WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 22 Disember 2011

Bercuti kat luar negara

Apa khabar, Hari ini merupakan penampilan Mat Santai yang pertama. Pada permulaanini, Mat Santai akan menghidangkan segmen 5 takbolehbla yang berkaitan dengan cuti di luar Negara. Setelah membuat tinjauan terhadap responden di beberapa buah lokasi seperti di bawah laut, atas gunung,pinggir hutan dan dalam Negara kota. Hasilnya adalah seperti berikut.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 takbolehbla, maka struktur ayat nya tidak mengikut tatabahasa yang betul.Dengan kata lain, ayatnya pun takbolehbla juge.

5 alasan kenapa nak cuti kat luar Negara

5. Sebab nak explore budaya, makanan dan cara hidup tempat orang.
Kalau bab-bab makan ni, kite boleh tambahkan koleksi menu di perut. Yelah makanan Jepun ade, Perancis, Itali dan Arab pun ade. Taklah bosan makan bende yang same.Ye, betul.Makanan tu pun ade kat sini juge. Kalau nak, KLCC dan KL Tower pun boleh.Tapi tak ori. Pasal budaya dan cara hidup tu, yang mane baik kite follow je.Asalkan tak bawa budaya pelik-pelik macam black metal tu.Nanti 1 malaysia keras macam metal.

4. Sebab nak kumpul foto-foto menarik.
Bile dah enjoykat luar Negara, wajib la ambil gambar. Lepas tu mulalah nak letak dekat facebook.Kononnya nakbagi tahu die lah pelancong dunia sejati.Mengembara seantero bumi tak henti-henti.

3. Sebab nak support promosi yang syarikat penerbangan buat.
Yelah, macam Air Asia ke, MAS ke. Diorang penat lelah buat pakej penerbangan tambang murah kat merata ceruk dunia. Pergi Asia Timur la, Eropah la atau mane-mane aje.Takkan kite nak biar aje Durian runtuh kat depan muka.Lagipun, koleberasi yang kite buat menguntungkan semua pihak. Syarikat dapat masyuk, kite dapat holiday dan kerajaan dapat mantapkan ekonomi. Jadi, ape salahnya kite cube sekali dalam sejarah hidup.Mesti puas.

2. Sebab nak jumpa orang-orang terkenal.
Orang yang dimaksudkan bukan pangkat datuk-datuk, tapi artist ke, football player ke atau lain-lain. Yelah kalau nak gi US mesti nak jumpa Greenday ke, Bruno mas ke atau Lady gaga. Kalau dah sampai kat eropah tu, peluang keemasan nak tengok bola.Tapi kadang-kadang nasib tak baik, dah pergi sane pun masih lagi tengok diorang dekat kaca tv.Tapi tak apelah, Tak dapat tengok face to face pun masih lagi dapat tengok Negara mereka dekat-dekat.

1. Sebab nak ikut pepatah melayu.
Kan orang cakap, jauh perjalanan luas pandangan. Jadi, kite pun follow je. Sebab pepatah melayu zaman dulu ni kan baik-baik belaka. Lagipun, nak fikir logik, seratus peratus betul.Cume, pengalaman yang baik jelah kite ambil lsimpan dalam poket. Yang buruk tu campak kat tong sampah.

Setakat ini sajalah mat Santai kongsikan kepada korang. Mat Santai nak cari bahan-bahan baru nak siapkan hidangan seterusnya kepada anda.

Naksantai, bukan sekadar lepak tepi pantai.

Tiada ulasan:

Catat Komen