WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 30 Julai 2012

HABIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Ini Mat Santai ingin menemani anda dalam segmen 5 tak boleh bla. Sudah lama agaknya segmen ini tidak diketengahkan dalam Halaman Santun-Santai. Untuk kali ini, Mat Santai ingin memaparkan terbitan mengenai sebuah perkataan. Perkataan ini dianggap unik dan digunakan secara meluas dalam banyak keadaan. Nak tahu perkataan apa? Tunggu, terus bersama Mat Santai.

Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.

                “habis” merupakan sebuah perkataan yang mempunyai banyak maksud. Perkataan ini boleh dituturkan dalam pelbagai situasi mengikut maksud yang ingin diungkap oleh pendialog. Di sini, Mat Santai ingin memperkenalkan 5 jenis “habis” yang berbeza. Antaranya termasuklah

5.
Adam” Habis la aku macam ni. Gerenti Cikgu Khairul    Akan marah aku lepas dia marah Si Naim tu. Harap-harap, netbook aku dia tak rampas.”memandang Cikgu Khairul dengan mata yang layu. Tumpuannya tidak terarah ke kaunter lagi sebaliknya serius memandang Naim”
“Kebaikan Adam”
Untuk perkataan “habis” yang pertama ni, maksudnya ialah nahas. Atau kata lain, menghadapi sesuatu keadaan yang cemas, kriktikal atau genting. “habis” jenis ini biasanya dituturkan oleh pendialog apabila menghadapi keadaan yang kriktikal ke atas dirinya. Dalam keadaan yang seterusnya, “habis” jenis ini juga digunakan sekiranya pendialog mengetahui bahawa akan ada maslah atau malapetaka yang akan berlaku kepada dirinya.

4.
Ibu monyet: makanan dah habis la. Kini bersabarlah, nak. Nanti abang Kino bawakan buah-buahan dari hutan sana.”mengusap-usap ubun-ubun rambut anaknya”
Kini: Adik terlalu lapar. Perut pun dah sakit.”sambil memegang-megang perutnya yang sudah rancak berkeroncong”
“Arang Batu menangis lagi”
Untuk “habis” yang kedua ini, penggunaannya menepati maksud yang sebenar sebagai mana yang termaktub dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. “habis” jenis ini membawa erti tiada atau tandus. Dengan kata lain, objek yang disandarkan itu telah tiada atau sudah ketandusan.

3.
Bijan: Habis tu, apa yag saya boleh buat untuk dapatkan  tanah-tanah itu.”marah”
Encik peguam: Sabar, Cik Bijan. Memang sudah terbukti dalam wasiat oleh arwah bapa kamu yang mengatakan tanah-tanah itu perlu dibahagikan sama adil. Saya hanya menurut perintah.”cuba menenangkan keadaan”
“hati-hati bila bekerja”
Untuk perkataan “habis” seterusnya ini, penggunaannya membawa maksud mengatakan atau memberi komen ke atas  dialog yang dituturkan oleh orang sebelumnya. Perkataan ini digunakan  untuk meminta pandangan idea terhadap pendialog sebelumnya itu selepas pendialog tersebut melontarkan sesuatu kata-kata. “habis” jenis ini sesuai disamakan dengan perkataan “oleh itu”, “jadi”, atau perkataan Bahasa Inggeris yang berbunyi “so”.

2.
Mat Santai: kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku. Dah la bangun lambat, pas tu suruh orang sediakan breakfast.
Mat Santun: Relax la bro. Semalam aku tengok bola. Spain lawan Italy. Final Euro. Bukan macam kau, tidul awal.”mengesat-kesat muka”
“???”
Perkataan “habis” jenis ini dianggap yang terunik. Maksudnya ialah putus-putus atau melakukan sesuatu perkara itu berlanjutan dalam sesuatu tempoh. Yang dikatakan unik kerana “habis” spesies ini memerlukan gandaan dua, iaitu “habis” menjadi “habis-habis” barulah bertepatan dengan maksudnya. Seperkara lagi, sebelum perkataan itu perlu ditambah dengan perkataan “tak”. Jika perkataan itu berdiri sendiri tanpa perkataan “tak”, entah la apa maksudnya. Mat Santai pun tak tahu.

1.
Vegeta: Cepat!!! Habiskan dia sebelum raksasa tu berubah kepada yang lebih buruk dan ganas.”terbang dengan lajunya menghampiri yang lain”
Gohan: ayah!!! Cepat mengelak. Raksasa tu dah perfect.
“???”
Ini perkataan “habis” yang terakhir Mat Santai ingin berikan. Maksudnya ialah menyelesaikan atau menamatkan. Dalam konteks ayatnya dalam dialog di atas, penggunaannya membawa erti menamatkan riwayat hidup musuh mereka atau menghapuskan raksasa itu. Bagi pendapat Mat Santai, perkataan “habis” jenis ini hanya digunakan oleh mat mat gangster macam Mat Santai. Ini kerana, “habis” ini sesuai dituturkan ketika dalam situasi pergaduhan.

Setakat ini sahaja terbitan karat Mat Santai. Jika ada yang lebih karat, akan Mat Santai bawakan khas untuk anda semua. Selamat beribadah dalam Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sekian dahulu.

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan