WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 13 Julai 2013

Sajak Bahtera Ayah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua. Watak sebenar mempunyai sebuah lagi puisi moden yang ingin dikongsikan bersama-sama anda. Watak sebenar mengharapkan, sajak ini boleh dijadikan perkongsian kepada kita pelajar STPM Sem 3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif dalam bahagian A iaitu penulisan kreatif.


Tema: Kekeluargaan
Sajak: Bahtera Ayah


Ayah,
Kau naghoda bahtera ini,
Yang kuat menaikkan layar kepimpinan,
Yang hebat melayari samudera keredaan,
Untuk menuju ruang rahmatMu.


Ibu,
Kau di sisi bahtera ayah,
Begitu gigih memasang tiang-tiang ketabahan,
Sekalipun ombak membelah kita,
Sekalipun rebut membadai kita,
Bahtera ini tak akan pecah,
Apatah lagi karam di laut kelalaian.


Aku merenung di luar sana,
Banyaknya bahtera terkapai-kapai di pertengahan,
Ditawan syaitan-syaitan durjana,
Yang menjadi lanun samudera ini.


Lihatlah,
Naghoda itu telah terkulai,
Dibuai mimpi dalam sedar,
Dilamun lakonan dunia yang penuh penipuan,
Dipukau nyanyian dunia yang penuh keasyikan,
Lalu mereka leka mengutip ikan-ikan tidak berharga,
Hingga lupa pada tugas seorang naghoda.


Syukurlah,
Bahtera kita masih dilindungi Allah,
Ayah masih kuat di pelayaran,
Ibu masih setia menyemai benih-benih ketabahan,
Mengharungi lanun-lanun samudera,
Berbekalkan pedang kasih-sayang kita,


Aku akhirnya menyedari,
Hakikat kasih-sayang ini,
Menjadi kunci kebahagian rumah tangga,
Lalu bahtera ayah belayar megah,
Menuju pulau jaya.


Sama-sama kita saling membantu. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan