WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 13 Julai 2012

tentang mati

Selamat sejahtera kepada penggemar Halaman Sanntun-Santai. Terlebih dahulu, Mat Santai  dan Mat Santun ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak menyediakan apa-apa terbitan dalam tempoh yang panjang. Mungkin dirasakan sibuk atau buat-buat sibuk. Untuk kali ini, giliran Mat Santai ingin menemani anda dalam segmen Sembang Santai. Tajuknya ilah tentang mati.

                Tengah hari tadi Mat Santai seperti biasa menunaikan Solat Jumaat di salah sebuah masjid. Mat Santai tertarik dengan isi khutbah yang dibacakan oleh khatib kali ini. Mat Santai tidak mengetahui apa tajuknya. Namun yang pasti, topic yang diperdengarkan adalah mengenai kematian. Perkara yang kerap kali diketengahkan, namun kali ini kelihatan menarik kerana ada diselitkan dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman dahulu.
                Dikatakan ketika itu, terdapat seorang raja yang zalim. Namun, tidak diceritakan pula kezalimannya. Apa yang pasti, raja itu seorang yang sombong. Bukan sahaja sombong sesama manusia, malah sombong terhadap Allah. Raja itu menolak hukum allah secara mentah-mentah. Lebih-lebih lagi, raja zalim itu enggan beriman kepada kematian. Malah, tidak mempercayai wujudnya sebuah kematian.
Sedang duduk si zalim itu di atas mahligainya, datang seorang lelaki menghampirinya.
“Wahai lelaki, siapakah kamu? Apa hajatmu ke mari?”
Soal raja zalim itu.
“Aku malikil maut. Datang atas arahan Tuhanmu. Ingin mencabut nyawamu.”
Jelas malaikat maut.
Mendengar penjelasan lelaki itu, raja itu serta-merta genentar. Perasaannya mulai takut ke atas kematian. Namun, raja itu tetap igo dengan dirinya. Berpura-pura memberanikan diri dengan berkata sesuatu.
“Jika engkau ingin mengambil nyawaku, silakan. Tetapi, dengan bersyarat.”
Kata raja itu dengan bongkak.
“Pertama, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku ketika mana hari tidaknya siang atau pun malam. Kedua, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku tatkala aku tidak di langit atau pun di bumi. Ketiga, hendaklah Tuhanmu mengambil nyawaku sewaktu aku bukan di dalam istana atau pun di luar istana.”
                Mendengar kata-kata raja itu, malaikat maut pulang menghadap Allah. Malaikat terssebut menceritakan perihal itu. Namun, Allah membiarkan raja itu untuk memberikan peluang kepadanya untuk bertaubat. Tetapi, peluang itu disia-siakan  oleh raja zalim itu. Sebaliknnya, raja itu menjadi bertambah yakin dengan perbuatannya. Perbuatannya yang benar-benar ingin menolak kematian. Sebagai tindakannya, raja itu mengerahkan rakyat jelata membuat tembok tinggi di kawasan istananya dengan harapan tidak dicerobohi oleh Malaikat Maut. Selain itu, raja itu mengarahkan pengawal-pengawal serta hulubalang-hulubalangnya berkawal setiap masa.
                Malangnya, kuasa Allah lebih tinggi daripada segala-galanya. Tiba waktu yang dijanjikan. Datang lelaki tempoh hari menghampiri raja itu ketika mana raja itu Sedang asyik menunggang kuda di kawasan istananya. Genentar seluruh badan raja itu. Tatkala melihat malaikat maut berada betul-betul di hadapannya. Ketakutannya semakin berlarutan sehinggakan raja itu terjatuh dari kudanya. Dan, ketika itulah ajal menemui dirinya. Sambil itu, malaikat maut berkata sesuatu.
“Aku mengambil nyawamu bukan di siang atau pun di malam hari. Maka, aku melakukannhya ketika senja hari. Aku mengambil nyawamu bukan di langit atau pun di bumi. Maka itu, aku melakukannya ketika  engkau berada di tengah-tdengah antaranya yakni sedang engkau terjatuh dari kudamu. Aku mengambil nyawamu ketika mana tidak di dalam istana atau pun di luar istana. Maka, ketika kudamu berjalan dan berada di pagar istana, ketika itulah aku melakukannhya.”
                Oleh itu, tertewaslah raja zalim itu dengan kuasa Allah. Sesungguhnya Allah telah menunaikan ketiga-tiga syarat yang diminta. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa. Kepada kita semua, ingatlah!!! Kematian bakal menjemput kita walau di mana sekali pun kita bersembunyi. Bersiaplah untuk menerimanya. Yang pasti, bersiaplah untuk kita menyediakan bekalan amalan semasa hidup di dunia ini. Diharapkan agar serpihan daripada khutbah Jumaat yang Mat Santai dengari dapat dikongsikan sebagai perkara yang bermunafaat. Sekian dahulu…

Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Tiada ulasan:

Catat Komen