WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Erti Nama Merdeka



Assalamualaikum dan salam bahagia buat pembaca blog enciksantai.blogspot. Apa khabar anda di luar sana. Sudah lama halaman santun-santai tidak menerbitkan apa-apa bahan bacaan sejak kebelakangan ini.


Hari ini, Mat Santun hadir membawa sebuah sajak bertemakan kemerdekaan khas buat anda. Moga-moga sajak ini dapat mengingkap sejarah perjuangan tokoh-tokoh nasionalis tanah air dalam memerdekakan Negara. Moga-moga kita juga berupaya mengetahui maksud sejati di sebalik laungan Merdeka.



Merdeka,
Launganmu senantiasa bergema,
Bahang perjuanganmu senantiasa menerpa,
Membakar semangat jiwa-jiwa pertiwi.


Merdeka,
Launganmu kali ini bergema lagi,
Bukan sekadar kata-kata kosong,
Bermula dengan sebuah pelayaran di lautan colonel,
Sehingga berlabuh di pulau berkerajaan sendiri.
Dalam ketika di samudera itu,
Telah terbit sejuta pengertian,
Yang menterjemahkan erti nama merdeka.


Di ketika itu,
Banyaknya pejuang-pejuang shuhada di jalanan,
Mennyemai benih-benih nasionalis,
Menyuburkan pohon-pohon merdeka,
Agar di  suatu hari,
Buah manis itu yang kau peroleh,
Lambaian dedaun  itu yang kau buat redupan,
Untuk generasi pasca kemerdekaan.


Merdeka,
Saban hari perkataan itu dilaung,
Saban hari negara kita membangun,
Saban hari kita melewati waktu,
Apakah kita belum mengertii?
Hitam putih di balik nama merdeka,
Apakah kita belum fahami?
Cinta murni  perjuangan abadi,


Teguhnya pengorbanan pahlawan-pahlawan tanah air,
Api kemerdekaan tidak pernah hilang dari mereka,
Sekali pun jasad mereka hilang dimamah bumi,
Kota itu tidak akan runtuh,
Inilah perjuangan sejati,
Di balik cahaya merdeka,
Yang perlu kita warisi.


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 buat rakyat Malaysia semua. Ketahuilah, Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Tiada ulasan:

Catat Komen