WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 10 Julai 2013

Membeli Komputer Riba Yang Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang mengunjungi laman blog enciksantai.blogspot. Syukur Alhamdulillah, hari ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan tidak mengalami apa-apa halangan.


Tujuan watak sebenar menulis terbitan ini adalah untuk menceritakan kepada anda mengenai detik-detik watak sebenar dalam misi membeli sebuah komputer riba yang baru. Ia berlaku pada waktu tengah hari tadi, watak sebenar bersama-sama kakak dan abang ke Sentral Square iaitu salah sebuah pusat beli-belah yang terkemuka di tempat watak sebenar tinggal. Kami kemudian ke tingkat 4 untuk menyusuri kedai-kedai komputer di atas sana.


Namun, sebelum kami ke pusat beli belah itu, watak sebenar dan kakak serta abang sudah pun mengunjungi salah sebuah kedai komputer yang berada di deretan salah sebuah bangunan berdekatan pusat beli-belah itu. Watak sebenar difahamkan oleh abang, Kedai komputer itu antara kedai yang popular dan mendapat sambutan baik oleh sekalian pembeli komputer di sini. Hajat watak sebenar adalah untuk membeli komputer riba bersaiz kecil iaitu lebih kurang 11.6 inci. Namun, di kedai itu hanya menjual komputer riba ukuran 11.6 inci yang mempunyai aplikasi touch screne. Walau bagaimana pun, watak sebenar tertarik dengan sebuah komputer riba brand Toshiba ukuran 14 inci. Harganya lebih kurang RM1500.00 sahaja dengan  memiliki REM sebanyak 4 GB selain memperoleh barangan asseseri. Kakak dan abang watak sebenar juga turut tertarik dengan komputer riba tersebut. Namun, kami tidak terburu-buru untuk terus membelinya lantas ke Sentral Square untuk menjalankan survey harga komputer riba yang lain.


Berbalik kepada cerita kami di Sentral Square, watak sebenar mendapati terdapat banyak kedai-kedai komputer di pusat beli-belah itu. Lebih menghairankan, jarak di antara kedai-kedai komputer itu tidaklah berapa jauh. Paling penting, ia berada di satu aras yang sama. Ini memudahkan watak sebenar dan kakak serta abang untuk membuat survey. Persoalannya, bagaimanakah pemilik kedai komputer itu menghadapi persaingan ekoran lambakan kedai-kedai komputer di situ?


Kami masuk ke kedai penjualan komputer yang pertama di bangunan gergasi itu dan kedua dalam misi pembelian komputer baru. Banyak betul peragaan komputer di situ dan semuanya menggunakan windows 8. Watak sebenar tertarik dengan komputer riba brand Eser  yang bersaiz 11.6 inci(RM1149.00)  dan 14 inci(RM1299.00). Ada satu lagi yang menarik iaitu komputer riba brand Asus. Namun, watak sebenar tertarik dengan lab top Asus yang bersaiz14 inci sahaja. Banyak lagi lab top brand lain dijual di situ. Tetapi, ia tidak menepati cita rasa watak sebenar sebab ada di antaranya yang terlalu berat(brand Del) dan ada di antaranya yang terlalu  tebal(brand Compaq).


Survey terus dijalankan di kedai-kedai komputer yang berdekatan. Kali ini, watak sebenar tertarik dengan komputer riba brand Toshiba ukuran 14 inci. Harganya adalah sekitar RM1649.00, lebih tinggi daripada penemuan kami yang pertama. Menurut pemilik kedai itu, kebanyakan lab top yang sudah dikenali jenamanya adalah lebih kurang sama dari segi kualitinya. Jika dibandingkan dengan harga, lab top brand Toshiba lah yang paling berpatutan daripada yang lain. Menurut pemilik kedai itu lagi, Toshiba dikatakan lebih mahal harganya kerana ianya mahal pada jenama.  Pendek kata, Jenama Toshiba itu sendiri pun sudah ada dikenakan cas harganya.


Sudah ada 4 5 buah kedai telah kami masuk. Sudah ada beberapa buah komputer riba yang dikenal pasti menepati cita rasa diri ini. Watak sebenar bersama-sama kakak dan abang berjalan-jalan sambil berbincang. Di lorong-lorong kedai-kedai itu, banyaknya orang dan bermacam-macam jenis. Tetapi, tingkah laku dan penampilan mereka yang bermacam-macam itu tidaklah seteruk bulan-bulan lain jika dibandingkan dengan bulan Ramadhan. Mungkin pada bulan yang mulia ini, semua orang termasuk mereka boleh bertukar jadi baik dan mulia. Yang perempuan Muslimah tidak bertudung pun boleh bertudung. Persoalannya, pastikah mereka bertudung sekiranya tamat Ramadhan dan apa pula jaminannya?


Akhirnya, Allah SWT telah menentukan takdir watak sebenar untuk memiliki komputer riba ukuran 14 inci jenama Toshiba. Kami tidak ke tingkat 4 semula tetapi terus mencari lif untuk terus ke tingkat bawah. Kami meninggalkan kedai-kedai komputer di aras 4 dengan tangan kosong. Kemudian, menterjemahkan keputusan watak sebenar menjadi reality.


Syukur Alhamdulillah, (dia sebuah lab top Toshiba) telah menjadi milik (aku seorang student). Netbook yang lama itu bernama poket siber dan yang baru ni nak bagi nama apa?
Apa-apa pun, tujuan watak sebenar membeli sebuah komputer riba baru adalah kerana netbook yang lama sudah tidak secergas dulu. Kalau tak ada rebut, masakan pohon boleh bergoyang. Kalau tak ada sebab, masakan watak sebenar berhajat membeli yang baru. Demikianlah kisahnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen