajar didedahkan dengan
definisi sejarah berdasarkan tokoh tempatan, barat dan Islam. Selain itu ada
kaedah-kaedah sejarah seperti sumber primer, sumber sekunder dan arkeologi. Ada
juga ciri-ciri sejarah yang dipelajari seperti tepat dan benar, penting dan
bermakna serta sebab dan ikhtibar(kalau tak silap la). Setelah khatam
pengenalan kepada sejarah, watak sebenar mempelajari zaman prasejarah pula dan
seterusnya zaman Melaka membawa kepada zaman Johor sehinggalah kepada
pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 sewaktu berada di tingkatan tiga.
Sewaktu di
tingkatan 4 dan 5 pula, ada pula pendedahan berkaitan langkah kea rah
kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah membawa kepada pembentukan persekutuan
Malaysia 1963 di samping turut didedahkan dengan beberapa tamadun awal dunia
termasuk tamadun Islam yang dipelajari di tingkatan 4. Kemudian, watak sebenar
membawa subjek sejarah ini ke tingkatan 6.
Namun demikian,
suasana pembelajaran bidang sejarah di peringkat pengajian tinggi ini pula
menampakkan ada perbezaannya. Perspektif yang difokuskan kepada mahasiswa bukannya
lagi kepada penerimaan fakta yang telah tersedia ada semata-mata tanpa
menimbulkan apa-apa persoalan yang logic. Tetapi pengajian sejarah ini lebih
kepada mengkaji pandangan sarjana-sarjaana atau para sejarahwan mengenai
peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku.
Walaupun
konteks modul pelajarannya didapati masih lagi menyerupai dengan yang
dipelajari sewaktu di tingkatan 1 hingga 5 dan sekalipun di tingkatan 6, namun
pendekatan dan kajian yang dibuat adalah berbeza. Satu ciri yang lebih penting,
apabila memperkatakan tentang ilmu sejarah, maka ianya tidak boleh lari dengan
fakta. Perkara ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana lapisan institut
pendidikan yang menawarkan sejarah. Akan tetapi, hakikatnya fakta tersebut
boleh diubah-ubah mengikut peredaran zaman kerana fakta sejarah adalah bersifat
subjektif. Selagi adanya penemuan baru mengenai sumber-sumber sejarah tersebut,
maka fakta sejarah itu boleh diubah. Tambahan lagi, untuk mencari sesuatu
maklumat mengenai peristiwa sesuatu sejarah itu, maka adalah perlu dan memang
menjadi kebiasaan bagi para mahasiswa untuk merujuk info dan fakta tertentu
pada pelbagai bahan bacaan berdasarkan penulisan oleh sarjana-sarjana yang
terkemuka sama ada dari dalam mahupun luar.
Jika di
peringkat menengah, pelajar hanya menerima fakta sejarah itu dan tugasnya
adalah memahami dan mengaplikasikannya dalam skrip jawapan peperiksaan awam. Di
peringkat pengajian tinggi, perkara itu masih juga berlaku, namun apa yang
lebih penting, mahasiswa didedahkan dengan apa yang berlaku di sebalik tabir sejarah
itu sendiri. Maka banyaklah pertanyaan dan ikhtibar boleh disimpulkan di
sebalik peristiwa-peristiwa sejarah tersebut.
Sebagai
contoh yang mudah, di peringkat menengah, pelajar didedahkan dengan sebab-sebab
campur tangan British di Tanah Melayu. Tetapi di peringkat pengajian tinggi,
mahasiswa didedahkan dengan asas pengenalan system residen di Tanah Melayu.
Maknanya di sini, mengapa British hanya memperkenalkan system residen dan
bukannya menjajah terus Tanah Melayu, sedangkan pihak British boleh melakukan
perkara itu kerana mempunyai kelebihan dari segi kekuatan ketenteraan. Soal
pandangan sarjana pula, tarikh pengasasan Melaka pada tahun 1400 M itu
sebenarnya hanya disepakati oleh ahli sejarahwan terutamanya pada zaman colonel
ketika dahulu seperti R.O Winstord tanpa sesiapa pun yang menyatakan dengan
jelas akan tarikh tersebut. Namun, pelbagai lagi perbezaan sarjana dalam
menentukan tarikh pengasasan Melaka ini seperti datangnya dari Dr. Wolters,
Tome Pires dan sebagainya. Malahan, pandangan terbaru kumpulan penyelidik
sejarahwan turut mengemukakan tarih pengasasan Melaka ialah pada tahun 1262 M
setelah mengambil kira beberapa sumber. Pastinya, kedua-dua contoh ini hanyalah
asas bagi kefahaman dalam membezakan cara belajar sejarah di peringkat sekolah
dan university dan pastinya lagi lebih banyak perbahasan akan dibincangkan oleh
para mahasiswa dalam mengkaji sesuatu sejarah berdasarkan kursus-kursus yang telah
diambil.
Tambahan
lagi, ada juga topic yang tidak dibincangkan di peringkat sekolah telahpun
didedahkan di peringkat pengajian tinggi. Contoh, terdapat pelbagai dokumen dan
penubuhan suatu entity pentadbiran dibuat oleh British selepas berunding dengan
raja-raja Melayu semasa zaman kolonelisasi British di Tanah Melayu yang tidak
didedahkan di peringkat persekolahan. Ada juga diterangkan mengenai isu
pemisahan Singapura daripada persekutuan Malaysia secara terperinci. Bagi watak sebenar, mungkin
disebabkan adanya perbezaan kematangan berfikir serta keupayaan berfikir pada
tahap yang sesuai dengan pengajian di peringkat tinggi.
Walau
bagaimanapun, ekspresi watak sebenar mengenai pengajian sejarah ini adalah
berdasarkan kursus yang watak sebenar ambil sahaja di institute pengajian
tinggi tempat watak sebenar berada. Pertamanya ialah Sejarah Malaysia dan
keduanya ialah Sejarah Asia Tenggara. Malahan, watak sebenar hanyalah mengambil
kursus ini sebagai subjek tambahan sahaja dan ia bukannya kursus teras bagi
watak sebenar. Alhamdulillah, watak sebenar Berjaya menghabiskan 2 kursus
sejarah yang watak sebenar ambil ini setelah menamatkan peperiksaan dan
assignment bagi kedua-dua kursus tersebut pada awal Januari lalu.
Sekadar
pandangan dan pemikiran yang tidak sempurna
kelinci99
BalasPadamTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino